Friday, May 14, 2010

Milestone


Ni nak cite pasal anak dara saya. Sejak menjak nak masuk umur 2 tahun ni, dia punya cranky, ya rabbi, bikin hati kasi hangat je. Sekarang ni dia baru nak bercakap. Memang selalu ketawakan dia kalau dia mula nak sebut sesuatu, bukan sengaja gelak, tapi dia so adorable bile nak sebut sesuatu ayat, contohnya...

Kucing, dia sebut MEOW, Anjing dia sebut DOG, Danisha dia sebut DIDI...ni kes hubby lah panggil dia DIDI, instead of Danisha. Dia dah terikut-ikut panggil diri dia DIDI. Kalau tengok gambar dia kt fridge, dia sebut DIDI.


Kalau nak susu, memang tak sabar-sabar....kalau nak tu nak juga, yg kite ni baru je nak bangun, pegi dapur, dia punya jeritan cam nak terkeluar anak tekak. Sabau jelah. Lambat, menangis cam kena bantai. Malu nak oii jiran dengar.

dgn mascot ironman 2 @toys r us....err..budak laki tu staff toys r us..tolong dukung coz my hubby ilang kt dlm toys r us..


Ni lagi satu, kadang-kadang kalau hubby duduk sebelah saya sambil peluk or manja-manja, bile Danisha nampak, apa yg dia pegang tu memang dia campak terus lah, meluru kat kiteorg nak duduk tengah-tengah...tu ok lah kan, ni sampai nangis2 ni nak duduk tengah-tengah. Kalau tak bagi, memang dia buat drama lah kat situ. Tu pasal nak duduk tengah-tengah kan. Tu belum kalau nak masuk tido. Kalau saya baring sebelah hubby, cecepat dia menjunam terus dan baring kat tengah-tengah.....spoil mood romantik mama je, mama baru nak amik mood nak tido...


Kalau pegi mana-mana mall, kalau hubby pay more attention on me masa tengah pilih-pilih barang ke, dari dia elok-elok main dlm stroller or minum susu, terus terjerit-jerit nak minta turun dari stroller, campak je segala benda yg dia pegang tu....cakap nak tuyun, nak tuyun.. kalau kiteorg buat peduli, mula lah dia buat drama kat situ, melalak cam kena pukul. Malu cheq!! Cuba kalau saya pula pay attention kat hubby, dia ok pula. Takde hal lah. Berjam-jam tolong hubby pilih barang pun dia takde hal. Bagi dia roti or biskut sambil makan sambil lah dia tengok buku or main dgn toys dalam stroller. Memang takde masalah. Turn saya je terus lah dia melalak lah, jerit2 lah, meronta2......jealous kat aku ke? Dengan mak sendiri pun nak jeles ke nak oiii...bagi chance lah.


Tapi kalau time tido, memang tak jalan lah dgn hubby. Memang cari saya. Jadinya, dengan mak dia sekali lesap dalam mimpi. Tu yang buat keje tergendala tu. Pinggan mangkuk, kain baju dlm mesin, hubby lah uruskan. Nak buat camner, mak dah lesap dalam mimpi bersama anak. Redha je lah kan. Part tido je cari mama, kalau nak main ke, nak gurau senda cari baba dia.


Me & hubby plan nk buat birthday party, but we've decided to held the party at My Mom's place coz she share the same month with my sis in June. We are gonna rock my Mom's house for this party.....

2 comments:

Mummy Dasy said...

hehehe cam Daneen ah style tu...ape ckit nak ayah xnak ngan Mummy tp klu time tdo "Mummy jom teman adik tido"...senangnye kite xyah melayan kerenah tp kite xleh nak manja2 ngan mr.hBy wakaka

ERMAYUM said...

dia jelos la tu dear hheeh dia nak ayah dia semua kat dia ja - u got a competitor heheh

Post a Comment