Wednesday, October 13, 2010

Sekarang ini baru ada Idea

Memang psycho betul lah saya ini kan. Tadi buat posting ala-ala insaf, pastu sekarang ini terhegeh nak buat cerita pula, sebab tetiba je ilham datang kan, cerita kat blog ni.

Alkisahnya pagi ini saya terlambat bangun, bila dah terlambat bangun, makanya kelam kelibut lah kan. Sib baik hubby sangat baik hati tolong gosokkan baju. Terima kasih, sayangku. Hubby jugalah yang tolong masukan barang-barang yang nak dibawa dalam handbag. Iye, kekawan, bile saya kelam kelibut, hubby akan tolong kemaskan handbag saya. Masukkan charger, tisu ke, apa-apa benda lah yang sewaktu dengannya. Kunci kereta, kunci rumah dah lengkap dalam handbag, tinggal salam, kiss-kiss sikit kat pipi, pastu tata, titi, titu. Senang hati turun ke car park, terus zassss pegi keje.

Sampai di office, nak keluarkan charger nak charge handphone. Selongkar handbag, mana pula handphone ini. Mengigau ke, rasa cam dah campak dalam handbag tadi pagi. Sah, memang tertinggal, memang takde kelibat sarung handphone kaler pink dalam handbag. Confirm tertinggal.

Call hubby, tanya handphone ada kat rumah yea, dia jawab iye, kat atas meja. Pasrah je lah bile dah handphone dah tertinggal. Apa korang rasa ye bila handphone tertinggal kat rumah? Korang sure rasa gelisah, tak senang duduk cam ada cacing kat punggung kan....pastu mesti terpikir-pikir, mak or ayah or adik beradik korang call tak dapat-dapat kan. Pastu mana yang ada twitter, confirm tak leh nak update status pastu nak follow orang lain punya cerita kan. Mana yang boleh view FB thru h/phone lagi lah berasap tak tau apa cita kat FB. Nak buka kat opis, takut-takut, kang kantoi dengan bos kan. Macam mana korang rasa kepanasan takde handphone cam tu lah aku rasa sekarang ni. The best part is, may handphone's battery dah tahap sipi-sipi je nak kong, bile try call pagi tadi, memang dah ada org pompuan jawab. Rasakan!! siapa suruh tinggalkan handphone.

Beritahu boss, handphone saya tertinggal kat rumah, dengan muka 10 sen. Dia cakap tak pelah, awak terlupa kan. Dussshhhhh................perli nampak. Nampak sangat pelupa, terus rasa cam tua sangat ke aku ini.

Tak sabar nak balik ke pangkuan handphone.

3 comments:

Papakeechee said...

hahaha kelakar!! .. but i feel u la ... sekali pernah i tinggal hp sampai nak jadi gila ... tak boloeh nak ambik gambar ... and paling important takut mak i call nak bagitau pasal arees ker apa ker ... huhu ...

but serious ur one lucky lady la ... siap husband u tolong kemas kan ur handbag ... i hantar hubby I utk training with ur hubby boleh??? kekekeke

CiKaYu said...

papakeechee,
boleh, nanti i tnya dgn trainer i tu brapa dia charge ye..

ERMAYUM said...

lain kali tak yah bagi tau boss- sonyap2 g balik amek ishhhhhhh i tak leh xda phone masa tak tenang masa tak bawak la emergency happen

Post a Comment