Tuesday, January 26, 2010

Geng Bas Sekolah

.......emmm...tajuk tu tidak ada kene mengena dengan cite GBS di channel Ceria ye ibu-ibu. saya tau ramai anak-anak ibu-ibu di luar sana gemar tonton Geng Bas Sekolah. tapi tajuk ini ada kena mengena dengan Bas je, yang geng tu takde ye.

setiap pagi, anto danisha ke umah nanny dia. rumah saya bertingkat deknon, jadi kalau kat depan pak guard house tu pepagi ramailah kanak-kanak yang memakai seragam yang sama berkumpul tunggu van sekolah mereka. kadang-kadang van-van warna oren tu tersadai depan guard house tunggu penumpang-penumpang kecil mereka. sejak mula sekolah, saya perasan, driver van sekolah itu di kalangan wanita. yang bestnya tu, siap letak nama besar-besar kat cermin belakang. siap no telefon tu.. contoh, van sekolah atie (bukan nama sebenar).. senang nanti potential client nak call. heheh...

yang bestnya, drivers bermakeup lah juga. dari kalangan umur 40an juga lah. kira muda. pemerhatian saya, saya terbayangkan, macam mana kalau aku tukar career, bawa bas sekolah. masyuk juga kan. budak-budak sekolah bukan pegi 1 sekolah je, ada sekolah agama, sekolah khas lah, pegi tuisyen lah, transit lah. jiran saya kata abis rm 100++ lah juga untuk 2 orang budak. tu bukan pegi balik tau, pegi jiran saya anto, balik van sekolah jemput hantar ke rumah nanny diaorg. fuyoo.......cuti pun banyak, setakat nak maintain enjin van, kebersihan, installment van pun dah kira lepas juga tu, makan leh balik umah masak sendiri. masa cam flexible. setakat ini saya belum interview lagi driver van sekolah wanita. cuma saya perhati memang ramai yang bawa van sekolah adalah wanita di kawasan rumah saya lah.

haruskan saya memikirkan peluang perniagaan ini. beli van, sewakan jadi van sekolah pun masyuk juga. jadi driver pun ok juga. bukan 1 hari suntuk pun, pagi anto, pastu dah free, then sambung amik session petang pula.

0 comments:

Post a Comment