Al kisah, semalam adalah hari saya naik Star LRT dari PWTC ke Bandar Tasik Selatan. Semalam (Khamis) adalah hari naik LRT.
Alhamdulilah dapat duduk, sebelah kanan saya seorang wanita Cina dan sebelah kiri saya adalah wanita melayu. Termanggu-manggu ngnatuk, sib baik tak terlungkup ke depan, kalau terlungkup pun, aku buat-buat pengsan, atau, buat-buat sakit kepala ke, tak pun buat-buatlah ada sawan cam Apek dalam cita Jutawan Fakir, korang pernah tengok yang dia buat-buat sawan depan kaunter tiket wayang dgn Kutu & Waheeda?? Cam kes aku, kalau buat-buat sawan tu sebab nak cover malu lah kalau tertido sampai terlungkup ke bawah kan!!
Dah sampai stesen Masjid Jamek, which is memang lah ramai lah manusia yang dari transit Putra LRT atau entah dari mana-mana lah kan, naik. Tetiba, wanita cina sebelah saya bagi seat dia kat seorang wanita melayu yang diri di depan dia. Saya tengok wanita Melayu ni tak nak duduk, yang wanita Cina berhati mulia suci murni ni beria-ia suruh wanita Melayu tu duduk. Pas beberapa, saat nak tak nak tak nak, wanita Melayu tu pun duduk. Nak tau apa wanita Melayu tu cakap??? Saya tak mengandung, tapi saya baru lepas bersalin.......Terbeliak mata aku dengar, ternganga lah juga mulut ni, terus tak mengantuk. Nak tergelak pun ada. OMG, Malu mak nyah!!!!!!!!! Kalau saya jadi wanita cina tu, bersalah tak hengat!!!! Yang wanita Melayu ni sure tak tau nak cover malu punya pasal kan, tersipu-sipu, serta merta dia tahan napas agaknya nak kasi masukkan perut dalam-dalam. Kalau aku kan dah nangis teresak-esak kat situ org ingat aku tgh mengandung kan!!! Dia asyik ulang bagitau dia baru lepas bersalin anak ke-4. Apa motif??? Nak cover malu lah jah oiii...orang mistaken dia mengandung, padahal baru lepas bersalin. Wanita Cina tu apa lagi lah dah nak sampai stesen Bdr Tasik Selatan, asyik cakap sorry je. Dan-dan tu juga aku cover perut tahan napas....apa motif muscle perut tetiba nak kecutkan perut. Sib baik pakai PB!!!!!!!!!!!!!!!! Yg wanita Cina ni, terus merah padam muka dia....terus berkali-kali say sorry, kesian dia, niat suci murni nak bagi duduk kat wanita mengandung, rupanya baru lepas bersalin. Dua-dua wanita itu tergelak-gelak!! Dengan aku sekali tumpang gelak. Tapi kalau lah aku kan kat tempat kakak tu, aku buat-buatlah betul-betul mengandung, dalam hati kan membara nak je lempang!!! Dapatlah duduk.........eeeiiiiii keji tul perangai ko ye CikAyu.
Semalam saya minah Merah Jambu, pakai Tudung Pink & Blouse kaler Pink & Putih. Saya rasa seperti ahli Puteri Umno. Daftar undi pun tidak, tetiba terasa diri ni Ahli Puteri Umno pula yea.........patutlah orang pandang senyum-senyum kerang masa kau jalan nak ke LRT depan The Mall.
4 comments:
Tak payah malulah..sebab niat tu kan iklas & suci murni
rizziela
i mmg salute lah that chinesse lady. baik ati!
heheh but pompuan tu pun satu org bagi duduk duduk ja la yg cakap cam tu naper mengong tu la malu kekekkek
cian dia. tp berterus terang sungguh dia ni..hehehe
Post a Comment