Wednesday, October 6, 2010

Nak potong ke tak?

Rambut Danisha adalah berikal-ikal di bahagian bawah, ikut apak & maknye ler masa kecik-kecik rambut ikal mayang lah, kerinting lah, tu yang makbapa kiteorg cakaplah. Pastu bile dah besar gajah ni, yang kerinting tu ilang cam gitu je. Worst case, saya pegi potong sebab tak suka, konon nak rebonding kan. Ikut trend semasa.

Masa kecik-kecik boleh lah, cun je, comel je, bile usia meningkat remaja, yang kerinting yang ikal tu, dah cam wire berselirat sana sini. Lawa ke tu? Cam rambut terbakar je aku tengok....apa lagi lah pegi salon, kasi potong and trim lah.

Selepas cukur rambut pas lahir tu sampai sekarang takde lah nak trim or potong rambut dia. In her case, saya nak trim je sikit rambut dia bahagian depan sikit & belakang sikit, rimas pula saya tengok dia. Hubby tak kasi, nak biar panjang. Tapi kasi trim lah sikit sebab serabut pula saya tengok. Kesian Danisha, even pakai clip or ikat rambut pun, bile dah lari sana sini, main-main nanti mesti terkeluar rambut depan tu. What do you think mommies, should I cut her hair or let it be untill one stage, keserabutan tu dah melampaui batas, baru nak pegi trim? Ada ke salon khas utk kanak-kanak yea? would like to pay a visit to that salon if exist in KL...


Ni rambut lum sikat, baru pas mandi, pastu lari tak nak sikat rambut. Gini lah jadinya.

Dari pandangan tepi....



Bila diikat ponytail, bergulung-gulung rambut.

Dari pandang tepi lagi, ketika kepala berpeluh-peluh basah, nak lari tak nak diambil gambar. Rambut tetap maintain curly.

Rambut sampai menutupi sebahagian muka. Nangis, tak nak amik gambar. Mama yang kejam!! Paksa amik gambar juga.

Rambut yang kemas disisir rapi di pagi raya, 10 minit kemudian, reben ke mana, rambut pun dah serabut balik.
Walaupun diikat ponytail, rambut bahagian depan tetap nak keluar tutup mata. Cun lah tu agaknye....

Rambut depan tu nak keluar juga.

Pantang nampak cermin...inilah aksinya. Mak borek, anak rintik..

Cukup-cukup mama, I need a privacy....

3 comments:

Rizziela said...

tak payah potong..cantik sngat rambut dia..Original lagi

cetot said...

biarlah die curly sebab curly die curly gulung2... kalau nak buat curly camtu kat kedai mahal wooo..hehehe

CiKaYu said...

Rizziela,
mmg sayang..tapi cuma nk trim je kat bahagian depan nk buat fringe sikit...

cetot,
nak trim je, tapi cam sayang...

Post a Comment