Monday, January 10, 2011

Semua ku suka

Hebat AJL 25 kali ni. Semua lagu saya suka. Lagi best malam tadi tengok dengan hubby je. Princess tido awal. Memang kasi chance kat mama & babah nak romantik2 layan AJL 25. Tq darling, tapi sementara tunggu result, tetiba Danisha bangun nak susu. Sib baik tinggal tunggu result je. Tapi mlm tadi memang mantap sehhh.....ooh paling yang saya suka pengacara FBI, Ally Iskandar & Cheryl Samad. Bile tengok AJL ni, saya teringat time Ally Iskandar jadi lecturer di YPM dulu. Dia tak mengajar saya tapi dia ajar kelas lain. Lecturer lelaki paling comel dia lah. Cute sangat. Dia mengajar English untuk student A-Level tak silap saya. Tapi dia tak sombong, comel je. Sib baik tak jadi lecturer aku, ari-ari lah aku duduk depan sekali.


Ada sikit frust lah, bila Anna Rafalli yang menang, sebab sangkaan ku, Black-Sofea Jane atau A.P.I-Pelita atau Faizal Tahir- Selamat Malam or Hanyut. Tapi persembahan Faizal Tahir memang mantap lah. Apa pun, AJL diadakan untuk meraikan bakat komposer & penulis lirik bukan semata-mata kebagusan lagu atau penyanyinya. Tahniah Anna Rafalli.


Tapi yang paling mantap dan superb ialah Dato' Sharifah Aini, Dato' Siti Nurhaliza & Ziana Zain...oo ku suka akak Ziana tu. Cantik betul. Teringat pula masa terjumpa dia di kaunter Benefit, Metrojaya Midvalley. Ye, aka Ziana Zain guna makeup Benefit ok. Dia guna ni, Benetint by Benefit. Serious, i tak tipu. Dia beli lebih kurang 2-3 botol lah. Masa tu tanya dia, dah lama ke guna, dia kata dah lama dia guna Benetint sebab dual-function kan. Boleh pakai kat bibir as a pemerah bibir if tak nak nampak bibir mungil & kemerah-merahan kan, dan boleh guna as blusher. Bau dia harum je, dah cam bau Rose cap Goldlion air sirap je. Tapi best. Kebetulan baru nak cuba Benetint ni, dah dapat testimonial dari artis sendiri, apa lagi, confident diri terserlah lah kan. Terasa cam nak pakai balik pula Benetint ni....harus pegi beli ni.


Nak cite AJL ke makeup ni........tersasar dari arah jalan lah.

Apa-apa pun, AJL 25 memang best. Suka dengan semua finalist. Yuna sangat cantik. Adira sangat cute. Lagi suka tengok performance Stacy, mantap. Shahir kena penampor manja dgn Nasha Aziz. Nasha Aziz sangat lah cute. Black memang mantap. Suka lah semua.


Nota untuk Suami : Yang, tahun depan kite g tengok live nak?

6 comments:

mrsharis said...

Aku pun suka tgk yuna semalam. Anggun jer kan..
Dulu pernah gila produk benefit..
Pernah beli High beam, Dandelion Pink Powder & You Rebel tapi tk pakai pun..rugi jer beli. (Gara2 pembawakan bby girl..tapi masa tu tak tau lagi peknen ;p)

CiKaYu said...

mrsharis
sayangnye tak pakai.....ayu pun pakai dandelion. tapi bile dah abis, pakai yg lain pula...

Ermayum said...

i duk tunggu berhari hari terlepas dan terlupa gak uwaaaaaaaaa :)

i ada benefit eye shadwo - but sekejab ja pakai now dah jadi harta karun the girls - casing benefits fancy fancy kan

noreed said...

macam best benetint tu. dual function lagi. cikayu dah pakai ke? kalo dah citer lah sket.

oppss..the of topic plak, sorrrryyy

maya amir said...

mmg best ek pakai benetint tu?

A D I A said...

kita pun pakai benetint tu, sama taste la kita dgn akak ZZ ye. tapi selalu lupa pakai sbb duk tepek lain kat muka.

kesian AR kena kutuk sbb jadi juara, dah rezki dia nak wat camne kan.

Post a Comment