Hari ini, 5/5/2010, genap Danish berusia 3 tahun. Selamat Hari Jadi Danish.
Siapa Danish? Danish abang kepada Danisha. Lahir pada 5/5/2007 di HUKM, jam 8.30 pm. Danish menghembuskan nafasnya pada 6/5/2007 jam 9.30 pagi di wad NICU, HUKM. Sekarang ni dia bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras.
Sepanjang seminggu yang lepas, hanya ALLAh saja yang tahu perasaan kecamuk dan kedinginan yang saya rasa bile mengenangkan tarikh lahir dan hari kematiannya bakal tiba. Doa dan bacaan al-fatihah saja yang boleh saya kirimkan kepada dia. Itu saje yang saya mampu lakukan sebagai seorang ibu dan hamba-NYA. Tapi setiap hari saya dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kematian/pembuangan bayi. Lagi sayu hati bile kenangkan Danish.
Saya lahirkan dia tak cukup bulan due to GBS and PPROM...you may click here and here for more information. Mengandungkan dia sahaja cukup indah buat saya, walaupun saya terpaksa bedridden selama 4 bulan kerana puncanya, air ketuban saya pecah pada minggu 16. Sepatutnya, membran akan tertutup kembali secara natural, tapi nasib saya tidak baik, membran setiap hari mengalirkan air ketuban. Kandungan saya mengalami kekeringan air ketuban, which is the most crucial part in pregnancy so that your fetus can grow without any problem, which is in my case it was not. Danish disahkan menghadapi masalah otak, jantung, kidney, pembesaran yang mungkin akan terencat dan macam-macam lagi. Mungkin bayi mati dalam kandungan atau sebaik saja dilahirkan.
Bagai berpusing dunia, bagai tidak berpijak dibumi yang nyata, bagai nak gugur jantung dan hati saya. Benarkah doktor? Dia bayi pertama saya. Tak mungkin.....
Hubby beri pilihan, samada menangisi setiap hari mengenangkan keadaanya kelak atau enjoy every single moment during my pregnancy while he is still in my womb. I choose to enjoy every single moment with him eventhough I've to face so much pain due to all the multiple injection that i took to stronger the womb and for my fetal development. Keluar masuk hospital selama 4 bulan. 4 bulan tu juga saya tidak bekerja. Pasrah. Allah saje yang tahu keadaannya. Saya diberi pilihan untuk mengugurkan kandungan atau meneruskannya, pada usia kandungan 16 minggu, dia dah sempurna menjadi manusia. Maka, saya memilih untuk meneruskan kandungan saya sehinggalah Danish dilahirkan. Mana tahu harapan masih ada.....
5/5/2007, jam 8.30pm, dia dilahirkan saya tidak dapat memengang dia, atau mendengar dia menangis. Doc terus masukkan baby dlm invetilator kerana baby mengalami masalah pernafasan. Allah saje yang tahu perasaan saya ketika itu....pengalaman pertama menjadi ibu tidak langsung saya kecapi.
6/5/2007, jam 6.00 pagi, nurse kejutkan saya untuk bangun dan berjumpa baby.Nurse bawa saya ke NICU.......YA ALLAH sayunya hati saya. lihat dia dalam ventilator dgn segala tiub, wayar, mesin segala ada di tubuh sekecil itu. Doc terangkan apa yang ada ditubuh dia, langsung saya tidak dengar, masa tu saya rasa berada diawangan, terasa tiada org lain disitu, hanya saya dan Danish.... hanya saya dan Danish saja. Apa yang saya dengar hanyalah, 'Puan, saya tidak dapat beri apa-apa harapan, anak puan dah kritikal, harap bersabar ya'. Bagai langit jatuh menghempap saya, lantai yang dipijak tidak lagi saya rasai. Namun, di awal lagi, sebelum kelahiran, Doc dah brief saya & hubby keadaan baby kelak, saya redha, sangka saya, saya dah bersedia terima hakikat, tapi bile face the real situation, i even cant feel myself. Allah Maha Kuasa....Allah Maha Besar...Allah Maha Pengasih. Itu saja yang mampu kuatkan saya.
Apakah perasaan seorang ibu, apabila bayinya dilahirkan tapi hanya dapat memangku dan memeluk bayi bila dia sudah tidak bernafas lagi? Tidak tergambar perasaan, tidak terluah kata-kata, tidak langsung terasa darah di dalam badan, hati mula rasa kosong, jiwa mula rasa sepi. I'm speechless. Bayi saya diserahkan kepangkuan saya dalam keadaan suci bersih, seperti bayi sedang tidur. Hakikatnya, dia tidur selama-lamanya. Itulah pertama dan terakhir saya memangku, memeluk dan mencium dia. Itu lah kali pertama dan terakhir saya & hubby menatap wajah dia. Memengang jari-jari kecil, mengucup dahi halusnya. Mengusap helaian rambut Danish yang lembut, mengulas bibir dia yang merah........ Itu lah saat-saat manis saya dan suami bersama Danish. Sekejap saja. ALLAH lebih sayangkan dia. Duggan yang saya terima ketika mengandungkan dan melahirkan anak yang pertama memang takkan dpt dilupakan sampai bila-bila. Dialah permata pertama kami.
Dugaan ketika dalam berpantang amat hebat. Berpantang dengan tidak kehadiran bayi bersama, memang hebat kekecewaan yang dirasai. Sunyi dengan tidak kehadiran tangisan bayi, susu melimpah-limpah keluar, buang cam gitu je. Suami tiada di sisi, kerana kursus 2 minggu. Saya keseorangan walaupun ditemani ahli keluarga, tapi tidak sama kesunyian tanpa anak di sisi. Hari-hari menangis. Hari-hari meratapi pemergiannya. Memang tidak elok. Siapa lah saya nak melawan takdir Ilahi. Siapalah saya untuk kata, diri ku kuat utk hadapinya. Hampir meroyan dibuatnya. Hampir berputus asa jadinya. Hampir musnahkan rumahtangga saya...
Esok, 6/5/2010, genap 3 tahun Danish, meninggalkan dunia ini, tinggalkan saya & hubby, tinggalkan adiknya, Danisha yang semakin nakal. Maka sempurnalah keluarga saya dengan kelahiran sepasang anak yang menjadi permata hati kami. Bagaimana rupa Danish yea? Saya selalu bayangkan rupa Danish dlm version boy bile lihat Icha. Bila saya lihat Icha, i think i can see Danish instead of her.
Danish, mama selalu ingat Danish, walaupun Icha ada di sisi mama & baba, Danish tetap ada di hati mama. Danish tetap No. 1 mama. Danish tetap precious mama. Now, Icha suka dengar lagu Twinkle Lil' Star. Ingat kan, lagu yang mama selalu nyanyi utk Danish. Doakan mama & baba dapat jumpa Danish kelak. Mama selalu bayangkan rupa Danish.......Selamat Hari Jadi Danish.....Tunggu mama & baba di pintu syurga.
15 comments:
kau ni buat aku sedih nak nanges tengah2 hari buta ni tau.. sob sob
cetot,
aku lagi sedih..
cikayu,
Allah lebih sayangkan danish... im so sorry... sedih betullah... u buat i meleleh air mata depan komputer ni ha... be strong darling... danish pasti selalu doakan u & family and tunggu u kat pintu syurga... semoga danish ditempatkan bersama orang2 beriman dan soleh... amin...
AL- FATIHAH.......
Cikayu, thanks for sharing this beautiful dedication to your son. Orang yang berhati batu sahaja yang tidak tersentuh membaca luahan hati seorang ibu yang kehilangan bayi pertama tersayang...Kesedihan yang akan membawa kepada kegembiraan di akhirat kelak insyaallah...
ayu dear this is very sad - must be hard for you to recall the painful moment sabar ye -he is here with you and he is there waiting for you *hugs"
happy birthday danish...baba n mama luv u so so much...al fatihah.
ladies,
Thank you for your time to read my special dedication and thanx for the doa.. *hugs*
salam...
sebak saya baca cerita nih...sgt sedih...tabah sgt u hadapi ujian nih...but,he is waiting for you *hugs*
Babe,
meleleh2 airMata ibu I bila membaca karangan you ni. You Sgt tabah menhadapi dugaan dari Allah SWT. Tak dapat I bayangkan kesedihan yg you dan husband lalui. Semoga Danisha membawa kegembiraan yg berpanjangan Dan I doakan Allah kyrniakan anak2 sihat Insya Allah.
MJ,
thanx. dah 3 thn berlalu, i still rasa cam semlm je.
LadyLovesLeisure,
heheh...karangan i blh dpt A++ tak? heheh. its purely and genuinely from my heart. terharunya, thank you for ur doa. really appreciate it so much.
ayu, tabahkan hati...
salam..
apa yg saudari nukilkan begitu menyentuh hati sy...
skrg sy sdg mengandung 22 mggu..
anak pertama..
ketika usia kndungan 15 mggu..
air ketuban tlh pecah..
juga disbbkn PPROM..
dan sehingga skrg ianya msh kering..
setiap hari sy menangis..
memanjatkn doa kpd Yang Esa..
segala kemgkinan yg b'laku dktor telah terangkn..
hanya Allah yg tau perasaan sy yg ingin menyambut kelahiran anak sulung kami dgn sihat ttp diberitakn dgn keadaan ini..
Allahu akbar..
skrg apa yg mampu sy lakukan hanyalah doa, tawakal & redha..
jika Allah ingin meminjamkannya sekejap sahaja..
kami redha..
kami redha dgn ketentuanMu, ya Allah..
salam zatiey,
jangan bersedih yea zatiey, anggap ini anugerah dari ALLAH yang istimewa. tidak semua merasai dugaan begini. bersabar dan tenang. saya faham keadaan & perasaan zatiey. enjoy the moment while the baby still in you. ur baby need u to be strong. hari-hari bercakap dgn dia, bacakan doa, nyanyikan untuk dia. beri dia kasih sayang walupun masih dalam rahim. kerana itu yg saya selalu buat utk arwah Danish. bercakap dgn baby hari-hari, buat saya tenang & gembira walaupun segala kemungkinan sedang menunggu. be strong, ALLAH maha mengasihi. jgn putus asa, jangan brsedih, kerana baby pun akan turut sedih. give me ur details or email...we can keep in touch...
ladyayu78@gmail.com
sob sob... i feel sad too as fren... banyak2 bersabar dan berdoa... amin...
air mata menitis lg..
skrg ni hnya solat hajat, doa, mengaji yg mampu diamalkn..
ya Allah..
tabahkn hati ini mnghitung hari2 yg mndatang..
cik ayu..
thanks byk2..
ni emel sy..
zatiey@gmail.com
Post a Comment