Siapa yang tak pernah baca novel Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan....saya membesar dengan novel-novel AK (Ahadiat Akashah). Memang masa tu zaman kegemilangan novel AK yang memang sanggup ikat perut nak beli novel-novel AK. Sanggup tak makan tuuuuuuu...sebab nak beli novel dia. Memang best. Daripada Budak Setan hinggalah ke Lagenda Budak Setan, tak pernah saya miss, novel yang ini.
Pastu, dah difilemkan. Memang lagi berkobar-kobar nak tengok. Hubby dah blur-blur, cite apa..cite apa...adeh...payah pula nak buka cite dari A sampai Z pasal novel ni. Rasanye kena tengok dengan geng-geng yang pernah baca novel ni je....apa kata ladies ....jom kite tonton...
Masa saya mula start baca novel LBS ni, masa tu terus berangan-angan nak ada boypren cam Kashah, masa tu memang berangan tak abis lah. Pastu, berangan-angan, bestnya dicintai oleh lelaki cam Kashah ni. Ada ke mamat kat dunia ni cam gini punya setia, punyalah dahsyat cinta dia. Masa baca novel ni pun dah setengah mati aku poyo ok, berangan ada boypren cam gini. Punyalah romantik, punyai segala-galanya yang seorang perempuan mahu dalam percintaan mereka. Terasa bertuahnya badan jika dicintai oleh lelaki cam gini...jgn salah faham, masa ni mode berangan yea bile baca novel ni........... sekarang ni cinta i dengan suami yang terindah uuuuu......hehehe...mode gediks pula.
Pastu masuk watak Ayu, lagi lah aku berangan, konon-konon aku ni Ayu, nama pun dah sama dengan saya....lagilah mode berangan ke awangan lah. memang dasar lah ko ni pompuan..... Dalam filem ni, Lisa Surihani jadi Ayu. Entah nape, saya suka Lisa Surihani. Dia cantik. Dia bijak, tak jemu memandang. Dia memang cantiklah. Tu pandangan peribadi saya. Tengok dalam trailer ni sure meletop-letop lah cite ini ok. Tak sabar. Gandingan Farid Kamil..........aduhai, bikin hati lagi cair. Walaupun Farid Kamil tak sehebat mana, badan pun tak seseksi mana dibandingkan dengan pelakon lain, tapi dia ada karisma yang tersendiri. I just love both of them. Dah ke laut entry ni.....Tapi entah dah berapa baldi isi ayaq mata dok menangis baca novel ni. Keje nangis je.....tapi bile tgk trailer ni, cam tak percaya si Que Haidar leh tumbuk si Lisa Surihani ni. Lagi lah berkobar-kobar nak tengok. Tapi satu je masalahnye, sebab bile dah baca novel sure, penerimaan terhadap pembacaan dengan filem sure pasti ada perbezaannya. Saya takut, expectation saya melangit, tapi bile tengok cite ni nanti jadi ke laut menjunam lah imaginasi ku. Mahu aku frust ni. Apa-apa pun, kite tunggu 3 Jun nak tengok movie ni. Novel tu pun saya dah tinggalkan kat umah Mak. Hopefully Mak tak jual novel-novel lama saya kat cina lori angkut suratkhabar lama. tu bespren mak saya tu....
Trailer untuk tatapan pembaca ku........
2 comments:
Has sanggup kayuh basikal nk g public library semata-mata nk pinjam novel :D
ye ke has..cayalah. i beli buku ni....
Post a Comment