Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Who love chocolate?

Kesian humblemomie.blogspot ni, kalau boleh vacuum sawang dlm blog ni, sure dah penuh. Teruk betul. Tutup je ? Tapi sayang. Seronok blogging ni. Dari blog jumpa kawan baru, jadi kawan baik, jadi kawan gaduh, baik semula..mcm2. Kalau bior, tak ber'update' gini lah jadi nya. Sape lah sudi nak lawat. Buang karen je kan. 

I ada hobby baru. Chocolate covered oreo. Menarik you..... Org lain dah berzaman pandai buat. Dah buat business besar-besaran dengan coklat oreo ni. I baru berjinak-jinak. Mula-mula buat suka-suki, buat utk Danisha. Hubby and Icha ni boleh suka pula. I amek kelass you, tak agak-agak. Tak sangka, kasi kat kekawan tuk rasa-rasa boleh jadi income sikit-sikit. Tak delah terus ribu riban kan, at least lah extra RM. Alhamdulilah. 





tak..tak..yg ni semua bukan I yg buat you, ni semua cari kat google. Cute kan. 


ok, yg ni baru i yg buat. all the edible images, and some freestyle design, which is I'm not in expert but try to create some fancy-fancy design...hehehhehe. The biggest amount ordered so far was 200 pcs. To me, it was a good achievement for a beginner like me. I started to fall in love doing this....surprisingly, its calm me in anyways.....





Wednesday, March 9, 2011

Kemanisan dan kesenangan

Lovely Wednesday kan...jalan-jalan sana-sini, macam Wordless Wednesday kamu ya...menarik sangat. Thanx for sharing guys.

Hari ini, masuk office lewat, ada appointment dengan contractor. Apa lagi hal rumah lah. Slowly lah. Nak buat sekaligus...pengsan. Duit mengalir cam air terjun Kota Tinggi. Deras je keluar. Time to membukitkan balik saving. Sib baik ada back-up BUSINESS lah apa lagi. Syukur, alhamdulilah. Tak terusik pun bahagian yang lain cam saving, especially. Keje memang ada fix income. Tiap-tiap bulan ada income tetap. Hanya utk bayar bills, saving and the most important things is insurance. Tapi at least saving is fixed, takde lah nak skip-skip cam dulu-dulu. Nak beli barang yang kita nak pun dah boleh senyum je. Tak de lah nak berkira-kira lagi. Kesian kami dulu...... Gaduh dalam hati je. Tapi itu dulu. Siapa sangka, boleh buat investment dalam property. Tak sangka boleh buat investment dengan cepat cam gini. Memang ada plan nak duduk umah bawah, tapi by age 35. Sebab masa tu rasa cam tak termampu nak buat target before age 35. Siapa sangka belum pun cecah 35, tercapai impian. Betul orang kata, always visualize what you dream of and what you want. It'll come true! And, its true.

Sekarang nak aim income 5 figures pula. Keje 10-15 tahun pun lum tentu dapat pegang income 5 figures ni. Berangan tiap-tiap hari, nak tengok dalam acc ada 5 figures income. Seronoknyeeeeee. Insya'allah boleh lah bawa parents pegi umrah dengan fully sponsored dari CikAyu. Bawa Danisha sekali. Tiap-tiap hari kena visualize, attract positive vibes agar melekat kat saya. Yippeee....Dengan business ni pula, boleh dapat melancong free. 3 kali setahun. Tak payah keluar duit sesen pun. Pegi sana bergembira je and shopping. Bawa duit shopping lah kan. Layanan VIP okk......semua 5 star. Seronok tengok CDM Salha, CDM Hanis melancong dpt 1st class punya layanan. Tak sabar nye nak rasa semua tu.

Dulu hubby selalu tanya, betul ke nak business jual baju dalam ni. Ada ke orang nak beli? Sanggup ke orang nak bayar beribu-ribu untuk baju dalam. Masa tu risau bukan main. Resah gelisah je. Tapi tekad dalam hati, insya'allah boleh. Kalau orang lain boleh, nape saya tak boleh. I always visualize myself doing a business and of course, the business with solid income. Tak sangka betul, dapat jual corset yang hubby kata baju dalam tu dlm masa 2 jam je. Tak percaya? Saya pun macam tak percaya. Senang rupanya nak berbusiness ni. Tak susah. Ikut saja cakap dan cara pemimpin, bulat hati dengan pemimpin. Sentiasa rujuk dan bertanya dengan pemimpin. Tak susah pun. CDM Salha selalu cakap, fokus dan positif. Aura positif tu akan datang terus pada kita. CDM Kak Ana pun selalu pesan, fikir positif, insya'allah, kejayaan tu ada depan mata. Thank you CDM Salha. Majlis ilmu pun penting. Kat situ, bukan setakat ilmu saja, selok belok nak berbusiness pun diajar juga. Dari yang kosong knowledge about business ni, skill tu tetiba datang, tinggal nak asah je lagi. Dalam majlis ilmu tu lah, kita boleh rangka, dan menyusun startegi untuk mantapkan kumpulan kita. Alhamdulilah, Cikayu dah jadi leader. So, kena jaga rakan kongsi yang lain untuk capai apa yg kita dah capai. Kongsikan apa-apa saja ilmu yang kita ada ni pada rakan kongsi. Turunkan segala ilmu pada rakan kongsi. Tengok je lah CDM Hanis dan CDM Salha, bangga betul berada dalam bimbingan dan didikan diaorg. Walaupun perbezaan umur, tapi tak lokek nak kongsi ilmu. Kadang Cikayu ni pun degil juga, kalau degil diri sendiri yang rugi.

Perubahan tu datang dari diri sendiri. Orang lain tak boleh bantu untuk merubah diri melainkan diri sendiri yang willing to change. Nak berjaya, nak senang...tak susah asalkan berani berubah kepada yang lebih baik. Bukan kita hendak berlebih-lebih, tapi sekadar memenuhi impian. Impian untuk menunaikan haji/umrah di usia yang muda, melancong, menambah simpanan, membantu keluarga, bahagian ibubapa kita....tu semua impian semua orang kan. Tipu kalau kamu tiada impian. Macam-mcm impian kamu boleh lakarkan. Tapi jika tiada disusuli dengan usaha, doa dan tawakal, apa gunanya impian tu. Tak berseri kan? Perubahan itu sangat menyakitkan sebab kita dah terbiasa dengan yang lama, tapi kesakitan itu sekejap saja sebab akan terbit kejayaan yang sangat manis. Kesusahan itu pun sekejap saja, akan terbit kesenangan sekejap je lagi.

Bagaimana untuk mengukir kemanisan dan kesenangan? Call cikayu - 013-2206 010. Cikayu nak share kemanisan dan kesenangan itu.

Anda buat, anda dapat!


Tuesday, March 8, 2011

Amik aura cantik...

Assalammualaikum...salam Selasa. Hujan renyai-renyai pagi, hujan bawa rahmat di pagi hari, tika manusia berlumba-lumba keluar mencari rezeki. Mak saya selalu pesan, berdoalah selalu wpun hujan sedang turun. Rezeki tu..

Anyway, I start my day with Nasi Dagang and Bazaar. Ngada tak, selalu org baca newspaper, nk tmbh ilmu and update knowledge...kata nak amik mood pagi nak kerja kan..harus amik aura cantik dulu!


p/s : di pantry saya banyak majalah Bazaar sebab ada supplier free. Sila jangan jeles. Anyway Bazaar tu bulan January yea, takpe lah lewat 2 bulan...baru nak baca!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 7, 2011

Semangat kena kental

Happy Monday. Alhamdulilah, moga Allah kurniakan rahmat dan sejahtera pada hari ini. Dan moga, dipermudahkan lah keje kita sepanjang hari ini. Amin.

Dulu, 7 years ago, sebelum keje tmpt sekarang ni, I was with an international tax company, well established, Deloitte and KassimChan, sekarang Deloitte and Touche. It was my 2nd company after graduating from college 7 years ago. Company international, mmg sedia maklum lah kalau tak ramai Chinese, ramai Indian...kadang-kadang balance, tapi mostly mesti ramai Chinese kan. Company tu memang strict.....dtg keje punctual, balik lunch punctual, pendek kata, semua punctual lah. Takde nye nak ada masa foya-foya kat internet. Pegi keje, balik keje. Tu je tahu.

I was reporting to this Chinese old lady. Tua ok, orang pencen LHDN and single. Tapi still kuat, memory power gile, jgn lah cuba nak kelentong dia ke...semua dia tahu. Makan garam lebih kan. Umur nearly 70's. Memang fussy gile. Tapi dia suka amik secretary Malay. I dont know why, akak saya ckp, senang dia nak buli kot kalau compare dgn chinese secretary, kaum dia juga. Tapi staff under dia chinese juga. Selamba je dia maki hamun staf dia. Campak-campak file keluar dari bilik. Memang selamba lah. Cuma I notice, yang Malay dia tak lah sound direct, dia akan ckp baik-baik...tak tau lah kalau dia maki kite kat belakang cakap cina kan.

Almost 2 years keje macam-macam experience dapat. Dari dia lah, saya menjadi lebih peka, kerana dia juga lah, tiap-tiap hari aku kuatkan semangat datang keje, sebab memang gerun je nk dtg keje nak ngadap muka dia ari-ari. Tapi masa tu cam naive kan, keje jelah, konon nak dapat experience. Memang tahan je. Datang keje, cam nak gi perang. Tapi, apa yang aku dapat memang berharga, tak dapat kat mana-mana kot. Ms Shirley ni ajar aku how to trust people, how to handle client, how to nego in your work, how to be strong when you are in the lowest level in your work and life. Client datang serang office pun pernah, tapi dia relax je. English dia memang power. Kadang-kadang aku tengok Ms Shirley, nape lah nak keje, duk umah lah diam-diam, main-main dgn anjing dia ke. Tapi dia x de family, dia single. Dia lebih suka keje.She taught me how to handle stress, sebab dia tengok aku stress dengan dia kot. Keje nak cepat aje. Lambat seminit memang kena bambu lah. Ms Shirley jenis susah nak percaya orang. Tu apa yg staff dia cakaplah. Tapi dengan aku je dia kasi aku buka email dia, buka pc dia. Duduk kat meja dia buat keje. Dia yang suruh and apa yg buat aku bangga, staff yg lama dgn dia pun xde chance nak buat keje dalam bilik dia kecuali aku. Aku pernah melawan cakap dia sebab dia tuduh aku ilangkan file. Bengang lah apa lagi sebab aku penat-penat susun file, buat filing menimbun, takkan aku senang-senang nak ilangkan file, buat nyusah aku adalah kan. Tu aku tak boleh terima. Dia cam tercenggang sebab takde orang menjawab balik. Since then, dia cam baik-baik je dengan aku, and maybe lama-lama dia gain trust kot dgn aku.

Hari-hari makan bawa bekal ok. Mostly Chinese kat situ, dtg keje, bawa bekal, memang salute lah. Bile aku perhatikan Malays, banyak makan luar. Tapow lah apa lagi..termasuk lah aku. Dasar cina, dah kaya, nak kaya lagi kan. Cukup tahun memasing tukar kete. Dahsyat tul. Rindu dengan suasana keje kat Deloitte. Walaupun stress, kena ikut dateline, sebab melibatkan tax, melibatkan duit orang berjuta-juta. Tapi seronok, macam-macam pengalaman. Ms Shirley sangat baik. Dia tak kedekut. Sesekali belanja makan, bawa pegi restoran. Dia tahu appreciate Staff dia. Kebajikan staff dia pun dia jaga. Walaupun dia chinese, dia sangat menghormati kiteorg staff dia yang melayu ni berapa kerat. Kalau kiteorg nak solat, dia ok je. Kalau ada boss dari department lain nak hentam staff dia, memang dia back-up gile-gile. Walaupun staff dia melayu. Itu yang aku tengok nilai-nilai leadership Ms Shirley. Rindu pula kat org tua tu....percaya atau tidak, sampai sekarang aku still hantar CNY card and Christmas card pada dia. Dia lah satu-satunya bos yang aku still hantar greetings card.

So apa yang aku dapat dari situ, semangat kena kuat. Fokus perlu ada. Jangan ikut perasaan. Kata-kata orang hanya buat kita jadi kuat atau lemah, kena pilih yang terbaik. Keje kena ikhlas. Jangan hanya setakat bodek je, tapi performance out. Memang ko senang sekejap je lah. Apa yang kita buat pun kena ada niat. Niat kena betul. Semangat dan jiwa kena kuat untuk hadapi cabaran atau apa-apa saje rintangan. Kalau kite dah tahu apa kita nak, jangan lah setakat pandang je impian tu, usaha dan tawakal dan doa pada ALLAH s.w.t.

Dan sebab itu lah aku berbusiness, takuk takkan ke mana, kat situ je. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku nak dan aku usaha, bukan aku tahu apa aku nak tapi aku tak usaha! Mana satu pilihan anda?

Impian aku sekarang ni buka NURSERY

Lagi satu kan.....aku mengidam ni Audi Q7.



Tapi yang aku lagi tengah mengidam ni............yang ni haa!!

Thursday, February 17, 2011

Lakaran Impian

Dahsyat betul tajuk. Cam tajuk novel. Tajuk gempaq, tapi isi ala-ala mini novel budak darjah 5, mana nak laku. Hehehehhe...

2-3 hari ini, hidup mmg cam tak terurus sangat. Org kata, ups & downs its normal and we bear with it untill we die. Its truth. Apa jua kesenangan yang kita rasa pasti akan rasa kejatuhan satu hari nanti.

Saya bukanlah ahli falsafah atau cerdik pandai, malah bukan lah pula, orang yang cukup di dada ilmu segunung, malah sebesar zarah ilmu yang dikandung blm tentu ada. Tapi saya sanggup belajar dan menerima apa jua ilmu yang datang, yang benar dan lurus saja ye.......

Saya dibesarkan dengan 'jualan kuih'. Mak niaga kuih muih untuk sarapan pagi masa saya kecik lagi. Untuk menyara kehidupan dan bantu abah yg jadi org gomen masa tu. Adik beradik ramai, 7 org, saya anak ke-3. Kami adik beradik tlh dididik tlg mak & abah buat kuih. Masa tu buat kuih karipap, kuih ketayap, kuih bakar jagung, ubi or pandan, keria, donut, kuih boom (ala yg ada inti kelapa & disalut dgn bijan), macam-macam lagi kuih. Setiap pagi, siap2 dgn uniform sekolah, terus tlg mak susun kuih dlm tupperware atau bekas besar tu. Kadang-kadang goreng karipap kat dapur. Dah siap pakai baju sekolah ni, apa lagi lah baju ni berpeluh lah sbb kat dapur. Baru lah blh pegi sekolah.

Balik sekolah, buat homework, tlg mak apa2 yg patut dan tlg buat karipap. Sekali mak buat karipap dlm beratus-ratus juga. Alhamdulilah, dgn rezeki yg ada tu lah mak & abah sara kami 7 beradik sampai masing-masing masuk uni, dan berdiri dgn kaki sendiri (maknanye dh keje lah n kawin). Pengalaman kerja saya? Masa tunggu SPM, keje kat warung makcik, jadi tukang amik order, lap meja, basuh pinggan mangkuk, jual kuih, ala-ala waitress...macam-macamlah. Masa tu mmg sikit pun tak memilih kerja. Takdenya nak keja jadi salesgirl kat butik - jadi minah warung je pas SPM. uhuhuhuhu. yg penting rezeki halal.

The point is.............. bila dah kerja makan gaji ni, terdetik dalam diri untuk mencuba berniaga or involve dlm apa2 business. Kenapa tak guna kan ilmu niaga yang makcik & parents saya ajor. Walaupun hanya jual kuih, tapi dgn hasil jual kuih tu lah dapat menyara 7 beradik ni. Sebab itu saya jual Corset Premium Beautiful. Atas tunjuk ajar Salha, walaupun perbezaan umur yg ketara, tapi dia sanggup bimbing saya. Dan saya sanggup dibimbing sebab saya nak jadi cam Salha. Jadi CDM di usia yang muda dengan pendapatan yang tak pernah saya bayangkan. Dia cuma seorang surirumah saje. Memang kagum dengan pendirian dan kredibliti dia. Formulanye, ikut cara pemimpin buat. Copycat je tak susah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Impian saya? Nak belikan mak saya sebidang tanah yang dia boleh buat apa saje yang dia nak di tanah tersebut. Nak buat rumah, nak bercucuk tanam ke apa ke......ikut suka mak. Mak tlg doakan saya yea....agar impian saya tercapai. Bukan tuk org lain, tapi utk mak. Walaupun mak tak nak, walaupun mak ada semuanya.....tapi saya nak juga bagi kat mak. Banyak lagi impian yang di lakar, tapi biarlah rahsia...kang bagitahu dah tak surprise lak. sshhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, January 18, 2011

Very much like

Actually I was planning to post this entry a day after my birthday, which is on 11/12/2010. Its already a month and I just got this opportunity to do this entry. So busy with work, life and macam-macam, entah apa-apa lagi.

Anyway, last year birthday I didn't get any gift from my dear hubby. Actually, I did, it was a Blackberry Bold in advance. Tapi being me, I want a gift too on my birthday. Tak bersyukur betul lah. I love December. You know why? Because I get 2 gifts every year, wedding anniversary and birthday gift. :) My wedding anniversary on 9th December, was my 5th Anniversary. My hubby gave me Coach wristlet and teddy bear and flower. T_T. The Coach wristlet he bought on the day, he asked me to choose as he's afraid that he will choose the colour or design that I dont like, being his lovely wife, memang agak cerewet. Kalau tak suka, memang takkan dipakainya, so kesian lil' hubby, so he asked me to choose, anyway. The flower & teddy bear was a surprisedfrom him. Camner lah tak sayang banget kan. Send to the office, so suka sangat. Blushing gitu bile dapat from delivery man yg anto. Thank you darling.

Last year, my birthday fall on Saturday and coincidentally, it was his bestfriend wedding in Rembau. My dear hubby booked Thistle Hotel in PD for our short vacation cum birthday present. Lovely. Perfect birthday gift I've ever had.

I love the hotel, the place and the beach. Yes, I know, some of people not prefer the PD's beach. But I was surprised when we saw the beach, its so beautiful and fascinating. So calm and so clean. The air so fresh. I wish I could stay another day. Tapi next day dah kerja. What to do...

Enjoy the pictures k. Malas nak explain....korang faham-faham sendiri boleh tak?


Ada movie theatre tau, tuk kids. Special for kids. Masa tu ada cite Power Rangers.


Merenung masa depan.

Santai abis minah ni.


View from kids pool.


Melalak tak nak naik.


The lobby.


The lobby again, and the lil' maid in thisle.


Bye-bye.


* kata tak nak explain....

Here I come......


Kaki sebelah dah masuk, lagi sebelah je ni......Insya'allah. Mudah-mudahan dipermudahkan. Trip pegi HongKong ni dari Hai-O, trip ala-ala VVIP. Semuanya FREE. Takde satu pun yang kite keluar duit. Best kan. Macam-macam CikAyu dapat sejak berkecimpung dalam business ni. Thank you my dear leader SALHA. Banyak bagi tunjuk ajar, walaupun jarak usia sangat beza, tapi CikAyu tetap muda yea. Salha banyak bagi ilmu dan tunjuk ajar tak jemu-jemu. Thank you dear. I owe you so much!.

Tak caya ke kaki sebelah dah masuk HongKong, gi kat link blog Salha ni. Kalau tak percaya. Nama CikAyu first tau. Insya'allah, kalau masuk business ni, CikAyu akan bantu partner dapat apa yang CikAyu dah dapat ni. Cetot, partner CikAyu tak lama lagi nak bersalin, tapi dia sedih tak dapat nak join trip HongKong ni. Dia lagi terror abiskan Corset Premium Beautiful 2 hari saja dan usia business dalam Hai-O, baru 2 hari je.

Dengan bimbingan Salha dan kumpulan sama-sama lakukan untuk capai impian. Siapa yang tiada impian. Semua orang ada, tanggungjawab kita hanya merealisasikan dengan cara usaha, doa, tawakal dan redha. Insya'allah Allah perkenankan. Impian saya cuma nak bawa parents CikAyu pergi tempat yang diaorg nak pegi sangat-sangat, Mekah & Mesir. Walaupun parents dah jejak kaki ke Tanah Suci, tapi CikAyu teringin nak bawa diaorg dengan rezeki yang CikAyu dapat. Nak pergi sekali dengan diaorg. Mesti best sangat-sangat kan.....Impian bukan impian diri sendiri, tapi impian orang lain pun kita boleh penuhi. Bukan susah pun, CikAyu pun pernah rasa tak confident, takde asas pun. Tapi berkata tunjuk ajar dan panduan....CikAyu tak sangka boleh buat. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapalah yang tahu, hanya ALLAH s.w.t sahaja.

Tahu tak ?

Best pakai corset Premium Beautiful ni memang tidak dapat digambarkan. Mereka yang telah memakainya saja boleh meluahkan perasaan bila memakai Premium Beautiful. Sampai dah rosak sikit pun tak nak hantar repair. Corset Premium Beautiful boleh hantar REPAIR? YES. Kalau koyak, rosak, boleh hantar repair. Lifetime warranty kan, bukan warranty setakat 2-3 tahun....SEUMUR HIDUP ye.

Customer a.k.a my colleague ni girdle ada koyak sikit. Tapi tak nak hantar repair. Puas saya pujuk meh lah hantar repair. Dia tetap tak nak hantar juga.

Sorry yea, kecik lah pula. You all boleh clik je kat image tu yea.



Tak susah nak contact CikAyu. Just call, sms or email saje. Insya'allah CikAyu reply k.

Tuesday, January 4, 2011

Roll on babe....

Lingkaran gelap di sekitar mata ni mmg dah sinonim dengan mata dan wanita zaman sekarang....pergh ayat cam majalah Nona, tah hengat punya ayat cam karangan SPM 1995.

Sebenarnye nk cakap yang saya ada masalah dark circle and eyes bag. Thank you to stay up late activities cam study & watch dvd with hubby. Sebab time-time tu je suasana yang sangat sepi dan tenteram dan terasa romantic gitu sebab Danisha tido and senang nak masuk otak bila study dan utk aktiviti lain. Oopsss...........

Hasilnya, mata cam kena penumbuk sulung......segala tok nenek masalah mata aku ada. Letak tea bag, cucumber, eye mask semua tu - letak dah rajin & tak rajin je kan. So tuk ajar sikit tabiat ni untuk menjaga mata ku ini, maka saya sentiasa bawa Garnier Light Eye Roll On sentiasa. Ini sebab, sblm tido dah berkobar-kobar nak letak krim mata, tapi bila dah ngantuk sangat, takat pakai cream malam je, kadang-kadang tang mata lupa je. Pastu bila si kecik tu dah bising nak suh tidokan dia, dgn aku sekali tido sebelah dia...

So Standby dalam beg. Sambil aku taip ni pun aku tgh roll mata ni. Sejuk je rasa, nyaman je. Jadi bila rasa nak mata tu cantik & segar pastu tetiba boss panggil lak kan, takkan dia nak tgk kitenye cam Garfield kan dah lah mata tu cam lembam, cecepat roll je. Terus perasan mata jadi cantik cam Aishwarya Rai ke, Malika ke....terus perasan mata tu bersinar-sinar kan. Kalau lipstick korang boleh angkut berwarna-warni, angkut sekali Garnier Roll On, bukan besar pun. Cam size pen je. Boring-boring ko roll je kat mata tu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan. Tu aku nyer pe'el tu, byk je cekadak.

So apa lagi, g Watson or Guardian pas ni, beli siap2 letak dalam bag and simpan satu kat rumah.

Selamat beramal..

Monday, January 3, 2011

Bumbu Desa

Kalau buat entry dalam blog pasal makanan, actually ada kebaikannya, sebab boleh bagi idea nak makan kat mana kan....pastu sambil baca tu tersedak-sedak telan air liur kan...pastu text your hubby/boyfriend/bff to set a date semata-mata nak makan ke tempat2 yang dihajati.


**Entry ini bukan berbayar yea...saja suka-suka share dgn you all.


Untuk tahun 2010, I had been to this restaurant twice in the same month. Mana tak gemuk kan......this place called 'Bumbu Desa' the restaurant that served authentic Indonesian dishes. Cam juga restoran House of Sundanese cuma, they served Sudanesse Food kan. Setakat ini ada 2 cawangan di KL, KLCC & The Curve. I prefer KLCC nye ambience compare to The Curve. Seronok banget deh, makan di sini. For more info you can visit BUMBUDESA


Kalau you all pegi, jangan lupa order Avocado juice memang best, takde pula gambo. Sedap banget. You all boleh pilih menu through the menu book or you pegi kat counter and pilih mana-mana yang berkena di hati. I boleh recommend Gado-gado, Cumi goreng, bukan cumi jelly manis yea....cumi tu sotong, kangkong goreng, sambal udangnya sungguh delicious..ikan talapia tu u boleh pilih nak masak camner.....


Nak pilih menu dari counter pun boleh. All foods are 1/2 cook, so once you confirmed the order, then diarog akan masak or preheat je, i think.

From left : gado-gado, sambal udang
Below : Nasi putih & ayam bakar


Menarik kan nasi letak dalam belanga gini.....ni kire anak periuk kot. Kalau kat pasar malam, korang perasan tak gerai yang jual mee soup kan guna periuk jenis ni. Nanti buat kenduri or open house, guna je lah periuk ni isi nasi. Entah benda aku bebel tu agaknye....

Ada macam-macam jenis nasi, tapi yg menarik ada nasi liwet bukan nasi liwat yea. Nasi ni dihidangkan dengan ikan bilis & ikan kering. Tapi tak tergamak pula aku nak mengorder nya. Makan dgn nasi putih biasa je.



The price ikut serving. If you all makan ramai-ramai, boleh share-share. 1st time dtg we spend 300++ for 7 pax dengan lauk lebih dari 7 jenis. So kireorg makan dlm RM50 per person lah. Then 2nd time, 5 jenis lauk, around RM100++ not bad huh. Dapat jadi member lagi, next time datang dapat 20% disc. Boleh datang lagi. Memang sangat mengenyangkan. Yang penting hati happy kan. You can bring your family ke sini. Sebab makanan situ sikit lebih kurang je dengan masakan melayu.

So enjoy!

Random - Happy New Year u'olls.

Tak tahu nak letak tajuk apa. Pikir punya pikir, tak kuar-kuar juga idea. Last, letak je lah Random. Bukan banyak cite pun....lebih kepada mengarut kot...korang sabar jelah yeaaa.

How's your New Year? Azam baru? Semangat baru? Cita-cita baru? What else, ooo...ada yg pakai h/bag baru, baju baru? Semua baru lah yea....ooo ada yg life baru, selamat pengantin baru yea.

1/1/2011 moning, hubby ajak pegi Zoo....hahhaha, apa kena mamat ni! Bangun-bangun je tido, hubby kata jom pegi Zoo. Tetapi memandang kan Danisha masih lagi tido, dah pukul 10.30am pun masa tu, I tak nak pegi, my reason was dah siang sangat, nanti sampai sana dah lunch hour & nak solat lagi pastu lum lah kira nak cari parking kan. Saya tak suka nak kejut Danisha tengok tido kalau nak pegi mana, I want her to have enough sleep and enjoy her sleeping beauty. Tau je lah lah budak kalau tak cukup tido, lesu je nanti. Hubby kata takpe kita pegi je, tengok lah nanti camner kan. Ok, siap punya siap, keluar rumah dah jam 12pm, hubby ajak lunch nasi ayam kat Melewati tu. Tetiba hubby selsema pula...dia kalau selsema memang horror lah. Serba serbi tak kena, thanx to his sinus lah. After had our lunch, he decided not to go, dgn traffic yg teruk nak masuk zoo, berderet2 kete nak masuk parking, I cakap, tak yah pegi lah, next week je lah. Terus lah menghala ke KL, round-round KL, heavennya kalau pegi keje jalan tak jem. Mana entah orang-orang KL ni. Pegi MPH midvalley beli buku baru untuk Danisha, then balik. Tak tahan dengan ramainya manusia. Terus rasa pening. Our shortest trip to Midvalley 45 minutes je. Percaya tak?? So our new year celebration just enjoy our sweet time je.

Sekarang ni me & hubby tengah train Danisha potty train. Almost 1 month juga lah. Lum berjaya lagi. Pergh... memang mencabar kesabaran ku ini. Satu hari, berhelai-helai tukar panty. Jenuh menanya setiap jam, tu lum termasuk lagi heret dia pegi toilet.....tak juga-juga berjaya. Naik sejuk kaki aku dlm bilik air, Danisha suka lah leh main air. Kesabaran dah tercabar-cabar ni....bila hubby tengok je muka dah merah padam dia lak take over kang ada yang jadi singa betina kat rumah. Kesian Danisha.....dah basah seluar, baru cakap 'Mama, shi-shi'....dah terlambat nak ooiiii....


Ok, yang paling best sekali.............saya dah abis belajar!! Yea..yea!! Alhamdulilah, settled semua on 31/12/2010. Tarikh keramat yang akan saya ingat bila-bila. Abis je exam, terus dinner kat Pavillion dgn hubby & Danisha, thank you for always be with me and tahan with my madness bile time tgh stress tuk complete kan assingment & nak exam. Makan kat Madam Kwan's je. Sebab tekak nk makan Nasi Bojari pula. Tak amik gambo pun sbb dah kebuluq. Dalam dewan pula sejuk nak mampus.....sampai ke tulang rasa, perut pula berbunyi-bunyi sebab b4 exam tu rasa cam kenyang jee....konon nak keluarkan masa jawab exam nanti. Lega......perasaaanya lain sangat. Alhamdulilah. Tinggal tunggu result je. Insya'allah!


The best part is, I reward myself with a small gift. Which is I'd been hunting it for awhile. Since having a Year End Sale ni, grab je lah chances kan. Masuk keluar kedai. I heart Ferragamo. I suka design ni, tapi takdo pula dah abis, fin, finish, yilek...........due to massive sale. Frust. Tapi komen hubby, 'Dear, logo tu cam AmBank kan', dush, kena sebiji kat muka aku. Nape lah, u luluhkan hati i, yang oiiii' Dah lah takde stock, kasi lagi hangin kat hati aku ni.


Ok, I proceed to other boutiques, dah 2-3 boutiques masuk, finally, diberi amaran oleh Hubby, kalau takde pasni kita balik terus, dah pukul 9pm...kedai bnyk dah closed sebab New Year. Kecut perut aku kena ugut cam gitu. Pernah tak korang rasa kecut perut bile tengok bnyak shop dah nak tutup, walhal masa tu baru pukul 8.30pm, sbb diaorg nak celebrate New Year. Uhuhuhuhu.........

Akhirnya, jumpa idaman hati. The price mmg sangat-sangat macho dengan 50% less. I love the colour, the compartment. Kecoh je lah lebih ni, tapi saya sangat-sangat suka............. apa dia ek? Terus tukar font colour kan...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Berterabur bunga-bunga aku ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sikit je lagi....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tadaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Last piece ye amik je lah. Hubby cakap kat Danisha, mama leh tido senyum. Mana tak senyum, kira achievement untuk tahun 2010, ni macam-macam, very symbolic to me. I love the leather, buka-buka je beg, terus nampak dia dulu. The colours so stunning, terang benderang. Tak yah aku selongkar berjam-jam nak cari wallet je, kalau boleh nak masuk paler dalam bag sekali cari. Symbolic-nya wallet ni tempat simpan duit, macam2 personal things, so I hope rezeki 2011 ni lebih murah dan diberkati oleh ALLAH swt. Bukan sengaja beli time nak masuk 2011 ni ek.....dah lama nak beli k, and I think 2011 is the perfect time to own one. Tapi sampai la ni lum pakai lagi...sayang pula. Hubby dah bising, bila nak pakai. ....dia kata kalau ferragamo agaknye, u dah frame kan agaknya...... eiii Shut up lah!!!

Sekarang my wishlist banyak barang rumah pula. Nak pindah soon. Eii...tu lagi lah seronok. Tak sabau dan nak pening paler nanti. Aduhai...... nak cuti lagiiii...tak cukup 3 hari ni.

Oklah ek...dari aku merapu tak tentu pasal, nanti korang bosan.

Selamat Tahun Baru............



Wednesday, December 29, 2010

Macam mana nak ukur?

Ramai yang email/sms/pm tanya macam nak dapatkan SIZE yea untuk Premium Beautiful ini. Ok, ayu nk share n nk tunjuk cara nak ukur, agar size PB tepat dan sesuai dengan bentuk badan kita. Thank you to my leader, HANIS sebab buat entry khas bagaimana nak ukur untuk dapatkan size sebenar PB.

Bahan-bahannya (cam nak masak pula) :

1. Pita ukur. Kalau, takde, kena adakan, sebab tali rapiah, tali kasut, tali sauh ke memang tak boleh guna ok....

2. Pen & kertas. Untuk tulis ukuran yang telah diukur.

3. Ukuran adalah dalam bentuk CM atau Sentimeter, bukan inci, bukan Milimeter yea.....

3. Itu aja boleh lah start ukur badan sekarang.


1. Ukur dada di puncak dada, seperti gambar di bawah ini. (Bust)


2. Ukur di bawah dada, mesti tepat seperti di gambar ini untuk menentukan size Long Bra. (Under bust)


3. Ukur bahagian pinggang. Nak tahu bahagian pinggang mana, yang tempat ada pakai kain baju kurung atau seluar. (Waist)


4. Puncak punggung


Ok bila dah tulis ukuran tu semua, jangan lupa email/sms/pm saya yea untuk tugas saya pula dapatkan corset anda.


email : ladyayu78@gmail.com

hp : 013 220 6010

Tuesday, December 28, 2010

Gratitute List

This is interesting, i pun sibuk nak buat juga. Tiru dari blog Joy

# just for fun : make my day

here goes my top grateful list for today :

1. Start with breakfast - Nasi dagang + gulai ayam
2. beauty
3. Premium Beautiful's customer/partner
4. Correspondences/Email
5. Office
6. Internet - Hunting for wallet/bloghopping
7. e-Banking
8. Hubby
9. Pasar Tani - JKR
9. KL - Amstermdam - London (for my boss)
10. Coffee for me!!


So, that's all for today....tq Joy for sharing. How bout yours?? Sharing is sexy.....



Friday, December 24, 2010

It's a juggling act

Pinjam title YummyMummy yea.....Sibuk yang buat-buat sibuk, hahahaha...Tapi memang sibuk sangat. Tak terlayan. Kalau boleh ada kembar yang leh create baru, dah lama aku buat dah. Aku anto sorang-sorang buat keje. Senangnya hidup.



What's in the list now? Final exam this coming Friday, 31/12/2010. It is the final exam, final semester and I will remember 31/12/2010 forever as it is the final dot, final remark and freedom as a part-time student. Merdeka, Yahoooooooooo. Closing for year 2010. Last paper is the Human Resources Development (HRD), Ya Allah semoga aku boleh jawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang. AMIN.


What in next, is my business definitely. Alhamdulilah, sejak promo cash rebate ni berduyun-duyun yang berkeinginan. Terima kasih kepada anda semua. Alhamdulilah murah rezeki. Rezeki anak. Rezeki nak pindah rumah. Rezeki abis belajar. Semuanya rezeki, alhamdulilah. Rezeki business partner juga, Cetot. Baru join business 2 hari, Premium Beautiful dia abis dah kena booking, licin, yilek, fin, finish......abis! Alhamdulilah. Lagi 2 minggu je dia nak bersalin tu. Congrats. Pay off our efforts and harwork within 2 days ni yea, Cetot. Cetot boleh senyum sampai bercantum pun takpe. Boleh cuti bersalin dengan senang hati. Jangan ko terberanak awal ye cetot. Hahahaha. Berderet-deret appointment nak kena jumpa minggu ini. Org sibuk holiday sana sini, saya di KL nak entertain client partner and prospect. Alhamdulilah.


Next is contractor hunting. Yes, dah dapat kunci semalam. Tu yang dalam status FB tak sabar nak jumpa org pukul 2pm. Nak pegi amik kunci rumah. Seronok bukan kepalang. Sebab, perasaan yang sangat-sangat lain je. Sebab 2nd property ni perasaan dia lain macam saje. Mcam ngada je ko ni cikayu, tapi betul sebab, tak sangka boleh beli property tak sampai lagi umur 35. Landed property pula tu and this is my 1st big investment. Rumah sekarang rumah hubby. Takde jointname pun. Semua sendiri-sendiri. Hubby kata, if anything happened takde lah nak nyusahkan mana-mana pihak kan. Sekurang-kurangnya masing-masing ada 'bekalan' kalau jadi apa2. Tapi kita minta jauh lah semua tu. Just amik langkah berjaga-jaga kan. Kite tidak tau apa akan jadi masa hadapan nanti. Memang target nak beli landed house at age 35. Tapi dapat pula before reach 35. Alhamdulilah. Dengan join business ni baru ada confident nak buat investment besar cam gini. Seronok lah Danisha nanti nak main basikal kat porch, kalau tak keliling dalam rumah je. Kesian pula tengok. Sabar ye sayang...... Tapi bile tgk quotation contractor, nak terkeluar lah juga biji mata nengoknye, nak rumah cantik kan, berhabis lah juga. Duit...duit, mari kemari masuk dalam handbag ku cepat. Kalau lah boleh seru cam gitu, dah cam bela toyol pula. Hhahahha. Ish...minta jauh lah! Ada sesiapa yang boleh recommend contractor? Boleh email saya contact no yea.....jasa anda semua sangat2 saya hargai.


Lagi satu, survey nursery/playschool area Saujana Impian/Prima Saujana utk Danisha next year. Sedih pula rasanye dah nak anto dia ke sekolah. Baru playschool lum nak anto dia Darjah 1 ke. Ni pun dah terkebil2 tahan air mata....mau boleh meraung kalau anto gi sekolah Darjah 1 ni, over je mama ni. Baru list out kan a few, weekend ni nak gi merayap lagi. Hubby is not ready to send her to playschool as he said, Danisha still a baby and need more attention from a personal care a.k.a babysitter instead send her to school. Well, its not a school dear, just a playschool and she can socialise with other kids at the same time to develop her self-confidence and making a new friend too. Yes, my Danisha dont have any play-mate. We seldom let Danisha play with our neighbour or bring her to playground because, they are boys, no girls. Cian anak mama. I'm ready to sent her off so that she can learn more in school as we dont have much time to teach her. I get help mostly on the electornic medium such as DVD learning material. Pity Danisha, I just spend not more than 2 hrs every night with her, she'll get tired and lack of focus before 9.30 as near to her bedtime, me also ternguap-nguap depan dia. At least we can get help from the professional as nowadays, the competition is very critical in school, I want to her prepare her mentally and physically. Dont you think that I'm OTT in creating a future plan for Danisha, no doubt, all mommies out there do the best for her kids. I need an input for you all as a guideline as this is the learning process for me too.


Apa lagi yea? cam sikit je...kepoyoan je ko ni cikayu. Erm....haaa...lagi satu busy wallet hunting juga. Nak ganti wallet baru Braun Buffel yang banyak berjasa ni, dah sampai matang usianya. Dah tiba masa nak kena ganti. Sementara sales season ni boleh lah mencari-cari mana yg dpt discount kan. Bile dah dapat nanti, insy'allah saya reveal k. Akan ku kongsi bersama. Insya'allah.

Thursday, December 23, 2010

Saya fully BF, kalau pakai PB bagaimana?

Banyak query tanya bagaimana nak breastfeed bila kita pakai Premium Beautiful ni. Susah ke, tak rosak ke Premium Beautiful ni masa tengah pump. Macam-macam lagi soalan.

Tak susah sebenarnya, bila mommy nak pump, mommy just longgarkan tali Long Bra semaksimum boleh dan boleh terus pump atau menyusu. Mudah saja. Tak dapat nak gambarkan camner? Ok, saya sharekan di sini info & visual bagaimana nak pump or BF baby masa pakai Premium Beautiful. Info ini dari business partner Maisarah, dari blog Amalina.

pump susu semasa memakai Premium Beautiful

thanks to Puan Anon yg bertanya... so saya buat entry kat sini camner nk pam susu bila pakai PB :D

nasib baik ada mannequin nih..so bleh tunjuk camner :D


btw, ramai je pumping mommies yg pakai PB while pumping...yg saya tau adalah Fizamior, Yaya and Hanis...now, saya pun join d club :D



if nk pam susu pakai PB, just longgarkan tali long bra(adjust mcm tali bra tuh), pastu turunkan cup bra...pastu bleh la letak corong pam n pam mcm biasa..

kalo pakai freestyle mcm saya, ada cangkuk khas kan yg medela bagi, pakai yg cangkuk A and sangkut kat adjuster long bra td tuh..pastu yg nk kepit tu,kepit kat waist nipper(bengkung)..pastu bleh la freestyle hehe...



if pakai manual pam/electrik pam yg kena pegang, pegang je la pam tu..nanti bila dah siap, angkat balik cup bra tu n settled..kemas2, n basuh pam :D


Senangkan? Tak susah. Applicable to semua jenis pump. Medela, Avent, Spectra......mudah je. Tak menyusahkan, malah payudara kita tetap maintain je, tak jatuh sebab Long Bra dan waist nipper mengampu payudara kita. Sangat-sangat best kan Premium Beautiful ini. Berbaloi every penny we spend. Lifetime warranty, tuk kesihatan dan kecantikan. Keharmonian rumahttanga, sudah tentu.


Tinggal 8 hari lagi promo cash rebate Premium Beautiful ini. And, from PB you can generate income to 5 figures. Tak percaya? Jom discuss.....

Monday, December 20, 2010

Adakah kamu tahu sumber makanan kamu?

Adakah kamu tahu sumber makanan kamu, bagaimana ia hidup atau tumbuh, apakah baja atau sumber yang diberikan kepada haiwan/tumbuhan untuk ia hidup atau sentiasa segar?

Cuba kamu tengok video ni.


Yang mana lagi senang & sexy?

Selepas bersalin, harus kita berpantang dan memakai bengkung dgn tujuan untuk mengembalikan bentuk badan pre-pregnancy kan.....org-org tua kata untuk mengempiskan perut selepas 9 mth pregnant.

Berbengkung ni banyak jenis dan caranya. Saya sendiri pernah experience berbengkung yg lilit tu. Masya'allah susahnya nk bergerak, nak jalan, nak menyusukan baby dan yg paling tak bestnya sakit belakang dan leceh bile nak ke toilet. Kalau lah saya dapat pakai corset Premium Beautiful masa pantang, alangkah bestnya.

So saya nak share kat sini, post dari DSM saya, salhazain

Kenape perlu bengkung beginiii??


beng1

begini..

beng2

dan beginiii…

beng3

Tau tak ape kesan pakai bengkung seperti ini..:

- sakit tulang belakang

-susah untuk bergerak atau menyusukan bayi..

-stretch-mark tak hilang

-sometime tersalah bengkung buatkan rahim boleh jatuh…

-menekan peranakan kerana kainnya tidak stretchable and flexible..

-panas dan berpeluh buatkan tidak selesa..

-terjadi perpeluhan yang boleh mengakibatkan pertumbuhan bacteria dan kulat pada alat sulit dan pangkal rahim..

-sometime mengakibatkan perut jadi hitam…

dan macam2 lagi…


Jadi, berbengkong lah dengan begini. Mudah, senang, tidak menyakitkan dan memberikan anda kepuasan dan you will impressed with the return.

31 December promotion berakhir, harga promo mcm di bawah ni, jimat sehingga RM600. Menarik kan, cepat jangan miss the best promo in town. Lepas tu tak dapat dah harga ni.

Size S - M = RM2000

Size L - XXXL = RM 2200

Sunday, December 19, 2010

What are you waiting for?

Dah macam lagu Mizz Nina pula....YES, I'm talking about Premium Beautiful promotion will ending soon, 31st December is the last day dear.

Alhamdulilah, rezeki ALLAH bagi pada saya melimpah ruah sejak Hai-O war-warkan Promotion Premium Beautiful ini. Ibu-ibu yang sedang pregnant pun dah booking corset Premium Beautiful untuk pakai dalam pantang nanti. Pengantin baru cantik dengan rahsia diri di sebalik baju pengantin. Tetamu yang tengok, tertanya, cantik pengantin....bahagianya diri menjadi Raja Sehari kan.

Siapa kata pakai corset tak boleh jana income, tak boleh bagi kita kebaikan dari segi wang ringgit, mencungkil keyakinan dan kelebihan diri yg kita tidak pernah tahu. Alhamdulilah semua itu tidak disangka-sangka.....

So, ladies what are you waiting for? Cepat book your set today, you'll never regret and you'll impressed with the return. Worth for single RM you spend. The best part is, you can be a businesswoman with Premium Beautiful. I just lovin' it (pinjam slogan McDonalds)

Empire Mall

Salam Ladies....how's your weekend? Esok dah keje after a short break. Saya bersiaran langsung di Awana Genting Golf & Resort menemani hubby yg berkursus. Dah 2 malam dah....bosan juga ye sebab dpt jumpa hubby pun time makan, solat & malam je. Tapi me & Danisha merayap 1 Awana ni...seronok juga. This is my 2nd time stay in Awana, the last time was 7 yrs ago during my company's trip, perghhh lama gile, nothing much changes, I can see. Tapi mlm tadi (Saturday) me & hubby pegi naik Genting. This yr dah 2 kali pegi Genting. Yang seronok budak kecik ni lah. Tapi we all pegi The Pavillion, ada dpt tiket free tgk Glitz best juga, tgk magic show, acrobatic, sand art & dancer from Ukraine & Russia, gile panjang kaki diaorg ni. Cantik2. Gambar-gambar lum upload ye. Tak banyak pun. Entah nape cam malas pula...

Actually, dah lama kepam gambor-gambor ni masa pegi Empire Mall 1 month ago, tapi nak upload juga. . Not bad lah tempatnya, kedai-kedai kat situ pun best-best juga. Coach, Warehouse, Guess & Guess Kids pun akan buka kat situ. Tapi yg bestnya ToysRUs best lah kat situ. Product placing cam tak memeningkan kepala, spacious. Tapi yang paling bestnyeeeeeeeeee Danisha tak beli apa-apa pun toys...hahahahah...selamat duit babah. Dia cam tak tau nak pilih yang mana...semua dia nak, last minatang masuk duit tu yg dia melalak nak naik. Oklah kan, bayar RM2 je. :)).

Ni anak siapa ni kat tengah-tengah lobby ni?? Mana emak&apaknya ni....

Ni bukan show Mari Menari ye nak....




Boleh jadi model stroller tak?

Tempat 'must visit' kiteorg kalau pegi mana-mana mall ialah Baby Room. Tu paling penting bagi kami yang ada anak kecik ni. Macam-macam nak buat. Buat susu, salin lampin, cuci botol lah... Baby Room kalau best, mmg confim leh datang balik. Penting weiiii nak handle anak kecik. Kalau takde kan susah. Cantik bilik nyea.....punya lah seronok Danisha dalam bilik tu.



Masuk-masuk je, Danisha trus jerit Mickey Mouse Club House dgn pelatnya....sbb dia nampak wallpaper kepala Mickey tu.


Sekejap ye Danisha, mama nak posing dulu, sebelum change ur diaper. Mama nak amik mode perasan jap.

Bergambor dulu dgn Mr Potato yea. Celebrity ni.


Nak dekat 2 jam kat situ, penat je memilih, satu pun dia tak nak. Lastly, menatang bayar RM2 ni yang dia nak naik sangat, semua dia nak naik. Asal ko happy lah nak...



Muka happy dapat naik Garfield. Hubby kata, selamat duit.....


Dah nak balik, tunggu lif, hubby kata, posing, terus pose!

Ok peeps, Danisha dah bangun...happy weekends.