Monday, January 18, 2010

ALHAMDULILLAH

what is my huge decision? remember my posting?

YES. finally, saya dah membuat sesuatu keputusan yang bakal mengubah segalanya. dan tanpa disedari memang ia telah mengubah kehidupan saya. TOTALLY. halangannya amat besar! sebab hubby tidak mengalakkan. tapi dasar bini yang degil lagi keras kepala kan.....hei, i am sagitarius. kuat semangat, ambitious....apa-apa pun nak semua benda berjaya. hari ini saya telah buktikan yang saya boleh buat. alhamdulilah. rezeki memang datang bergolek di tahun 2010. ALLAH izinkan ia milik saya.

saya lihat ke cermin diri saya yang berusia 31 tahun ini. tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. cuma satu, mempunyai keluarga yang melengkapi hidup. tapi pencapaian career wise? sebagai hanya seorang secretary kepada President, bukan lah sesuatu yang saya boleh kata kebaboom career ini. saya menganggap ia sebagai pekerjaan tetap saya untuk mendapat gaji bulanan. yang membolehkan saya membayar hutang piutang bulanan saya. cukuplah untuk saya membelikan baju, makanan dan mainan untuk danisha. cukuplah sekadar untuk memenuhi keperluan harian saya atau membeli make-up untuk menghias diri sedikit, terutama untuk suami. ALLHAMDULILAH.

saya juga berpeluang melanjutkan pelajaran dengan percuma sebab jadi staff. ALLHAMDULILAH. tak payah keluar duit EPF nak buat yuran belajar.

ALLHAMDULILAH, semua rezeki ALLAH izinkan jadi milik saya. tapi saya perlu lebih sedikit REZEKI untuk menampung simpanan saya, untuk menambah simpanan kecemasan saya & suami, untuk menambah simpanan ibu bapa saya, untuk menambah simpanan pelajaran anak-anak saya, untuk menambah simpanan pencen saya & suami........banyak lagi.

ALLHAMDULILAH, ALLAH izinkan rezeki itu milik saya. hari ini saya berjaya membuat satu closing deal. betulah orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. rezeki ini beri saya peluang dan punca untuk menambah pendapatan. INSYA'ALLAH ALLAH akan permudahkan lagi. saya tidak mahu menikmatinya seorang diri, tapi saya mahu share dengan orang lain. hanya perlu amik masa 2 minggu sahaja, REZEKI itu telah menjadi milik saya. ALLHAMDULILAH.

1 comments:

I-sya said...

peluang macam manakah itu? boleh share dengan saya? saya pun impi utk meikmati seperti yg awak dapat.

sekadar menumpang kejayaan org...

Post a Comment