Thursday, January 28, 2010

Saya senang hati..

saya rasa senang hati bile client saya puas hati
saya rasa senang hati bile saya dapat tolong seseorang untuk capai cita-cita mereka
saya rasa senang hati bile client dan partner saya gembira
saya rasa senang hati bile pengorbanan saya berbaloi...


saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana rezeki saya dimurahkan dan saya rasa senang hati untuk berkongsi dengan orang lain. sebab bagi saya, rezeki itu adalah milik ALLAH dan tanggungjawab saya untuk berkongsi dengan orang lain.


email saya : ladyayu78@gmail.com
ym : ciquita_78@yahoo.com

Tuesday, January 26, 2010

Geng Bas Sekolah

.......emmm...tajuk tu tidak ada kene mengena dengan cite GBS di channel Ceria ye ibu-ibu. saya tau ramai anak-anak ibu-ibu di luar sana gemar tonton Geng Bas Sekolah. tapi tajuk ini ada kena mengena dengan Bas je, yang geng tu takde ye.

setiap pagi, anto danisha ke umah nanny dia. rumah saya bertingkat deknon, jadi kalau kat depan pak guard house tu pepagi ramailah kanak-kanak yang memakai seragam yang sama berkumpul tunggu van sekolah mereka. kadang-kadang van-van warna oren tu tersadai depan guard house tunggu penumpang-penumpang kecil mereka. sejak mula sekolah, saya perasan, driver van sekolah itu di kalangan wanita. yang bestnya tu, siap letak nama besar-besar kat cermin belakang. siap no telefon tu.. contoh, van sekolah atie (bukan nama sebenar).. senang nanti potential client nak call. heheh...

yang bestnya, drivers bermakeup lah juga. dari kalangan umur 40an juga lah. kira muda. pemerhatian saya, saya terbayangkan, macam mana kalau aku tukar career, bawa bas sekolah. masyuk juga kan. budak-budak sekolah bukan pegi 1 sekolah je, ada sekolah agama, sekolah khas lah, pegi tuisyen lah, transit lah. jiran saya kata abis rm 100++ lah juga untuk 2 orang budak. tu bukan pegi balik tau, pegi jiran saya anto, balik van sekolah jemput hantar ke rumah nanny diaorg. fuyoo.......cuti pun banyak, setakat nak maintain enjin van, kebersihan, installment van pun dah kira lepas juga tu, makan leh balik umah masak sendiri. masa cam flexible. setakat ini saya belum interview lagi driver van sekolah wanita. cuma saya perhati memang ramai yang bawa van sekolah adalah wanita di kawasan rumah saya lah.

haruskan saya memikirkan peluang perniagaan ini. beli van, sewakan jadi van sekolah pun masyuk juga. jadi driver pun ok juga. bukan 1 hari suntuk pun, pagi anto, pastu dah free, then sambung amik session petang pula.

Monday, January 25, 2010

menang lucky draw

sebenarnya ia dlm mimpi.........cik yan buat posting lucky draw last week. saya pun terhegeh-hegeh menyertainya. seronok betul. sampai terbawa-bawa dalam mimpi dan saya adalah pemenangnya..

errrr....memang dasar jakun.....

Friday, January 22, 2010

susah hati saya

pagi ini danisha melalak tak nak pegi rumah umi (her babysitter) 1st time ever melalak sambil buat muka meraih simpati. cebik-cebik bibir, tahan-tahan air mata....dah macam muka Puss in Boots dalam cite the Shrek lak....(eh..boleh samakan muka anak dengan si kucing tu...apadaa) i was so touched dan kalau boleh nak amik emergency leave, bawa balik rumah, main-main dengan dia or bawa dia makan aiskirm, tapi mama can't. tapi disebabkan hari ini kena siapkan urgent file tuk boss. lagi lah tengah assessement ini, mencabarnye kesabaran dan kekuatan hati. selalunya dia happy je nak pegi rumah umi. tapi, lately memang dia menguji kesabaran saya. meragam sana sini......mak saya kata, nak masuk umur 2 tahun, orang tua-tua kata nak beralih tahun...ye lah mak..

hubby suka buat teori macam-macam, mungkin danisha dah boring dengan umi, or danisha malas nak pegi rumah umi, or umi ada marah-marah danisha....oooo....tak tahu lah dear. i can't really digest all you theories at this moment. semalam fetch danisha, dia happy je. this morning, 1st time ever melalak, tapi bile umi amik nak dukung dia nak pula. my sis kata, bad day for her kot...budak kecik pun ada mood. mlm ni ada bodycombat class untill 7pm. tak payah pegi kot, terbayang-bayang pula muka dia pagi ini, menangis.

ooo dear danisha, jangan susahkan hati mama ye.....mama nak cari duit, nak simpan duit untuk danisha's education, buy you many toys, nak bagi danisha makan aiskrim best-best. jaga diri ye sayang....

Thursday, January 21, 2010

did you hear about the morgans?


selasa lepas pegi nonton ini movie bersama salha. nak tengok avatar, tapi show kul 4.00pm pula. so, we all both suka si sarah ni, tengoklah cite ini. all i can say, cite ini lite & easy je. kalau tak nak stress paler otak, keluar panggung tak nak pening paler nape hero mati ke, nape heroin tak buat cam gitu ke...bla..bla...tak kena selera tekak kita lah...bla..bla...and the comment goes on. better tengok cite ini. ada pengajarannya di situ especially those yang ada marriage problem. mungkin boleh amik sedikit pengajaran atau idea how to work things out. basically, saya boleh bagi 2 1/2 star je.

the synopsis :
Did You Hear About the Morgans? follows a highly successful Manhattan couple, Meryl and Paul Morgan (Sarah Jessica Parker and Hugh Grant), whose almost-perfect lives have only one notable failure – their dissolving marriage.

But the turmoil of their romantic lives is nothing compared to what they are about to experience: they witness a murder and become targets of a contract killer.

The Feds, protecting their witnesses, whisk away the Morgans from their beloved New York to a tiny town in Wyoming, and a relationship that was on the rocks threatens to end completely in the Rockies... unless, in their new BlackBerry-free lives, the Morgans can slow down the pace and rekindle the passion.

separuh jalan cite, u all dah boleh agak dah the endingnya. not surprise at all. setakat nak hiburkan hati boleh lah kot.

sekian, rumusan saya.

Wednesday, January 20, 2010

hari malas saya...


syoknye melepek je cam bear ini.......betul, hari ini saya sangat malas!!

Monday, January 18, 2010

ALHAMDULILLAH

what is my huge decision? remember my posting?

YES. finally, saya dah membuat sesuatu keputusan yang bakal mengubah segalanya. dan tanpa disedari memang ia telah mengubah kehidupan saya. TOTALLY. halangannya amat besar! sebab hubby tidak mengalakkan. tapi dasar bini yang degil lagi keras kepala kan.....hei, i am sagitarius. kuat semangat, ambitious....apa-apa pun nak semua benda berjaya. hari ini saya telah buktikan yang saya boleh buat. alhamdulilah. rezeki memang datang bergolek di tahun 2010. ALLAH izinkan ia milik saya.

saya lihat ke cermin diri saya yang berusia 31 tahun ini. tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. cuma satu, mempunyai keluarga yang melengkapi hidup. tapi pencapaian career wise? sebagai hanya seorang secretary kepada President, bukan lah sesuatu yang saya boleh kata kebaboom career ini. saya menganggap ia sebagai pekerjaan tetap saya untuk mendapat gaji bulanan. yang membolehkan saya membayar hutang piutang bulanan saya. cukuplah untuk saya membelikan baju, makanan dan mainan untuk danisha. cukuplah sekadar untuk memenuhi keperluan harian saya atau membeli make-up untuk menghias diri sedikit, terutama untuk suami. ALLHAMDULILAH.

saya juga berpeluang melanjutkan pelajaran dengan percuma sebab jadi staff. ALLHAMDULILAH. tak payah keluar duit EPF nak buat yuran belajar.

ALLHAMDULILAH, semua rezeki ALLAH izinkan jadi milik saya. tapi saya perlu lebih sedikit REZEKI untuk menampung simpanan saya, untuk menambah simpanan kecemasan saya & suami, untuk menambah simpanan ibu bapa saya, untuk menambah simpanan pelajaran anak-anak saya, untuk menambah simpanan pencen saya & suami........banyak lagi.

ALLHAMDULILAH, ALLAH izinkan rezeki itu milik saya. hari ini saya berjaya membuat satu closing deal. betulah orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. rezeki ini beri saya peluang dan punca untuk menambah pendapatan. INSYA'ALLAH ALLAH akan permudahkan lagi. saya tidak mahu menikmatinya seorang diri, tapi saya mahu share dengan orang lain. hanya perlu amik masa 2 minggu sahaja, REZEKI itu telah menjadi milik saya. ALLHAMDULILAH.

Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower berbagai. Korang cuma perlu

  1. Buat entry bertajuk "Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)"

  2. C&P ayat di bawah

"Dengan ini, saya/I/aku (potong mana yg tak berkenan) nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.

Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya.."


  1. Kalau nak tambah perisa, saya takde halangan :D tapi ianya tidak akan mempengaruhi keputusan akhir.. mungkin, ya, mungkin ada sedikit bonus untuk menghargai tambahan content yang anda berikan.

  2. Komen kat dalam posting ni beserta link entry dari blog anda untuk mengesahkan penyertaan anda.


More about this lucky draw:

  • Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.

  • Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja

  • Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna saya akan buat cabutan.

  • Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.

  • First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

  • Keputusan adalah muktamad kaedahnya.


harap-harap bertuah lah ye.....first time join lucky draw di alam maya ini. harap-harap bujang teruna Cik Yan pilih lah saya ye....


sekian,

Friday, January 15, 2010

makan ikut darah?

ada colleague ni same age, anak sorang. tapi soon after dia gave birth, cepat betul badan dia balik sebelum mengandung. apa rahsianya...jeng..jeng.

pic : google


pic : google

pernah dengar blood type diet ? wanita ini makan ikut jenis darah. kebetulan pula darah dia sama dengan sama. O. dia bagi website ini, dan exactly dia ikut jenis-jenis makanan yang boleh dan tidak boleh di makan. pada masa yang sama gak, dia pegi buat exercise, buat brisk walking & jogging. dia kata, teknik ni memang berkesan pada dia. tetapi, kadang-kadang dia langgar pantang juga, makan juga yang lain-lain, tetapi tidak kerap lah, cam makan sebulan sekali, setakat nak ilangkan kempunan dan keinginan nafsu. bukan tak makan langsung. tapi still dia enjoy the food, but the food intake is limited dan follow strictly jenis-jenis makanan yang boleh dimakan. memang dia kurus banget. cam anak dara. jeles tul lah. so dah almost 1 week saya cuba amalkan, mengawal pemakanan dan kuantiti. mana tau kan berkesan....result?? jangan tak percaya, saya hilang 1.5 kg dalam masa 1 minggu. tak percaya? saya pun tak percaya. sebab semalam baru je timbang kat klinik masa bawa danisha pegi inject. padahal baru amalkan tak sampai pun seminggu lah rasanya. pegi gym baru 2 kali je minggu ini. minum air dengan banyak. exercise pun faktor penyumbang besar juga. yuhuuu.....baju size M dah leh pakai tau, tapi butang tu je kelemasan cam nak tertetas je.....takpe, lagi sikit je......berapa berat saya skrg ni? 62.5 kg. before this 64kg !!!! benci tau tengok angka 6 tu. mak target nak dpat 55 kg pun jadi lah, cita-cita kena realistic ok. kalau malas nak exercise ikut je plan pemakanan pun i think menjadi juga, cuma kalau tambah dengan exercise lagi bagus, jantung sihat, otak cerdas & cergas, badan fit....macam-macam lagi lah. ni pendapat peribadi saya dan pengalaman saya sendiri. cuba jangan tak cuba.

sekian dulu, selamat beramal

Thursday, January 14, 2010

tido lah sayang..

2-3 minggu ini, bukan hari ye, danisha kerap tido lewat. tanya bbsitter dia tido petang lewat ke. tidak juga. jam 3 tido, pukul 5 dah bangun, kadang-kadang tak sampai pun 2 jam. saya ambil dia selalunya jam 6-6.30 pm. 2 kali seminggu je lewat, sebab operasi pecah lemak hingga jam 8pm.

kami suami isteri mempraktikkan tido seawal mungkin, kecuali ada sebab tertentu, macam ada cerita menarik ke nak tengok juga sampai abis, maka terkorbanlah time tido awal. tapi lately ini, danisha kerap tido lewat. aduhai, nak menidokan dia satu hal. rumah dah gelap gelita ini, nak ajak main lah, loncat-loncat atas katil. runtuh lah katil mama, icha oiii.....selalu nya saya boleh tahan lebih kurang 1 jam je, pastu dengan suasana nyaman, gelap gelita, mata dah tak leh nak go lagi....hubby lah selalu yang layan kerenah icha. maap lah sayang...i pantang suasana gelap ni.

tips nak tidokan toddler ni, macam-macam, ada suggestion mandikan air suam, give a massage & drink warm milk. semua tu dah buat dah. kadang-kadang jalan, kadang-kadang tak jalan. tapi banyak yang tak jalan lah..

maybe this article below might help to those mommies whose have same experience like mine! dan kami sedang cuba tolerate dengan masalah tido icha ini. mata laki bini dan macam panda kat china tu haaaaa....

Toddlers

From ages 1 to 3, most toddlers sleep about 10 to 13 hours. Separation anxiety, or just the desire to be up with mom and dad (and not miss anything), can motivate a child to stay awake. So can simple toddler-style contrariness.

Note the time of night when your toddler begins to show signs of sleepiness, and try establishing this as his or her regular bedtime. And you don't have to force a 2- or 3-year-old child to nap during the day unless yours gets cranky and overly tired.

Parents sometimes make the mistake of thinking that keeping a child up will make him or her sleepier for bedtime. In fact, though, kids can have a harder time sleeping if they're overtired.

Establishing a bedtime routine helps kids relax and get ready for sleep. For a toddler, the routine may be from 15 to 30 minutes long and include calming activities such as reading a story, bathing, and listening to soft music.

Whatever the nightly ritual is, your toddler will probably insist that it be the same every night. Just don't allow rituals to become too long or too complicated. Whenever possible, allow your toddler to make bedtime choices within the routine: which pajamas to wear, which stuffed animal to take to bed, what music to play. This gives your little one a sense of control over the routine.

But even the best sleepers give parents an occasional wake-up call. Teething can awaken a toddler and so can dreams. Active dreaming begins at this age, and for very young children, dreams can be pretty alarming. Nightmares are particularly frightening to a toddler, who can't distinguish imagination from reality. (So carefully select what TV programs, if any, your toddler sees before bedtime.)

Comfort and hold your child at these times. Let your toddler talk about the dream if he or she wants to, and stay until your child is calm. Then encourage your child to go back to sleep as soon as possible.

source : All About Sleep






adakah orang macam HASSAN

tadi kat rumah bbsitter sempat tgk Cinta Balqis dalam 20 min sebelum iklan, cecepat angkut danisha balik, sambung kat rumah pula. tapi sempat tengok 20 min sebelum habis. sebab jarak rumah bbsitter lebih kurang 2 km.

punya lah baik dan sabar nye Hassan tu. adakah lelaki macam dia tu sekarang ini? kalau ada pun mungkin tak ramai. terpikir-pikir pula nanti bile danisha dah jadi anak dara, dah tiba masa nak berumahtangga, bagaimana agaknye bakal menantu saya? seramnya nak bayangkan. 2-3 malam kelmarin, ada hubby nyatakan rasa bimbangnya dia lihat remaja lelaki sekarang ini.

i.......tak nak pikir sekarang ini boleh tak yang?

..saya suka dia..

saya suka teksturnya yang halus....meresap terus ke kulit...setanding harganya jah ooi.. di datangkan dengan brush yg kecil lagi comel, tapi agak kasar sedikit. tapi mudah dibawa di dalam beg make-up anda. apa-apa pun, saya suka dia....

Wednesday, January 13, 2010

operasi pecah lemak


semalam di gym saya buat ini. dah 2 kali kelas saya pergi. dengan harapan lelemak pergi jauh hancur lebuh yang saya ternak dari dulu lagi. lepas ini dengan harapan peha & pinggang slim cam model dalam gambo ini. tapi saya tak lah buat sambil senyum cam gitu, 1st timer, menggigil mak jah, ketaq lutuq.....

APAKAH??

bukan mudah nak buat keputusan ini, tapi kalau hati dah sepakat dengan jiwa, minda dah kata YA. keputusan tetap perlu di ambil. tidak mudah bagi saya. dengan kata-kata negatif dari orang SEKELILING, kadang-kadang buat hati was-was, kaki rasa bergetar, tangan rasa mengeletar. tapi saya pasti rezeki ada di mana-mana dan rezeki itu milik ALLAH. cuma hati dan jiwa sahaja yang perlu ada kekuatan DAN keberkatan ALLAH adalah paling penting.
semoga berjaya!

Bukit Gambang


our 1st holiday in 2010...di bukit gambang resort city. nice place. tempat ini baru dan sesuai dijadikan tempat family day or team building or retreat. adalah a few things yang tidak menjadi kepuasan hati kami dengan bilik kami penuh semut walaupun bilik penuh semua sebab ada 3 companies buat family day & team building. tapi dengan alasan kukuh sebab ada toddler dan takut semut masuk dalam telinga, akhirnya dapat lah tukar bilik. overall, the food ok, sedap. bilik just nice je. ada 3 jenis bilik, studio, family suite & premier deluxe suite. we choose studio consists of breakfast and dinner for 3 days 2 nights and ticket to enter waterpark. sayangnya, we all tertinggal camera dlm locker room so tak dapat nak amik gambar-gambar dalam waterpark tu.

our 1st day, receptionist area, baru nak check in



baru sampai, anak beranak tengah sekodeng apa tu agaknya....


2nd day, pegi waterpark. pegi/balik dari resort - waterpark naik pram. bayar RM1 je. jarak resort & waterpark tu cuma 500m, jalan kaki boleh, tapi dengan kami bertiga yang berat kaki nak jalan. naik lah pram ni.
danisha asyik pegang crab tu, dan cakap crab ma, crab ma.....baju tu mmg cute sangat beli kat souvenir shop.


lawan motor dgn mat bangla, dapat 1st place. danisha yang bawa sebenarnya tu...

yang bestnya, resort tu bersepah-sepah 'kereta bunyi' tak tau specifically nama, tapi saya panggil 'kereta bunyi' hehehe...memang sanggap duit abis kat situ je. ni last danisha naik, sebelum naik bilik tido.



view from our room

kenyang, pas breakfast


baru bangun tido, rambut cam pakai wig..



depan resort....saje amik gambar jauh, perut kempis betul buncit.....


kalau nak naik kete kuda ni charge RM10 seorang. tapi we all tak sempat pun naik, hujan.

view from the cafe, swimming pool, pun tak sempat nak mandi ria, sebab hujan.
selama 3 hari di situ, hujan renyai-renyai, then stop, pastu hujan balik. it was not really a best holiday, sebab hujan. kesian danisha tak puas main air, tapi for us, it was a relaxing time sebelum start keje new year.


Monday, January 11, 2010

sok dah setahun


pejam celik, pejam celik......dah setahun saya berblogging. cam tak caya. bior betul. dulu suka baca blog org. tak terpikir nak buat blog sendiri. hantu betul blog ni kan....org lain ada, kite pun nak juga ada sekali. orang lain buat itu, ini kat blog diaorg, kite pun nak buat sama. kuat tul penangannya.

at the first place, i was thinking to just write a simple story or to share some opinion based on our on going life. on my simple life as a mother, wife & muslimah. but, the most important matter is, be truth. be honest. just be yourself. that's the matter. u can make your blog interesting by adding up some spices by sharing your thought or joke or anything. i admired some blogger whose really a good writer. definitely, nuffnang melambung lah dek non kan.

apa-apa pun...tomorrow my dear friend is going to turn 1. thank you for always at my side.

clean up my closet & juara lagu




semalam, ahad, kami duduk di rumah...cleanin out our closet. memadangkan dan 4 tahun kami bersama, maka baju-baju yang kami simpan adalah dari sebelum kawin hingga kini. dari badan kecik molek, pinggang saiz 29, baju siz s - m hinggalah pinggang kembang, punggung melebar, baju dah naik tangga ke size L - XL, masih tersimpan di dalam alamari baju kami. nak pakai balik, no more in trend konon. sudahnya terbiar dlm lemari tu. so dari tidak dipakai, menyemak mata, bagi stress je sebab dan tak leh nak muat, lebih baik buang or sedekah. lagi bagus.

di petang yang hening dgn hujan yang renyai-renyai di cheras semalam, saya mengajak hubby untuk berjemaah mengemas closet yang nak termuntah-muntah minta di kemas dan dikeluarkan lah mana-mana yang tidak boleh dipakai lagi. simpan pun buat apa.....

so finally kami berjaya mengemas dan mengumpul baju-baju lama yang kami kira rasa cam ini lah kami simpan sepanjang 4 tahun kami sebumbung. fuyoooooooooo...........tak sangka banyak betul. berapa banyak? you all kalau beli bantal cam brand friven or jean perry or lain-lain brand ada sarung kan. itu pun saya simpan ok...kelakar tul, tapi ada gunanya. hubby tak perlu keluar pegi kedai hardware beli plastik bag hitam untuk letak semua baju tu. selamat. ada gunannya juga cover pillow tu. legaaaaaaaaaaaa......sedap mata memandang lemari baju kemas, teratur dan banyak ruang-ruang untuk baju-baju lain bernafas. tersenyum puas, asyik dok puji kemasnya lemari baju tu, dan dengan sacarsticnya hubby kata, ada niat nak tambah lagi ke? cover muka dan ego, eh mana ada. pakai je lah apa yang ada. baru nak berangan, potong stim betul lah.

so, baju-baju lama tu akan kami hantar ke recycle center. bersepah tong-tong charity kat kawasan cheras & damai perdana ini. campak je lah situ. at least ada pahala & kebajikan yang kami buat. penat juga. kami settle almost 1 hour je, tu termasuk dengan danisha kacau nak lipat baju juga. tapi we managed to settled everything within 1 hour.


malam tu, tengok juara lagu.....paling di nanti yuna, aliyah & bestnya faizal tahir nyanyi lagu bencinta. suka gila lagu tu. memang teruja sangat. not bad, aizat menang, i was thinking faizal tahir or black yang menang. suara power, tapi at least diaorg menang dlm kategori lain. sambil nak tunggu result, lepak-lepak depan tv 3 beranak, lama betul nak tunggu result, tertido depan tv. sedar-sedar je, dah habis. hampeh tul. dengar radio tadi, hot.fm buat review untuk the whole program. so dapatlah dengar balik semua finalists nyanyi.



comey kan aizat masa mula-mula join a.f


sekarang kurus betul....lagi handsome.



that's how we spend our weekend. how bout yours?????????

Monday, January 4, 2010

sejak kemunculan dia...

sejak kehadiran dia,

saya belum lagi terasa hendak mendapatkan si dia
saya belum lagi teruja untuk memiliki si dia
saya belum lagi tertarik untuk menghabiskan masa bersama si dia

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

tetapi hari ini saya tidak sabar untuk menikmati si dia sepuas-puasnya........



























mungkin saya tidak pilih ayam, (dengan kiutnye cakap pilih seperti zahnita) saya akan pilih daging

tak sabar kul 5.30 pm, punah diet mak nyah..

pic goggle

apa jadi tahun baru..

apa kami buat semasa tahun baru? percaya atau tidak, kami masuk tidur awal kul 11.00pm. 3 beranak dah lena tengah kira kambing melintasi depan kami. (kenapa kira kambing ek, nape tak kira binatang lain).... tak tahu apa jadi masuk 12 a.m 1/1/2010, ada bunga api kah, ada mercun kah meletup sana sini ke. masing-masing dah ngorok. sebab tidor awal, nak gerak pagi ke temerloh untuk hadiri wedding walaupun majlis pada 2hb, tapi terpaksa datang awal, sebab pada 1hb tu juga kami bercuti di gambang resort city & waterpark sampai 3hb, (ahad). sebelum mula kerja di awal tahun, hubby kata, better kita bercuti riang ria dulu sebelum mula tahun dan kerja pada 2010. tapi sayangnya hujan pula. tu pun cam hujan main-main, kejap hujan, kejap tak. kesian danisha, tak dapat nak main air lama-lama, tapi i tell you, still parents bawa anak-anak bercuti riang ria di waterpark walaupun hujan renyai-renyai. last holiday & suka ria agaknye sebelum sekola buka, parents bagi chance kot. parents pun bukan main, seronok juga main air over dari anak-anak.
but, we had fun despite of raining dog & cat. will upload the photos soon.

so tak terlambat lah nak ucap, baru 4hb kan,
happy new year, may 2010 bring you and family the best of health and prosperous with blessing of ALLAH s.w.t