Monday, May 31, 2010

Trailer LBS

Siapa yang tak pernah baca novel Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan....saya membesar dengan novel-novel AK (Ahadiat Akashah). Memang masa tu zaman kegemilangan novel AK yang memang sanggup ikat perut nak beli novel-novel AK. Sanggup tak makan tuuuuuuu...sebab nak beli novel dia. Memang best. Daripada Budak Setan hinggalah ke Lagenda Budak Setan, tak pernah saya miss, novel yang ini.

Pastu, dah difilemkan. Memang lagi berkobar-kobar nak tengok. Hubby dah blur-blur, cite apa..cite apa...adeh...payah pula nak buka cite dari A sampai Z pasal novel ni. Rasanye kena tengok dengan geng-geng yang pernah baca novel ni je....apa kata ladies ....jom kite tonton...

Masa saya mula start baca novel LBS ni, masa tu terus berangan-angan nak ada boypren cam Kashah, masa tu memang berangan tak abis lah. Pastu, berangan-angan, bestnya dicintai oleh lelaki cam Kashah ni. Ada ke mamat kat dunia ni cam gini punya setia, punyalah dahsyat cinta dia. Masa baca novel ni pun dah setengah mati aku poyo ok, berangan ada boypren cam gini. Punyalah romantik, punyai segala-galanya yang seorang perempuan mahu dalam percintaan mereka. Terasa bertuahnya badan jika dicintai oleh lelaki cam gini...jgn salah faham, masa ni mode berangan yea bile baca novel ni........... sekarang ni cinta i dengan suami yang terindah uuuuu......hehehe...mode gediks pula.


Pastu masuk watak Ayu, lagi lah aku berangan, konon-konon aku ni Ayu, nama pun dah sama dengan saya....lagilah mode berangan ke awangan lah. memang dasar lah ko ni pompuan..... Dalam filem ni, Lisa Surihani jadi Ayu. Entah nape, saya suka Lisa Surihani. Dia cantik. Dia bijak, tak jemu memandang. Dia memang cantiklah. Tu pandangan peribadi saya. Tengok dalam trailer ni sure meletop-letop lah cite ini ok. Tak sabar. Gandingan Farid Kamil..........aduhai, bikin hati lagi cair. Walaupun Farid Kamil tak sehebat mana, badan pun tak seseksi mana dibandingkan dengan pelakon lain, tapi dia ada karisma yang tersendiri. I just love both of them. Dah ke laut entry ni.....Tapi entah dah berapa baldi isi ayaq mata dok menangis baca novel ni. Keje nangis je.....tapi bile tgk trailer ni, cam tak percaya si Que Haidar leh tumbuk si Lisa Surihani ni. Lagi lah berkobar-kobar nak tengok. Tapi satu je masalahnye, sebab bile dah baca novel sure, penerimaan terhadap pembacaan dengan filem sure pasti ada perbezaannya. Saya takut, expectation saya melangit, tapi bile tengok cite ni nanti jadi ke laut menjunam lah imaginasi ku. Mahu aku frust ni. Apa-apa pun, kite tunggu 3 Jun nak tengok movie ni. Novel tu pun saya dah tinggalkan kat umah Mak. Hopefully Mak tak jual novel-novel lama saya kat cina lori angkut suratkhabar lama. tu bespren mak saya tu....

Trailer untuk tatapan pembaca ku........



Thursday, May 27, 2010

Apa itu 5 perkara

Rasa ngeri lak tajuk 5 perkara, teringat lagu Raihan - 5 perkara. Insaf rasa...

Bak kata Erma, skrg ni musim tag. Elok juga sesekali buat boleh aktifkan otak and tak yah perah otak nak buat entry baru....Dear Erma, sorry lambat buat entry ni.....


1) 5 nama samaran kamu:

Ayu at home
Ayu juga - among relatives and cousins
Ayu - by my coursemate

Roy at the office (given by my colleague, due to same name)
Cikayu - by blogger's friends


2) 5 tarikh penting dalam hidup kamu:
My Hubby birthday
My wedding anniversary
My Girl birthday
My Son's birthday & death
My Mom's birthday



3) 5 pekara yang kamu buat semalam:
a. Teman my family shopping kat Midvalley
b. Unpack luggage balik dari PD -benda paling nyampah nak buat.
c. Kemas bag baju Danisha for a week to be send to nanny's house
d. Asingkan baju kotor for machine wash & basuh tangan
e. Tidokan Danisha, tapi saya yang tertido. Tapi pastu dia bangun balik tengok F 1 dengan baba dia...


4) 5 perkara yang buat kamu gembira:
a. at home doing nothing - ni sama dengan ermayum
b. shopping, bukan window shopping tau
c. bila tengok my girl sihat & membesar di depan mata dan spend time with her
d. get enough beauty sleep
e. when everybody in the family is happy and healhty - ni pun sama dengan ermayum


5) 5 drama/filem kegemaran kamu:
a. The Devil Wears Prada
b. Shrek 1, 2
c. Sleeping with Enemy
d. Titanic
e. Pursuit Happiness


6) 5 hobi kamu:
a. Kemas Umah - iiieeee....boringnya saya ni...
b. Reading a novel or magazine
c. Shopping
d.Tengok TV
e.Gi bercuti di tepi pantai...kalau ada duit extra


7) 5 orang yang kamu suka/sayang:
My Family
My dear friends and close to my heart

8) 5 tempat percutian idaman kamu:
a. Morocco
b. Hungary
c. Tanjung Jara Resort
d. Legend Water Chalet
e. Kota Kinabalu


9) 5 sebab kamu jawab soklan ni:
Bcoz, Ermayum tag me, and i feel honoured to answer. Tq Dear.


So now I'll pass this award on to 5 other bloggers who I consider to be my friends.
a. Fizamior
b. Mrs Jon
c. Honeylanz
d. Diana Sidek
e. Cetot


ok tu je....nampak saya ni membosankan je yea....so my dear friends, buat jangan tak buat yea

Wednesday, May 26, 2010

Outing bersama Anak Dara

Hubby outstation ke Pulau Redang selama 5 hari yang lepas, baru semalam dia selamat sampai rumah jam 1 pagi. Yours truly and beloved daughter sedap tidur, tak sedar pun dia sampai. Subuh baru perasan dia dah balik. Sorry dear....


Memandangkan last Saturday, hanya tinggal saya & Danisha, kebetulan ada temujanji bersama bis partner, breakfast di Nasi Lemak Antarabangsa yang telah bertukar owner, kepada Nasi Lemak Tanglin. Saya pun tak perasan bile tukar. Makan-makan, discuss-discuss, borak-borak.....around 11.30 am, we took our own direction. Ada yang nak ke sana, ada yang ke sini.....so tinggal me and Danisha alone. Saya pun masuk BV1 pegi MPH. Cari some reading material untuk Danisha. Outing bersama Danisha adalah yang ke-2. Masa 1st outing ke kedai Pak Bobbi Brown tu pun emergency sebab nak beli eyeliner & some stuff. Terpaksa heret budak kecik tu, masa tu dia baru 1 yrs ++. Cranky bukan main. Berpeluh-peluh nak settlekan dia. Masa tu hubby outstation. Pastu rasa tak nak dah outing dgn dia kalau without hubby. Benda boleh settle 1 jam, boleh jadi 2-3 jam. Standard lah kan, kalau ada baby. Tapi i was enjoyed it every moment with her. Seronok coz just 2 of us. Like ladies outing lah.

So this time, she's getting bigger and going to 2 yrs old soon. I think she's more independent. Just look at the pictures below. She's so understanding when her mama wants to do some shopping. I was so surprised. Saya selalu rasa seronok bile shopping dgn mak, like mother & daughter outing. Never too early to start outing with ur daughter. It was so much fun. Tak sabar nak tunggu Danisha besar sikit, we can have chit-chat cam kawan, boleh share anything. Looking forward....rasa cam terharu lak. Rasa cam nak nangis lak.............sudah ko jangan ngada. feeling-feeling pula.


Then we went to butik Liz Clairborne. They were having special sale 30% + 10% and doorgift given too. Memula nak cari small wallet tapi terus jadi beli cardigan & long skrit. But not that polka-dot skirt and beli bagpack juga.


Masa nak beli bagpack tu, berfikir-fikir juga perlu ke. But then, melihatkan keadaan saya & Danisha outing berdua....ooo sungguh semak dengan segala barang. Lenguh segala anggota dengan Danisha yang semakin lasak dan tak suka sangat duduk dlm stroller. Mencabar keupayaan saya juga ni. Nasib baik, ada lucky dip, beli RM350 dapatlah lucky draw which is I got additional 5%. Dengan sale 30% + 10% + 5% = 45%. Dapatlah RM164.45, tinggal 1 piece je. Nak beli ke tak nak.....aduhai tempting betul. Pastu SA tu nampak saya kelam kabut dengan segala barang, dia pun cucuk jarum, beli lah kak, senang pakai kalau nak outing dgn anak ni. Tak payah susah pegang sangkut kat bahu...bla..bla...pandai ko mengayat aku ek. Macam-macam ayat cinta ko bagi aku suh beli yea........memang tak tahan dugaan betul. Padahal bukan susah pun nak bawa semua tu. Ada stroller sangkut je lah kan Last-last beli juga. Pastu nak balik tu, diaorang bagi doorgift, dapat handphone carrier and tali nak gantung tag. Sib baik cantik.



ni haa...bagpack ni...boleh tahan kebesaran dalam bag ni.

dapat handphone casing, menarik ada love & star chain

penat shopping, belek-belek magazine pula....... nak tengok the latest fashion lah mama...


lupa nak off flash......terima je lah yea...

dalam fitting room, me & danisha. tengok kat patung cantik polka-dot skirt ni, bila i pakai cam nyonya nak gi pasar je........Danisha cuba pakai baju saya




ok peeps...tu je. till then, adios

Munga-munga

Fhewwww.......lama tak update blog. Banyak benda nak update, tapi masa begitu cemburu...chewaaaaaaaa.

Last friday was a blissful day for me. 1st, received a gift from Honeylanz.

Seperti yang dijanjikan gift dari teka-teki-tekuk yang dia bua dari blognye. Alhamdulilah, dah terima. Tq Has. Memang cantik.




Saya letak kat dalam bilik saya.....sebelah notice board.


Then, later, my 2 colleagues just came back from conference in Jakarta. Bagi saya kain ni and telekung kecil untuk anak dara. Tapi lupa nak amik gambar telekung tu. Later lah nanti pakaikan kat anak dara.




Bukan itu sahaja, ada kek dari Jakarta, from the shop called Kartika Sari located in Bandung. Raisin Brownies....




Alhamdulilah, murah rezeki hari Jumaat.

Thursday, May 20, 2010

Because of you, C...I cant breathe

Pernah tak rasa hati & jantung ni berdebar kencang bagai ada sesuatu nak terjadi.

Pernah tak rasa cam muka panas cam ada air panas tersimbah muka.

Pernah tak rasa perut kecut habis, sampai tak rasa dah perut dan ususnya sekali.

Pernah tak tetiba seakan-akan benda yang kite buat terhenti tiba-tiba dan rasa kaku nak melakukan apa-apa pun.....

Pernah tak rasa cam nak menjerit sekuat-kuat hati tapi rasa cam bodoh kalau buat cam gitu......



Poyo punya ayat kan.....hanya disebabkan bendalah ni haaaaaaa


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Benda ni ha, Chanel Classic Caviar Medium Flap in kaler Beige Caviar Leather with Gold Hardware, price RM8999 including shipping (boleh nego tau..)











Mode berangan sila ON :.....dalam paler hotakk kalau pakai beg ini, nak pakai tunic kaler hitam or blouse warna hitam then match with white pants, scarf warna pastel or pinkish nk outstanding kan beg ni. akulah wanita paling cun kat sini. tak salah berangan, mana tahu jadi kan. AMIN.

Alamak tak buat lagi..........

Kena tag dek Mrs Jon untuk masuk contest Senyum kat blog Chentazetty. Tapi baru teringat nak buat. Tarikh tutup hari ini, maaflah Mrs Jon, saya terlupa. Tapi tetap gak nak buat, bagi menghargai usaha Mrs Jon yang berusaha meng'tag' saya tuk buat ni. Tq Mrs Jon. ........walaupun memang sah disqualify punya sebb lambat submit kan, pastu kena tag 4 orang untuk join this contest. Memang lah haru biru. Baru arini nak buat kan. Buat kat dlm blog ni jelah buat tatapan semua.


Saya rasa, saya tak senyum ni, gambar ni lebih kepada ketawa kan. Ketawa besar gile, terpamer deretan gigi besar-besar saya ini. Ish...memang melampau tul. Masa ni kat majlis Jamuan Hari Raya pejabat tahun lepas, rasanye tengah gossiping kot. kakakkakaka.............buat malu je. Tapi saya suka gambo ni sebab baru tau muka sendiri bile gelak besau cam gini. Gambar ni diambil secara candid oleh kawan saya. Dia baru beli kamera Lumix LX3, baru nak try-try, katanya, pastu dia masuk facebook..abis semua org tengok. Pastu saya letak dalam blog ni, memang lah semua org tengok. Malu konon, tapi ko juga yang letak tepek dlm blog ni cikayu oiii...senget tul minah ni........



tengok jari saya macam timah semah je dok sembang-sembang kan. kepoh tul

Wednesday, May 19, 2010

7 Pounds and The Chipmunks

This week je tengok 2 movies ni. Semalam baru tengok Chipmunks, konon nak bagi Danisha tengok, tapi yang duduk menetap depan TV adalah me & hubby. Yang anaknya dok sibuk buat benda lain. Layan je lah...........




Have you watched 7 Pounds yet? Saya kelewatan menonton movie ini. Was released on year 2008. I'm always a big fan of Will Smith, especially Pursuit of Happiness....cite yang tinggalkan saya dalam tangisan yang melampau-lampau, selain cite The Curious Case of Benjamin Button lah kan. This movie, I tell you, and I hope can be a benchmark for Will Smith to move more and more forward in his career. Memang tangkap leleh. And never wonder that such person can do a big sacrifice just because of his old mistakes. Penyesalan yang tiada penghujungnya.


Haunted by a secret, Tim Thomas looks for redemption by radically transforming the lives of seven people he doesn't know. Once his plan is set, nothing will be able to stop him. At least that's what he thinks. But Tim hadn't planned on falling in love with one of these people and she's the one who will end up transforming him.

There were flashbacks to Tim, a successful aeronautical engineer, and his girlfriend Sarah Jenson driving down the highway. She was looking at her engagement ring and he was looking at his blackberry while driving. A van with 6 passengers was coming the opposite way on the highway and collided with Tim's car. Both vehicles flipped and Tim was the only survivor.

Tim wanted to redeem himself. He donated a lung to his brother, and from then on, got the "bug" to save the lives of good people. He donated part of his liver to the child services worker Holly. After, he checked out George & gave him 1 of his kidneys. Then he donated his own bone marrow to the young boy with leukemia, whose name is Nicholas (Quintin Kelley). Tim left instructions to his friend Dan (and executor of his will) to take care of things upon his death. Emily was to receive Tim's heart.



Ni part yang buat saya sedih melalak-lalak. Emily tak tahu pun keadaan or Tim's secret. Finally dia tahu bila Tim dah mati. Tim tinggalkan surat untuk Emily dan Emily pegi cari orang-orang yang menerima organ Tim dan yang terakhir Ezra, seorang operator buta yang pandai bermain piano. Tim suruh pegi jumpa Ezra. That part was a touching part, becoz, they just looked at each other and without saying any words. Just smiling.


Mamat ni nama Ezra, buta. Tak kenal pun Tim. Tapi he can play a piano so lovely.


Memula agak cam keliru, sebab bnyk flashback, tapi pastu baru faham. Rasa cam tak percaya ada seorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menebus kesalahan dan dosa terdahulu. Pengorbanan yang dilakukan dengan cara yang terhormat dan tiada siapa pun yang dapat menghalang walaupun adiknya sendiri. Banyak message yang saya terima through this movie. In life, especially. We always take things for granted and sometimes never bother about things happen in daily life, especially small matters that can give a huge impact......

Tuesday, May 18, 2010

Bila hujan

Bila hujan turun jam 4.30pm waktu Kuala Lumpur, memang sah confirm jalan di Mahameru menghala ke Sg Besi akan jembreng...........Kuala Lumpur dengan Jam memang sinonim, cam adik beradik gitu especially time hujan. Kawan saya tadi siap berdoa, hujan lah before 4.30pm agar tidak melarat sampia ke petang. Tapi akhirnya sampai ke sekarang, ALLAH nak bagi nikmat air pada umatnya dulu....




Sekarang ni masih lagi hujan. Lebat lah juga, jam menunjukkan pukul 6.23pm. Saya masih lagi di ofis, keje dah abis buat, tinggal nak balik je. Tapi hujan. Letih & lemah terus nak drive balik rumah dgn keadaan hujan. Saya amat pasti dan yakin 101% jalan sedang jam sekarang ni. LadyofLeisure takde masalah stucked in bad traffic. Macam-macam dia boleh buat...Saya memang ada simpan buku dalam kereta, most of all buku motivasi or buku keagamaan. Boleh menambah ilmu dan memantapkan rohani. Kasi hati sejuk bile dalam jam, nak kasi hati ringan je tenang je bila stucked in traffic.



Aduhai jam..jam, jangalah ko jam lagi..............

Selekeh ke saya ni bang,

Tajuk gempaq!!!!!!!!


Saya jarang dengar Era.fm. Selalu dengar Hot.fm atau Mix.fm. Pagi tadi on the way hantar Danisha, hubby buka Era.fm. Ada topik, "Adakah Isteri Anda Selekeh Selepas Kahwin". Menarik ni.......

Dengar satu caller, Pak Nil tanya adakah isteri dia selekeh. Caller tu kata, iya. Isteri saya selekeh. Bila bangun pagi, dgn rambut serabai. Muka cam tak basuh. Buat cekodok tuk breakfast, cekodok tu lagi lawa dari muka isteri dia.....Pak Nil tanya lagi, dah berapa lama kahwin. Caller tu jawab. Baru setahun lebih. Dia kata rasa tertipu, sebelum kahwin punyalah cantik berhias. Bila dah kahwin, selekeh betul, baru lah tahu isteri dia mcm mana. Hangat dah hati saya dengar.



I was like...haaaaaaaaaa??? apa ni. Kau malukan isteri ko 1 Malaysia dengar ooiiiii bro. Hubby i dah gelak sakan.....hubby pun tak setuju cara caller tuk bagi komen pasal isteri dia. Memalukan......i tak tahulah hubby i tu saje nak sedapkan hati i kan, sebab i dah panas telinga pagi tadi. Tapi terus terfikir pasal diri sendiri. Sepantas kilat i tanya hubby, I ni selekeh ke yang?....lagi lah hubby i bantai gelak...sib baik dia jawab tidak.



Bukan itu saja, banyak lagi caller lelaki bagitahu isteri diaorg ada yang selekeh, ada juga caller wanita pun bagi pendapat atas pengalaman sendiri. Caller ni kata dulu dia memang selekeh, baju yang dia pakai beli ikan dan masak, baju tu lah juga yang dia pakai nak layan suami. Sampai suami dia tegur, yang dia ni selekeh. Berdesing telinga saya dengar. Then, si isteri ni pun mula sedar, dan dia pun berubah.........


Memang DJ-DJ tu semua bantai gelak lah kaw-kaw punya gelak. Mengutuk pun ada. I pun ada yang tergelak-gelak gak. Memang kelakar, tapi ada buruknya di situ. Sesuatu yang memalukan jika si suami membuka aib si isteri. Dalam Islam, ditegah untuk membuka pekong didada... Saya tak nak ulas lanjut. Coz benda ni adalah subjektif. Ada juga caller wanita mengatakan, kadang-kadang isteri terlupa, dari sebelum kahwin hingga dah beranak pinak lah harus maintain diri sendiri kemas bila bersama suami. Jangan ingat si suami telah menjadi milik kita, belum tentu selama-lamanya. Jadi kita kena amik langkah sentiasa berjaga-jaga dan mengasihi diri kita dengan berhias untuk suami, demi kesejahteraan anak-anak. Ada juga caller yang bagi komen, camner nak maintan, bila urusan rumahtangga dipikul isteri sorang. Mana nak urus anak-anak, makan pakai suami, nak kemas & bersihkan rumah...semua tu isteri buat sorang. Suami tak membantu, mula lah mata & hati gatal nak cari yang lain kat luar. Pastu mengata kat orang, ister dah tak cantik, dah tak jaga penampilan, gemuk sana sini, gelebeh sana sini...tak jaga badan. Kalau si suami sediakan semua dari hujung rambut ke hujung kaki, takpe, kite sanggup buat semua benda kat rumah, tapi kalau satu sen pun tak sediakan, tapi kite juga yang penat cari rezeki pada masa sama urus rumahtangga.....yang itu nak salahkan siapa........
jawab, sila jawab


Dari pengalaman saya sendiri, memang agak memenatkan untuk melakukan semuanya. Alhamdulilah, syukur sangat, suami banyak membantu hal-hal rumahtangga. Kalau yang ada maid, lagilah senang & banyak membantu kan. Rumah dah siap kemas, baju siap basuh berlipat. Tapi saya takde maid. So, sendiri mau ingat lah, kenalah buat sendiri kan. Kerjasama suami memang membantu sangat. Dengan hal study, hal keje, hal anak, hal bisnes.........macam-macam. Memang tak tertanggung. Macam YummyMummy kata, nak juggling with those duties, it is not an easy task to do..........



Tepuk dada tanya selera....cittt..............mcm talkshow seh..

Camner nak K ni....

Camner nak KURUS ni. Semalam makan meatballs @ ikea. Ni pun sebab kawan belanja. Camner nak tolak.......rezeki babe. Bak kata org tua-tua, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Syukur alhamdulilah. Abis lak tu makan, tinggal sebiji tu je. Dah maksimum. Mana taknya, member gi beli sampai 10 biji, tak tertelan dek tekak. Tapi sedap punya pasal, makan je lah. gemuk kang bengang pula. Cian lak kalau terbuang, makanan tak elok dibuang-buang. Itu pesan mak saya.



Monday, May 17, 2010

Perrggghhh....camner tak K

Kalau KNV selalu menghidangkan makanan yang kadang-kadang buat saya terliuq...especially homemade. Memang takkan toleh kiri kanan punya. Tapi apa boleh buat, mak kita jauh, kita nak masak, aduhai tunggu lah weekend, tu pun belum tentu ada kat umah. Lunch hr tadi merayap kat The Mall, cari toothpaste anak dara. Pegi Cinnabon kat 1st Floor, beli Blueberry Rolls. Tapi lupa nk makan bile sampai ofis. Jadinya, minum petang saya lah dengan Hot Chocolate konon......, mamak panggil Milo O panas je.






Bila nak 3 ni.....

Tajuk cam gempak, cam ala-ala soalan bile nak tambah anak kan, memang nak tambah, tapi belum ada rezeki lagi. Itu soalan khas ditujukan kepada anak dara saya oleh hubby.


Bila nak
Three ni Icha......yup. Danisha has counting the number until no. TWO, 2, yang no. 3 - 10 ke laut gamaknya. Dari mula, One, Two je.......


Pernah sekali saja yang seingat saya dia kira sampai no. 10. Lepas tu mama & baba suruh kira balik, hmmmmm hampa je, sorry yea...hanya sekali je. Tiada ulangan.



Tapi bila kira menggunakan tangan. She can show to me exactly the number 1, 2 or 3 untill 10 using her fingers. Excellent darling. Mungkin sebelum tidur selepas baca doa, saya akan kira jari-jari dia hingga 10. Terharu pula saya...emo lah pula



Budak baru nak bercakap, kenalah nyk bersabarkan. Yang pasti jangan jemu mengajar. Walau penat camner sekali pun, saya tetap luangkan masa untuk mengajar Danisha, walaupun sekejap.




Percubaan, percubaan

Bukan nak test market...

Nak test berblog secara mobile...

Friday, May 14, 2010

Milestone


Ni nak cite pasal anak dara saya. Sejak menjak nak masuk umur 2 tahun ni, dia punya cranky, ya rabbi, bikin hati kasi hangat je. Sekarang ni dia baru nak bercakap. Memang selalu ketawakan dia kalau dia mula nak sebut sesuatu, bukan sengaja gelak, tapi dia so adorable bile nak sebut sesuatu ayat, contohnya...

Kucing, dia sebut MEOW, Anjing dia sebut DOG, Danisha dia sebut DIDI...ni kes hubby lah panggil dia DIDI, instead of Danisha. Dia dah terikut-ikut panggil diri dia DIDI. Kalau tengok gambar dia kt fridge, dia sebut DIDI.


Kalau nak susu, memang tak sabar-sabar....kalau nak tu nak juga, yg kite ni baru je nak bangun, pegi dapur, dia punya jeritan cam nak terkeluar anak tekak. Sabau jelah. Lambat, menangis cam kena bantai. Malu nak oii jiran dengar.

dgn mascot ironman 2 @toys r us....err..budak laki tu staff toys r us..tolong dukung coz my hubby ilang kt dlm toys r us..


Ni lagi satu, kadang-kadang kalau hubby duduk sebelah saya sambil peluk or manja-manja, bile Danisha nampak, apa yg dia pegang tu memang dia campak terus lah, meluru kat kiteorg nak duduk tengah-tengah...tu ok lah kan, ni sampai nangis2 ni nak duduk tengah-tengah. Kalau tak bagi, memang dia buat drama lah kat situ. Tu pasal nak duduk tengah-tengah kan. Tu belum kalau nak masuk tido. Kalau saya baring sebelah hubby, cecepat dia menjunam terus dan baring kat tengah-tengah.....spoil mood romantik mama je, mama baru nak amik mood nak tido...


Kalau pegi mana-mana mall, kalau hubby pay more attention on me masa tengah pilih-pilih barang ke, dari dia elok-elok main dlm stroller or minum susu, terus terjerit-jerit nak minta turun dari stroller, campak je segala benda yg dia pegang tu....cakap nak tuyun, nak tuyun.. kalau kiteorg buat peduli, mula lah dia buat drama kat situ, melalak cam kena pukul. Malu cheq!! Cuba kalau saya pula pay attention kat hubby, dia ok pula. Takde hal lah. Berjam-jam tolong hubby pilih barang pun dia takde hal. Bagi dia roti or biskut sambil makan sambil lah dia tengok buku or main dgn toys dalam stroller. Memang takde masalah. Turn saya je terus lah dia melalak lah, jerit2 lah, meronta2......jealous kat aku ke? Dengan mak sendiri pun nak jeles ke nak oiii...bagi chance lah.


Tapi kalau time tido, memang tak jalan lah dgn hubby. Memang cari saya. Jadinya, dengan mak dia sekali lesap dalam mimpi. Tu yang buat keje tergendala tu. Pinggan mangkuk, kain baju dlm mesin, hubby lah uruskan. Nak buat camner, mak dah lesap dalam mimpi bersama anak. Redha je lah kan. Part tido je cari mama, kalau nak main ke, nak gurau senda cari baba dia.


Me & hubby plan nk buat birthday party, but we've decided to held the party at My Mom's place coz she share the same month with my sis in June. We are gonna rock my Mom's house for this party.....

Thursday, May 13, 2010

What I want In A Man..


no..no..this is not my list.....bukan saya deknon. something that really tickle me. ni saya copy dari email. Love to share with you ladies....


OLD STORY, NEW MEANING!!
What I Want In A Man, Original List
1. Handsome
2. Charming
3. Financially successful
4. A caring listener
5. Witty
6. In good shape
7. Dresses with style
8. Appreciates finer things
9. Full of thoughtful surprises

What I Want in A Man, Revised List (age 32)
1. Nice looking
2. Opens car doors, holds chairs
3. Has enough money for a nice dinner
4. Listens more than talks
5. Laughs at my jokes
6. Carries bags of groceries with ease
7. Owns at least one tie
8. Appreciates a good home-cooked meal
9. Remembers birthdays and anniversaries

What I Want in a Man, Revised List (age 42)
1. Not too ugly
2. Doesn't drive off until I'm in the car
3. Works steady - splurges on dinner out occasionally
4. Nods head when I'm talking
5. Usually remembers punch lines of jokes
6. Is in good enough shape to rearrange the furniture
7. Wears a shirt that covers his stomach
8. Knows not to buy champagne with screw-top lids
9. Remembers to put the toilet seat down
10. Shaves most weekends

What I Want in a Man, Revised List (age 52)
1. Keeps hair in nose and ears trimmed
2. Doesn't belch or scratch in public
3. Doesn't borrow money too often
4. Doesn't nod off to sleep when I'm venting
5. Doesn't re-tell the same joke too many times
6. Is in good enough shape to get off the couch on weekends
7. Usually wears matching socks and fresh underwear
8. Appreciates a good TV dinner
9. Remembers your name on occasion
10. Shaves some weekends

What I Want in A Man! Revised List (age 62)
1. Doesn't scare small children
2. Remembers where bathroom is
3. Doesn't require much money for upkeep
4. Only snores lightly when asleep
5. Remembers why he's laughing
6. Is in good enough shape to stand up by himself
7. Usually wears some clothes
8. Likes soft foods
9. Remembers where he left his teeth
10. Remembers that it's the weekend

What I Want in a Man, Revised List (age 72)
1. Breathing
2. Doesn't miss the toilet
After being married for 44 years, I took a careful look at my wife one day and said, "Darling, 44 years ago we had a cheap apartment, a cheap car, slept on a sofa bed and watched a 10-inch black and white TV, but i got to sleep every night with a hot 25-year-old girl.

Now, I have a $500,000.00 home, a $45,000.00 car, nice big bed and plasma screen TV, but I'm sleeping with a 65-year-old women. It seems to me that you're no holding up your side of things."

My wife is a very reasonable woman. She told me to go out and find a hot 25-year old girl and she would make sure that I would once again be living in a cheap apartment, driving a cheap car, sleeping on a sofa bed and watching a 10-inch black and white TV.
Aren't older women great? They really know how to solve your mid-life crisis.

Send this to the women who will enjoy reading it and to the men who can handle it!

Bila hati tidak tenteram..


.........ini yang saya selalu dengar.









Hati terus terasa tenang, terasa berada di awang-awangan. Bila hati dilanda gundah, ini yang buat hati saya sejuk, kembali tenang. Kadang-kadang terasa nak marah orang, ini lah yang dengar dulu, moga-moga hati kembali tenang. Boleh dijadikan amalan setiap hari untuk kita mengingatkan diri agar tidak lupa pada ALLAH s.w.t......

Tuesday, May 11, 2010

Bila hati gembira tepuk tangan...

Lately ni, i had a gloomy week. Yup, May bulan emotional saya. Kite cite happy-happy pas ni ok.


Last week, hari Ahad, which is it was a Mother's Day. My dear hubby took us to KLCC for a lunch. The original plan, nak stay umah, I'll cook for them. Nak try buat ayam percik, dah marinade ayam semua bagai. Tetiba, my hubby kata, tak payah masaklah, kite keluar. Masak petang lah. No fancy restaurant, just Manhattan Fish Market, requested by me. Teringin nk makan Seafood Creamy Pasta. Plan to go Aquaria, bile perut dah kenyang, malas pula nak jalan ke sana. So, we took detour to Toys R Us. Danisha was so excited. Sampai confuse nak pilih toys. Kelakar. Tengok gelagat dia nak pilih toys pun dah menghiburkan hati kami. Lebih 2 jam lebih di situ. Nak pilih toys punya pasal, sampai kiteorg pun naik pening....as long as she is happy, we were fine to spend more times in Toys R Us. Finally, beli Learning Toolbench and colouring book yang washable. Bagus, dah kaler, leh cuci balik, kaler semula. Jimat kedekut duit mama nak beli colouring book banyak-banyak...



*beria-ia baca instruction*


Then, its mama time pula. Jalan-jalan, then teringin pula nak masuk this boutique. No plan to buy any handbag that day. Tapi dah ter'jodoh' nak buat camner, I redha je lah. Thank you dear.



Its Ladies Large Web Hobo. Mulanya nak beli yang Large Jolie Tote, remember my last posting. tapi terbekenan yang ini pula. Memang besar. Nowadays, whenever I want to buy a handbag, its does not a matter of how I carry the bag, but can i campak 1 or 2 pampers inside, does it reachable, does the space big enough to put in baby tissue, or some toys, book or sehelai napkin, boleh buat lenjan tak, sebab senang nak angkut terus, tak yah nak sibuk tukar-tukar beg kalau nak outing weekend lah, memang makan masa nak transfer anak-anak syarikat (refer to my all stuff from another h/bag) semua masuk dalam HQ baru.


Kalau dulu, yes, mesti nak tengok sesuai ke dgn function nak atttend, ada tak baju yang match, ala-ala datinwannabe gitu, nak isi barang setakat wallet, keys, makeup bag yg comel jadilah kan. Kalau bawa beg tu tak nampak gedabak ke, bla..bla..and the criterias goes on....Tu dulu, masa single-mingle. Sekarang dah ada si kecik tu, so kena pikir dia pula pilih mana yang bercirikan senang cite, hand luggage lah...hahaahah..... sbb banyak benda nak kena isi, tisu berpek-pek, tuala kecik, bib anak dara, wallet hubby pun kadang-kadang dia tumpang juga. Tu belum 2 handphones dia tu. Nampak gaya kena cari Bag Organiser macam Ladyloveleisure pula pas ni....


So overall, saya suka dgn bag ini, spacious. Harga? Not bad for this designer's handbag. Nak beli bukan selalu, so I was making a wise choice. Am eyeing for Sukey Large.....tgk si Gulliana Rancic pakai cun pula. Tengok live, memang cun banget, maybe my next acquisiton, maybe??







Nothing can make one woman happy, except her new handbag and new shoes.

What makes a wife worry.....

Lately ni, our friend, ermayum berada dalam beberapa situasi yang mendukacitakan. I'm so sorry dear. I hope you and family are fine and our prayers are always with you and family.


Saya teringat masa single mingle, kalau boleh saya tak mau ada boyfriend yang naik motor. Saya ada satu trauma sikit dengan motor, sebab pernah jatuh motor masa kat rumah nenek, kakak saya yang bawa. Oleh itu, saya pastikan yang saya tidak mempunyai boyfriend atau husband yang suka naik motor. Namun, apa yang kite benci itulah yang kita dapatkan... Dah jodohkan, dapat pula boyfriend suka motor. Redha je lah. Husband is a big fan of motorbike. Masa saya kenal dia, dia naik motor Kawasaki Cyclone 150 macam dlm gambar bawah ini. Sebiji kaler, sama. Masa tu memang takut tul mak nak naik nyah, serious. Tapi saya hanya naik motor tu sekali je, first & last. Dating naik kereta. Tak kuasa nak naik, takut.





Tapi bile dah kawin, nak tak nak saya kenalah naik sekali sekala sebab nak tunjukkan kasih sayang seorg isteri dan sokongan pada hubby. Tapi bukan motor Kawasaki tu. Motor Modenas, motor yang dia bawa untuk ke office. Pastu, hubby beli motor Scooter Elegan sebab lebih selesa and sesuai untuk jalan jauh. Lama-lama, terpaksalah redha jelah. Dah hubby minat motor, so, saya pun lama-lama tak lah takut sangat nak naik motor, mungkin hubby handle it with care and of course, i feel safe with him.

His office located at Kajang, so he will use highway Bt. 9 Cheras to Kajang everyday. And those who are staying around Kajang will know the situation every morning and after 5pm, the highway will be crowded with cars. Masing-masing rushing to go home or to work. Memang sibuk.

When I read ermayum's story bout how his husband met with an accident and how his brother-in-law passed away, my whole body shivering coz this is what I dont want to think. I really dont want this thing happened to my hubby and me. I always remind him, always take care of yourself and remember me & Danisha. Your daughter still need you. I need you. Kemalangan tidak boleh dibau, kalau nak jadi, jadilah kan. kun-fayakun.


But, ALLAH ada rahsia-NYA. Last 2 year, he met with an accident. Alhamdulilah it was not so serious. He got an invitation from Modenas to follow convoy with them in conjunction of MOTOGP 2008 that was held in Sepang. So, he was so excited to join the convoy but I said NO. But he convinced me that, insya;allah nothing will happened, the Marshall and Police were there to ascort them to Sepang. Finally, I say Yes. That time Danisha was only 4 months old.
Later, after 3 hours, he came home and that time, I didn't notice any different on him. I served him a drink and asking him how the trip goes.....he replied to me, 'I accident tadi, jatuh motor'.....I was like.......haaa...accident, jatuh motor. teruk tak? Can u imagine if anything happened to him while I'm still a new mother of 4 months old baby?...nauzubillah and thank ALLAH, that was a last time he joined the convoy. Look at his condition, memang tak nampak apa-apa kecederaan pun. Tapi dia cakap, dada rasa sakit & senak, perut rasa sakit. I quickly asked him to go to the clinic. Doc cakap takde apa, just lembam-lembam sikit je. 2 hari MC tak pegi keje. Katanya, ada motor lain jatuh terkena motor dia then ikut jatuh juga. Bergolek-golek katanya. Kadang-kadang bukan salah kita, tapi disebabkan faktor lain, like, org terlanggar sikit, tayar pancit lah, macam-macam lagi.....Bila dia bangun, memang tak rasa sakit, cek seluruh badan, dia kata takde apa2. So, dia continue the convoy, since motor dia pun elok tak de apa2 masalah. Yang herannya tu, dia boleh teruskan perjalanan and tengok MOTOGP sampai setengah acara tu. Tu yang buat I tak faham, he didnt dare to call me. Dia kata takut saya marah dan tak nak kasi risau. Dan dia sendiri cakap, itu adalah kali pertama dan terakhir dia menyertai acara cam gini. Thank God.


Everytime when I'm driving, saya selalu takut terlanggar motor, sebab saya akan terkenangkan hubby pun bawa motor ke tempat keje. Kalau jadi apa2 pada mereka, macam mana dengan keluarga mereka........saya selalu terfikirkan benda-benda cam gini. Kalau yang mat-mat rempit tu, saya no comment. Itu memang selalu mendatangkan kemarahan saya. Keadaan ini yang membimbangkan saya. Setiap hari. Especially, kalau dia perlu ke kawasan yang agak jauh, I'll ensure that he will call me or I call him. Banyak kali saya witness accident yang melibatkan motor. Setiap kali berlaku depan mata, hati tak henti-henti doa agar tidak berlaku pada hubby.


Sekarang ni, hubby ada hati nak tukar motor. Tapi dia dah minat, nak buat camner, ni jelah yang buat dia rasa freedom, tenang, rilex and puas. As a dearly wife, saya sokong tak sepenuh jiwa. Bebaru ni sibuk call Naza asking for the price of Naza Blades 250. Hangin 1 badan aku. Dah minat nak buat camner. Now, eyeing for this Kawasaki 650 for RM37,000++ pula, motor idaman katanya...................sakit hati katanya asyik vroom..vroom kat telinga dia setiap kali lalu. Sabau je lah.


all pics are googled


** to my friend, erma, I hope your hubby will recover soon....

Monday, May 10, 2010

I won the contest

....from Honeylanz's blog. I was so excited. When I open your blog Has, terus terkejut terpapar namaku disitu, kekeke. Thanx yea Has.





All of sudden, eager to enter any contest from other bloggers too. Now, Cetot-Outlet is having the Funniest Baby Face Contest. Dont you wanna give a try? I believe you must have a thousand collection of your cutest & funniest baby face. Come on, join the contest and whose know you are the winner.....

Friday, May 7, 2010

Kotak Hitam

Kotak hitam ini telah menjadi milik saya, with an open arms....sob...sob..sob!



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*











*Thank you darl...you make my day*








Thursday, May 6, 2010

Ibu Kau Ratu Hatiku...




This week is Mother's Week. On 10th Mei is Mother's Day, officially. I can't go back to my hometown, JB or Terengganu at my hubby's side. I got to be here in KL, for some reasons. My sis called from JB asking whether we are going back to JB to celebrate Mother's Day, unfortunately, NO, my dear, and its really makes me sad. It's ok. I can celebrate Mother's Day here, with my 2 precious, hubby & Icha.

But, I miss my mother. I call her 'Mak', my mother-in-law, I call her 'Ma'. I miss both of them. I miss their cook especially 'sambal goreng jawa' which is my favourite. Mak akan selalu masak bile saya balik JB. Bawa bekal sekali utk balik KL.

*ni mak saya dengan adik saya dan danisha. masa ni danisha baru 3 bulan....tembamnye anak aku*

Saya sungguh cemburu dgn adik beradik saya yang lain. Semua tinggal berdekatan dengan rumah mak saya. Bila-bila saja boleh ke rumah mak dan makan masakan mak. Kadang-kadang keluar shopping dgn mak. Mak saya sangat suka shopping....dan setiap apa yang dibeli memang akan menjadi kesukaan saya dan adik-adik perempuan saya. Mak seorang yang sabar, penyayang, pengasih, sentiasa bercakap lembut, tak macam anak dia yang sedang taip entry ni. Kasar nya ya rabbi. Cakap cam nak pecah speaker tekak. Tapi tidak mak. Mak pasti akan menegur, jangan cakap meninggikan suara. Nasihat yang sentiasa bersulam doa dan peringatan untuk di masa hadapan. Mak has the strongest influence on us. Sentiasa mengucapkan syukur setiap rezeki yang ada. Bibir mak tak pernah lekang dari melafazkan 'Alhamdulillah'........ Mak juga boleh jadi kawan. Kami akan bercakap macam2 topik. Kalau dulu masa single, boleh cite pasal cinta, pasal hal rumahtangga. Macam-macam lagi. Mak jadikan kami selesa bercakap dengan dia sebagai kawan baik. Mak memang best lah!! Kalau saya balik, memang macam2 hal kami borak dan adik-adik saya pun berebut nak borak sama. Padahal, saya call mak hari-hari. Memang tak cukup-cukup cerita nak borak. Kasihnya mak membawa ke syurga... I miss you mak...

* ni gambar masa akad nikah saya, saya pelukcium mak saya, masa ni pas baca akadjanji depan mak, sedih seh*

Pengorbanan mak tak terkira nilainya, pernah dia sanggup datang ke KL selama 3 bulan untuk menjaga Danisha yang saya baru lahirkan. Kerana tak sanggup berpisah dan kasihan melihat Danisha yang masih bayi, sangguh dia datang tinggal bersama saya selama 3 bulan untuk menjaga Danisha. Masa yang saya habiskan bersama dia, tidak saya sia-siakan. Habis bermanja saya dengan dia, minta masak itu-ini. Mmg kejam kan, suruh mak masak itu ini,she does it with biggest smile. Teluang tu dtg bukan selalu. Lagipun, mak kasihan kan saya, sebab setelah kehilangan anak kami pertama, jadi mak tawarkan diri nak jaga Danisha sementara. Saya sayang mak...terima kasih mak. Sib baik abah sporting, tapi kesian juga, makan pakai tak terjaga pula, kena buat sendiri. Sorry abah.



I wish I could turn back the clock and stay near close to my mother. Kerana kerja, saya terpaksa pindah ke KL, nak buat camner, rezeki di sini. Lagipun hubby kerja di sini, sebagai isteri tempatnya di sisi suami. Nak kata saya anak mak, sukahati lah. I dont want to take for granted of her attention, her bebelan, teguran, even dia marah sekalipun. Saya terima dan saya suka ditegur or dimarahi oleh mak saya. Tak dapat saya bayangkan bagaimana dia pergi dulu meninggalkan saya dan keluarga. Oooo...tidak! Adilkah saya kalau saya kata, biarlah saya pergi dulu sebelum dia??? Nak hadapi hari-hari mendatang tanpa mak? Saya tak boleh bayangkan. Saya jenis tidak sanggup kehilangan orang yang tersayang....dan telah terjadi kepada diri saya, 3 tahun yang lalu saya kehilangan anak saya. Dan jika saya kehilangan lagi.....oooo...tidak dapat dibayangkan keadaannya. Mungkin saya agak selfish...pang sekali kang baru tahu. ALLAH saja yang tahu bila datangnya ajal dan maut. Saya redha. I'll get more upset if i read on the headlines if son/daughter can be so biadab with their own parents, I'll get emotional easily. Tak tentu pasal naik hangin.


Bila dah jadi ibu, baru saya faham bagaimana perasaan sebagai seorang ibu. Bagaimana beratnya tanggungjawab menjaga anak-anak untuk membentuk menjadi seorang yang berguna. Besarnya pengorbanan sebagai seorang ibu. Maaf mak, saya tidak dapat balik, insya'allah bulan Jun ni saya balik ye mak....mak jgn lupa masak 'sambal goreng jawa' yea..



To all Mothers, I wish you a Happy Mother's Day, you are gorgeous and fantastic mother in the world. Nothing can replace your love..

Luv u ladies......




*pics are googled

Wednesday, May 5, 2010

Hari ini Danish 3 Tahun

Hari ini, 5/5/2010, genap Danish berusia 3 tahun. Selamat Hari Jadi Danish.

Siapa Danish? Danish abang kepada Danisha. Lahir pada 5/5/2007 di HUKM, jam 8.30 pm. Danish menghembuskan nafasnya pada 6/5/2007 jam 9.30 pagi di wad NICU, HUKM. Sekarang ni dia bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras.




Sepanjang seminggu yang lepas, hanya ALLAh saja yang tahu perasaan kecamuk dan kedinginan yang saya rasa bile mengenangkan tarikh lahir dan hari kematiannya bakal tiba. Doa dan bacaan al-fatihah saja yang boleh saya kirimkan kepada dia. Itu saje yang saya mampu lakukan sebagai seorang ibu dan hamba-NYA. Tapi setiap hari saya dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kematian/pembuangan bayi. Lagi sayu hati bile kenangkan Danish.



Saya lahirkan dia tak cukup bulan due to GBS and PPROM...you may click here and here for more information. Mengandungkan dia sahaja cukup indah buat saya, walaupun saya terpaksa bedridden selama 4 bulan kerana puncanya, air ketuban saya pecah pada minggu 16. Sepatutnya, membran akan tertutup kembali secara natural, tapi nasib saya tidak baik, membran setiap hari mengalirkan air ketuban. Kandungan saya mengalami kekeringan air ketuban, which is the most crucial part in pregnancy so that your fetus can grow without any problem, which is in my case it was not. Danish disahkan menghadapi masalah otak, jantung, kidney, pembesaran yang mungkin akan terencat dan macam-macam lagi. Mungkin bayi mati dalam kandungan atau sebaik saja dilahirkan.
Bagai berpusing dunia, bagai tidak berpijak dibumi yang nyata, bagai nak gugur jantung dan hati saya. Benarkah doktor? Dia bayi pertama saya. Tak mungkin.....



Hubby beri pilihan, samada menangisi setiap hari mengenangkan keadaanya kelak atau enjoy every single moment during my pregnancy while he is still in my womb. I choose to enjoy every single moment with him eventhough I've to face so much pain due to all the multiple injection that i took to stronger the womb and for my fetal development. Keluar masuk hospital selama 4 bulan. 4 bulan tu juga saya tidak bekerja. Pasrah. Allah saje yang tahu keadaannya. Saya diberi pilihan untuk mengugurkan kandungan atau meneruskannya, pada usia kandungan 16 minggu, dia dah sempurna menjadi manusia. Maka, saya memilih untuk meneruskan kandungan saya sehinggalah Danish dilahirkan. Mana tahu harapan masih ada.....



5/5/2007, jam 8.30pm, dia dilahirkan saya tidak dapat memengang dia, atau mendengar dia menangis. Doc terus masukkan baby dlm invetilator kerana baby mengalami masalah pernafasan. Allah saje yang tahu perasaan saya ketika itu....pengalaman pertama menjadi ibu tidak langsung saya kecapi.


6/5/2007, jam 6.00 pagi, nurse kejutkan saya untuk bangun dan berjumpa baby.Nurse bawa saya ke NICU.......YA ALLAH sayunya hati saya. lihat dia dalam ventilator dgn segala tiub, wayar, mesin segala ada di tubuh sekecil itu. Doc terangkan apa yang ada ditubuh dia, langsung saya tidak dengar, masa tu saya rasa berada diawangan, terasa tiada org lain disitu, hanya saya dan Danish.... hanya saya dan Danish saja. Apa yang saya dengar hanyalah, 'Puan, saya tidak dapat beri apa-apa harapan, anak puan dah kritikal, harap bersabar ya'. Bagai langit jatuh menghempap saya, lantai yang dipijak tidak lagi saya rasai. Namun, di awal lagi, sebelum kelahiran, Doc dah brief saya & hubby keadaan baby kelak, saya redha, sangka saya, saya dah bersedia terima hakikat, tapi bile face the real situation, i even cant feel myself. Allah Maha Kuasa....Allah Maha Besar...Allah Maha Pengasih. Itu saja yang mampu kuatkan saya.



Apakah perasaan seorang ibu, apabila bayinya dilahirkan tapi hanya dapat memangku dan memeluk bayi bila dia sudah tidak bernafas lagi? Tidak tergambar perasaan, tidak terluah kata-kata, tidak langsung terasa darah di dalam badan, hati mula rasa kosong, jiwa mula rasa sepi. I'm speechless. Bayi saya diserahkan kepangkuan saya dalam keadaan suci bersih, seperti bayi sedang tidur. Hakikatnya, dia tidur selama-lamanya. Itulah pertama dan terakhir saya memangku, memeluk dan mencium dia. Itu lah kali pertama dan terakhir saya & hubby menatap wajah dia. Memengang jari-jari kecil, mengucup dahi halusnya. Mengusap helaian rambut Danish yang lembut, mengulas bibir dia yang merah........ Itu lah saat-saat manis saya dan suami bersama Danish. Sekejap saja. ALLAH lebih sayangkan dia. Duggan yang saya terima ketika mengandungkan dan melahirkan anak yang pertama memang takkan dpt dilupakan sampai bila-bila. Dialah permata pertama kami.



Dugaan ketika dalam berpantang amat hebat. Berpantang dengan tidak kehadiran bayi bersama, memang hebat kekecewaan yang dirasai. Sunyi dengan tidak kehadiran tangisan bayi, susu melimpah-limpah keluar, buang cam gitu je. Suami tiada di sisi, kerana kursus 2 minggu. Saya keseorangan walaupun ditemani ahli keluarga, tapi tidak sama kesunyian tanpa anak di sisi. Hari-hari menangis. Hari-hari meratapi pemergiannya. Memang tidak elok. Siapa lah saya nak melawan takdir Ilahi. Siapalah saya untuk kata, diri ku kuat utk hadapinya. Hampir meroyan dibuatnya. Hampir berputus asa jadinya. Hampir musnahkan rumahtangga saya...


Esok, 6/5/2010, genap 3 tahun Danish, meninggalkan dunia ini, tinggalkan saya & hubby, tinggalkan adiknya, Danisha yang semakin nakal. Maka sempurnalah keluarga saya dengan kelahiran sepasang anak yang menjadi permata hati kami. Bagaimana rupa Danish yea? Saya selalu bayangkan rupa Danish dlm version boy bile lihat Icha. Bila saya lihat Icha, i think i can see Danish instead of her.





Danish, mama selalu ingat Danish, walaupun Icha ada di sisi mama & baba, Danish tetap ada di hati mama. Danish tetap No. 1 mama. Danish tetap precious mama. Now, Icha suka dengar lagu Twinkle Lil' Star. Ingat kan, lagu yang mama selalu nyanyi utk Danish. Doakan mama & baba dapat jumpa Danish kelak. Mama selalu bayangkan rupa Danish.......Selamat Hari Jadi Danish.....Tunggu mama & baba di pintu syurga.

Monday, May 3, 2010

Ke mana kami pergi....

...hujung minggu yang lepas?


Sabtu, 1 Mei...Labor Day,


Ke Homedec di KLCC. 1st time pegi, so do not know what to expect...hubby dah pernah pergi, so basically dia tahu apa yang ada di sana. Ramai manusia, maklumlah Labour Day, so reramai lah tuju ke sana. Tujuan ke sana, nak survey quotation for kitchen kabinet, wardrobe, and any other things for our house-to-move-in-soon. Lama lagi, actually, next year in June, insya'allah. Kami just survey saja apa yang patut, dan at least tahulah apa yang perlu dibuat before nak masuk rumah. Its not we dont have any experience at all, masa memula masuk rumah yang sekarang kami tinggal pun, just pasang kitchen kabinet, grill, cat dinding.............itu je. Simple sangat. Takde plaster ceiling pun. Takde deco-deco pun. So this time, rumah baru nanti, teringin juga lah nak pasang plaster ceiling dan nak deco-deco sikit lah. Banyak lah yang menarik, especially electrical item. Pastu terjebak beli Pore Cleanser, Panasonic, harga RM179.00... dah lama nak beli. Sebab saya tak suka remove black/whitehead guna yg typical batang besi. Lagi satu sebab, masa nak gi buat facial sangatlah limited ok. Sebulan sekali pun susah. Jadinya, mana sempat buat lah kat rumah. Tapi, secara tak professionalnya, memang lah tak puas hati kan. So, nak cantik punya pasal, maka terjebak lah beli bendalah ni. Belum kesempatan guna lagi. So akan digunakan weekend ni dan full review akan dimaklumkan kelak. Kannnn...benda yang takde dalam list, beli. Ni lah pompuan cam saya ni. Tak disiplin langsung kalau membeli. Janji happy...



So, sepanjang lawatan ke Homedec adalah a few things yang telah kami dapat kumpulkan, brochure, quotation dan macam-macam lagi. Tinggal nak finalize je, yang penting ikut budget kami. Berasap juga telinga tengok budget keseluruhan nak pindah rumah ni. Berbeza betul masuk rumah kecik ke rumah besar.


Last but not least, hubby beli bantal Getha....satu untuk dia, Baby's pillow untuk danisha. Boleh tahan mahal juga bantal Getha ni tapi disebabkan hubby ada neck problem nak tak nak dia kena beli. The next morning he comment, best lah, bangun tak rasa sebam kepala. Saya cakap, pyscho je kot, sbb beli mahal kan. Dia kata, eh tak lah, mmg bangun rasa leher ok je. Ok dear, i hope it will satisfied your purchase. But for Danisha, dia tak suka pula, nak tido cari bantal biasa juga. Tak pelah nak, boleh bagi kan bakal adik awak nanti, insya'allah. Amin.




Ahad, 2 Mei....


Petang Ahad, ke Midvalley, tujuan ke sana nak cari ini,




.......tapi tak berkenan pula di Toys'R Us. Yang ada lebih kepada umur 3-4 yrs. Tujuannya agar dia tidak mengapa-apakan notebook usang kami. Pantang nampak kami guna, mula lah dia yang sibuk, cam dia yang banyak keje pula. So end up, tak beli apa-apa pun untuk Danisha. Nanti cari yang lain ye sayang.....sib baik dia tidak merajuk, mood ok, cool & relax pula masa tu. lega kami. tapi muka boring lah kan.





Solat magrib, cari beg deuter hubby di jusco, dah jumpa terus amik snack di SweetChat pastu balik....tapi before that, kelengkapan dirisendiri yang dibeli oleh hubby harus ada,....thank you ye sayang...




sekian.....