Monday, April 5, 2010

Hebat proton mereka ini...

Saya kagum dengan sesetengah blogger yang idea mereka tuk blog masing-masing hebat-hebat belaka, walaupun setakat nak cerita pasal telur goreng mata kerbau sekalipun....tapi bile lihat comment yang mereka dapat lebih dari 5 juga lah kuantitinya.

Tapi, kembali kepada dunia nyata, realiti hidup saya. Setiap kali nak buka cerita di dalam blog ni, idea bagaikan terhenti tidak mahu keluar terus ke dalam blog ini. Letihlah saya untuk mencari sisipan perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. Hai lah, idea kenapalah ko main sorok-sorok.

Idea yang bernas, walaupun nampak tak happening, tapi pengolahan, susunan dan penyampaian idea menjadi cerita yang menarik untuk dibaca, tersenyum sumbing lah pembaca bile membaca. Ada yang meninggalkan kesan hinggalah sampai bila-bila. Saya hormati bakat sebegini, walaupun tidak lah profesional tetapi sekurang-kurangnya dapat menyentuh diri dan jiwa si pembaca. Hai, alangkah indahnya saya juga dapat menyentuh hati dan jiwa pembaca saya. ada ke orang baca blog saya?

Apa-apa pun, bakat adalah kurniaan ALLAH s.w.t, tujuan saya berbloging pun adalah untuk kepuasan diri sendiri. Tiada yang lebih memahami perasaan dan diri sendiri melainkan diri ini. apa ko melalut pompuan!#!!

Itu sahaja....

2 comments:

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

true enough...yg penting skali what is ur intention for blogging :) and the rest is usaha...insyaallah later i blog about how to get more ppl to read ur blog :D

CiKaYu said...

verde,
saya setuju. ur intention is the most important things...nak-nak tips dari u juga..

Post a Comment