Friday, July 30, 2010
Tazkirah Jumaat - Suami/Isteri elok jadi panduan.....termasuk lah saya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perbezaan Suami Isteri : Selesaikan Begini..
Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa saya dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.
Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.
FUNGSI RUMAHTANGGA
Dalam kesempatan yang amat terbatas ini, saya akan membawakan empat isu terlebih dahulu, sekadar mencuba-cuba memberi sedikit pembuka minda buat insan yang bergelar suami dan isteri dalam melayari rumah tangga mereka. Agar kita semua mampu menepati objektif sebuah rumahtangga yang digariskan oleh Allah swt iaitu :-
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ( Al-Rum : 21)
Berdasarkan rujukan saya dari huraian para ulama silam di dalam kitab-kitab tafsir, dapat saya simpulkan dari ayat di atas, antara fungsi rumahtangga yang MESTI diusahakan oleh kedua-dua pasangan adalah untuk menjadikannya sebagai :-
1) Litaskunu Ilayha
= Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.
2) Mawaddah wa rahmah
= tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :
المودة حب الرجل امرأته
Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)
Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.
= Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan
الرحمة رحمته إياها أن يصيبها بسوء
Ertinya : Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)
= Imam Ibn Abbas r.a dan Mujahid pernah menerangkan bahawa Mawaddah bermaksud Jima' manakala rahmah itu adalah anak. Hasilnya, nafqah batin dan kepuasan suami isteri melaluinya adalah crucial di dalam sebuah rumahtangga. Kehadiran anak pula juga merupakan satu objektif perkahwinan yang dibanggai Rasulullah. Namun bagi yang belum mendapat rezeki itu, banyakkan berdoa dan teruskan usaha.
ADUAN & PERLU FAHAM
Bagi mencapai target rumahtangga yang disebut oleh Allah ta'ala, bibit masalah yang kerap menjadi punca awal membawa penceraian, hilang cinta dan kasih perlu ditangani. Antara punca awalnya boleh dilihat dalam beberpa aduan pilihan di bawah. Ia dikutip hasil dari beberapa aduan yang saya terima dan juga pembacaan. Saya gariskan cadangan dan apa yang perlu difahami oleh suami dan isteri dalam menghadapi aduan dan pertikaian mulut pasangan.
RUNGUTAN 1
ISTERI : Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid. Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?
SUAMI : Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu. Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu
YANG SEPATUTNYA
LELAKI FAHAM
• Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.
• Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.
• Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dsbgnya).
WANITA FAHAM
• Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?
• Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang.
• Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.
Thursday, July 29, 2010
Si Naga Ungu
Keselesaan kami suami isteri tidak lagi selesa apabila si anak dara minta Dibo......
Dibo sleep lah Icha,
Dibo gone shopping lah Icha
Dibo tak work today Icha
Dibo no more on TV, he's fired (boleh tak my husband bagi reason ni kat budak umur 2 tahun)
Dibo is tired, he's sleeping
Dibo ask you to sleep 1st then later can watch Dibo
Dibo balik rumah mak dia ( again....alasan suami saya)
Semua tu alasan dan jawapan saya & suami pada Danisha, setiap kali dia minta Dibo....kalau takde Dibo, mulalah merajuk, nangis, merengek...nak Dibo....
sekarang ni siang malam..............even dah tiba masa bedtime pun, dah atas katil ni pun, si Danisha akan minta 'mama, nak nengok Dibo nak Dibo...Dibo, Dibo....'
sebab itu saya tak belikan dia apa2 barang berunsur Dibo, sebab si naga ungu ni benar-benar menghantui diri kami suam isteri.
Wednesday, July 28, 2010
PB or SPANX?
Sekarang ni my turn pula nk cerita pasal Premium Beautiful. Kenapa, sebab saya pemakai setia Premium Beautiful Corset.....korang jangan muak ye, sepanjang entry ini, akan berkisar penulis blog ini yang sangat-sangat perasan tak hengat. Jangan muntah atau meraung sebab baca entry ini. Semua itu adalah tanggungjawab masing-masing. :-)
Alkisah, saya adalah pemakai SPANX yang tegar...apa itu SPANX?? Ni haaa cam gambar kat bawah ini or u can go to this ::LINK::
Saya tersangatlah suka dengan SPANX setelah saya terjumpa pasal bendalah ini di blog VERDE mengenai SPANX, tak silap saya tahun 2008, masa tu baru lepas bersalin kan Danisha. Tahun itu adalah sangat kritikal sebab badan saya membesar bagai JOHAN susu Dumex. Memang tak hengat punya besar.....Pula tu nak RAYA Malu sangat. Sebab saya jenis yang memang tak suka betul badan flabby sana sini, dah juga masa tu badan rasa lembik semacam, buncit sana sini. Kembang sana sini. So saya pun beli satu set dari kawan yang kebetulan duduk di US. Saya beli Higher Power Spanx yang cover dari atas tummy hingga ke peha. Masa tu memang desperate sesangat. Pakai Spanx memang best. Selesa sesangat. Tak terasa cam badan ni kena ikat dgn tali, kalau makan pun boleh sembunyikan bahagian memana yang memang buruk benor lah, kesian saya masa tu. Pula tu, saya pakai SPANX ni masa raya, pergh lagi lah seronok melantak tanpa peduli akan kehadiran lelemak dan babat di bahagian perut dan pinggang sebab pakai SPANX. syok....sampai saya beli lagi satu set, warna nude colour.
Higher Power
But then, ada something yang saya tak puas hati about SPANX ni. Spanx banyak choices yang lain, u can choose any types that suits you best, tapi I feel something is not right about myself. Something that SPANX can't fulfil my desire to look good............SEBABNYA
SAYA MASIH LAGI BERBADAN
BESAR DAN GEMPAL
Spanx tidak menyelesaikan masalah saya. Spanx cuma membantu saya untuk menutup segala kelemahan yang ada di sebalik baju-baju yang saya pakai. Tiada fungsi lain. Saya suka materialnya, yang sesuai dengan suhu dan cuaca MALAYSIA yang panas dan lembab dan kadang-kadang kering ni. Saya ini pula memang suka makan, I enjoy everything about food, I adore the food, luv the food, memang makan buat hati say agembira....................mana tak gemuk kan, salah sendirilah kan.
tengok je gambor ni, mmg suka makan.
So I've go to find a solution. Fikir...fikir AYU, camner nak kurus balik ini. Saya kena realistic, walaupun berat saya before pregnant adalah 55kg saje, after deliver berat saya naik mendadak sampai cecah 66kg, memang melampaui batas kan. Exercise deknon, jogging, swimming, apa lagi, diet, minum yang tuk kurus badan tu. Nak gi slimming centre, bnyk pula pro & cons nyer..my sister advise me, kalau nak pegi, make sure you tak nak pregnant lagi, coz nanti badan u kembang balik, rugi duit kan. So tunggu lah yea slimming centre yang banyak melambak kat Kuala Lumpur ini....
Finally saya jumpa Salha. Beli Premium Beautiful Corset. Ala, corset yang tengah hot meletup-letup sekarang ini.
gambo ni before pakai PB. sampai ada kawan pesan, jangan pakai baju ni lagi, nampak cam saya pregnant. sediy i tauuu...
gambo ni sebelum memakai PB...lebar kan, dan gempal
Bagaimana keadaan saya selepas pakai Premium Beautiful Corset ni?? Tunggu yea......
Thursday, July 22, 2010
Cik Ciku Manis
Saya suka buah ciku...anda suka? Selalunya, lepas makan tengahari, pasti kite cari buah tembikai ke, betik ke, mangga ke kan yang di jual di cafe or kantin kan....hari ini saya lunch di Jln Belamy, pas makan ikan bakar & sotong bakar, saya beli ciku, sebungkus RM3, 5 biji, ni sebiji saya dah makan....erm..boleh tahan gak lah hargenya...sib baik manis.
Cerita pasal ciku ini, teringat saya 9 tahun yang lepas, saya pernah bercuti ke Kepala Batas, Kedah, rumah kawan baik saya semasa di kolej. Berjalan-jalan tengok tempat orang. Nak jadikan cerita, depan umah kawan saya ini ada pokok ciku. Tengah berbuah ranum masa tu, rendang je pokoknya. Kawan saya offer petik buah ciku, ku apa lagi lah, tanpa segan silu. Tak pernah tengok pokok ciku, jakun betul. Manisnya, masya'allah. Sedap pula tu. Fresh pluck from the tree k....takde pula gambo. Mesti korang ingat saya kelentong kan...nasiblah...memang takde gambo. Saya siap panjat lagi pokok ciku ini. Kelentong lagi budak ini, Iye betul, sure korang kata saya kelentong lagi....takpelah. Memang saya cakap benar. Pergh, 1st time tu panjat pokok kat rumah orang. Mak tahu ni, sure dah kena ketis peha ini. Anak dara panjat pokok ciku....Seronok....setiap kali saya makan ciku, pasti saya teringat kawan saya nun di Kedah tu, sib baik tak jatuh pokok.
How are you kak idasked, how's ur baby boy? miss u lah .....
Tuesday, July 20, 2010
Malaysia's next top model??
Monday, July 19, 2010
Jujurnya dirimu...
'U rasa I nampak dh tua tak?'
Hubby jawab, 'tak lah, ok je I tgk.sama je cam dulu'.
Isteri tak puas hati jawab, 'u tipu, skrg umur I dah 3#, masa jumpa brcinta dulu 25, takkan takde beza. Cakap betul-betul.'
Hubby jwb, 'Adalah sikit lain, npk lah cam berumur, kulit u cam kering sikit,'
Isteri terkedu, tak terjawab, sob sob sob....
Haaaa...tulah nk sangat pengakuan jujur kan, hamik ko.
Your Monday Mood
Pagi ini dengar Hot.fm, about Hari Isnin yang tidak disukai, kebetulan, I'm not feeling good today, not that I'm not feeling well, mood tarak kot. Kalau tiba Isnin je terus mood takde...hampeh tul. Body clock masih lagi dlm suasa Sabtu & Ahad, dey badan, dah Isnin lah.....cergas sikit. Lembab je......
Apa korang buat last weekend?? Saturday, attended wedding di Seremban, sampai hampir tersalah rumah, sebab ada rumah lain buat majlis..... Pastu rush ke FRIM, mak datuk jem giles....dan yg tak bestnya, sampai-sampai je, tuan rumah dah kemas laaaaa....blame the traffic jam. Malu tau, tapi disebabkan dah sampai, dah penat-penat n jauh lak tu, terpaksalah turun jumpa tuan rumah yang hampir-hampir nak balik tu....salam je lah. Katerer pun dah lipat meja. 1st time pegi wedding kat FRIM, korang tau kan FRIM tu apa.......Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, tak tahu gi google. Kawasan perkelahan pun boleh...kawasan org gi jogging pun boleh....kawasan orang buat family day pun iye...so tetiba ada org buat majlis kenduri kahwin sekali, siap pelamin tau.....takde pula gambo nak bukti. Mesti korang ingat saya kelentong.....nasib lah labu. Sebab dah termalu sampai lambat, so handbag pun tinggal dalam kereta, si Danisha terkulat-kulat baru bangun tido pelik tengok pasai apa ada pengantin pastu dikelilingi dengan org-org awam tengah berkelah pastu ada air sungai lak.......baru bangun tido lak tu. Saya pun terkulat-kulat lah dengan kebaya & high heels, cis takde pula sandal dalam kereta......belasah je lah. Best gak FRIM ni, sumpah, saya tak pernah sampai FRIM. Kawasan hijau di tengah bandar. Sejuk je mata, nyaman je rasa, tenang je hati & jiwa. Walaupun kalau tengah bengang sebab jem mengarut tadi. Pastu kuar je dari kawasan FRIM, panas balik hati & perasaan tengok jem sana sini. Destinasi seterusnya......balik rumah, saya jawab bila hubby tanya, dah melengas ni dengan baju kebaya tau...
Hubby tanya, ada bawa baju spare tak? Saya jawab ada, kenapa? Nanti tukar kat Sogo, kite pegi pasar malam JLN TAR. Terbeliak biji mata, awat org tua ni tetiba nak pegi pasar malam JLN TAR, dah berkurun abad tak jejak. Serious, tak pernah terpikir di benak fikiran, kalau nak kuar tu pegi pasar malam JLN TAR, lebih baik pegi pasar malam TMN LEN SEN, walaupun ramai makhluk bermata sepet. Sebagai isteri mithali, follow je lah kata-kata hubby. Tapi saya bagi syarat, nak pegi tu jangan komplain kat situ yea, nak balik tetiba walaupun baru sampai kat tempat masuk pasar malam tu, jangan nak merungut sesak, panas, haba....segala-galanya yang saya tahu pasti akan terkeluar dari mulut dia.
Pergh..lama sungguh saya tak ke sana. Last bile ek? Tak leh recall lah bile. Pergh, berzaman juga yea. Menarik memang menarik, selection of food, macam-macam yang dijual, tudung, baju, kain, brooch, mainan, belon.....memang menarik. Seronok pun iye....sampai pening. Nak kelabu biji mata tengok orang ramai sangat. Sekejap je, dalam 1 jam jugalah, kalau tak kerana ramai orang tu rasanya trip tu pendek je, dalam 1/2 jam dah settle. Hubby just beli nasi dagang and me beli nasi kerabu ayam percik. Balik rumah tak makan pun, sikit je, sebab tak lalu. Masa nak beli tu, memang meluap-luap lah nafsu.
Hari Ahad? Ada kelas, kul 12 - 2pm. Cuci kereta, solat, makan sikit, layan Danisha, tido sampai kul 6.15 pm. Jarang amik nap, tapi rasa cam bahagia tul sebab Danisha tak kacau.
Itu je lah.........
nota : kenapa bawa baju spare, sebab after attend majlis kawin, pasti akan ke tempat lain, which is saya tak gemar nak merambu ramba jalan kat mana-mana dengan baju kurung/kebaya dan dipersetujui oleh hubby.
Friday, July 16, 2010
TGIF
Thank God is Friday...........Alhamdulilah Jumaat datang lagi. Apa plan kekawan semua? Banyak perancangannya? Kadang-kadang 2 hari cuti cam tak cukup je kan. Am looking forward weekend normally to do cleaning. Do laundry, kebanyak chores wajib lah kan. Sebab kalau dah balik keje, ampun yea nak buat semua tu. Nak fokus kat anak & suami lah normally yang saya buat. Sebab masa terlalu limited bile di rumah during weekdays, so I will utilise the available time just for them. Apart from, all my other commitments such as to siapkan assignment, to study for my final exam (tak baca apa lagi ni...rasa dah hilang darah semangkuk, last minute nak exam baru baca buku...memang cemerlang sangat lah kan) and juga business yang perlu dijalankan.
This Saturday ada wedding di FRIM & Seremban which i kena attend coz dah dijemput dan kite tiada hal utk tidak pergi, maka wajib lah hadir. Ahad, hubby ajak pegi Bukit Cherakah sebab opis buat family day....apa hal opis buat family day nk masuk quarter 4 ni yang... ikut je lah.
So nampak gayanye memang ujung minggu ni sibuk juga ni....takpe janji dapat spend quality time with family.
Apa perancangan kamu di hujung minggu? Pasti menarik kan......
p/s : tetiba nak makan red velvet cake lah....
Wednesday, July 14, 2010
Finally, I cook......Tuna Spaghetti & Mushroom
Takde parmesan cheese. Lupa nak beli. Just a simple dish. Seronok sesekali dapat masak, especially bile tengok hubby bertambah. Mak kata, masaklah dengan kasih sayang....fuyoo..ayat tak leh tahan. Danisha, mood kureng pula malam tu nak makan, buat kecah aje...selalunya dia lah yg paling suka tuna spaghetti ni....
Malam ni nak masak apa??
Team Edward & Team Jacob
I totally memang clueless pasal Eclipse ni coz i bukan baca buku cite punya orang sebelum movie keluar. Dapat tahu sikit-sikit pun from the bloggers yang mmg dari awal baca all the series, especially Zarin & Ermayum yg memang membaca dari mula lagi. Me & MJ memang takde baca punya lah. Tau-tau je tgk terus movie. Apa-apa pun memang enjoy tengok the Eclipse compare to New Moon which I'm totally bored. Lambatnya klimaks. Pegi dgn hubby pula tu, memang tido lah dia dlm panggung. Anyway, tak nak review banyak-banyak coz, terlampau best, sampai rasa geram dgn Jacob lak, dah si Bella tu takmoh, dah ler...jangan lah didesak...memang mak emo kat situ yea.... Rasa cam nak tengok lagi je............
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ok.......part outing bersama dengan blogger dah settled. Pastu rush balik ke rumah, solat magrib, me & hubby jumpa my parents kat Pavillion. They came all the way from JB to meet abah's old friend in Jelatek then they landed in Pavillion to do some shopping. My Icha with her nenek and my brother's family. Mak kata, sepanjang masa dgn nenek, Danisha such a good girl, tak merengek langsung. Duduk diam je dlm stroller sambil dihiburkan oleh my 2 nephews. Takde lah nak sentuh-sentuh barang dalam kedai. Takde nangis pun. Tapi bile nampak je muka I & hubby, terus buat perangai. Turun dari stroller, terus masuk kedai, nak capai barang dalam kedai. Penat my hubby kejar. My parents was so surprised. Mak, ini lah keadaannya bile kami keluar bertiga di shopping complex.
Wednesday, July 7, 2010
Peluang dan Impian
I sometimes envy my friends yang ada chance bercuti or di hantar outstation ke tempat-tempat idaman saya, like London, Amsterdam, Hungary, Dubai. Ada juga yang dalam setahun, holiday ke sana ke mari. Bercuti dalam Malaysia, tiada langsung ada dalam list. Semuanya destinasi ke luar negeri. Syokkk ooo.......bukan jealous yea, bukan juga nak bangga dengan negara orang tapi, sekurang-kurangnya dapat cuci mata, segarkan minda, hirup udara di negara lain. Hujan batu di negara orang, hujang emas di negeri sendiri....err...betul ke pepatah ini..cam lain je bunyinya.
Anyway, this time, saya mewajibkan diri untuk mencapai matlamat nak pergi AUSTRALIA for free....iye PERCUMA. Saya mahu percutian PERCUMA, segala ditanggung bereh........habitat terbesar kanggaroo...
Jomlah kite moh ke Australia. Free tau deknon. Tak bayo satu sen pun. Siapa kata, bercuti kena ada duit, kena belanja. Adalah bawa duit sikit tapi hanya untuk shopping, bukan termasuk tiket or hotel. Semua tu ditanggung lah. Tak percaya?? BETUL. PERCUMA. Jomlah kite bercuti free. Dapat melancong free, dapat pula macam-macam faedahnya.
Jangan biar diri ketinggalan dengan alasan peluang belum tiba. Peluang tak datang bergolek menjemput untuk diambil, tapi Peluang untuk direbut. Jadilah seseorang yang bukan menunggu peluang, tapi merebut peluang.
email/call me : ladyayu78@gmail.com/0132206010
Apalah ko blur sangat ni
Baru perasan arini TUJUH HARIBULAN TUJUH dalam bahasa matematik atau nombor, 7/7, bahasa roman, 7 Julai.....
Dah nak masuk waktu Asar ko baru perasan ke?? Nampak sangat dari tadi tak buat keje....huahuahuahua
Tuesday, July 6, 2010
Rindu dengan lauk sendiri
Monday, July 5, 2010
Movie Night with Danisha
Yang selebihnya anda layanlah gambo-gambo ni. Sikit je pun...saje nak letak. Buat mengada...
Saturday, July 3, 2010
Ini bukan wishlist saya......
Mari kite bercerita pasal hal saya ini......
Bile dah berkenan tu, kalau berpisah sekalipun, kalau dah jodoh, pasti akan bersama juga...ceewaaah.....kalau pasal handbag bermadah pujangga. Bag apa pula ko beli kali ni pompuan, hahaha....malas nak buat star banyak-banyak kasi korang scroll sampai bawah.
Ini bukan wishlist saya, tapi saya berkenan. Camner tu.....kalau tengok wishlist, banyak lum settle ni. Potong yang dah settle, masuk lak yang baru, sampai bebila pun tak abis lagi ni. Nak buat camner kan, terpaksalah ngaku yg pompuan memang tak leh tido lena kalau dah berkenan dgn apa-apa juga barang lah....cam saya ini. Jumpa si Cik Burberry Small Haymarket Hobo ni di Ion Orchard Singapore bulan March rasanye...Jauh tu deknon bertemu. Masa tu harga memang tak leh nak tahan ler...$1600++ rasanye lah, Singapore dollar... jumpa lagi kat Pavillion, harga RM4000++. Takpelah kan, masa tu lum terpikir lagi nak beli sebab aim yang lain kan.
Jumpa lagi 2 minggu lepas dengan Salha, saje masuk sbb kebetulan almost semua boutiques tengah sale. Guess what, its was on sale, 30% + 20%...50% tu....bertafakur kejap, nak ke tak nak. Salha kata, u dah tengok bnyk kali kan. ooooo myyyyy......bnyk kali I asked myself, why must i buy this hobo...... panjang list i sbb kenapa i bought this bag. pompuan, pompuan....... I consult with my sister, sbb dia yang ada bersama dgn saya masa di Spore, so dia kata go sis and grab the bag. Its your lucky day. SA pula lelaki, pandai pula pujuk memujuk. Sib baik ko cute........Finally, yang i ingat, i dah kuar dari kedai tu dengan paperbag Burberry ni...
Kalau nak cite pasal wishlist, memang tak abis-abis. Complete satu, satu lagi yang baru masuk list. Camner tu. Kalau kategori handbag, jangan cakaplah you all kata dah puas ati, pasti ada yang masuk list balik. Itu belum kategori yang lain-lain cam, electrical items ke, i.e cam tgh aim untuk beli breadmaker, oven, mixer...nak tunggu masuk rumah baru nanti baru nak beli kalau beli skrg, takde tempat nak letak. So tak dapet lah saya nak bakar-membakar. Pastu lum masuk barang-barang yang lain, cam set Royal Dulton or Corningware ke....serius deknon, saya takde vision ware ke, arcopal ke, corningware ke....ilek, takdok....yang ada set pinggan mangkuk orang kasi masa kawin, tak terpakai lagi, ado dlm kotak...dah 5 tahun dah usianya. Malas nak membeli sbb tau, akan jarang pakai pastu masalah storage lagi. Walaupun ada kabinet dapur, dah penuh barang lain. Camno itu...so hold lah dulu.
Tapi sampai ke hari ini, saya masih belum rasmikan lagi.... bile nak guna ye???
Friday, July 2, 2010
Dia dah mula dah.....dia dah start dah....
Well, going back to school, raising children and having to cope with our 9-5 job its really challenging. Plus, the watsoever million of challenges that we have to face it, handle it, take it everyday just enough to wreck our sense and sensibility. Life must goes on.....love it, take it or leave it. Padan muka ko Cikayu!!!
This year, insya'allah boleh complete my degree. Tinggal 1 semester je, in December. I hope I can do well. Thank you ALLAH for give me the strenght to move on and to fight all the obstacle along my journey to grab the success and to achive what I'm aim for.
My family, especially my dearly hubby, thank you for always be there for me, thank you for stick on the chair to listen my complaint for not being efficiently to complete my assignment when it's all becouse of my MALAS!!
Thursday, July 1, 2010
Seronok ke kamu....
Pastu terpikir, best ke blog saya ini? Apakah perasaan orang yg menyinggah blog saya ini, best ke? happpening ke? kelakar ke? atau...mengarut nye blog saya ini, poyo je....entah apa2 lah blog ni, tak best langsung lah blog ini, tak kelakar....bosannye masuk blog ini, menyesal singgah blog ini??
Apa perasaan kamu yea???
Bunyi apa yang buat korang rasa hangin sangat bile tengah tension.....
Bunyinye begitu membingitkan telinga, rasa kepala ni nk pecah............rasa nak humban je ke laut.....rasa nak gigit pun ada, bukan makanan pun nak gigit kan...buat sakit gigi je kan... Itu kalau kat ofis lah.
Kalau kat rumah atau kat tempat lain, saya tak suka bunyi bising, tak kira lah datang dari mana....asalkan bising...lagi nak pecah paler. Bile dalam keadaan stress dan tertekan, adalah elok berada dalam keadaan yang tenang, senyap dan sunyi. Saya boleh merasakan diri saya dan sekaligus boleh menurunkan tahap ke'stressan' tu. Apa-apa je lah labu ko mengarut pepagi ni......