Tuesday, May 18, 2010

Selekeh ke saya ni bang,

Tajuk gempaq!!!!!!!!


Saya jarang dengar Era.fm. Selalu dengar Hot.fm atau Mix.fm. Pagi tadi on the way hantar Danisha, hubby buka Era.fm. Ada topik, "Adakah Isteri Anda Selekeh Selepas Kahwin". Menarik ni.......

Dengar satu caller, Pak Nil tanya adakah isteri dia selekeh. Caller tu kata, iya. Isteri saya selekeh. Bila bangun pagi, dgn rambut serabai. Muka cam tak basuh. Buat cekodok tuk breakfast, cekodok tu lagi lawa dari muka isteri dia.....Pak Nil tanya lagi, dah berapa lama kahwin. Caller tu jawab. Baru setahun lebih. Dia kata rasa tertipu, sebelum kahwin punyalah cantik berhias. Bila dah kahwin, selekeh betul, baru lah tahu isteri dia mcm mana. Hangat dah hati saya dengar.



I was like...haaaaaaaaaa??? apa ni. Kau malukan isteri ko 1 Malaysia dengar ooiiiii bro. Hubby i dah gelak sakan.....hubby pun tak setuju cara caller tuk bagi komen pasal isteri dia. Memalukan......i tak tahulah hubby i tu saje nak sedapkan hati i kan, sebab i dah panas telinga pagi tadi. Tapi terus terfikir pasal diri sendiri. Sepantas kilat i tanya hubby, I ni selekeh ke yang?....lagi lah hubby i bantai gelak...sib baik dia jawab tidak.



Bukan itu saja, banyak lagi caller lelaki bagitahu isteri diaorg ada yang selekeh, ada juga caller wanita pun bagi pendapat atas pengalaman sendiri. Caller ni kata dulu dia memang selekeh, baju yang dia pakai beli ikan dan masak, baju tu lah juga yang dia pakai nak layan suami. Sampai suami dia tegur, yang dia ni selekeh. Berdesing telinga saya dengar. Then, si isteri ni pun mula sedar, dan dia pun berubah.........


Memang DJ-DJ tu semua bantai gelak lah kaw-kaw punya gelak. Mengutuk pun ada. I pun ada yang tergelak-gelak gak. Memang kelakar, tapi ada buruknya di situ. Sesuatu yang memalukan jika si suami membuka aib si isteri. Dalam Islam, ditegah untuk membuka pekong didada... Saya tak nak ulas lanjut. Coz benda ni adalah subjektif. Ada juga caller wanita mengatakan, kadang-kadang isteri terlupa, dari sebelum kahwin hingga dah beranak pinak lah harus maintain diri sendiri kemas bila bersama suami. Jangan ingat si suami telah menjadi milik kita, belum tentu selama-lamanya. Jadi kita kena amik langkah sentiasa berjaga-jaga dan mengasihi diri kita dengan berhias untuk suami, demi kesejahteraan anak-anak. Ada juga caller yang bagi komen, camner nak maintan, bila urusan rumahtangga dipikul isteri sorang. Mana nak urus anak-anak, makan pakai suami, nak kemas & bersihkan rumah...semua tu isteri buat sorang. Suami tak membantu, mula lah mata & hati gatal nak cari yang lain kat luar. Pastu mengata kat orang, ister dah tak cantik, dah tak jaga penampilan, gemuk sana sini, gelebeh sana sini...tak jaga badan. Kalau si suami sediakan semua dari hujung rambut ke hujung kaki, takpe, kite sanggup buat semua benda kat rumah, tapi kalau satu sen pun tak sediakan, tapi kite juga yang penat cari rezeki pada masa sama urus rumahtangga.....yang itu nak salahkan siapa........
jawab, sila jawab


Dari pengalaman saya sendiri, memang agak memenatkan untuk melakukan semuanya. Alhamdulilah, syukur sangat, suami banyak membantu hal-hal rumahtangga. Kalau yang ada maid, lagilah senang & banyak membantu kan. Rumah dah siap kemas, baju siap basuh berlipat. Tapi saya takde maid. So, sendiri mau ingat lah, kenalah buat sendiri kan. Kerjasama suami memang membantu sangat. Dengan hal study, hal keje, hal anak, hal bisnes.........macam-macam. Memang tak tertanggung. Macam YummyMummy kata, nak juggling with those duties, it is not an easy task to do..........



Tepuk dada tanya selera....cittt..............mcm talkshow seh..

8 comments:

Mrs. Amie said...

Hi babe.. for me la kan... klu dia rasa isteri dia selekeh ker, gemuk ker, mulut tu jgn puaka sgt smpai kutuk bini sdiri kan.. klu rasa selekeh, laki dia kuar lah duit pi buat make over bini dia.. jgn byk komplen.. duit make over haram tak bg kan? kan? tul tak/.

CiKaYu said...

Mrs Amie,
tu yg saya tak setuju...mulut busukkk tul lah kan..

FAM said...

damn those callers yg kutuk isteri. tp ada nak nasihat isteri dia supaya berhias? ishh!! teruk btl perangai.

C.e.T.o.T said...

ish2... nasib baik aku x dengar era.fm. kalau x, ade semua kereta aku langgar sebab geram..... mentang2 dieorg leh kawen 4.. huh mulelah ni..

CiKaYu said...

Fam,
tu yg i tak faham sesetengah suami ni. kutuk isteri kaw-kaw punya, ada dia membantu isteri tu...

CiKaYu said...

Cetot,
sib baik ko tak dengar, kalau ko dengar lagi hangin 1 badan...

mJ said...

hishhhhh!!! baru setahun kawin dah ckp camtu!!! nmpk sgt dia kawin sbb kan kecantikan bkn sebab lain kannn...hampeh!!!

btw, kita mmg harus sedar kadang2 kita ni terlupa nk berhias kt umah sbb sibuk dgn urusan rumahtangga kannn...i pun sama laaaaaa...kdg2 tu 'ter' selekeh gak tp tak la selekeh melampau, takat tak pakai bedak kat muka jek hehehe

Anonymous said...

hangat topic tu.. tapi takut gak..takut ter alpa n jd selekeh...huhuhu

Post a Comment