Monday, November 15, 2010

Halal ke tak Halal ini??

Sejak menjak ini saya banyak dibanjiri dengan pertanyaan status HALAL produk dari Hai-O terutama sekali produk kesihatan seperti Herba Maharani, vitamin, penapis air dan banyak lagi. Ada yang tanya saya Premium Beautiful ni halal ke?? Pertanyaan-pertanyaan macam :


** Produk Hai-O ni halal ke? Dah dapat pengesahan JAKIM ke produk kesihatan Hai-O? Rasa was-was lah guna sebab ada tulisan Cina, entah halal ke tak...? Pendapatan sampingan tu datang dari mana, betul ke caranya??**


Saya memahami kegusaran dan keperihatinan pengguna dan juga hala tujuan perniagaan ini, oleh itu saya telah menyemak dengan Suruhanjaya Sekuriti samada Hai-O Marketing mematuhi sekuriti patuh Syariah yang telah ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), semua ciri-ciri untuk mendapat status ini adalah sangat-sangat teliti dan MPS tidak sewenang-wenangnya memberikan pengiktirafan atau pengesahan. Maklumat lanjut boleh semak di SINI.

Atau boleh baca di petikan di bawah ini.


** Hai-O Enterprise Bhd di no. 4

MPS telah menggunakan beberapa kriteria tertentu iaitu kajian ditumpukan kepada aktiviti sesebuah syarikat yang sekuritinya tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan, syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Sebaliknya, sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah seperti yang berikut:

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan
yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau
barangan yang berkaitan;
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain.

Selain itu, dividen yang diterima daripadapelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga iambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh MPS.

** Sumber : 2010 Senarai kemas kini Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC


Saya berusaha untuk menambah pendapatan keluarga untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang selesa untuk anak & keluarga, dan saya tidak akan sesekali memberikan mereka dari sumber yang tidak benar.....

3 comments:

alfaath said...

Baguslah kepada mereka yg bertanya halal ker haram tu, tapi kalau dah tau halal tunggu apelah lagi? Sila lah beli produk Hai-O. :)

noreed said...

kalo halal bagus lah :)

CiKaYu said...

alfaath,
apa tunggu lagi kan..

noreed,
tq for visiting...

Post a Comment