Wednesday, June 30, 2010

Alahai anak omak

Ini lah hasilnya bile Mama sibuk di dapur....Baba sibuk dengan kerja, anak main sendiri. Begitu lahpunya banyak mainan mama & baba beli...pampers juga lah yang dikerjakan..alahai anak omak ini....cam kurang kasih sayang je.....

Camner nak marah, bile buat muka cam gini.....terus kensel nak marah, terus rasa nak gigit je bibir dia tu. Geram betul....




Pastu, sibuk tengok magazine mama yea....bile tanya mana yang Danisha suka, dia tunjuk clutch tu....adakah bag maniac in the making........, ayat baba mak borek anak rintik...rilex lah baba, this is just the begining, never too late to ask what is her liking.....hehehhe

Tuesday, June 29, 2010

Si dia dah boleh balik

Alhamdulilah, hubby boleh balik. Jam pukul 10.25pm, tgh tunggu hubby settle bil. Lega dia dh blh balik....




Let's go home dear....

Badan kerengge....

Do you like classic movie? Kalau cerita pasal Seniman Bujang Lapok ke, Pendekar Bujang Lapok ke....Madu Tiga ke, dan apa-apa sahaja cite hitam putih yang dilakonkan oleh arwah P. Ramlee, Jins Shamsudin, Nordin Ahmad dan yang pelakon yang lain, memang best. Tak boleh challenge oleh filem-filem sekarang ini. I'm a biggest fan of those classic movie........luv the script, eventhough cam bahasa Sanskrit dan Melayu Lama, the lagu-lagu, jalan cerita yang kadang-kadang tak masuk akal, especially Dayang Senandung, Panca Delima........ Sampai hubby pun heran, how come i recognize a few actor and actress yang dia sendiri pun tak kenal mereka. Apalah u ni dear...


Setiap kali tonton cite-cite cam gini, saya sentiasa terkesima dengan bentuk badan actress nya....tak kisahlah sama ada, Saloma ke, Seniwati Sarimah, Maria Menando, Zaiton, Rosmawati ke, Rosnani Jamil...dan lain-lain lagi....Ya ALLAH cantiknya bentuk badan mereka ini. Memang curvy betul lah. Saya agak cemburu di situ. Masya'allah, memang saya terkesima. Dengan kebatat yang dipakai, macam cite Madu Tiga tu, seniwati Sarimah berlari-lari bersama madunya tuk kejar P. Ramlee......cam seksa gitu nak lari...boleh semput tau. Memang tabik spring lah.....


Mak saya dulu pun ada juga corset. Mak cakap wajib keluar gi mana-mana, even keluar sekejap pun mak tetap sarung corset tau. Mak saya kata, dulu time zaman muda-muda, warna-warni gitu corset ok, ikut kaler baju nak pakai. Bile saya tanya mana corset tu semua, mak saya dah kasi org after dia bersalin kan abang dan akak saya. Mak kata masa tu dah tak zaman pakai corset dah.....berseluar yankee lah apa lagi......


pergghhh....tengok je badan arwah Seniwati Saloma ni. i kagum uuu......


I wish I have this curvy body kan....memang meletopsssssss kan, kalau pakai kebaya tu, tak yah lah pikir tersembul lelemak sana sini depan dan belakang.


Tapi, sekarang.................................impian ku sudah tercapai. Sebab ada ni haaaa....saya panggil baju ajaib......Corset Premium Beautiful. Kerana badan curvy cam Seniwati Saloma & Sarimah ini lah yang buat saya terdorong untuk memakin corset ini. Nyesal rasanya tak pakai masa nak kawin dulu. Setakat pakai corset mak andam je yang ikut kaler baju tu....errr..masa tu lelebihan lelemak tidak wujud lagi.


Walaupun saya baru memakainya lebih kurang 4 bulan, alhamdulilah, angka ukuran pinggang dan punggung berkurangan. Nak kata loose weight tu, memang ada, tapi agak lambat lah. Cuma, yang penting kesusutan angka ukuran, itu yang penting. Bukan itu sahaja demi untuk nampak langsing, tapi yang bestnya untuk kesihatan dalaman juga.... Ok, tak yah cie panjang lebar ok, semua dah tahu tentang ciri-ciri atau kriteria yang ada pada corset ini. Nanti kang, jemu pula u all baca. Anyway, soon I'll upload my photo before and after wearing this 'baju ajaib'.....till then adios...




Kemaruk pula budak ini...

Every 6 month saya akan tukar berus gigi Danisha.......so malam tadi pakai berus gigi baru. Sebelum tido memang akan berus gigi dia dulu lah. Pastu kemaruk pula nak berus gigi sampai bawa ke nak tido. Bile minta tak kasi, bile nak amik, melalaka.....Sabo je lah.....tengok ler gambor yang sempat saya snap sebelum saya berjaya mengambil berus gigi dia tu.





p/s : dear, buat tatapan u, nun di AP.....

Monday, June 28, 2010

Where have you been?

Tak kemana-mana........ada di KL. Cuma penuh dengan pelbagai agenda yang tidak terduga dan diduga...hingga saya terlepas beberapa acara dan jemputan yang patut saya hadiri hingga saya terlupa. Dah letak dalam Calendar pun boleh terlepas pandang....sungguh tidak efficient diri ini. Memang blur lah. Maaf yea...saya pohon 1000 kemaafan tidak dapat penuhi undangan, janganlah serik untuk menjemput saya, insya;allah akan ditunaikan. So much stories to tell, but kind of not in the mood. Banyak benda yang buat saya terfikir tentang beberapa kemusykilan. Tapi biar jadi rahsia saya & Allah sahaja.



So, my busy weekend has started since last Thursday actually, hantar mak n adik pegi umrah on Thursday afternoon. My hubby pula demam 4 hari tak kebah-kebah, kejap ok kejap tak....... Kami dah syak H1N1 or denggi, tapi beberapa simptom yang berkaitan tidak pula ada. Pagi Ahad, hubby bangun terasa cam bengkak kat leher, i kata beguk kot.....dia dah rasa musykil. 3 kali pegi jumpa doktor, finally, last sunday we went to see another doctor, and she has urged us to go to the specialist because my hubby's tonsil. Patutlah dia rasa cam bengkak kat leher, tapi why the previous visit to the doctors, she didn't said anything about the tonsil. I tengok tonsil dia pun cam nak pitam, bile doctor tunjuk. Sunday, 27/6/2010, @ 2.30pm, dia admitted kat Ampang Puteri. Alhamdulilah, everything went well and I went home to fetch Danisha from her nanny's house. Bawa pegi Jusco Bandar Mahkota, Cheras jalan-jalan jap. Then, balik rumah. Settled house chores, then tidoooooo.....



Last Friday, I got a sad news from my bro-in-law that my sis had miscarriage. A week before, we heard a good news from her that she's 5 weeks pregnant......I can still recall her happy voice.......... tapi, that afternoon Friday, he called me that my sis had miscarriaged. Doc sahkan dia kehamilan ektopik or hamil luar rahim and quite serious. The result, tiub fallopio belah kirinya dibuang. Tinggal belah kanan je............am speechless and di tambah kerunsingan coz, I'm here far away from her. Mak kami pula jauh nun di tanah suci Mekah, mengerjakan umrah. But she's so strong. I know she can handle all the emotional burden. Sabar yea sis, insya'allah ALLAH akan kurniakan mu rezeki yang lain. Bersabar yea......I'm so glad that his husband so supportive. Thank you Man...

my sis & his hubby
my dear julie, my pray always with you dear....




Back to my life...................nothing much. Nothing much to tell about.....

Wednesday, June 23, 2010

Capek

Capek tu penat, dalam bahasa JAWA. Kesimpulannya, saya sedang kepenatan ini. Saya memerlukan urutan badan yang uummmpphh lah.....bukan yang jenis spa-spa tau..saya nak yang jenis macam bidan-bidan kampung urut orang pas bersalin tuuu, heaven tul. saya suka urutan ketika dalam pantang. .....nak kasi urut satu badan ini. Rasa bisa-bisa dan keletihan yang amat sangat. Bukan....bukan, saya bukan pekerja buruh binaan yea...


Kepenatan saya berpunca dari kerja-kerja di pejabat, plus, event Konvokesyen yang baru berlangsung. Lepas tu kerja-kerja di rumah, di luar rumah, dan sewaktu dengannya. Capek ni ibu-ibu... Oleh itu, banyak entries u all yg best-best tu tak sempat saya kejar. Memang kesibukan melanda, blog saya ni pun tak terpandang pun. Tq yea yg singgah, nanti i singgah umah u k. huhuhuh...rindu lah kat u all..rindu banget...err..saya memang ada darah jawa dlm diri ini, jadi, memang saya secara tak langsung akan keluarkan perkataan yang berbunyi jawa yea...




pergh kucing ni bior betik berurut...penat sangat ke?






Thursday, June 17, 2010

'M' and 'B'

M for MALAS

B for BOSAN



bile mood malas dan bosan tahap cipan ni dah sampai kemuncak, ini lah jadinya serba serbi tak kena, serba serbi malas benor. Blog pun dah hampir nak bersawang penuh dah ni, tinggal lelabah je lum tutup abis. Kalau tutup abis, makanya memang kena vacuum tahap 2000watt gamaknya.


Alahai badan, pehal ko malas sangat ni.....biasa tau..nak kena babap ni...

Friday, June 11, 2010

Oh noooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!

My parcel from London has lost somewhere along the journey from London to KL. This is my experience.uhuhuh....dah sebulan lebih dah. Sediy......... tapi takde rezeki nak buat camner. Kelmarin baca blog Yati mummy zara pun sama. Tie Rack tak sampai lagi...


My Tie Rack, mana lah kau pergi...tapi itu tidak bermakna saya serik...hehehehehe. Saya anggap tiada rezeki, its beyond our control. So far, I've been buying the scarves from the sweet lady and never face any bad experience. Ni lah 1st time, takkan nak banned terus kan. Unfair lak. So I assume, kalau ada rezeki untuk saya, adalah.

Tuesday, June 8, 2010

Orang kata ko gemuk, ko marah

Hari ni tekak nak makan ni semua.....saya tak pregnant, err...belum lagi. Orang kata ko gemok nanti ko marah, ko kecik ati, pastu ko tension cakap depan cermin, menci tengok lemak yang nak jadi penghuni tetap.......

perggh..heaven tul dpt pekena rootbeer sekarang ni......





all pics googles

Sunday, June 6, 2010

Hppy Birthday Danisha!!! 06062008





Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday to Danisha...
Times does flies so fast........dah 2 tahun dah anak mama ni....

Gambar ni Danisha baru je beberapa minit dilahirkan. Nurse dan pakaikan tudung..to keep you warm dear......terkejut tengok masa nurse bagi, errk....dah pakai tudung anak aku..

4 months... baba's lil girl

Cam baru semalam je mama lahirkan Danisha. Doa mama, Danisha jadi anak yang solehah, anak yang manis dan sopan, anak yang sentiasa mendoakan mama & baba. Terima kasih kebahagiaan dan kegembiraan yang Danisha beri pada mama & baba.


Masa ini Danisha baru je Setahun 5 bulan, pantang nampak cermin. Nak berangan, baba kata, ikut perangai mama....heheheheh
Setiap kali masuk fitting room or pegi masuk mana-mana kedai, mesti pegi kat cermin....


How cranky you are, mama & babah always love you.......be a good girl and sweet as you are



You always know how to make my heart melt and all of sudden my stress and tense are gone with the wind with your sweetest smile...

err..tembamnye aku..

Wake up Danisha, (dia tengah tido lagi while i'm doing this entry) mama & baba wants to bring you out to celebrate your birthday....mlm tadi dia tido jam 1 pagi......excited kot sebab nak dengar mama & baba wish happy birthday.....

Thursday, June 3, 2010

At home

....blogging from home. Baru boleh mengadap cik acer ni. Danisha demam. Malam tadi amik dia dari nanny dah hangat-hangat badan. Bagi ubat demam. Tapi still aktif.

Pagi ini check suhu badan, panas.....gegas ke klinik.

Dah bangun lak dia......

to be continued.

Wednesday, June 2, 2010

Curi tulang VS MALAS

Tiap-tiap pagi, sebelum start keje, baca doa memulakan keje. Kemudian baca sekali ayat 1000 Dinar. Dalam hati niat moga dipermudahkan dan pegi lah ko setan-setan MALAS jgn kacau aku. Ni kira, jiwa nak bersih suci murni bila nak mula keje lah kan....

Jam sekarang 9.22 am (ikut jam PC) .....oopss terhenti sebentar, ada call. Kebetulan boss takde kuar gi conference kat KLCC. So, memang agak tenang sedikit.

So sekarang ni tengah buat entry ni, yang saya kira curi tulang. Now, jam kat pc show 9.30 am. Apa 8 minit saya buat tadi.... jawab phone, tengok jadual keje, semak email, update calendar boss. Untuk 8 minit, saya telah selesaikan beberapa isu. Settled.

Pastu sambung tulis entry ini. Curi tulang lagi.


Tadi sebelum start keje, dah baca doa, minta setan-setan MALAS berambus......tapi lupa nak niat, sikap curi tulang janganlah wujud tatkala ini..........Lainkali niat sekali, jangan ada sikap curi tulang bile buat keje....


p.s entry bosan hari ini.

Tuesday, June 1, 2010

What if....

This morning, while I'm taking a mood to start my day with all the files on my table, I flip Berita Harian just wanna read the headlines.....i turn page by page, untill I got stuck with this headlines.....


Pelatih PTD yang jalani latihan ala komando meninggal dunia

2010/05/31

Norhashimah Wahid
Norhashimah Wahid

KLANG: pelatih Pagawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Norhashimah Wahid, 30, yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), di sini akibat jangkitan paru-paru ketika menjalani latihan ala komando di kem latihan di Banting, meninggal dunia jam 6.40 pagi tadi.

Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas itu sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.


I took this from BH online.

She left this world behind, her 2 yrs old daughter which is just turn 2 yrs old and she did celebrated her birthday before she diagnosed pneumonia.

Suddenly, my tears burst without warning.

2 tahun belum mengerti apa-apa. sebaya dengan Danisha. Sekarang ni, at this age, Danisha hanya tahu Mama, Baba, makan, minum, manja-manja, main-main...just like other normal kids yang tengah membesar and need 200% full attention from us as their parents or guardian. Yang memerlukan belaian dan manja dari mama, perlukan ketenangan dalam pelukan seorang ibu. Tempat mengadu nasib. What if this happend to me? I got sick at a middle nowhere, at remote area, far from our home, from husband & family, especially away from my girl..... I just cant imagine. I just cant take it. ALLAH MAHA BESAR, MAHA MENGETAHUI. Saya hamba-Nya, hanya redha & pasrah. Ajal & maut di tangan-Nya.


What if I'm not given a chance to live until my kids got married and have grandchildren. Would I be around to see them grow up? Hanya ALLAH MENGETAHUI.


Hari-hari saya berdoa, moga dipanjangkan usia saya untuk saya lihat anak saya membesar di hadapan mata saya. Beri saya peluang untuk menikmati kebahagiaan bersama dengan anak saya. Saya pernah kehilangan anak, tapi saya juga tak sanggup untuk meninggalkan anak saya tanpa saya curahkan kasih sayang kepada anak saya. Ya Allah, berilah aku peluang.



Kepada keluarga Allahyarham Norhashimah Wahid, takziah saya ucapkan. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambanya yang soleh. Wahai Helyda Damiea, jadilah anak yang solehah, tabah, manis, disenangi dan dikasihi sentiasa oleh orang-orang disekelilingimu, doakan ibumu kesejahteraannya dan moga ditemukan di syurga kelak. - Alfatihah.