Friday, November 12, 2010

Tak Sangka, memang tak sangka!

Tu tajuk Hot.Fm pagi ini aku cilok!. Memang aku tak sangka.

Terkejut dengar berita kematian penyanyi Shamrin dari Fotograf. Aku n akak aku gila betul dengan group ini masa zaman remaja sekolah dulu. Sesiapa yang lahir tahun '70 an - '80 an, sure korang tahu and big fan of Fotograf kan. Tipulah kalau korang tak minat, at least 2-3 lagu mesti korang suka kan. Group ini takdelah handsome-handsome sangat, tapi yang paling cute time tu drummer dia, si Ringgo tu yang kena tangkap kat mana ek, lupa, pasal hal dadah, apa kes ye dia skrang? Tak ter'follow' up pula.

Adik-adik sekalian ini lah kumpula Fotograf yang kakak-kakak korang gilakan tu dolu-dolu. Yang Ringgo tu belah kiri sekali, cute kan. Muka babyface gitu.


Arwah Shamrin

Lagu pula mmg tangkap syahdu lah, sekali dengar memang aku berangan tahap dewa lah. Berangan tak hengat. Lagu yang aku paling suka, 'Dari Pintu ke Pintu', 'Di Alam Fana Cinta', 'Luka Seribu Rindu'...banyak lagi wei...memang aku suka betul kumpulan Fotograf ini, tapi tak pernah beli kaset. Mak kasi duit beli buku & untuk makan, so aku ni jujur kan, takde lah kumpul duit nak beli kaset, just dengar kat radio je. Bile dah berduit ni, takde pula kepingin nak beli CD. So sekarang ni, cam teringin nak beli buat menyemak CD rack rumah. Agak-agak feeling, boleh dengar.

Saya memang terkezutt.....ALLAH mengambil nyawa hambanya di mana-mana saja. Tak kira tempat, masa, bila....dah termaktub di Loh Mafuz bila ajal kita, ALLAH tetap akan tarik.
Ya Allah, Matikan lah kami dalam iman dan agar dikelilingi keluarga kami. Amin.

Arwah meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak, umur antara 17, 1 & 5 tahun. Semoga isterinya tabah hadapi dugaan ALLAH. Al-Fatihah


Shamrin Fotograf meninggal dunia

11/11/2010 7:10pm

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan


**Ehsan dari Utusan Malaysia online.

3 comments:

Syida said...

al fatihah utk dia.....

CiKaYu said...

Al-Fatihah!

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

Al-Fatihah utk arwah..lagu2 fotograf mmg best..suka

Post a Comment