Pepagi ni, dah rasa myself a at a lower point of motivation. Dont worry yea...will get back to the track as this morning, feeling gloomy sikit coz of the weather gitu....and my dear boss ada kat Marriot attending an event there.
Pagi ini dengar Hot.fm, about Hari Isnin yang tidak disukai, kebetulan, I'm not feeling good today, not that I'm not feeling well, mood tarak kot. Kalau tiba Isnin je terus mood takde...hampeh tul. Body clock masih lagi dlm suasa Sabtu & Ahad, dey badan, dah Isnin lah.....cergas sikit. Lembab je......
Apa korang buat last weekend?? Saturday, attended wedding di Seremban, sampai hampir tersalah rumah, sebab ada rumah lain buat majlis..... Pastu rush ke FRIM, mak datuk jem giles....dan yg tak bestnya, sampai-sampai je, tuan rumah dah kemas laaaaa....blame the traffic jam. Malu tau, tapi disebabkan dah sampai, dah penat-penat n jauh lak tu, terpaksalah turun jumpa tuan rumah yang hampir-hampir nak balik tu....salam je lah. Katerer pun dah lipat meja. 1st time pegi wedding kat FRIM, korang tau kan FRIM tu apa.......Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, tak tahu gi google. Kawasan perkelahan pun boleh...kawasan org gi jogging pun boleh....kawasan orang buat family day pun iye...so tetiba ada org buat majlis kenduri kahwin sekali, siap pelamin tau.....takde pula gambo nak bukti. Mesti korang ingat saya kelentong.....nasib lah labu. Sebab dah termalu sampai lambat, so handbag pun tinggal dalam kereta, si Danisha terkulat-kulat baru bangun tido pelik tengok pasai apa ada pengantin pastu dikelilingi dengan org-org awam tengah berkelah pastu ada air sungai lak.......baru bangun tido lak tu. Saya pun terkulat-kulat lah dengan kebaya & high heels, cis takde pula sandal dalam kereta......belasah je lah. Best gak FRIM ni, sumpah, saya tak pernah sampai FRIM. Kawasan hijau di tengah bandar. Sejuk je mata, nyaman je rasa, tenang je hati & jiwa. Walaupun kalau tengah bengang sebab jem mengarut tadi. Pastu kuar je dari kawasan FRIM, panas balik hati & perasaan tengok jem sana sini. Destinasi seterusnya......balik rumah, saya jawab bila hubby tanya, dah melengas ni dengan baju kebaya tau...
Hubby tanya, ada bawa baju spare tak? Saya jawab ada, kenapa? Nanti tukar kat Sogo, kite pegi pasar malam JLN TAR. Terbeliak biji mata, awat org tua ni tetiba nak pegi pasar malam JLN TAR, dah berkurun abad tak jejak. Serious, tak pernah terpikir di benak fikiran, kalau nak kuar tu pegi pasar malam JLN TAR, lebih baik pegi pasar malam TMN LEN SEN, walaupun ramai makhluk bermata sepet. Sebagai isteri mithali, follow je lah kata-kata hubby. Tapi saya bagi syarat, nak pegi tu jangan komplain kat situ yea, nak balik tetiba walaupun baru sampai kat tempat masuk pasar malam tu, jangan nak merungut sesak, panas, haba....segala-galanya yang saya tahu pasti akan terkeluar dari mulut dia.
Pergh..lama sungguh saya tak ke sana. Last bile ek? Tak leh recall lah bile. Pergh, berzaman juga yea. Menarik memang menarik, selection of food, macam-macam yang dijual, tudung, baju, kain, brooch, mainan, belon.....memang menarik. Seronok pun iye....sampai pening. Nak kelabu biji mata tengok orang ramai sangat. Sekejap je, dalam 1 jam jugalah, kalau tak kerana ramai orang tu rasanya trip tu pendek je, dalam 1/2 jam dah settle. Hubby just beli nasi dagang and me beli nasi kerabu ayam percik. Balik rumah tak makan pun, sikit je, sebab tak lalu. Masa nak beli tu, memang meluap-luap lah nafsu.
Hari Ahad? Ada kelas, kul 12 - 2pm. Cuci kereta, solat, makan sikit, layan Danisha, tido sampai kul 6.15 pm. Jarang amik nap, tapi rasa cam bahagia tul sebab Danisha tak kacau.
Itu je lah.........
nota : kenapa bawa baju spare, sebab after attend majlis kawin, pasti akan ke tempat lain, which is saya tak gemar nak merambu ramba jalan kat mana-mana dengan baju kurung/kebaya dan dipersetujui oleh hubby.
4 comments:
waaaa.....dh lama sgt x pegi pasar malam jalan tar...!!!dulu muda2 remaja slalu pegi....hihi
hope yr day is getting better dear :)sian u g umah org kahwin salam ja - i blame the host heheh - caterer jugak - tu la pasal sekarang so impersonalised - dulu 2 masak sendiri dtg kul 6 pun tuan rumah jemput gak makan apa yg ada
i penah gi frim minum teh kat cafe situ, mcm2 perisa teh ada; misai kucing, sireh, serai etc. semua unt kesihatan la.
selalu gak bawah baju spare, sediakan payung sebelum hujan hehe.
mai,
i pun dah berkurun, tetiba hubby ajak gi. pegi je lah... seronok sbb tgk makanan bnyk jenis.
erma,
tq dear. mmg tak pernah alami gi kawin org, salam je. kalau pakai caterer kena ikut time kan.
adia,
best yea dear?? i pun ada nampak malay house...cam menarik je kan.
Post a Comment