Monday, November 29, 2010

Bimbang di Hati sudah lega

Siapa yang tak lega hati bila yang ditunggu-tunggu dah dapat.
Siapa yang tak seronok bila yang ditunggu-tunggu dalam genggaman.
Siapa yang tak seronok bila tak sabar untuk disangkut di bahu.
Siapa yang tak seronok bila hari Isninnya, mulanya kelam, jadi ceria.


Ni lah yang ditunggu-tunggu.......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bosau kotaknya ye....



Apa isinya?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Mulberry for Target® Large Denim Satchel – Blue


Hadiah untuk diri sendiri setelah penat lelah bekerja membanting tulang....er...statement over!

Sekian, terima kasih.

Best Promo In Town

Best Promo In TOWN!



Save more than RM600
What are you waiting for, ladies?
RM2000 (S - M)

RM2200 (L - XXXL)

We accept :
Cash/Installment
Credit card - Visa, Mastercard
RHBeasy Loan


Transform your flabby belly :




TO this :




call : 013.220.6010

* images from google

And the winner goes to....

Remember my previous POST pasal nak beli perfume?
So, last Sunday, we went to Pakson, Pavillion. Cari punya cari, almost 2hr ok, pusing kat situ. Sampai hidung cam nak tertanggal bau sana sini, kejap bau coffee, pastu bau perfume sana sini.
Thank you so much, yg recommend mcm-mcm brand/scents. Ada yang mmg dah confirm dah, tapi asyik berubah-berubah je decision. Yang pasti takde pun dalam list pun brand ni.

Akhirnya, dengan penuh sukacita, pemenangnye adalah,
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Saje je nk tiru cam Verde, tapi aku yang letih nak tekan. Kasi pendek jelah bunga dot tu.
Eh, kata dah sudah.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dolce & Gabbana - The One


Hubby kata bau lemak manis, dia yg suh beli yg ini juga, bau dia cam nak makan....boleh gitu??

Friday, November 26, 2010

Nak wangi...

Am looking for a new perfume, mine is almost reach the finish zone. Currently I'm using Davidoff Coolwater and looking for a fresh but flourish and sweet scent.

I'm in love with Gucci floral and Britney Spear Fantasy. Don't you agree with me that the bottle is so cute and unique.

How about Unforgiveable from Sean John? I prefer for a Man, as my husband is currently using this one. The scents so masculine and when I look at him, he is so sexy...dont be notty k!

All time favourite!!

Sexy and unique packaging. My sis using this and it does smell good!


What bout this one? Meet my criteria, flourish and sweet....


I like this too....

What is your choice dear readers? Can you share with me what is yours?

PROMO STILL ON

Dying to wear your favourite dress on your special occasion?

cun pula dress ni kan..

Dying to look gorgeous on your big day?

Cantikkan baju Rizalman ini..


What are you waiting for? Grab your new Set today. The best deal in town!! Cash Rebate until end of December. You can save up to RM900++ The best Promotion in town.
You dont wanna miss it!!!


Thursday, November 25, 2010

Bila saya down! Mayday! Mayday!

Setiap kali bila saya rasa down, heartbroken or whatever yang meletakkan diri saya dalam keadaan yang sedih, putus asa atau negative situation, saya akan mencari sesuatu untuk naikkan semangat saya semula. Memang payah nak gain back all the strength, kalau dah kecundang or semangat kita dah at the lower zone.

Saya serah kan diri pada ALLAH, hanya DIA yang tahu segala cerita perjalanan hidup saya sekarang, esok dan akan datang. Selain itu saya suka dengar lagu dari Josh Gorban - You Raise Me Up dan Miley Cyrus - The Climb. Bila dengar tu terus rasa cam semangat tu dah datang balik. Takde lah sampai cam kena rasuk kan, ngeri, minta jauh lah, tapi for sure 1 thing, I get up and wtill try reach the sky again, again and again. Walaupun mmg takkan dapat nak reach the sky tapi tu adalah motivation saya untuk naik semula selepas jatuh.

Hati yang luka or sedih, takkan ada sesiapa pun tahu. Hanya kita & Allah yang ketahui. Redha dengan apa yang terjadi, mungkiin ada hikmahnya. Manusia memang tetap akan ada yg suka kita kecundang dan gagal....ada juga manusia yang beri kita semangat bile kita gagal.


Tuesday, November 23, 2010

PB : Another Happy Lady

I'm happy when my customer is happy!

I'll make sure, that my customer is pleased and happy with her Premium Beautiful corset and that's really make my day!

Dalam apa2 jua pekerjaan, kite mesti ikhlas dan sepenuh hati untuk membuatnya, bukan semata-mata untuk dapatkan ganjaran/hasil. Of course lah, nk dapatkan ganjaran kan, tetapi puas hati saya jika ianya berbaloi dah rasa sangat-sangat bersyukur jika customer, sangat-sangat happy. Baru lah rasa penat lelah tu berbaloi!!

Last Sunday, jumpa prospect cum customer corset Premium Beautiful, Seri. Dia memang terdesak sangat nak pakai corset sebab dia nak pakai baju pengantin pada ari Sabtu (26/11/2010) di Lahad Datu, Sabah. Dia risau kenaikan berat badan yang mendadak, dan baju nikah yang dia pakai tu dah tak muat sebenarnya. Dah ketat, hampir nak menangis dia bile dia call saya haritu. Walaupun ada tempoh seminggu saja lagi, dia baru dapat jumpa saya dan terus tempah set corset. Disebabkan dia betul2 nak pakai untuk majlis persandingannya, saya usahakan untuk Seri. Alhamduillah, saya dapat pakaikan corset untuk Seri dan dia happy-happy sangat. Dan dia senang hati pegi training di Singapore.

Saya minta dia pakai baju nikah yang dia kata tak boleh nak sarung lagi, jeans size 29 Seri kata sampai peha je, tetapi dia terus dapat pakai sampai atas.....cuma tak boleh zip je. Tu pun dia dah happy sangat. Kalau tak memang tak boleh pakai langsung, tersangkut kat peha je.


Tak rugi memiliki corset Premium Beautiful ini, especially bila tiba majlis besar cam gini. Siapa yang tak nak nampak gorgeous and marvellous bride kan...


ni lah Seri selepas memakai corset Premium Beautiful in her baju nikah.
Seri bernikah lebih awal dan dia adalah sangat sibuk orangnya, lepas saya pakaikan dia corset ni, terus dia ke Singapore for training. I'm grateful that she's so happy with her corset!! And Seri terus berminat dengan Bisness......tak rugi kan!!

Pembentukan Badan yang serta-merta apabila memakai corset Premium Beautiful. Menakjubkan?? Cantikkan bila memakai baju pengantin.


Budak kecik ni bukan customer yea, dia bodyguard saya. Ikut sama jumpa client!!!

Saya akan hantar corset idaman anda dan pakaikan untuk anda hingga anda puas hati!!!


Friday, November 19, 2010

Saya mahu bersara

Hello gorgeous, TGIF kan..........esok weekend. Bagi kamu-kamu semua mesti seronok, saya pula yang tak seronok esok sebab kena keje. Tak dapat nak spend time with Danisha. Tak dapat nak berseronok-seronok main block and lego dengan Danisha. Kena keje dari jam 7.00 - 5.30 pm. Ahad pun cam gitu. Bosannya. Kasihan anak ku! Babah pula ada training 2 hari juga. Aduhai anakku, ditinggalkan bersama babysitter lah kamu. Minggu ini 7 hari dia kena tinggal dengan babysitter, kesiannya anakku!!


Ini lah sebabnya saya nak bersara cecepat dari dunia pekerjaan. Dari dunia korporat. Bersara dari menjadi orang bawahan, bersara dari menjadi pengikut telunjuk orang atasan. Bersara dari terikat kepada masa kerja 9 - 5 setiap hari. Bersara dari berkerja atas dasar hendak mendapatkan gaji bulanan untuk menampung kos sara hidup dan membayar bil-bil bulanan. Kalau tak kerja, camner bayar kan, nak makan apa, orang lain shopping, kita pun nak shopping juga kan. Aduhai hidup!! Saya nak bersara cepat!!!!!!! Saya nak bersama keluarga dan anak saya dengan lebih masa, nak mendidik anak saya, mengajar dia, melihat dia membesar atas didikan saya. Bukan orang lain, bukan babysitter, bukan sesiapa!!


Tapi tak nak bersara tanpa ongkos! Semua di dunia ini nak masuk toilet pun kena bayar kan. Sekarang apa-apa sahaja perlukan duit. Duit, duit, di mana ko duit!



Oleh itu, bermuhasabah diri, bertafakur mencari kekuatan diri, saya mencapai kata sepakat bersama suami untuk menjalankan BISNES saya sendiri! Yes, saya sudah mendapat apa yang saya mahu. Saya sudah mendapat apa yang saya suka! Melakukan sesuatu yang disukai, amatlah best! Sepenuh jiwa kita akan lakukan. Sepenuh hati kita akan usahakan.


Tiap-tiap bulan, di pertengahan bulan dapat PULANGAN. Orang lain, mengeluh bila nak masuk gaji baru ini, saya mengeluh ALHAMDUILLAH ada rezeki tambahan tiap-tiap pertengahan bulanan. Boleh lah tambah saving Danisha dan simpanan di hari tua saya nanti. Boleh lah jelaskan hutang-piutang cepat. ALHAMDULILAH.


Kau bisness apa? - Aku bisnes corset Premium Beautiful.

Macamana tu? Pakai corset je ke? Boleh dapat duit ? - Pakai corset Premium Beautiful je, mmg boleh generate income, bukan sikit tapi banyak. Tak susah.

HOW?

just call me, I'll share the secret!!

013 220 6010


Her Experience...

Salam Gorgeous.....Salam Jumaat,

Esok dah cuti, tapi saya tak cuti, 2 hari kena bertugas esok ada convocation. Anyway, saya nak share dengan kamu semua experience my friend dengan slimming centre sebelum dia pakai Set Corset Premium Beautiful ni.

Kita ikuti cerita dia...jom!

Experience slimming centre ku

I have read about thic article in Kosmo.Ni pasal ade sorang customer yang tak dapat results as promised from this famous slimming centre..kesian jugak laa.duit dah habis beribu-ribu.tapi tak kurus-kurus jugak.

boleh baca cerita detail di sini

I also had that experience jugak.I have tried these 2 famous slimming centre. Letak dalam iklan macam habis kurus laa i nanti..tapi...

Cerita nya bermula di sini.
Disclaimer : saya nak share experience saya jek.bukan nak memburukkan mana-mana pihak

Tengok kat dalam satu magazine ni..ade promo untuk one of the pakej laa.So, i called laa tanya about this so called promo pakej.Pastu orang tu asked me to come over, sebab dia kena tengok dulu my weight laa height laa body fat mass laa , bala bala bala.so, i went there and that girl pun came out with my pakej yang sesuai la.
Okay..dia ckp laa bape session ..sekali dengan price dia. Nasib baik i dah mmg bersedia mental dan fizikal on the price.Pendek kata dalam RM 2K jgk.so, nak kurus sihat punya pasal ( sbb org tu kate kalo i gemuk lg i boleh dapat penyakit) which i ssssoooooooo agree , i signed up the pakej.

dah imagine jd kurus macam ni dah time tu

Then, start laa session i dengan harapan abis pakej tu i akan jadi slim.treatment yang dia bagi mmg tak memuaskan hati dengan harga yang i bayar.dlm 15 minit, ade mesin letak kt my body , katanya kat tempat-tempat yang banyak lemak.(tp rasanya semua pun banyak lemak) .Then, lps macam ade kena karan skit dalam 15 minit, pastu dah.thats it...tu kononnye membakar lemak laa.macam takde beza je rasa.maybe lemak i yang tebal kot.ihikss

Dia ade bagi jugak i my eating plan.ok laa, standard macam nak diet laa kan.mkn sayur and banyak buah.no nasi.ok....kalo plan camtu i tak yah pegi slimming centre pun i tau kot

Yang paling i tak suka sekali, each time tengah treatment, akan datang laa staff dia suruh i amik pakej ni laa pakej tu laa.pastu dia kata kalau i tak amik those pakej, tak complete slimming treatment i.gilerrrr !!!! each pakej tu pun dah berapa riban ok..tak abis satu, soh enroll lagi satu lagi.yelaa, dia kate pakej selulit lain, pakej pecah lemak lain, pakej shapping lain. aritu kata kali i amik pakej ni terus kurus, dah takyah additional lagi dah ..tipu laa


kalo u tak amik ini pakej, sure wan u tak kulus.kena sacrifice juta-juta baru boleh kulus maa
Pastu kalau berat badan i tak turun, dia kate i yang tak jaga makan.kena disiplin jugak on the diet.kalo tak, treatment i tak berkesan.tengok tu !!!! i jugak yang kena disiplin.kalo camtu buat bayar banyak-banyak just untuk kita disiplin jaga makan.dah laa untuk i yang bernafsu naga ni nak kena jaga makan...hohohoh tak dapat laa deknon.
Last-last pun tak kurus jugak.duit dah habis beribu dah.owh, btw i just complete kan yang 1st pakej je.sebab i memang sep.Yang second slimming centre pun camtu jugak.nasib baik i try yang mini pakej je..tu pun sebab dapat voucher.tp, still lagi laa..soh kite enroll all of their programs, harga mahal, tp treatment setakat kena karen sikit , kena balut skit.balik-balik kita kena disiplin jaga makan.kalo kita bayar dia, dia jagakan makan kita..
boleh ???

Nasib baik laa i jumpa pb ni.PB ni all-in-one..ape yang all-in-one dia:
1) Burn all the fats - sbb PB ni ade FIR yang akan memecahkan lemak
2) Increase metabolism
3) Shapping badan kita
4) Automatic kite akan disiplin untuk kite tak makan berlebihan.Trust me, kalau pakai PB, mmg cepat kenyang..
5) akan maintain kan shape kite.no more yo-yo efect
6) Beli sekali je..tak payah nk kena enroll banyak-banyak kali
7) Lifetime warranty

dan banyak lagi laa ke'best'an pb ni...aaaaa...SUPER berbaloi and effektif tau kalau nak slim down and gain shape..tak tau dah nak citer camne hebat nya PB ni...

So, sape yang nak slim down..memang kena pakai pb.effective, economy, and healthy too!!

Ok, so how? Menarik, tertarik? Apa lagi call lah saya : 013 220 6010

Thursday, November 18, 2010

Kasih Ibu Bawa ke Syurga

Betul lah kata-kata orang tua-tua, kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah bawa ke mati.

Beratnya hati saya nak bercerita kat sini apahal yang berlaku pada pagi tadi.

Sebelum start keje, biasanye saya akan tengok-tengok Facebook dulu. Almaklum semalam cuti, sure hari ini banyak status baru kan.

Status yang ini, saya tak berkelip baca. Betul ke? Saya call tuanpunya status..

Me : Tina, betul ke Fazlina Musa? U mean Faz?
Tina : Ye Ayu, Faz kita.
Me : Innalilahiwainalilahirojiun. Bila?
Tina : Semalam petang. Kebumi pun petang tu juga. Alhamdulilah, aku sempat ziarah. Tapi yang sedihnya, anak dia pun tak dapat diselamatkan, masih dalam kandungan lagi. Diaorg terus kebumikan bersama.
Me : You mean, dia pergi dengan baby dia??
Tina : .............

Hati saya berderai seperti putus cinta. Badan saya menggigil, terasa seram sejuk, secepat kilat, air mata mengalir..... Terbayang-bayang susuk tubuh Faz dengan kandungannya yg ketika itu mencecah 6 bulan, dia dijangka akan bersalin bulan depan. Masih terngiang-ngiang lawak selamba dia masa saya call dia tempoh hari. Saya tak percaya..

Ya Allah, golongkanlah Fazlina dan babynya di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman dan disayangi - Mu.

Fazlina Musa, schoolmate saya masa di sekolah menengah, kami sangat-sangat baik. Dia seorang yang baik, happy-go-lucky, penyayang, ikhlas, baik hati, banyak yang saya ingin puji dia di sini. Dari dulu lagi Arwah memang ada sakit, saya tak berapa pasti tapi apa yang pernah Arwah cerita pada saya yang darah dia tak stabil, tak normal cam orang lain, nak kata leukimia, bukan leukimia. Tapi keadaan Arwah bertambah sihat, cuma dia mesti amik ubat. Arwah mengambil risiko mengandung kerana dia mahu memberikan zuriat kepada suaminya katanya.

Seperti semalam baru bercakap dan berjumpa dengan dia....saya ada call dia bulan lepas, bertanya khabar dan juga bertanya hal tentang kawan kami yang merupakan kawan baik Arwah juga meninggal dunia. Bagaikan 'jodoh' selepas arwah kawan kami, Suhaila meninggal, dan masa dia juga telah tiba. Allah Maha Kuasa.

Dia masih muda, seusia saya. Dia pergi bersama anak nya. Meninggalkan seorang suami yang baik, yang sanggup menerima dia setulus ikhlas walaupun sedari keadaan Arwah. Menurut Tina, ketika menguruskan jenazah, suami Arwah tidak putus-putus menitiskan air mata, terngiang-ngiang suara Faz, "aku nak bagi zuriat utk husband aku". Tapi niat Arwah tak kesampaian. Pernah saya bertanya mengapa dia perlu put herself in jeopardise. Tapi niatnya cuma nak bagi zuriat pada suaminya.

Faz, semoga roh mu dicucuri rahmat dan pergi mu adalah mati syahid. Berbahagialah kamu Faz bersama anak mu yang tersayang. Aku sudah mula merindui mu sahabat!

Bila masa kita untuk dijemput ALLAH? Saya berkata pada seorang sahabat, adakah telah bermula fasa kita untuk mendengar berita demi berita kehilangan sahabat?? Dan mungkin tak lama lagi diri kita pula!! Allahu'allam.

Ya Allah berilah aku peluang untuk bersama Danisha hingga dia dewasa untuk aku berikan dia kasih sayang. Panjangkan lah nyawa ku untuk anak-ku Ya Allah.


Al-Fatihah.

Another year we celebrate

Today is my hubby's birthday. Last night, I set an alarm sharp at 12 am to sing Happy Birthday song to him. And when the clock show 12am, me & Danisha sang birthday song. He already received his birthday gift earlier and it was a shoes. I will tell more in another entry regarding the shoes that made me and Danisha darn tired. I never experienced such a tiring and annoying shoes shopping. That's right, once your hubby looking for something that really, he wanted, you'll get annoyed of his fussiness, non-stop comment and complaint....I thought that I'm the only person in the house that really fussy about things but I was totally wrong. :))


Anyway, Happy Birthday my darling, not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not here. I dont know how to wish you in a romantic way, but, one thing for sure, that, I promise you to be with you in any circumstances, in sickness and in health. With each year I'll love you more. Remember that your best years are still ahead of you and I'll be there for every up down and in between.

Thank you for being a great man in my life and great babah to our Precious. Happy Birthday darling....




Tuesday, November 16, 2010

Hari ini balik Jam 3

Company saya baik sangat....(mengampu lah tu) bagi balik jam 3pm. Kenapa tak bagi 1/2 day terus, lagi syoikk...boleh lah aku gi singgah Giant awal sikit g cari barang nak masak petang ini.

Seronok yang makpaknye duduk dekat-dekat dgn rumah, aku jealous tul dengan jiran depan rumah, mak dia dekat je, sukati dia je nak balik rumah dia bila-bila. Asal tanya je, baru balik dari rumah mak. Syok betul!!

Semalam dah settle bahan-bahan basic nak buat Nasi Tomato, berkobar dah ni nak buat juga. Ayam dah basuh, bawang dah kopek, tinggal nak hiris je dan tumis. Ayam nak buat ayam masak merah. Tu pun nak cita kat sini. Excited tuu...

Pada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Yang rumah makpak dekat-dekat tu, seronok bukan main lah kamu ya....

Esok beraya 3 beranak lah kami kat rumah, pastu hubby boleh pula bagi soklan yang memang tak terjawab aku, 'petang tu kita pegi Zoo nak tak??'

Sekian........

Monday, November 15, 2010

Halal ke tak Halal ini??

Sejak menjak ini saya banyak dibanjiri dengan pertanyaan status HALAL produk dari Hai-O terutama sekali produk kesihatan seperti Herba Maharani, vitamin, penapis air dan banyak lagi. Ada yang tanya saya Premium Beautiful ni halal ke?? Pertanyaan-pertanyaan macam :


** Produk Hai-O ni halal ke? Dah dapat pengesahan JAKIM ke produk kesihatan Hai-O? Rasa was-was lah guna sebab ada tulisan Cina, entah halal ke tak...? Pendapatan sampingan tu datang dari mana, betul ke caranya??**


Saya memahami kegusaran dan keperihatinan pengguna dan juga hala tujuan perniagaan ini, oleh itu saya telah menyemak dengan Suruhanjaya Sekuriti samada Hai-O Marketing mematuhi sekuriti patuh Syariah yang telah ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), semua ciri-ciri untuk mendapat status ini adalah sangat-sangat teliti dan MPS tidak sewenang-wenangnya memberikan pengiktirafan atau pengesahan. Maklumat lanjut boleh semak di SINI.

Atau boleh baca di petikan di bawah ini.


** Hai-O Enterprise Bhd di no. 4

MPS telah menggunakan beberapa kriteria tertentu iaitu kajian ditumpukan kepada aktiviti sesebuah syarikat yang sekuritinya tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan, syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Sebaliknya, sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah seperti yang berikut:

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan
yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau
barangan yang berkaitan;
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain.

Selain itu, dividen yang diterima daripadapelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga iambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh MPS.

** Sumber : 2010 Senarai kemas kini Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC


Saya berusaha untuk menambah pendapatan keluarga untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang selesa untuk anak & keluarga, dan saya tidak akan sesekali memberikan mereka dari sumber yang tidak benar.....

Jom Berkenalan...Khas Buat Blogger Baru...



Sambil ber'bloghopping' saya jumpa blog BenShaari . Mesej entry ini adalah untuk memberi peluang kepada blogger-blogger berkenalan, bertukar buah fikiran, maklumat, pengetahuan dan macam-macam lagi. That's the purpose of blogging. Usaha BenShaari ini sangat-sangat dialu-alukan. Salam berkenalan blogger baru dan yang senior.......saya baru je join segmen 'Berkenalan' ini untuk menambah kenalan dan pengetahuan. Baru jumpa blog ini, harap-harap dapat bertukar url. Jangan lupa ye tinggalkan Url untuk saya kunjungi.

Walaupun dah lama bergelar blogger, gunakan kesempatan ini untuk memanjangkan silahturahim. Apa kata visit link BenShaari dan ikuti panduannya....

Salam hormat....

Friday, November 12, 2010

Q & A - Kembali Langsing

Ramai ibu-ibu yang baru lepas bersalin, pasti akan rungsing kan jika bentuk badan tidak kembali langsing compare sebelum pregnant.

Masa dalam pantang kebanyakkannya yang amik kesempatan untuk melangsingkan badan. Dengan pemakaian bengkong memang boleh mengembalikan bentuk badan. Tetapi, ramai ibu-ibu sekarang tidak tahan dengan memakai bengkong kan. Panas, rasa gatal, sakit badan, susah nak bergerak...macam-macam lah, infact saya pun rimas pakai bengkong. Tetapi dengan berbengkong lah, ibu-ibu boleh kembali langsing kan.....

>> Ada yang bertanya, susah tak kalau dalam pantang nak pakai Premium Beautiful ini. Jawapannya tak susah nak pakai, apa lagi nak bergerak. Sangat-sangat senang.

>> Ada juga yang tanya nak breastfeed dalam pantang cam susah je kalau guna Long Bra PB ini. Jawapannya, lagi senang. Cuma longgarkan tali Long Bra sampai selonggar-longgarnya, memang senang. Lagi lah FIR ini stimulate kan pengeluaran susu badan. Seronok kan FBM pada anak kita.

Tak percaya juga?? Saya jumpa Maisarah, last week di HQ, dia ni bis partner saya. Dia baru saje abis pantang, jumpa dia last week, memang tak percaya, badan dia kembali langsing, malah lagi langsing sebelum pregnant.


.
.
.
this is myself...after deliver baby...hari yang ketiga...
nampak tu..tummy buncittttt ok..haihhhh...
.
.
.
.
lalu saya pun telah menyarung kan baju magic saya...yippeee....
this is myself after 5 days berpantang...
gambar ni tanpa pakai PB ye.....
.
.
.
and ini saya...di hari ke-8 berpantang....
wahhh...mcm x caya je kan...
.
.
.
.
hari tu post kat fb...2 hari bfore deliver i am 59kg...wowww weeee....berat giler weihhh
but now...pagi tadi baru je timbang....
i am 47 kg....hahahah.....best2.....
and my normal weight is 44kg....another 3 more kilos to go.....!!!
yippeeee...happy3.....
.
.

Sekarang percaya tak?? Jangan risau, sesiapa yang bersalin secara C-sec, boleh memakai Premium Beautiful ini sebulan selepas melahirkan. Insy'allah, badan kembali sihat, cergas, aktif, bertenaga dan yang pastinya, LANGSING!!!

Bila naik kerja, pasti kawan-kawan ingin tahu rahsia anda kembali langsing selepas bersalin kan.....fuyooo,...semua mesti admire your figure kan. Itu lah rahsia kecantikan anda, dengan memakai Premium Beautiful. Tak rugi kan invest?? Badan sihat, anda gembira!!




Electrolux Warehouse

Has anyone ever visit this Sales previously in MAY?


Menarik tak? I am looking for Hob & Hood. I trust Electrolux deeply. My mom guna vacuum cleaner dah almost 30 yrs tau, percaya tak, tapi dah rosak dah, buang sudah! Kira mantaplah guna nak dekat 30 yrs, masa dia nk buang tu memang dia sedih gile. Sayangg ooo....sama usia dgn I tu. Dah korang tau usia aku!!

So, kat rumah pun saya guna vacuum cleaner brand Electrolux ini dapat free, company bagi as wedding gift. Special request. Memang minta vacuum cleaner. Happy sungguh dpt Electrolux, dah almost 5 yrs guna, 1300wt je. Best.

Baca kat review, kena pegi seawal 7.30am kalau tak byk barang sold out. Aiyo....kena bangun cam nak pegi keje lah ye.

Kalau saya jadi pegi, saya buat review k!

Tak Sangka, memang tak sangka!

Tu tajuk Hot.Fm pagi ini aku cilok!. Memang aku tak sangka.

Terkejut dengar berita kematian penyanyi Shamrin dari Fotograf. Aku n akak aku gila betul dengan group ini masa zaman remaja sekolah dulu. Sesiapa yang lahir tahun '70 an - '80 an, sure korang tahu and big fan of Fotograf kan. Tipulah kalau korang tak minat, at least 2-3 lagu mesti korang suka kan. Group ini takdelah handsome-handsome sangat, tapi yang paling cute time tu drummer dia, si Ringgo tu yang kena tangkap kat mana ek, lupa, pasal hal dadah, apa kes ye dia skrang? Tak ter'follow' up pula.

Adik-adik sekalian ini lah kumpula Fotograf yang kakak-kakak korang gilakan tu dolu-dolu. Yang Ringgo tu belah kiri sekali, cute kan. Muka babyface gitu.


Arwah Shamrin

Lagu pula mmg tangkap syahdu lah, sekali dengar memang aku berangan tahap dewa lah. Berangan tak hengat. Lagu yang aku paling suka, 'Dari Pintu ke Pintu', 'Di Alam Fana Cinta', 'Luka Seribu Rindu'...banyak lagi wei...memang aku suka betul kumpulan Fotograf ini, tapi tak pernah beli kaset. Mak kasi duit beli buku & untuk makan, so aku ni jujur kan, takde lah kumpul duit nak beli kaset, just dengar kat radio je. Bile dah berduit ni, takde pula kepingin nak beli CD. So sekarang ni, cam teringin nak beli buat menyemak CD rack rumah. Agak-agak feeling, boleh dengar.

Saya memang terkezutt.....ALLAH mengambil nyawa hambanya di mana-mana saja. Tak kira tempat, masa, bila....dah termaktub di Loh Mafuz bila ajal kita, ALLAH tetap akan tarik.
Ya Allah, Matikan lah kami dalam iman dan agar dikelilingi keluarga kami. Amin.

Arwah meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak, umur antara 17, 1 & 5 tahun. Semoga isterinya tabah hadapi dugaan ALLAH. Al-Fatihah


Shamrin Fotograf meninggal dunia

11/11/2010 7:10pm

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan


**Ehsan dari Utusan Malaysia online.

Thursday, November 11, 2010

Kau buat apa??

Isu panas...hot!! hot!!

Most of you sure dah tahu apa yang saya buat kan. Yes, I am a part-time
Busineswoman. I'm doing this business for the past 5 months. The result, 'SUPERB' , I think that the best word to describe.

Let see how the thing going on. Saya full-time Secretary di OUM, part-time student, part-time businesswoman. How do you juggling your life with these? The answer, is not easy babe, trust me! Tapi yang buat saya cenderung untuk melakukannya kerana
KEAZAMAN.

Ramai mempersoalkan kredibiliti saya dalam hal ini, termasuk suami tercinta. Menengah memang lah ada. Mendorong, tidak langsung. Tetapi, dia amat kenal siapa saya. Dia tahu saya boleh lakukan, tapi dia was-was. Saya sendiri pun takut pada mulanya.

Firstly, sebagai
PEKERJA, saya sepenuhnya milik syarikat. Saya bekerja, 8.30 - 5.30 pm setiap hari. Lunch jam 1.00 - 2. 00pm, saya gunakan masa rehat saya dengan berniaga. Sana sini aku pulun. Masuk jam 2.00pm, kembali jadi warga syarikat.

Time exam or study, peranan bertukar jadi
'STUDENT', concentrate and focus on exam and study. Cuti semester, saya tukar peranan jadi 'BUSINESSWOMAN' pula.

Balik kerja, jadi
ISTERI/MAMA. Layan anak, layan suami, urus rumahtangga. Dapat tido pun at least 12 - 1am kalau weekdays, kalau weekend lagi lah lambat. Bangun lagilah cepat, uruskan rumah, sebelum Danisha bangun. So at least, bila dia bangun, saya dah siapkan urusan lain baru concentrate dengan dia, bath her, feed her, teach her, play with her......kalau free, bawa dia keluar jalan-jalan. Kadang-kadang weekend pun kena jumpa client or prospect. Limited sangat time yang ada, cecepat balik, spend masa dengan diaorg pula. Luckily my husband so understanding. Kat rumah pun nak kena jawab sms, call, email, message kat FB, update blog, sambil-sambil layan si kecik tu.

Adakah berbaloi? Penat? Stress? Iya, saya rasa puas, happy. Lebih-lebih lagi niat adalah untuk anak dan keluarga, dari rezeki yang halal dan berqah. Kawan-kawan bagi support, family bagi support. Alhamdulilah, syukur. Kenapa, hubby tak boleh nak bagi makan ke, sampai teruk-teruk cari duit? Alhamdulilah, hubby sediakan lebih dari itu, 200% support, tiada tolok bandingannya, tapi sebab matlamat saya nak berhenti kerja, nak jadi
MAMA sepenuhnya, sambil mendapat income sama macam saya keje atau mungkin lebih lagi. Oleh itu saya ada banyak masa dengan keluarga.

Kenapa sibuk cari duit? Sebab saya nak senang masa tua. Sebab saya tak nak skit kepala bila dah tua nanti sibuk cari duit untuk pendidikan anak-anak, perubatan, anak nak kahwin, simpanan hari tua, emergency, macam-macamlah kan. Dalam dunia ini, memerlukan duit kan, nak kencing pun kena bayar Rm0.30 sen, lagi canggih, nak masuk toilet kena charge RM5.00, fuyoooooooooo.....diaorg pasang jamban emas agaknya. Tahun 2020 nanti tak tahulah nak masuk toilet caj berapa. Kena bawa toilet sendiri agaknya.

Isunya disini, panjang gile intro baru nak masuk isu. Adakah anda boleh buat, saya jawab
YA, sebab ramai dah buktikan dengan hanya bekerja, sebagai isteri, ibu, pelajar pun anda boleh berniaga. Saya juga telah buktikan. Ramai telah buktikan. Saya suka cash, iya, saya mata duitan, saya suka melihat akaun bank saya penuh dengan duit. Saya suka bau duit.....bior lerh apa korang nak kata, tapi dgn duit tu la saya buat saving perubatan, education anak saya, saving saya nak ke Umrah/Haji (insya'allah nak pegi cepat-cepat, tak nak susah kan org bile dah tua nanti), dengan duit lah saya beli keperluan ibu bapa saya, anak saya dah lain-lain, saya bukan materialistik, tapi saya perlukan duit untuk meneruskan kehidupan saya dan keluarga.

Oleh itu saya join business ni. Tak susah, pakai corset
Premium Beautiful, share dengan kawan/family, share keistimewaannya... dengan hanya memakai corset Premium Beautiful, boleh generate income!! Apa tunggu lagi............

my business partner...sayang korang!!!

Tuesday, November 9, 2010

Menu Raya Haji

Belum pun abis minggu ini dah pikir nak makan apa time Raya Haji, tak senonoh betul tuan rumah ni kan!


Plan nak masak untuk Raya Haji adalah Nasi Tomato, Ayam masak merah atau Daging Rempah (style Terengganu, my mil) dan Acar Timun Jelatah. Gerek tak menu? Bagi yg chef diva tu menu ni biasa je kan, bagi saya ni yg 1st time nak buat Nasi Tomato, ada kecut kat situ, abis aku search menu, call mak, call mil nak buat camner, salin resipi beria-ia, jangan tak buat sudah!! Silap aribulan order Nasi Beriani dengan JM Beriani Tun Hussein Onn je lah......


Kisahnya saya tak balik mana-mana kampung pun this year. Sebab Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Rabu and kami tak dapat cuti kena freeze, especially saya yang akan bertugas untuk OUM Convocation minggu tu, tension tak?

3 hari cuti Deepavali, sepatutnya saya akan masak yang luar biasa, bukan sangat-sangat luar biasa lah, cuma special sikit untuk suami & anak tersayang..cewah! Tetapi, 3 hari tu lah makan luar....hahhahahahha. Sebab tuan rumah ni nak exam. Jadi masa itu sangatlah cam emas. Bergerak bila nak ke toilet, makan, minum, solat, main dengan Danisha, bergurau senda dengan hubby - ni mestilah ada bagi hilangkan stress kan. hahahhaha. oopss. Adalah juga keluar untuk mencuci mata. Selainnya, adalah buku, buku dan buku. Alhamdulilah, baru lepas 1 paper semalam (Isnin). Ada lagi satu, esok (Rabu) paper Human Resources Development (HRD).

So, saya janji dengan hubby, Raya Haji ini, saya masak spesel sikit untuk menebus makan luar cuti 3 hari tu. Hubby cuma sengih, bagi sokongan je lah, kang kena marah dgn bini lak kan.

Sedih juga tak dapat balik kampung, sepatutnya Raya Haji ini turn balik JB, umah mak saya. Tapi tak pelah, Disember ni nak cuti panjang sikit so redha je lah.


Ok dear, what is your plan for Raya Aidiladha's holiday? Balik kg ke? bestnya dapat kumpul 1 family kan.....


Saturday, November 6, 2010

Happy Saturday

Yeehaa, bravo, cayalah.......jarang benor update blog di kala ujung minggu ni. Memandangkan arini ari Sabtu, semua org bercuti. Ramai lah juga yang amik kesempatan bercuti-cuti Malaysia or balik kg. Tapi yours truly ni terpaksa terperap kat rumah sebab arini Isnin ni (8hb) saya ada mid-term exam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Haru tak, cian hubby & Danisha tak dpt pegi mana-mana.

Just semalam je dibolehkan untuk keluar ke mana-mana saje, tu pun brunch kat Sushi King and malam tu hubby bawa pegi makan ikan steam limau kat Soho, Bangi. Tapi tak berapa kick cam kat Kg. Baru, no offense ya Soho's fan. Pastu balik, sambung study, then, tido. Pepagi ni after Subuh prayer, sambung lagi baca buku. Rasa cam nak merayap kat tempat-tempat berhantu je, bukan rumah hantu, Shopping Mall lah, kan berhantu tempat-tempat tu....hehehe.


Lepas ni nak pegang vacuum pula. Si Danisha tengah tido lagi, boleh lah nak ngemas sikit umah, kalau dia dah bangun, jangan harap nak pegang vacuum, dia nanti yg nak vacuum, kalau betul takpe, kasi stress mama je.


Saya tak sabar nak tunggu 'parcel' sampai. Lamanya 2 minggu, dah lama tak menerima parcel dari abang posmen. Cepat lah 2 minggu. Hasil dari penat lelah berkerja & berniaga ni, adalah reward sikit untuk diri sendiri kan cam motivasi gitu. Apa salahnye kan. Bukan merompak mencuri pun kan.....

Saya tunggu ini.........................................







update : Danisha dah bangun sebelum saya smpt abiskan cite ini. Jawabnya, perang 3 segi lah pas ni, antara saya, danisha & vacuum. Hubby je lah yang vacuum......

Thursday, November 4, 2010

Testimonial : Another Happy Friend (2)

Nak tulis banyak-banyak pasal kebaikan Premium Beautiful ni, you all dah dah baca sebelum ini kan pasal Corset Ajaib ni, my friend panggil 'Baju Ajaib'. Nak share testimonial another happy friend yang baru pakai 4 bulan sahaja. Walaupun dia agak lambat nak turun berat badan, tapi dia happy with the result. Kalau tak pakai dia rasa tak best.


Harga Size (B) = RM 2200, (K) = RM 2000. Jimat sampai RM 400++. Authentic and New Stock. I'm Authorized Dealer, jgn risau!!
Nak masuk tahun baru mesti nak penampilan baru kan.....


** 013 220 6010

How Do You Do, Friend?

I thought I'd forget what happened yesterday, but, I was wrong, until this morning, I'm still thinking about this... It was happened yesterday, late afternoon, while waiting for my colleague to get ready to go home together, I received a message from my FB inbox from my old friend.



Message tu berbunyi, Hei' I miss you lah Ayu, i dah pindah Sepang, jmpt lah datang rumah. Errr..I was like, apa hal ni? tetiba bagi message ni, then i replied. How are you, dah pindah Sepang? Baguslah, insya'allah jumpalah nanti. The she replied again saying, 'I macam biasa, tetap maintain kurus (apa motif bagitau?). Siti (bukan nama sebenar) selalu call aku, dia baik dengan Timah (bukan nama sebenar). Aku jawab, 'Ko kim salam lah kat diaorang ye.

Apa yang buat serabut fikiran ni ialah, saya mengemaskini FB's account and I deleted her from my Friend's Request. I did add her about a few months back, then after quite sometimes, she did not accept my request, then I thought, she dont want to be my friend, that makes me quite surprise, as I can remember that we dont have any bad history together. Lepas je, I delete, terus pop-up message tu. Ko gelabah ke aku terus delete request tu? Tetiba nk cakap rindu pula.... Ok fine, I jawab dengan baik juga.


Tetapi, bila dia mention nama Siti and Timah, again, apahal pula ni ko sebut nama 2 manusia itu? Dulu, memang saya baik sangat dgn Siti & Timah, during our school time and after we're graduated and get married. We're doing just fine. Tapi tak tahu ribut taufan mana datang, tetiba si Siti & Timah tak nak jawab my phone, my sms, my email. I dont know why, at least give a me a clue or maybe, I ada tercakap atau terbuat perkara yang menyakitkan hati mereka, please explain to me and I'll make it better or I'll try to fix it.


Then, I found out dari
Si Pengantar Message (SPM) ini, yang mereka berkecil hati dengan saya sebab "SAYA PREGNANT" wtf???? Logik tak? You as my bestfriend, you should be happy for me, kenapa nak kecik hati ni? OMG, I just couldn't believe what I heard. I tanya dengan SPM betul ke? tapi kenapa? What I did wrong to both of you? Masa tu I try to call them, macam tak percaya kan apa yg I dengar, the best part is, mereka switch off h/phone and lagi bestnya, tukar no phone. Mmg berbakul-bakullah nak aku maki diaorng ni, pengecut, tak nak confront 1 to 1. I call si SPM ni, tnya no h/phone diaorg, si SPM ni selamba jawab, diaorg tak kasi aku cakap kat ko no hp diaorg yg baru. Ok fine, lepas tu memang sampai bebila pun aku malas nak cakap dgn korang.

Look, I'm not trying to putuskan silahturahim dengan mereka, tapi mereka buat cam gitu, and I dont give a damn at all. Kalau nak mengungkit satu-satu hal or rahsia diaorng tu memang tak habis cerita, tapi buat apa nak buka aib orang, nak canang 1 dunia kan. Aku juga yang berdosa. The latest I heard about them, yang Si Siti tu dah bercerai dan tiada anak, yang si Timah tu tak tau apa cerita, lepas satu-satu boyfriend. Yang si
SPM tu pun dah bercerai juga dan ex-husband dah kawin dgn yang lain. Aku tahu cerita ini semua pun from other friends. Bukan aku tanya.

Allah tu Maha Kaya, Maha Adil & Pengasih. DIA tahu setiap hati budi hambanya. To me, kalau mereka nak buat 'reunion' dengan aku pun, buat lah, aku tak de hal. Aku happy dengan hidup aku sekarang. Dan aku bersyukur dengan apa yang berlaku dulu. Ada hikmahnya, Allah jadikan ini semua.

Those yang close dengan aku, memang tahu, I treassure friendship. Aku sayang setiap kawan-kawan aku. Tak kira lah bagaimana pe'el diaorg tu, aku tetap anggap kawan baik. Tapi sekali kawan tikam belakang, pun aku tetap maafkan and anggap kawan juga. Tapi kalau lagi sekali buat hal, sorry ya, not forgiven. You can go to M*****!! ye.

Ya ALLAH, terima kasih tunjukkan aku segala-galanya. Semoga orang-orang itu menerima hidayah.

So long friend!


Wednesday, November 3, 2010

PB : Another Happy Friend

Yesterday, I was so happy. Syukur. My ex-roomate masa kat kolej dulu, she is my bestfriend and also, my business partner, and she's pregnant! Alhamdulilah!!

** Lyana in pink tudung

Lyana dah cuba untuk conceive lama dah. Anak dia yang sulung, Iman, dah 3 yrs++ so dah tiba masanye nak jadi Abg Long. She was diagnosed with Ovarian Cyst in year 2007. She was devastated when she found out that the chances to get pregnant are very slim as the cyst has grown to 7cm. Doctor advice her to removed the cyst and she did. Tapi chances nak dapat balik cyst tu adalah tinggi juga and nak pregnant pun risiko juga. She was so devastated. Dah macam-macam dia buat. Pegi berurut, jumpa doktor, makan minum jangan cakaplah, pantang dengar orang kata makan minum apa saje vitamin or supplement lain, memang dia terjah.


Then, we all decided to join this business, we are looking for side business actually nak dapat income tambahan saja sebenarnya, tapi we're really enjoy doing this business. Macam-macam pengalaman, knowledge and skills that we gained along the way. Lelebih lagi, cash money, pergh, best sangat. Premium Beautiful ni sangat-sangat bagus. Kami pakai for ourself. For internal and external beauty kononye, tapi tak sangka mendapat sambutan. The main purpose for Lyana is to conceived.

Lyana pakai Premium Beautiful dan makan Herba Maharani, consistently dan ALLAH granted her wish......alhamdulilah usaha tidak sia-sia. After a few months sahaja....



Harapan tetap ada, kita berusaha dengan apa cara sekalipun, ALLAH pasti makbulkan. Tidak salah mencuba untuk kebaikan bukan 1 kebaikan yang akan didapati, malah lebih dari itu.

Jika anda tidak percaya, alamilah sendiri. Saya dan Lyana telah merasai kehebatannya, anda bila? So apa lagi yang ditunggu.. Get your PB SET today and Maharani herbs for internal health dont let your dreams faded away.........



** 013 220 6010

Tuesday, November 2, 2010

Nak beli bajuuuuuuuuu


ZARA


WAREHOUSE

DOROTHY PERKINS

DOROTHY PERKINS





** never ending shopping list!

Monday, November 1, 2010

Twitter & Facebook

Mana satu yang you all suka? Twitt..twitt follow me or Facebook?? You all ada dua-dua?? Honestly, I dont know how to use Twitter. Seriously, buta IT, hubby memang kaw-kaw kutuk kalau saya tak tau benda pun pasal IT ni, takpe yang, ada ubi ada batas.

Bile tengok orang lain ada Twitter, aku pun mentel juga nak register, tapi haram tak tau guna. Dah 2 kali register tau, dua-dua lupa password, boleh gitu? Hebat tak? Ada Smartphone konon leh ber'Twitt', langsung aku tak activate kan. Tapi aku tahu nak ber'facebook' & bile nak berblogging je.... :D Sib baik tahu guna Facebook kat Smartphone....Mana lah tak kena kutuk dgn laki sendiri.

Bile saya perhatikan function Twitter ni, memanglah agak menyeronokkan. Boleh share information, boleh buat kawan-kawan macam kat Facebook & Blog juga lah, cuma communication is in directly. Just a short and quick update, we can be a friend and surprisingly, some of them can be a best buddies. Can you see how amazingly Twitter is and how people can be so fanatic towards Twitter?? Not only individual fully use Twitter as a communication method, tapi bnyk company-company skrg ni dah jadikan Twitter as a marketing tool dan juga method untuk berinteraksi dengan masyarakat. Not only that, higher education pun dah implement Twitter dalam interaction dengan students. Including my institution.




Agaknye lah kan, sebab itulah tak terbuka lagi hati aku nak active dalam Twitter ni, karang tunggang-langgang kang aktiviti harian aku. Ada juga laki aku ketuk dengan sudip sebab lambat sangat nak masak asyik sibuk dengan Twitt-twitt je, silap haribulan jari jemari ku serai kena titik dengan sudip. Sekarang ni pun kena jeling-jeling bile ber'Facebook-ing' kat BB bile kat rumah, alasan aku, bisnes ni yang.......isteri mithatli sungguh aku ni. Ampun yang! Sebab itu saya tidak jebakkan diri dalam games-games yang menarik di Facebook. Setakat, Accpet, Add, Comment, Like, upload gambar, main-main tagging,...tu je lah yang aku hadkan, sebab tak tau guna lelebih pun. Hahahahaha!

Blog pun ikut mood nak update. Ada rasa idea nak cerita, boleh lah share kat sini. Kalau tak yilek. Mungkin satu hari nanti saya perlukan Twitter untuk membuat sesuatu yang saya anggap berfaedah atau yang berguna kepada aku nanti. Eh pompuan ni, ganti nama diri pun dah terabut, kejap aku, kejap saya.


Iye, TWITTER, satu hari nanti saya akan menjadi ahli Twitt-twitt...sesiapa nak follow i?



p/s : tetiba teringat tagline Sinar FM. I follow.......



** images from Google