Dah masuk 3 hari berpuasa. Insya'allah mudah-mudahan mendapat keberkatan Allah s.w.t puasa yang kita jalani.
Kamu semua masak ke beli untuk berbuka? Dah 3 hari berpuasa, ini lah tajuk utama perbualan kat ofis, kat FB pun sama. Takde tajuk lain, masak ke beli? Dah 2 hari puasa, saya beli je. Baru 2 hari berpuasa, tu pun sakit paler pikir nak berbuka apa. Sampai hubby pegi bazaar lain, saya pegi bazaar lain. Adil kan, sebab dia sampai tak tahu nak berbuka apa, dan saya pun tak tahu nak makan apa. Kata sepakat kena ada deknon.....hasilnya, masing2 g cari makanan sendiri. Senang kan, mati kalau mak saya tahu. Sampai sahur esok pagi tak abis bebel agaknya.
Time bulan Ramadhan lah yang paling syok kan sebab boleh menjamu mata dengan Bazaar or Param k dengan lauk pauk mengancam tekak dan selera kan. Saya lak lum start lagi masak...Aura masak tu lum datang-datang lagi. Tengoklah weekend ni tetiba naik antu nk masak kan...tinggal kt umah tu pun berdua je....
seksi lak tengok ayam golek ni...
kuih yang mengancam.....ko pilih je lah jah..ko nak yang mana, 3 biji RM1.
10 comments:
setakat 2 hari ni masak. tak jejak param lg. takut kecewa. tgk best, blk hampes.
FAM,
saya sudah kecewa semalam...beehoon yang buat saya sakit perut...kena masak lah gamaknya ni.
dah 2 ari beli jek tak larat masak...
wahlau!! that ayam golek makes me wanna golek also ... sodap nyer CiKaYu ... lagi 4 jam 30 minutes ni ... lamaaaaaa nyerrrrrrrrr nak berbuka ... huwarghhhhhh!!!! >_<
CikAyu, I walaupun masak, pasar ramadhan tetap pegi walaupun beli satu jenis kuih je... so far dah dua hari nie, lain2 pasar ramadhan lak tu!!! which reminds me, ptg ni nak gie mana ek? saje cuci2 mata.. :-)
Mummy Dasy,
kalau ikutkan beli mudah, tapi antara sedap & tak sedap je kan.
Papakeechee
sabar-sabar, ada lagi beberapa jam je ni....heheheh
Eti,
yes u are right. i suka juga pegi bazaar, walaupun beli sejenis kuih. blh buat list bazaar ramadhan yang hdk dilawait.
for the first and third day masak...second day..sampai rumah sikit lagi orang azan...so after maghrib makan kat luar...belum jejak bazaar ramadhan lagi hehehe and try not to...hubby akan jejak bazaar bile time i on call :-)
i masih lagi masak hihi tapi my husband pegi bazaar ramadhan semata mata nak beli kuih sebab i liat sikit nak buat kuih hikhik
nani bila i ikut dia, bolehlah kita buat buat terserempak ek :D
meraih tul tak jumpa pickle pie mother ke masa kat pasar ramadan heheh
pening jugak tu...
baru beberapa hari berpuasa...
:)
Post a Comment