Monday, January 11, 2010

clean up my closet & juara lagu




semalam, ahad, kami duduk di rumah...cleanin out our closet. memadangkan dan 4 tahun kami bersama, maka baju-baju yang kami simpan adalah dari sebelum kawin hingga kini. dari badan kecik molek, pinggang saiz 29, baju siz s - m hinggalah pinggang kembang, punggung melebar, baju dah naik tangga ke size L - XL, masih tersimpan di dalam alamari baju kami. nak pakai balik, no more in trend konon. sudahnya terbiar dlm lemari tu. so dari tidak dipakai, menyemak mata, bagi stress je sebab dan tak leh nak muat, lebih baik buang or sedekah. lagi bagus.

di petang yang hening dgn hujan yang renyai-renyai di cheras semalam, saya mengajak hubby untuk berjemaah mengemas closet yang nak termuntah-muntah minta di kemas dan dikeluarkan lah mana-mana yang tidak boleh dipakai lagi. simpan pun buat apa.....

so finally kami berjaya mengemas dan mengumpul baju-baju lama yang kami kira rasa cam ini lah kami simpan sepanjang 4 tahun kami sebumbung. fuyoooooooooo...........tak sangka banyak betul. berapa banyak? you all kalau beli bantal cam brand friven or jean perry or lain-lain brand ada sarung kan. itu pun saya simpan ok...kelakar tul, tapi ada gunanya. hubby tak perlu keluar pegi kedai hardware beli plastik bag hitam untuk letak semua baju tu. selamat. ada gunannya juga cover pillow tu. legaaaaaaaaaaaa......sedap mata memandang lemari baju kemas, teratur dan banyak ruang-ruang untuk baju-baju lain bernafas. tersenyum puas, asyik dok puji kemasnya lemari baju tu, dan dengan sacarsticnya hubby kata, ada niat nak tambah lagi ke? cover muka dan ego, eh mana ada. pakai je lah apa yang ada. baru nak berangan, potong stim betul lah.

so, baju-baju lama tu akan kami hantar ke recycle center. bersepah tong-tong charity kat kawasan cheras & damai perdana ini. campak je lah situ. at least ada pahala & kebajikan yang kami buat. penat juga. kami settle almost 1 hour je, tu termasuk dengan danisha kacau nak lipat baju juga. tapi we managed to settled everything within 1 hour.


malam tu, tengok juara lagu.....paling di nanti yuna, aliyah & bestnya faizal tahir nyanyi lagu bencinta. suka gila lagu tu. memang teruja sangat. not bad, aizat menang, i was thinking faizal tahir or black yang menang. suara power, tapi at least diaorg menang dlm kategori lain. sambil nak tunggu result, lepak-lepak depan tv 3 beranak, lama betul nak tunggu result, tertido depan tv. sedar-sedar je, dah habis. hampeh tul. dengar radio tadi, hot.fm buat review untuk the whole program. so dapatlah dengar balik semua finalists nyanyi.



comey kan aizat masa mula-mula join a.f


sekarang kurus betul....lagi handsome.



that's how we spend our weekend. how bout yours?????????

4 comments:

CaMaRPuTiH said...

owh... en. hubby kita plak ngemas our 3 bedroom. susun atur balik segala lemari buku yg aa dan buang segala mak nenek yg dh xnk. dia buat sorang jek sbb sumer yg nk di buang tu barang dia. hiks!

CiKaYu said...

camar putih.
memang most of things barang-barang dia. geram betul rasa. smlm baju-baju & seluar pun banyak barang dia juga. wat to do...dia angkut barang-barang dia masa zaman belajar lagi. letih mak nyah!

isz_3707 said...

aizat ke tu?? ya ampon. i xlayan af so xtau heeee

CiKaYu said...

cik iszan,
hubby suka aizat, tu yg jadi tau tu! hhehehe.

Post a Comment