Friday, January 28, 2011

Are you a Glee's fan? >>> yes I am

Salam Jumaat. Esok hari Sabtu. Mari kita rilex.

Awesome, lah FlashMob ni. happened in Madrid. Malaysia pun ada, buat di The Gardens. You can search from Youtube. I like this one most. Because of the small space they have, and the songs combination. Enjoy!

Wednesday, January 26, 2011

Wordless Wednesday (4)


Kaki mungil yang selalu aku gigit geram sayang tiap-tiap hari........

I luv everything about you my dear.

Wednesday, January 19, 2011

Wordless Wednesday (3)



I love this pictures. Do you think I should enroll her to dancing class?

Tuesday, January 18, 2011

Very much like

Actually I was planning to post this entry a day after my birthday, which is on 11/12/2010. Its already a month and I just got this opportunity to do this entry. So busy with work, life and macam-macam, entah apa-apa lagi.

Anyway, last year birthday I didn't get any gift from my dear hubby. Actually, I did, it was a Blackberry Bold in advance. Tapi being me, I want a gift too on my birthday. Tak bersyukur betul lah. I love December. You know why? Because I get 2 gifts every year, wedding anniversary and birthday gift. :) My wedding anniversary on 9th December, was my 5th Anniversary. My hubby gave me Coach wristlet and teddy bear and flower. T_T. The Coach wristlet he bought on the day, he asked me to choose as he's afraid that he will choose the colour or design that I dont like, being his lovely wife, memang agak cerewet. Kalau tak suka, memang takkan dipakainya, so kesian lil' hubby, so he asked me to choose, anyway. The flower & teddy bear was a surprisedfrom him. Camner lah tak sayang banget kan. Send to the office, so suka sangat. Blushing gitu bile dapat from delivery man yg anto. Thank you darling.

Last year, my birthday fall on Saturday and coincidentally, it was his bestfriend wedding in Rembau. My dear hubby booked Thistle Hotel in PD for our short vacation cum birthday present. Lovely. Perfect birthday gift I've ever had.

I love the hotel, the place and the beach. Yes, I know, some of people not prefer the PD's beach. But I was surprised when we saw the beach, its so beautiful and fascinating. So calm and so clean. The air so fresh. I wish I could stay another day. Tapi next day dah kerja. What to do...

Enjoy the pictures k. Malas nak explain....korang faham-faham sendiri boleh tak?


Ada movie theatre tau, tuk kids. Special for kids. Masa tu ada cite Power Rangers.


Merenung masa depan.

Santai abis minah ni.


View from kids pool.


Melalak tak nak naik.


The lobby.


The lobby again, and the lil' maid in thisle.


Bye-bye.


* kata tak nak explain....

Here I come......


Kaki sebelah dah masuk, lagi sebelah je ni......Insya'allah. Mudah-mudahan dipermudahkan. Trip pegi HongKong ni dari Hai-O, trip ala-ala VVIP. Semuanya FREE. Takde satu pun yang kite keluar duit. Best kan. Macam-macam CikAyu dapat sejak berkecimpung dalam business ni. Thank you my dear leader SALHA. Banyak bagi tunjuk ajar, walaupun jarak usia sangat beza, tapi CikAyu tetap muda yea. Salha banyak bagi ilmu dan tunjuk ajar tak jemu-jemu. Thank you dear. I owe you so much!.

Tak caya ke kaki sebelah dah masuk HongKong, gi kat link blog Salha ni. Kalau tak percaya. Nama CikAyu first tau. Insya'allah, kalau masuk business ni, CikAyu akan bantu partner dapat apa yang CikAyu dah dapat ni. Cetot, partner CikAyu tak lama lagi nak bersalin, tapi dia sedih tak dapat nak join trip HongKong ni. Dia lagi terror abiskan Corset Premium Beautiful 2 hari saja dan usia business dalam Hai-O, baru 2 hari je.

Dengan bimbingan Salha dan kumpulan sama-sama lakukan untuk capai impian. Siapa yang tiada impian. Semua orang ada, tanggungjawab kita hanya merealisasikan dengan cara usaha, doa, tawakal dan redha. Insya'allah Allah perkenankan. Impian saya cuma nak bawa parents CikAyu pergi tempat yang diaorg nak pegi sangat-sangat, Mekah & Mesir. Walaupun parents dah jejak kaki ke Tanah Suci, tapi CikAyu teringin nak bawa diaorg dengan rezeki yang CikAyu dapat. Nak pergi sekali dengan diaorg. Mesti best sangat-sangat kan.....Impian bukan impian diri sendiri, tapi impian orang lain pun kita boleh penuhi. Bukan susah pun, CikAyu pun pernah rasa tak confident, takde asas pun. Tapi berkata tunjuk ajar dan panduan....CikAyu tak sangka boleh buat. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapalah yang tahu, hanya ALLAH s.w.t sahaja.

Tahu tak ?

Best pakai corset Premium Beautiful ni memang tidak dapat digambarkan. Mereka yang telah memakainya saja boleh meluahkan perasaan bila memakai Premium Beautiful. Sampai dah rosak sikit pun tak nak hantar repair. Corset Premium Beautiful boleh hantar REPAIR? YES. Kalau koyak, rosak, boleh hantar repair. Lifetime warranty kan, bukan warranty setakat 2-3 tahun....SEUMUR HIDUP ye.

Customer a.k.a my colleague ni girdle ada koyak sikit. Tapi tak nak hantar repair. Puas saya pujuk meh lah hantar repair. Dia tetap tak nak hantar juga.

Sorry yea, kecik lah pula. You all boleh clik je kat image tu yea.



Tak susah nak contact CikAyu. Just call, sms or email saje. Insya'allah CikAyu reply k.

Monday, January 17, 2011

Seringkali...

Tengah buat-buat keje, realplayer play lagu Seringkali - Maman, Teacher's Pet. Teringat pula kisah-kisah zaman dolu-dolu. Cikayu ni selalu sangat sentap sangat bile dengar lagu lama-lama. Kasi chance lah nak feeling-feeling kan. Dengar lagu Anuar Zain pun sentap...entah apa2 minah ni.

Nak cite sebenarnye, seringkali nak update entry dalam blog, seringkali juga lah idea ketandusan. Seringkali banyak idea mecurah-curah, bila sign-in, seringkali juga lah hilang semua idea tu. Sampai sign-out pun idea tak mari-mari. Seringkali aku sentap je. Pegi berbloghopping, banyak betul idea nak cerita, tapi tu lah, seringkali otak menjadi blank. Cuba korang kira berapa kali 'seringkali'.

Tu je nak cite. Seringkali idea hilang bila nak mula taip kat blog ni. Seringkali juga lah u'oll bengang dengan minah senget ni ek.........


Happy monday!

Gratitute List

My list for today, Monday, 17/1/2011.......I wish today will be a good day for me, as for the past few days, not-so-good-week for me. My house renovation matters, my unstable emotions, workplace, etc. I wish I am billionaire....macam lagu Traviee McCoy. Hari-hari aku gi holiday, shopping, goyang kaki, main-main dgn Danisha.

Here goes my list...not so best list!

1. Teh tarik + wholemeal bread for breakfast
2. Sorting
3. Call travel agent - quite pissed off!
4. Take a deep breath! Go away stress!
5. Google potty training for girls...
6. KLM.com - KUL-London-KUL, boss may i have 1 free return ticket please?
7. CNY cards for boss's friends! Hundreds of them! pergghhhh
8. What for lunch?
9. Work
10. Balik rumah lah!

Ya Allah, please, bless me with a good day today! Amin.

Friday, January 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa & Anuar Zain

Korang jangan pula ingat Anuar Zain berlakon pula cita epic Hikayat Merong Mahawangsa. Lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih jadi OST cite ini. Wallah....lagu ni memang buat aku mabuk kepayang ok. Ciptaan Edry Abdul Halim. Cita HMW ni pula, filem KRU. Bulan Mac nanti akan ditayangkan. Pelakon mantap-mantap tu...

Lets watch the trailer.




Yang ini pula OST, abg Anuar Zain nyanyi. Memang aku minat sangat dengan Abg Nuar ni, boleh panggil gitu? Hubby mmg kureng sikit dgn Abg Nuar ni, pantang aku feeling2 cecepat dia tukar station, angin betul lah.Kalau dengar lagu ini lagi lah...........terbuai-buai rasa di awan-awangan, nak nangis pun ada....macam-macam lah.

Darling, dont worry, you are my forever lover but you have to accept the fact that your wife have an affair with Anuar Zain's song.




Lagu ini separuh je dalam youtube. Nanti you all cari lah kat mana-mana download lah mp3 k. Lirik aku dah letak ni. Happy feeling

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Thursday, January 13, 2011

Pemandu pagi ini adalah si dia...

Tiap-tiap hari pegi balik keje, bosan je drive sesorang mengadap jem. Sejak dah naik sekolah ni, jalan sesak teruk. Pas anta anak-anak ke sekolah, mak pak pun bersesak lah nak pegi keje. Pagi tadi hubby cakap, dia ada meeting kat Hq, yahoooo....rasa nak melompat, dia nak pegi sama. Balik nanti drive jemput dia balik ofis. Legaaaa nyaaaa.....duduk sebelah, bersandar, tapi tak leh nak tido coz hubby ajak borak. Ye lah bukan selalu kan, nak pegi keje sesama, dulu boleh lah. Sekarang ni dah sendiri-sendiri. Ada peluang cam gini, boleh lah nak feeling romantikadeamour kan....

Sekian, itu aje.

Wednesday, January 12, 2011

Mata Lalat vs Mata Lebah

This morning, I was late to work. At 7.30am I left home and in my head keep saying, matilah aku lambat, jalan sure jem tak hengat ni'.

I was late and I keep visualize the bad traffic and of course for sure, I'll be late. I switch on the radio as usual. Every morning I listen to Hot.Fm, my fav radio station. But when I switched on the radio, Ikim.fm was on air instead of Hot.fm. I'm not sure when I changed the station. Tapi ada hikmah yang I dapat. Nak share dengan u'olls. Tapi minta maaf ye jika interpretasinya tidak dapat difahami atau salah. Yang baik dari Allah swt., yg buruk tu dari saya sendiri.

Program pagi tu ialah motivasi. Not sure the specific name of the program. Tapi tajuk nya 'Mata Lalat vs Mata Lebah'. Pernah tak kamu terpikir akan perbezaan mata lalat & mata lebah. Apa yang ada pada mata lalat & mata lebah ni yea....

Actually dalam hidup kita ini, kita akan jadi samada mata lalat atau mata lebah. Terserah kepada pilihan kita.

Habitat lalat ini di kawasan pembuangan sampah. Lebah pula di kawasan taman bunga atau di kawasan yang berharum wangi, bersih, cantik dan indah. Lalat akan berkeliaran di kawasan pembuangan sampah yang busuk dan kotor. Maka, apabila lalat hinggap di makanan kita, apa akan jadi? Mungkin kita akan sakit sebab lalat bawa bakteria dari kawasan pembuangan sampah.

Lebah pula, sukakan kecantikan, keindahan, keharuman, kesegaran. Lebah tidak akan hinggap di permukaan yang buruk, busuk dan kotor. Walaupun lebah berterbangan di kawasan yang kotor, lebah tetap akan mencari permukaan atau bunga atau daun yang cantik, bersih dan harum. Lebah mencari madu yang beri banyak kebaikkan kepada manusia terutama kesihatan.

Jika lalat dan lebah ini berterbangan di atas kawasan pembuangan sampah, mata lalat akan tertumpu di kawasan yang kotor dan busuk dan buruk. Manakala, lebah pula walaupun berterbangan di atas kawasan pembuangan sampah, tetapi tetap mencari-cari benda yang cantik, harum, wangi dan indah kan.

Nampak tak perbezaan lalat dan lebah? Tak faham juga?

Manusia ini ada yang bermata lalat atau lebah. Jika kita melihat sesuatu itu dari perspektif mata lalat, maka tanggapan kita dan pemerhatian akan sentiasa buruk. Perkara ini dikaitkan dengan kehidupan seharian. Jika kita lebih suka melihat atau memikirkan sesuatu itu buruk, maka kebaikannya kita tidak akan dapat sampai bila-bila. Contoh, jika kita nampak 2 org staff office duduk bersembang, kita lihat mereka sedang mengumpat atau curi tulang atau malas nak kerja, asyik berborak je. Sedangkan mungkin mereka baru saja selesaikan tugasan mereka atau mereka sedang berbincang hal kerja. Kalau kita pilih kawan yang tidak baik, mempengaruhi kepada perkara-perkara negatif, maka sikap kita juga akan negatif, pemikiran juga menjurus kepada negatif. Sama juga jika kita hendak melakukan sesuatu, kita asyik fikir negatif, maka tak menjadi lah apa yang kita lakukan.

Kalau manusia memilih mata lebah, yang melihat setiap benda atau perkara indah, wangi, harum dan cantik maka apa yang kita buat akan mendapat balasan kebaikan. Contoh, jika kita memilih untuk berkawan dengan orang yang baik dan sentiasa positif, pada masa yang sama kita mendapat kebaikkannya juga kerana kita memilih untuk menjadi baik. Kita menilai setiap perspektif juga dengan penilaian yang baik-baik sahaja. Contoh jika kita hendak berniaga, kita dah tanam dalam fikiran kita, bahawa kita akan berjaya. Kita sentiasa fikir positif dan baik-baik. Maka, perniagaan itu akan berjaya dan berjalan lancar.

Kesimpulannya, dalam kehidupan ini, kalau kita memilih untuk melihat kehidupan ini dengan mata lalat, maka kebaikannya tidak akan kita dapat sampai bila-bila, kita akan hidup dalam penglihatan lalat yang sentiasa nampak keburukan. Tiada kebaikan yang kita akan dapat disebaliknya. Hati kita juga akan diselaputi dengan wasangka.

Kalau kita pilih untuk melihat setiap sudut kehidupan ini dengan mata lebah, kita hidup dalam keadaan yang baik, indah, menarik, harum dan wangi. Hati juga akan sentiasa bersangka baik. Perspektif hidup kita pun akan berubah menjadi lebih positif dan kebaikan akan sentiasa memihak kepada kita.

Perumpamaan ini bagi saya amat simbolik. Terserah lah kepada individu untuk melihat dari mata lalat atau mata lebah.

Selamat beramal.

Wordless Wednesday (2)


Senja di Teluk Kemang........

Monday, January 10, 2011

My Soul

After a few days thinking of something and someone.
Sad story of a wife who lost loved.
How emptiness can kill the happiness and destroyed the dreams.
Only one is eternally.......... ALLAH s.w.t


Semua ku suka

Hebat AJL 25 kali ni. Semua lagu saya suka. Lagi best malam tadi tengok dengan hubby je. Princess tido awal. Memang kasi chance kat mama & babah nak romantik2 layan AJL 25. Tq darling, tapi sementara tunggu result, tetiba Danisha bangun nak susu. Sib baik tinggal tunggu result je. Tapi mlm tadi memang mantap sehhh.....ooh paling yang saya suka pengacara FBI, Ally Iskandar & Cheryl Samad. Bile tengok AJL ni, saya teringat time Ally Iskandar jadi lecturer di YPM dulu. Dia tak mengajar saya tapi dia ajar kelas lain. Lecturer lelaki paling comel dia lah. Cute sangat. Dia mengajar English untuk student A-Level tak silap saya. Tapi dia tak sombong, comel je. Sib baik tak jadi lecturer aku, ari-ari lah aku duduk depan sekali.


Ada sikit frust lah, bila Anna Rafalli yang menang, sebab sangkaan ku, Black-Sofea Jane atau A.P.I-Pelita atau Faizal Tahir- Selamat Malam or Hanyut. Tapi persembahan Faizal Tahir memang mantap lah. Apa pun, AJL diadakan untuk meraikan bakat komposer & penulis lirik bukan semata-mata kebagusan lagu atau penyanyinya. Tahniah Anna Rafalli.


Tapi yang paling mantap dan superb ialah Dato' Sharifah Aini, Dato' Siti Nurhaliza & Ziana Zain...oo ku suka akak Ziana tu. Cantik betul. Teringat pula masa terjumpa dia di kaunter Benefit, Metrojaya Midvalley. Ye, aka Ziana Zain guna makeup Benefit ok. Dia guna ni, Benetint by Benefit. Serious, i tak tipu. Dia beli lebih kurang 2-3 botol lah. Masa tu tanya dia, dah lama ke guna, dia kata dah lama dia guna Benetint sebab dual-function kan. Boleh pakai kat bibir as a pemerah bibir if tak nak nampak bibir mungil & kemerah-merahan kan, dan boleh guna as blusher. Bau dia harum je, dah cam bau Rose cap Goldlion air sirap je. Tapi best. Kebetulan baru nak cuba Benetint ni, dah dapat testimonial dari artis sendiri, apa lagi, confident diri terserlah lah kan. Terasa cam nak pakai balik pula Benetint ni....harus pegi beli ni.


Nak cite AJL ke makeup ni........tersasar dari arah jalan lah.

Apa-apa pun, AJL 25 memang best. Suka dengan semua finalist. Yuna sangat cantik. Adira sangat cute. Lagi suka tengok performance Stacy, mantap. Shahir kena penampor manja dgn Nasha Aziz. Nasha Aziz sangat lah cute. Black memang mantap. Suka lah semua.


Nota untuk Suami : Yang, tahun depan kite g tengok live nak?

Friday, January 7, 2011

Sudah baguskah amalan ku?

Ingin berkongsi sesuatu yang sangat-sangat besar rahsianya. Copy dari cik Iszan. Tq ye bebeh sudi berkongsi. Jadi saya kongsi lah di sini. Semoga menjadi panduan dan peringatan kepada saya yg sangatlah degil dan pincang ilmunya.


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

Pemimpin yang adil.

Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

ALLAHU AKBAR!!

Thursday, January 6, 2011

Eat, Pray & Love

Last night we had our movie night (MN). We dont have any specific day for our MN as it is depends on Danisha sleepin mode. If she sleep early, then we can enjoy our night by watching movie together. Tapi takde lah popcorn. Normally I will choose the genre - action movie or comedy movie or love story. Sometimes horror movie, but it will be the last choice as I jenis penakut gile and akan tengok part-part yg ngeri tu kat celah-celah jari sbb dah tutup muka dgn tangan kan, tapi still nak tengok juga kan.

But, last night, I was so surprised that my husband pick this movie for our MN. Sungguh terharu. Ok, setakat pilih cite ni, nak gedik terharu konon. Ooo...darling you are so sweet. To me, it's a big deal, sebab dia susah sikit nak layan cite gini kan. Unless di paksa then, terpaksa lah tengok. To be honest, we dont read the book. Tak tahu ujung pangkal cite ni. Masa beli CD dari 'pengedar tak sah' kami, dia yg pilih cite ni. I ok je lah. Even cita dah berzaman, kiteorg baru nak tengok.

I'm a big fan of Julia. Tapi, a bit disappointed with her. I tak feel dia...cewah. Seriously, takde connection bila I tengok cite ni. Tapi I admire Bali. Tak pernah pegi lagi. Tapi cantiknya tempat tu. Especially, Liz's place. Gigit jari tengok.




Ada a few scene yg menyentuh perasaan juga lah. I tak pernah baca buku ni, so the judgement is based on my personal view. I tersentuh hati masa dia & x-husband nak divorce. Stephen love her so much, tapi if setakat cinta sahaja tak mencukupi jika tiada pemahaman, kebahagiaan, kejujuran dan tolak ansur. Saya suka baca non-fiction sebab it's based on real life, real story of people that consists of loads of experience that we can learn from it. As a lesson to us. Bagi saya, pegangan iman dan sentiasa merujuk kepada ALLAH adalah jalan yang terbaik untuk mencari ketenangan jiwa. Pegi melancong or pergi ke suatu tempat yang lain dengan alasan untuk mencari punca hidup bagi org2 begini tak sama dengan pencarian punca hidup dengan org Islam. Kehidupan dalam Islam sangat-sangat mudah.

Hubby cakap, the best actor is Ketut Liyer...... gelak separuh nafas bile dia sebut Ketut Liyer, the Medicine Man. Hahahahah. That's the best part to laugh. The man without teeth. Joke alligator tu rasa cam pernah dengar je.

I love Julia as Elizbeath Gilbert (Liz) style. Sangat-sangat cantik.



naik basikal pun cantik


Kesimpulan, we enjoyed the movie. Eventhough ada part yg we all rasa cam tak masuk akal. Pas ni boleh lah cari buku.

Selamat berhujung minggu....

Wednesday, January 5, 2011

Aku pun nak juga - WW

Sibuk sana sini Wordless Wednesday, so I decided to upload this picture of my hubby & Danisha.

I love you guys...

Tuesday, January 4, 2011

Roll on babe....

Lingkaran gelap di sekitar mata ni mmg dah sinonim dengan mata dan wanita zaman sekarang....pergh ayat cam majalah Nona, tah hengat punya ayat cam karangan SPM 1995.

Sebenarnye nk cakap yang saya ada masalah dark circle and eyes bag. Thank you to stay up late activities cam study & watch dvd with hubby. Sebab time-time tu je suasana yang sangat sepi dan tenteram dan terasa romantic gitu sebab Danisha tido and senang nak masuk otak bila study dan utk aktiviti lain. Oopsss...........

Hasilnya, mata cam kena penumbuk sulung......segala tok nenek masalah mata aku ada. Letak tea bag, cucumber, eye mask semua tu - letak dah rajin & tak rajin je kan. So tuk ajar sikit tabiat ni untuk menjaga mata ku ini, maka saya sentiasa bawa Garnier Light Eye Roll On sentiasa. Ini sebab, sblm tido dah berkobar-kobar nak letak krim mata, tapi bila dah ngantuk sangat, takat pakai cream malam je, kadang-kadang tang mata lupa je. Pastu bila si kecik tu dah bising nak suh tidokan dia, dgn aku sekali tido sebelah dia...

So Standby dalam beg. Sambil aku taip ni pun aku tgh roll mata ni. Sejuk je rasa, nyaman je. Jadi bila rasa nak mata tu cantik & segar pastu tetiba boss panggil lak kan, takkan dia nak tgk kitenye cam Garfield kan dah lah mata tu cam lembam, cecepat roll je. Terus perasan mata jadi cantik cam Aishwarya Rai ke, Malika ke....terus perasan mata tu bersinar-sinar kan. Kalau lipstick korang boleh angkut berwarna-warni, angkut sekali Garnier Roll On, bukan besar pun. Cam size pen je. Boring-boring ko roll je kat mata tu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan. Tu aku nyer pe'el tu, byk je cekadak.

So apa lagi, g Watson or Guardian pas ni, beli siap2 letak dalam bag and simpan satu kat rumah.

Selamat beramal..

Monday, January 3, 2011

Bumbu Desa

Kalau buat entry dalam blog pasal makanan, actually ada kebaikannya, sebab boleh bagi idea nak makan kat mana kan....pastu sambil baca tu tersedak-sedak telan air liur kan...pastu text your hubby/boyfriend/bff to set a date semata-mata nak makan ke tempat2 yang dihajati.


**Entry ini bukan berbayar yea...saja suka-suka share dgn you all.


Untuk tahun 2010, I had been to this restaurant twice in the same month. Mana tak gemuk kan......this place called 'Bumbu Desa' the restaurant that served authentic Indonesian dishes. Cam juga restoran House of Sundanese cuma, they served Sudanesse Food kan. Setakat ini ada 2 cawangan di KL, KLCC & The Curve. I prefer KLCC nye ambience compare to The Curve. Seronok banget deh, makan di sini. For more info you can visit BUMBUDESA


Kalau you all pegi, jangan lupa order Avocado juice memang best, takde pula gambo. Sedap banget. You all boleh pilih menu through the menu book or you pegi kat counter and pilih mana-mana yang berkena di hati. I boleh recommend Gado-gado, Cumi goreng, bukan cumi jelly manis yea....cumi tu sotong, kangkong goreng, sambal udangnya sungguh delicious..ikan talapia tu u boleh pilih nak masak camner.....


Nak pilih menu dari counter pun boleh. All foods are 1/2 cook, so once you confirmed the order, then diarog akan masak or preheat je, i think.

From left : gado-gado, sambal udang
Below : Nasi putih & ayam bakar


Menarik kan nasi letak dalam belanga gini.....ni kire anak periuk kot. Kalau kat pasar malam, korang perasan tak gerai yang jual mee soup kan guna periuk jenis ni. Nanti buat kenduri or open house, guna je lah periuk ni isi nasi. Entah benda aku bebel tu agaknye....

Ada macam-macam jenis nasi, tapi yg menarik ada nasi liwet bukan nasi liwat yea. Nasi ni dihidangkan dengan ikan bilis & ikan kering. Tapi tak tergamak pula aku nak mengorder nya. Makan dgn nasi putih biasa je.



The price ikut serving. If you all makan ramai-ramai, boleh share-share. 1st time dtg we spend 300++ for 7 pax dengan lauk lebih dari 7 jenis. So kireorg makan dlm RM50 per person lah. Then 2nd time, 5 jenis lauk, around RM100++ not bad huh. Dapat jadi member lagi, next time datang dapat 20% disc. Boleh datang lagi. Memang sangat mengenyangkan. Yang penting hati happy kan. You can bring your family ke sini. Sebab makanan situ sikit lebih kurang je dengan masakan melayu.

So enjoy!

Random - Happy New Year u'olls.

Tak tahu nak letak tajuk apa. Pikir punya pikir, tak kuar-kuar juga idea. Last, letak je lah Random. Bukan banyak cite pun....lebih kepada mengarut kot...korang sabar jelah yeaaa.

How's your New Year? Azam baru? Semangat baru? Cita-cita baru? What else, ooo...ada yg pakai h/bag baru, baju baru? Semua baru lah yea....ooo ada yg life baru, selamat pengantin baru yea.

1/1/2011 moning, hubby ajak pegi Zoo....hahhaha, apa kena mamat ni! Bangun-bangun je tido, hubby kata jom pegi Zoo. Tetapi memandang kan Danisha masih lagi tido, dah pukul 10.30am pun masa tu, I tak nak pegi, my reason was dah siang sangat, nanti sampai sana dah lunch hour & nak solat lagi pastu lum lah kira nak cari parking kan. Saya tak suka nak kejut Danisha tengok tido kalau nak pegi mana, I want her to have enough sleep and enjoy her sleeping beauty. Tau je lah lah budak kalau tak cukup tido, lesu je nanti. Hubby kata takpe kita pegi je, tengok lah nanti camner kan. Ok, siap punya siap, keluar rumah dah jam 12pm, hubby ajak lunch nasi ayam kat Melewati tu. Tetiba hubby selsema pula...dia kalau selsema memang horror lah. Serba serbi tak kena, thanx to his sinus lah. After had our lunch, he decided not to go, dgn traffic yg teruk nak masuk zoo, berderet2 kete nak masuk parking, I cakap, tak yah pegi lah, next week je lah. Terus lah menghala ke KL, round-round KL, heavennya kalau pegi keje jalan tak jem. Mana entah orang-orang KL ni. Pegi MPH midvalley beli buku baru untuk Danisha, then balik. Tak tahan dengan ramainya manusia. Terus rasa pening. Our shortest trip to Midvalley 45 minutes je. Percaya tak?? So our new year celebration just enjoy our sweet time je.

Sekarang ni me & hubby tengah train Danisha potty train. Almost 1 month juga lah. Lum berjaya lagi. Pergh... memang mencabar kesabaran ku ini. Satu hari, berhelai-helai tukar panty. Jenuh menanya setiap jam, tu lum termasuk lagi heret dia pegi toilet.....tak juga-juga berjaya. Naik sejuk kaki aku dlm bilik air, Danisha suka lah leh main air. Kesabaran dah tercabar-cabar ni....bila hubby tengok je muka dah merah padam dia lak take over kang ada yang jadi singa betina kat rumah. Kesian Danisha.....dah basah seluar, baru cakap 'Mama, shi-shi'....dah terlambat nak ooiiii....


Ok, yang paling best sekali.............saya dah abis belajar!! Yea..yea!! Alhamdulilah, settled semua on 31/12/2010. Tarikh keramat yang akan saya ingat bila-bila. Abis je exam, terus dinner kat Pavillion dgn hubby & Danisha, thank you for always be with me and tahan with my madness bile time tgh stress tuk complete kan assingment & nak exam. Makan kat Madam Kwan's je. Sebab tekak nk makan Nasi Bojari pula. Tak amik gambo pun sbb dah kebuluq. Dalam dewan pula sejuk nak mampus.....sampai ke tulang rasa, perut pula berbunyi-bunyi sebab b4 exam tu rasa cam kenyang jee....konon nak keluarkan masa jawab exam nanti. Lega......perasaaanya lain sangat. Alhamdulilah. Tinggal tunggu result je. Insya'allah!


The best part is, I reward myself with a small gift. Which is I'd been hunting it for awhile. Since having a Year End Sale ni, grab je lah chances kan. Masuk keluar kedai. I heart Ferragamo. I suka design ni, tapi takdo pula dah abis, fin, finish, yilek...........due to massive sale. Frust. Tapi komen hubby, 'Dear, logo tu cam AmBank kan', dush, kena sebiji kat muka aku. Nape lah, u luluhkan hati i, yang oiiii' Dah lah takde stock, kasi lagi hangin kat hati aku ni.


Ok, I proceed to other boutiques, dah 2-3 boutiques masuk, finally, diberi amaran oleh Hubby, kalau takde pasni kita balik terus, dah pukul 9pm...kedai bnyk dah closed sebab New Year. Kecut perut aku kena ugut cam gitu. Pernah tak korang rasa kecut perut bile tengok bnyak shop dah nak tutup, walhal masa tu baru pukul 8.30pm, sbb diaorg nak celebrate New Year. Uhuhuhuhu.........

Akhirnya, jumpa idaman hati. The price mmg sangat-sangat macho dengan 50% less. I love the colour, the compartment. Kecoh je lah lebih ni, tapi saya sangat-sangat suka............. apa dia ek? Terus tukar font colour kan...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Berterabur bunga-bunga aku ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sikit je lagi....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tadaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Last piece ye amik je lah. Hubby cakap kat Danisha, mama leh tido senyum. Mana tak senyum, kira achievement untuk tahun 2010, ni macam-macam, very symbolic to me. I love the leather, buka-buka je beg, terus nampak dia dulu. The colours so stunning, terang benderang. Tak yah aku selongkar berjam-jam nak cari wallet je, kalau boleh nak masuk paler dalam bag sekali cari. Symbolic-nya wallet ni tempat simpan duit, macam2 personal things, so I hope rezeki 2011 ni lebih murah dan diberkati oleh ALLAH swt. Bukan sengaja beli time nak masuk 2011 ni ek.....dah lama nak beli k, and I think 2011 is the perfect time to own one. Tapi sampai la ni lum pakai lagi...sayang pula. Hubby dah bising, bila nak pakai. ....dia kata kalau ferragamo agaknye, u dah frame kan agaknya...... eiii Shut up lah!!!

Sekarang my wishlist banyak barang rumah pula. Nak pindah soon. Eii...tu lagi lah seronok. Tak sabau dan nak pening paler nanti. Aduhai...... nak cuti lagiiii...tak cukup 3 hari ni.

Oklah ek...dari aku merapu tak tentu pasal, nanti korang bosan.

Selamat Tahun Baru............