Pepagi lagi, terus dapat message dari YM dari Cetot. Suh baca blog dia skrg juga, I pun pegi lah tengok, apa ke hal lah minah ni Buzz aku pepagi suh tgk blog dia.
Buka je blog, terbeliak mata aku. Kuang ajo punya nursery, dah lah staf ko yang buat, tak ngaku pula tu. Ni bukti ada lagi taknak mengaku lagi!! Mmg sakit mental agaknya nursery ni. Geram aku, paling pantang benda cam gini jadi...
Saya copy dari blog CETOT
Oh my GOD, see…. tak senonoh punya nursery dekat Putrajaya.. boleh ke buat macam ni….. owner taska pon buat-buat tak tau pulak.. jom kita lekatkan mulut dieorang balik !!! huh.. hangennnn satu badan!!
PUTRAJAYA - Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak2 itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru2 ini.
Pengasuh berusia awal 20-an itu ditahan pada pukul 4 petang pada 23 nOvember lalu di sebuah taska di Presint 14 di sini selepas pOlis menerima satu lapOran daripada ibu Raif Alfian Farid Alfian, 18 bulan.
Kejadian tersebut telah berlarutan sejak OgOs lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan Oleh penjaga kepada kanak2 lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 nOvember lalu.
Hazlina ditunjukkan sekeping gambar di mana tertera imej anaknya yg sedang menangis dgn mulut, muka serta tgn nya dilekat dan diikat dgn pita pelekat.
Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 Orang kanak2 berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan.
Hazlina mendakwa, walaupun masih belum pandai bertutur, Raif seakan cuba memberitahunya sesuatu kerana kerap menangis dan menendangnya setiap kali hendak ke taska tersebut.
“Anak saya akan menangis @ merengek kerana dia trauma setiap kali ternampak benda yg dilekatkan dgn pita pelekat.”
“Saya cuba bersemuka dgn pemilik taska namun dia menafikannya sehinggalah saya membuat lapOran pOlis.”
Dakwa Hazlina, terdapat kanak2 lain yg turut dilayan dgn buruk seperti tgn mereka dimasukkan ke dlm laci & dibiarkan menyusu sendiri.
sumber: Kosmo 30 nOv. 2010
Seriously, kalau melibatkan nursery, saya dah serik. Saya ada bad experience with nursery, menyebabkan Danisha admitted HUKM for 11 days dan juga saya hampir2 kehilangan dia. ALLAH je yang tahu perasaan saya. Dah lah kehilangan cahayamata, saya takkan kehilangan lagi. Namun, dugaan ALLAH siapalah yang boleh ramal kan.
Mommies yang hantar anak-anak ke nursery, saya harap keadaan ini tidak berlaku kepada mommies ok. Insya'allah anak2 mommies semua berada dalam jagaan yang sihat & selamat.