Betul lah kata-kata orang tua-tua, kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah bawa ke mati.
Beratnya hati saya nak bercerita kat sini apahal yang berlaku pada pagi tadi.
Sebelum start keje, biasanye saya akan tengok-tengok Facebook dulu. Almaklum semalam cuti, sure hari ini banyak status baru kan.
Status yang ini, saya tak berkelip baca. Betul ke? Saya call tuanpunya status..
Me : Tina, betul ke Fazlina Musa? U mean Faz?
Tina : Ye Ayu, Faz kita.
Me : Innalilahiwainalilahirojiun. Bila?
Tina : Semalam petang. Kebumi pun petang tu juga. Alhamdulilah, aku sempat ziarah. Tapi yang sedihnya, anak dia pun tak dapat diselamatkan, masih dalam kandungan lagi. Diaorg terus kebumikan bersama.
Me : You mean, dia pergi dengan baby dia??
Tina : .............
Hati saya berderai seperti putus cinta. Badan saya menggigil, terasa seram sejuk, secepat kilat, air mata mengalir..... Terbayang-bayang susuk tubuh Faz dengan kandungannya yg ketika itu mencecah 6 bulan, dia dijangka akan bersalin bulan depan. Masih terngiang-ngiang lawak selamba dia masa saya call dia tempoh hari. Saya tak percaya..
Ya Allah, golongkanlah Fazlina dan babynya di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman dan disayangi - Mu.
Fazlina Musa, schoolmate saya masa di sekolah menengah, kami sangat-sangat baik. Dia seorang yang baik, happy-go-lucky, penyayang, ikhlas, baik hati, banyak yang saya ingin puji dia di sini. Dari dulu lagi Arwah memang ada sakit, saya tak berapa pasti tapi apa yang pernah Arwah cerita pada saya yang darah dia tak stabil, tak normal cam orang lain, nak kata leukimia, bukan leukimia. Tapi keadaan Arwah bertambah sihat, cuma dia mesti amik ubat. Arwah mengambil risiko mengandung kerana dia mahu memberikan zuriat kepada suaminya katanya.
Seperti semalam baru bercakap dan berjumpa dengan dia....saya ada call dia bulan lepas, bertanya khabar dan juga bertanya hal tentang kawan kami yang merupakan kawan baik Arwah juga meninggal dunia. Bagaikan 'jodoh' selepas arwah kawan kami, Suhaila meninggal, dan masa dia juga telah tiba. Allah Maha Kuasa.
Dia masih muda, seusia saya. Dia pergi bersama anak nya. Meninggalkan seorang suami yang baik, yang sanggup menerima dia setulus ikhlas walaupun sedari keadaan Arwah. Menurut Tina, ketika menguruskan jenazah, suami Arwah tidak putus-putus menitiskan air mata, terngiang-ngiang suara Faz, "aku nak bagi zuriat utk husband aku". Tapi niat Arwah tak kesampaian. Pernah saya bertanya mengapa dia perlu put herself in jeopardise. Tapi niatnya cuma nak bagi zuriat pada suaminya.
Faz, semoga roh mu dicucuri rahmat dan pergi mu adalah mati syahid. Berbahagialah kamu Faz bersama anak mu yang tersayang. Aku sudah mula merindui mu sahabat!
Bila masa kita untuk dijemput ALLAH? Saya berkata pada seorang sahabat, adakah telah bermula fasa kita untuk mendengar berita demi berita kehilangan sahabat?? Dan mungkin tak lama lagi diri kita pula!! Allahu'allam.
Ya Allah berilah aku peluang untuk bersama Danisha hingga dia dewasa untuk aku berikan dia kasih sayang. Panjangkan lah nyawa ku untuk anak-ku Ya Allah.
Al-Fatihah.
1 comments:
Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri Rahmat...Amin
Post a Comment