Tuesday, November 9, 2010

Menu Raya Haji

Belum pun abis minggu ini dah pikir nak makan apa time Raya Haji, tak senonoh betul tuan rumah ni kan!


Plan nak masak untuk Raya Haji adalah Nasi Tomato, Ayam masak merah atau Daging Rempah (style Terengganu, my mil) dan Acar Timun Jelatah. Gerek tak menu? Bagi yg chef diva tu menu ni biasa je kan, bagi saya ni yg 1st time nak buat Nasi Tomato, ada kecut kat situ, abis aku search menu, call mak, call mil nak buat camner, salin resipi beria-ia, jangan tak buat sudah!! Silap aribulan order Nasi Beriani dengan JM Beriani Tun Hussein Onn je lah......


Kisahnya saya tak balik mana-mana kampung pun this year. Sebab Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Rabu and kami tak dapat cuti kena freeze, especially saya yang akan bertugas untuk OUM Convocation minggu tu, tension tak?

3 hari cuti Deepavali, sepatutnya saya akan masak yang luar biasa, bukan sangat-sangat luar biasa lah, cuma special sikit untuk suami & anak tersayang..cewah! Tetapi, 3 hari tu lah makan luar....hahhahahahha. Sebab tuan rumah ni nak exam. Jadi masa itu sangatlah cam emas. Bergerak bila nak ke toilet, makan, minum, solat, main dengan Danisha, bergurau senda dengan hubby - ni mestilah ada bagi hilangkan stress kan. hahahhaha. oopss. Adalah juga keluar untuk mencuci mata. Selainnya, adalah buku, buku dan buku. Alhamdulilah, baru lepas 1 paper semalam (Isnin). Ada lagi satu, esok (Rabu) paper Human Resources Development (HRD).

So, saya janji dengan hubby, Raya Haji ini, saya masak spesel sikit untuk menebus makan luar cuti 3 hari tu. Hubby cuma sengih, bagi sokongan je lah, kang kena marah dgn bini lak kan.

Sedih juga tak dapat balik kampung, sepatutnya Raya Haji ini turn balik JB, umah mak saya. Tapi tak pelah, Disember ni nak cuti panjang sikit so redha je lah.


Ok dear, what is your plan for Raya Aidiladha's holiday? Balik kg ke? bestnya dapat kumpul 1 family kan.....


6 comments:

TK said...

Rajinnya..dah plan nak masak apa 4 Raya Haji.Sedap tu nasi tomato..
Slamat Hari Rayalah ye..

CiKaYu said...

TK, ni baru rancang je, tgk jelah nanti jadi ke tak..hahahah berangan je lebih.

Rizziela said...

wah! awak keje kat OUM ker?

CiKaYu said...

Rizziela, iye, saya keje di OUM...u student ka?

Ermayum said...

i pun takda plan semua org cuti i dont have any lagi uwaaaaa

happy berkorban Ayu cun :)

CiKaYu said...

erma,
samalah kita...kt kl je lah ...

Post a Comment