Thursday, September 30, 2010

Berilah apa yang ada walaupun ada sedikit

Saya tengok tv tadi masa lunch, ada adv berkenaan dengan penterjemahan Al-Quran kepada bahasa minoriti Islam agar lebih memahami maksudnya.

Tak dapat nak sumbang besar-besar, tapi kita boleh memberi apa yang kita ada seikhlasnya. Tak susah, boleh derma melalui SMS atau bank-in sahaja dalam Bank Islam.

Selamat beramal!

Wakaf al-Quran untuk Islam minoriti

MELAKA 28 Ogos - Program Wakaf al-Quran bukan sahaja membolehkan umat Islam minoriti sesetengah negara dapat membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa masing-masing, malah merapatkan hubungan sesama masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Latif Mirasa berkata, terjemahan al-Quran dalam bahasa tempatan mereka bukan sahaja dibaca masyarakat Islam, bahkan bukan Islam sekali gus memahami keindahan dan kecantikan Islam dengan lebih mendalam.

Katanya, Yayasan Restu buat pertama kalinya akan menerbitkan terjemahan al-Quran dalam bahasa minoriti Islam Kemboja, selain Mandarin dan Tamil yang dijangka diedarkan ke beberapa negara dalam tempoh empat bulan lagi.

"Kita perlu faham, bukan semua orang di Asia faham bahasa Arab, jadi sekarang kita akan cuba al-Quran dalam bahasa tempatan masing-masing termasuk perancangan dalam bahasa untuk Orang Asli di negara kita.

"Semua itu kita telah ambil perhatian dan dalam perancangan termasuk Orang Asli di Sabah dan Sarawak," katanya pada majlis Pelancaran Wakaf al-Quran Peringkat negeri di Muzium al-Quran, Bukit Palah di sini hari ini.

Pelancaran disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wira Omar Kaseh dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale Muhamad.

Menurut Latiff, berdasarkan pengalamannya dalam menyertai pameran al-Quran di negara-negara luar, masyarakat di sana lebih menggemari al-Quran dari Malaysia berbanding Arab kerana keindahan tulisan dan seni Islam yang terdapat di dalamnya.

Program yang menawarkan sumbangan RM1 hingga RM10 boleh dilakukan dengan menaip wakaf 1 bagi RM1 atau seterusnya sehingga wakaf 10 (RM10) dan kemudian dihantar ke 32728.

Sumbangan juga boleh terus disalurkan ke Bank Islam Bhd., atas nama Yayasan Restu Wakaf dengan nombor akaun: 14032010021452.

3 comments:

knv said...

haaa.. baru je sebut2 pasal yayasan restu kat blog akak. :D

cetot said...

weiii tulisan ape yg kuar daaa..... ke pc aku yg xleh baca

CiKaYu said...

knv,
saya pun baru baca entry akak pasal restu tu...

cetot,
keluar tulisan apa yea??

Post a Comment