Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

Kanda...kanda...

Attention : siapa yang meluat dengan entry ini, maafkan saya..... saya tujukan entry ini khas kepada hubby yang sememangnya dia ada baca blog saya. sayang, you jgn menafikan kenyataan ini k, i tau u baca blog i.

....sempena Mother's Day yang akan datang ni pada 10hb Mei, dinda teringin sangat nak tukar hphone....


kenapa nak tukar handphone? sebab HTC dinda selalu hang tak tentu pasal...pastu bila nak send MMS asyik fail je. entah apa kena entah. dinda pun tak tahu. susah tau dinda...(manja lah tu konon)


oleh itu, dinda nak tukar kepada hok yang di antara 2 di bawah ini .....


kalau yg BB ni leh sync dengan gcalendar and gmail my boss. senang, sebab boss dinda selalu outstation kan. tgk cam dia stranded kat amsterdam, kesian kan dia....

kalau hok yang ini, boleh lah dinda bersuka ria buat kerja dinda. pun boleh sync dgn gcalendar & gmail boss dinda....



~ kenapa entry ala mengada cam gini, sebab tak leh nak luahkan dengan kata-kata, ebab malu pastu nilah caranya nak minta sesuatu, sebab hubby ada baca blog saya.

Monday, January 11, 2010

sok dah setahun


pejam celik, pejam celik......dah setahun saya berblogging. cam tak caya. bior betul. dulu suka baca blog org. tak terpikir nak buat blog sendiri. hantu betul blog ni kan....org lain ada, kite pun nak juga ada sekali. orang lain buat itu, ini kat blog diaorg, kite pun nak buat sama. kuat tul penangannya.

at the first place, i was thinking to just write a simple story or to share some opinion based on our on going life. on my simple life as a mother, wife & muslimah. but, the most important matter is, be truth. be honest. just be yourself. that's the matter. u can make your blog interesting by adding up some spices by sharing your thought or joke or anything. i admired some blogger whose really a good writer. definitely, nuffnang melambung lah dek non kan.

apa-apa pun...tomorrow my dear friend is going to turn 1. thank you for always at my side.

Monday, December 14, 2009

hari minggu yang lalu....

......... menyambut harijadi saya dan anniversary kami yg ke 4 tahun...walaupun tiada candle lite dinner, cukuplah setakat masa yang dihabiskan bersama suami tercinta. sekadar tengok new moon dan makan-makan saja, kemudian mencari hadiah harijadi yang suami tercinta tak sempat nak beli sorok-sorok dari saya. akhirnya tawaf 1 midvalley hingga lah terpikir, saya perlukan sehelai jeans yang baru. kemudian, tension bnyk takde size. sabar lah ya diri, cepat-cepat lah kurus agar boleh masuk balik size 29 (jadilah realistik ok nak masuk size 27 konon).


kemudian, hari sabtu, seharian di rumah menjaga tuan puteri saya kerana suami tiada menghadiri sukan paralimpik di kelana jaya. menjadi organizer majlis haruslah bertungkus lumus kan. makan, tido dan main je lah saya dgn tuan puteri danisha.


hari ahad, jam 12 terpacak lah saya di hentian serdang menjemput akak & mak saya dari jb kerana menemani akak yg ada course di bangi. terus zaassss ke midvalley untuk tujuan makan. sebenarnya nak makan saja, tapi telah terjebak di beberapa kedai yang kami tinggalkan jejak dengan duit-duit kami...uhuhuuhu.....tanpa ada kokongan dari para lelaki, makan lebur lah duit-duit kami di kedai-kedai tersebut. apa boleh buat, sape suruh buat year end sale......tengok apa dah jadi.

dari jam 1.30 hingga 7.30 di midvalley & the garden saje. i was so happy spending a precious time wit my mother & sister, we were having fun, citcat, gossiping, sharing a joke, laughing at each other's funny action that we made during our outing and furthermore, my daughter also enjoying the time with her nenek & mak ngah. more happy coz my sis bought me 2 glam flat shoes from tomai @ the gardens and black & white blouse from east india co. from my mother. luv u so much. mulanya nak mascara bobbi brown, tapi bile mak shows me 1 blouse cantik, tak pikir panjang. i wish both of you could stay more few days. wednesday dah nak balik. so sad lah! uhuhuhuhuhu....... dah lama tak shopping together cam gitu. yg penting, masa yg di habiskan bersama.

ok ladies, how bout ur weekend...mesti syok kan!!

Monday, December 7, 2009

tarikh harijadi dan anniversary

lusa, 9/12/2009 anniversary me & en. nik yg ke 4 tahun dan 11/12/2009 birthday saya yang ke 31. selang sehari je. en. nik kata, jimat duit beli hadiah. hampeh tul.....entah macam mana boleh pilih tarikh dekat. masa kawin tahun 2005, 9/12 jatuh hari jumaat, afdal orang kata amik hari penghulu segala hari. kemudian majlis resepsi kesokan hari iaitu sabtu. so malam pertama saya (malu gitu...) sambut sekali dgn harijadi, en. nik kata 'hadiah istimewa'...jangan pikir songsang ye....hadiah istimewa bergelar isteri tau.

later, setelah beberapa tahun melayar bahtera, hadiah menjadi kurang 1. maksudnya en. nik buat sekali pakej 2 dlm 1 lah. kalau boleh saya nak turn the clok untuk asingkan tarikh nikah dan harijadi. boleh dapat hadiah lebih kan. konon-konon nak sentimental value, pilih lah tarikh dekat-dekat....pastu nyesal.
namun, en. nik memahami diri dan hati isterinya ini, tetap bagi 2 hadiah, walaupun tahun lepas dia buat pakej 2 dlm 1.

apa-apa pun i tetap cinta u...



u all bagaimana? ada cerita unik!!