Thursday, September 30, 2010

Berilah apa yang ada walaupun ada sedikit

Saya tengok tv tadi masa lunch, ada adv berkenaan dengan penterjemahan Al-Quran kepada bahasa minoriti Islam agar lebih memahami maksudnya.

Tak dapat nak sumbang besar-besar, tapi kita boleh memberi apa yang kita ada seikhlasnya. Tak susah, boleh derma melalui SMS atau bank-in sahaja dalam Bank Islam.

Selamat beramal!

Wakaf al-Quran untuk Islam minoriti

MELAKA 28 Ogos - Program Wakaf al-Quran bukan sahaja membolehkan umat Islam minoriti sesetengah negara dapat membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa masing-masing, malah merapatkan hubungan sesama masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Latif Mirasa berkata, terjemahan al-Quran dalam bahasa tempatan mereka bukan sahaja dibaca masyarakat Islam, bahkan bukan Islam sekali gus memahami keindahan dan kecantikan Islam dengan lebih mendalam.

Katanya, Yayasan Restu buat pertama kalinya akan menerbitkan terjemahan al-Quran dalam bahasa minoriti Islam Kemboja, selain Mandarin dan Tamil yang dijangka diedarkan ke beberapa negara dalam tempoh empat bulan lagi.

"Kita perlu faham, bukan semua orang di Asia faham bahasa Arab, jadi sekarang kita akan cuba al-Quran dalam bahasa tempatan masing-masing termasuk perancangan dalam bahasa untuk Orang Asli di negara kita.

"Semua itu kita telah ambil perhatian dan dalam perancangan termasuk Orang Asli di Sabah dan Sarawak," katanya pada majlis Pelancaran Wakaf al-Quran Peringkat negeri di Muzium al-Quran, Bukit Palah di sini hari ini.

Pelancaran disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wira Omar Kaseh dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale Muhamad.

Menurut Latiff, berdasarkan pengalamannya dalam menyertai pameran al-Quran di negara-negara luar, masyarakat di sana lebih menggemari al-Quran dari Malaysia berbanding Arab kerana keindahan tulisan dan seni Islam yang terdapat di dalamnya.

Program yang menawarkan sumbangan RM1 hingga RM10 boleh dilakukan dengan menaip wakaf 1 bagi RM1 atau seterusnya sehingga wakaf 10 (RM10) dan kemudian dihantar ke 32728.

Sumbangan juga boleh terus disalurkan ke Bank Islam Bhd., atas nama Yayasan Restu Wakaf dengan nombor akaun: 14032010021452.

Wednesday, September 29, 2010

Kesian badan

Keje, orang, anak-anak, traffic jam, takde duit, kecewa dan banyak lagi, all that factors can lead you to stress, tension, bored, depression, hopeless and all the negative vibes that can put you at the lowest level of motivation. What would you do if you are in that level? If you're asking me, my answer is FOOD. memang mengoda iman tgk icecream ni..yummy.


sedap pula tgk ayam golek ni...

MAKAN lah solution yang paling murah dan mujarab which is, membuatkan badan semakin tembam cam nak meletup kan. Dalam paler otak macam-macam makanan nak makan nak hilangkan stress, ice-cream, frozen yogurt, cake, chocolate, anything with high sugar can put you at the calmness level. For me, yes its works. Memang best. Saya boleh hilang segala masalah. Walaupun bukan hilang, tapi cuma lupa sebentar. At least, diri berada dalam keadaan stabil, relax, berada di alam nyata, berpijak di bumi yang nyata...tidaklah kepala tu tingtong pikir masalah tak habis-habis, tak solve lagi. Betul tak kawan-kawan.



Tapi, makanan juga boleh buat kita stress juga sebab bila kita sedar yang kita dah GEMUK

Masa tu baru nak nyesal kan. Bila stress, sedap je melantak kan. Tak hengat dunia. Tak hengat org keliling, cam dunia tu ko yang punya kan. Bila dah rasa skirt or baju kurung tu dah ketat metat, baru nak salahkan diri sendiri tak beringat. Masa tu lah baru rasa diri dah tak cun & langsing cam Nasha Aziz, dah tak vogue cam Ziana Zain, masa tu lah dah rasa cam hubby dah tak sayang sebab dah gemuk kan. Pastu bile drive along the highway, nampak banner & bunting ads slimming centre dari London Weight or Slimming Sanctuary (name a few) tu tengok orang-orang dah kurus canik melentik, masa tu ko lagi tension kan. Pastu otak dah biasa train ingat makanan, terus korang ingat makanan, camner nak kurus kalau cam gitu (cakap dari pengalaman diri, ehheheh).

Oleh itu, apa kata if you all stress, saya cakap masa di ofis yea. You all akan cari makanan kan nak hilangkan stress, apa kata you all cari buah-buahan untuk melayan nafsu craving you all tu.

Cam saya ni....baru pas makan buah kiwi. (Perasan tul lah minah ni)



saya malas nak kopek, saya korek je.

Sekian, salam kiwi dari cikayu!

Tuesday, September 28, 2010

Apa-apa ajelah yea....

Saya dah jadi malas nak bercerita di blog ini, selalu pergi MukaBuku untuk bersosial dan melawat blog kawan-kawan. Gosh, i miss to merepek kat blog ini. Selain mengemukkan diri dan membesarkan bahagian-bahagian badan yang tertentu, kerja-kerja di opis dan juga di rumah, mengekang masa saya untuk bersenang lenang di blog ini. Kasihan blog ini, diabaikan.

Selepas bercuti raya, start keje pastu attending open house sampai 1 hari 3-5 rumah nak kena pegi. Kalau tak pegi nanti, tuan rumah kecik hati pula dah beria-ia ajak suh datang. Pasni nak kena workout betul-betul, kesian badan. Oh! saya ada bantuan Premium Beautiful, of course, tapi saya nak capai juga berat yang bukanlah berat idaman, tapi at least angka yang agak kecik. Kena pulun habis-habisan ini.

Blog kekawan banyak cite pasal hari raya, baju raya, gambar raya....berwarna-warni, cantik-cantik pula tu. You all memang fabulous lah!!! This year, entah kenapa tak banyak gambar raya. Tak hengat langsung nak hambik. Sikit je. Gambar dengan my parents pun takde.....boleh tak? Hubby kata, dah sibuk makan, borak-borak mana nak hengat amik gambar. Apalagi kat dalam blog ini, malasnye nak upload. Pemalas betul lah aku ni...

Apa-apa pun we had fun, dalam perjalanab balik JB pula, stop over kat Holiday Villa Cherating for 1 night je. So dapatlah Danisha mandimanda kat pool hotel petang tu, walaupun kiteorg sampai dah lewat around 6.00 pm baru check-in. Nice place and peace.baru check in. si kecik & hubby tgh inspect bilik luar dalam haaa....tengok.



dah penat buat inspection, dua beranak ni mandi manda, pastu suh mak dia jadi tukang amik gambar.

The next day, sambung perjalanan balik JB.

Tahun ini warna raya kami, purple. Lepas itu, baru saya perasan, sepanjang minggu pertama raya itu, saya banyak pakai kaler purple, secara tak sengaja sebenarnya.

Itu aja cerita saya, bosankan. Takpelah, saya enjoy pula hari ini. ahahhaha....saya menutup cerita hari ini dengan
*
*
*
*
*
*
(tak larat nak buat cam LVerde buat banyak, bukan ada surprise pun)



flat shoes Carlo Rino (ala-ala cam Ferragmao kan) warna purple & baju kurung chiffon warna purple juga. Outfit saya di pejabat semalam.

Tu je...salam purple dari cikayu!! (dah mengong agaknye)

Saturday, September 18, 2010

Mood Kerja Sudah Mali ka???

Hari ini, 17/9/2010 (Sabtu), saya masih lagi di JB. Esok baru nak balik KL semula. Decided to depart afer subuh, Insya'allah nak elak dari jem nanti.

Sekarang ni, stop kemas bag, rasa sayu lak hati nak tinggalkan rumah mak ni. Danisha dengan uncle dia, hubby pula, keluar sekejap beli susu. Mak & abah tengah tgk Majalah 3, my sis, tengah makan sambil ber-sms.

Semua baru balik before Magrib tadi dari pegi beraya... alhamdulilah, banyak juga duit raya Danisha. Nanti mama, masuk ASD k, dear.

Balik dari KL nanti, will be our furniture hunting for our new house in Kajang. Kunci katanya nk dapat end of this month, hopefully. There will be a lots of things to do, renovation, organizing, macam-macam. Nak cari babysitter or playschool kat area Kajang ni. To be honest, saya lum prepare mentally and physically for this changes. I mean, dah selesa duduk area Bandar Damai Perdana and with our beloved babysitter yang buat saya sangat-sangat sedih. Especially babysitter Danisha yang sangat-sangat baik. I wish I could bring her with me. Dulu dia berpindah rumah, kami masih sanggup lagi hantar, nasib baik, tak berapa jauh. Tapi bila saya nak berpindah, takkan dia satu keluarga nak ikut kami kan, unfair kan. Gosh...dilemma ini lah yang saya tak suka.

Gambar raya banyak tak upload lagi. Malas pula. Sekarang ni tengah nak plan buat workout sebab lelemak dah terlebih dah ni. Asyik makan je. Alhamdulilah rezeki murah.


Selamat Hari Raya peeps...next week dah kerja. Holiday mood will over soon...have a great weekend ladies.

Wednesday, September 15, 2010

Raya mode, makan. Raya mode, makan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua bloggers yang dikasihi dan disayangi. Minta maaf tak sempat nak melebarkan ucapan ke setiap blog. Rasa amat terkilan tidak dapat singgah satu-satu untuk tinggalkan ucapan Raya. Ampun maaf. Baru sekarang kesempatan ada untuk buka blog ini. Nak update pun tak tercapai dek tangan. Semoga ceria menyambut lebaran. Berhati-hati ketika dalam perjalanan melawat sanak saudara. Semoga selamat tiba dan ceria beraya.

Seronok di hari raya ini, dapat berkumpul dengan family dan jumpa kawan-kawan kan. Yang paling best ialah MAKAN...dan MAKAN...dan MAKAN. Itulah yang saya buat setiap kali beraya. Rezeki dah terhidang, kang kecik hati tuan rumah pula kan. I had a blast Hari Raya both, at my MIL place and at MOM. Makan nasi minyak and nasi berempah di MIL side. Yummy betul. Di JB pula makan rendang ketupat and the best is LAKSA Johor lah babe...apa lagi, makan dengan tangan sambil menjilat jari jemari.....perggh...tu yg sodap.

Well, malam ni, Syawal ke-6 pula makan lagi di rumah my SIL. Semalam di rumah adik, buat western pula. Ok lah, selera sikit asyik mengadap rendang, ayam merah & ketupat kan.

Bulan pose ilang berkilo-kilo, dah raya, tambah berkilo-kilo lagi. Tapi ada Premium Beautiful, ok saje. Semua tercontrol. Cun dan maintain saje badan.

Ok peeps, go to go. Thats all for now, to be continued.

Salam Lebaran dari saya....

Tuesday, September 7, 2010

Hati rasa pedih, Perut rasa kecut, Jiwa meronta

SEBAB .............................tak sabar nak balik cuti. Yea..yea...yea...

Hari Raya mood is everywhere, my dear. Don't you feel it. With the raya songs everywhere. One of my favorite is from Saloma. Love that song so much. Seronok tak terkira.

How's your raya preparation...dlm FB semua cite pasal raya, blog pun sama. As for me, I go for a simple preparation as I can for Hari Raya. Yang paling excited nak balik beraya, tak kiralah rumah my in-law kat Terengganu or JB ke, to me, excitednyea sama je.


Bag dah siap packing sejak hari Sabtu lagi. Caya tak?? Tinggal nak campak masuk dalam kereta je malam ni. Yes peeps, I'm leaving tonite. According to hubby, maybe we depart before sahur around 3-4 am. That's normal to us. Everytime, hubby's turn, we all akan depart within that hour. Senang, tak banyak kereta, the road is clear, and furthermore, the toll is free. Yipppeeee.........jimat budget raya. Ha..ha..ha


We all akan stay di KT sampai raya ke-3, then balik JB pula. Tapi we will stay 1 nite kat Holiday Villa Cherating. The next day baru depart balik JB. Hubby nak rest dulu and having more quality time with me & Danisha. I luv u so much dear...............


Rumah, malam ini nak kemas apa2 yang patut, malam tadi dah settle lipat kain baju. So hari ini nak vacuum & mop lantai, buka cadar katil, apa lagi yea???? Takde apa2 yang yang baru kat rumah tu. Semua yang lama, except langsir je, tu pun baru buat 3 months before Puasa, consider langsir raya ke??? Sebab, we all akan move in to our new crib tak lama lagi. So, this year last beraya di rumah sekarang...alamak sedih pula rasa.

Lupa nk cite kat u all guys.............about my RAYA SHOES tu....I tak dapat pun cari. Pegi juga alamanda, tapi takde yang menarik hati, terus hati pun jadi tawar. Aldo ada yg berkenan tapi hubby tak approved sebab heels 3" babe.......mmg sah-sah tak boleh. Never mind. I boleh cari after Raya. Takkan nak guling-guling lak kan. Kalahkan Danisha je...hehehe


Apa lagi yea nak packing sebelum balik ni. Kuih Muih tuk in-law (checked), baju-bajuan (checked), duit raya (checked), Danisha's luggage (checked, so far dia punya paling banyak), first-aid (not yet), rasanye semua dah settle. How bout you guys....dah settle packing & kemas rumah?? Mrs. JON, jgn lupa pasang langsir, kemas rumah...u jangan panic pula yea nak raya ni...


Thursday, September 2, 2010

Ni pasal kasut punya cerita

Selepas buat CITE pasal ini, terus jari jemari ku sms hubby...

Me : Yang, boleh tak beli kasut raya?

Hubby : Boleh. Jm cari kt alamanda.

Me : (Hati dah berbunga-bunga riang ni) U pay yea...

Hubby : Boleh, if within budget

Me : Berapa budget u (dah berdebar dah ni)

Hubby : Rahsia..gi dulu le tengok.

Me : Nanti i trpilih yang ovr budget camner?? Nanti I trsuka yg over camner

Hubby : Dia tak reply pun..............


Knowing hubby, if dah RAHSIA, memang dia tetap rahsia kan. Alamanda ada kedai apa yea????

Apa lagi yang tak lengkap? Baju raya dah siap, duit raya dah siap....

Lama tak masuk sini, bersawang, berhabuk. MALAS sebenarnye!!

Memang takde masa nak jengah (alasan je tu). Banyak benda nak cerita, tapi bile nak start taip terus blank, pengsan terus ide pastu terus dah basi story-mory kalau nak update.

Sekarang ni, sana sini, sibuk cite pasal persiapan raya. Memanglah raya dah nak dekat, just around the corner, ada yang dah siap-siap cuti, ada juga yang mendirikan masjid di raya pertama. Percaya tak? Saya dah dapat pun invitation, pelik kan. Insya'allah ada kesempatan saya hadir yea. Ada yang dah siap kemas luggage, tinggal nak angkut masuk dalam kereta je. Ngalahkan anak-anak seronok nak balik kg beraya. Yang best, dapat balik kampung. This year, my hubby's turn, Terengganu. Then, 1 night stay in Kuantan, baru zaassss balik JB. Looking forward the trip. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Everything completed already, my dear? List dah checked ke? Mine, not too much to prepare this year. Here goes the list :

1. baju raya, 3 of us - checked
2. cookies for both mil & mak - checked, umah sendiri, ilek, takde, none....aku bagi kerepek jelah ye.
3. duit raya - checked
4. anto kereta service - this saturday
5. kemas rumah - this saturday
6. kasut raya?? - perlu ke, tak perlu, perlu ke tak perlu, (yang, i nak beli kasut raya boleh tak?).....errggggg
7. apa lagi yea??..........


Macam mana you all yea, apa lagi yang you all buat/prepare before balik kg beraya atau nak sediakan for raya ini...