Wednesday, December 30, 2009

azam sana, azam sini

hari ini baru masuk ofis, after 4 days termasuk last week. masuk ofis je, on kan ym, wow, banyak yang buzz, cite macam-macam, tanya itu ini, hot question for today is 'apa azam tahun ini'..... ampun, saya belum bina azam, tapi azam yang hakiki nak jadi manusia yang lebih mulia setiap hari di sisi ALLAH s.w.t, isteri, ibu & anak yang soleh.

bila fikir-fikir, saya dah tahu apa azam 2010 saya.

1) more money............the key to my shopping spree, kalau tak camner nak beli barang kan

2) more prettier........sebelum ni cantik ke? memang tidak,...

3) to lose more weight...............yang ini dah on, sign-up gym, pegi 2 kali seminggu, jaga pemakanan ok lah tu...soon lah tu nk kurus kan.

4) nak jadi pekerja cemerlang, agar bonus bagi bonus banyak sikit......................uhuhuhuhu, motivasi harus lah tidak kecundang kan.

banyak tu..sampai 4. azam kena realistik and attaintable. kalau tidak, setakat cakap kosong saje kan.

sawang-sawangan

dah bersawang blog ini. masa ada tapi dia cemburu dengan saya. enough merepek. ke mana saya pergi selama ini....saya ada final exam, alhamdulillah yesterday was my last paper. then cuti sem. sebelum sem jan masuk. jadi selama ini, blog tak berupdate coz sibuk study, internet pun tak sentuh diknon. hanya ngadap buku. kerja ofis mmg melambak, boss faham. so org lain tolong uruskan. tq boss.

to me, the most important thing in our life when we involved part-time study ini. support dari family and boss paling penting. i can't imagine kalau nak buat semua benda tanpa ada support dari mana-mana pihak, in my case, i akan jadi stress tak tentu pasal. my husband is very supportive. tq dear. dia banyak tolong dalam hal-ehwal pembelajaran saya dari segi bagi idea nak buat assingment, tolong fahamkan saya certain matters in my study, tolong jaga anak, tolong kemas rumah (tu pun pas kena bising, tapi at least dia buat kan). i guess, all husbands in the world will be a terriffic husband in supporting his wife, vice versa.

my boss and my colleague, credit to them too. i just can't leave the office like that without assinged one staff to take care the office. as a secretary to the president, bukan perkara yang boleh dianggap remeh. eventhough, i'm just a secretary, well hello....., i'm not just a secretary, but more than that. i'll make sure everything in order before i leave for a study & exam leave. luckily, its during holiday, so my boss pun cuti lama. keje pun tak banyak. thank you to my colleague too for helping me out.


apa cerita danisha, gosshhh...dia sekarang membesar bagai juara. dah 13 kg, 18 bulan. kadang-kadang tak larat nak dukung. semakin panjang akal. macam-macam dia nak cuba buat. manja sangat-sangat dengan hubby. kadang-kadang, dia ada rasa tercabar when my hubby hug or kiss me, when she saw it, dia mula menjerit-jerit. hubby kata, danisha jeles, psychologically, dia rasa terancam sebab kehadiran saya sebagai perempuan lagi satu... boleh gitu.
tapi yg kesiannya, whenever we want to buy her shoes mmg problem sbb kaki dia lebar di bahagian toe. puas mencari. finally jumpa kat oshkosh, tapi more to sporty eventhough ada sikit bunga-bungaan sana ini, tapi i still adore those girls yg pakai kasut ala-ala ballerina shoes which is we can find them at party princess and lovely lace. sayangnya memang tak boleh fit in. my father said, she has B type feet. which is lebar di bahagian depan. danisha ikut my husband side. we try crocs before this, tapi danisha cam tak selesa. jalan pun teragak-agak. sandal nike saje yang nampak dia lebih selesa. berpeluh juga lah nak mencari kasut danisha.

...new year is coming. apa azam? mine? .........belum tahu.
bagi saya azam tu kite mesti ada hari-hari. contoh, bangun dari tido, syukur ke hadrat Illahi, dihidupkan kembali setelah mati seketika. ALLAH beri peluang lagi untuk hidup di dunia. azam perlu ada untuk jadi insan yang mulia setiap hari. bagi saya itu azam saya. but, untuk this time, saya ada akan ada azam, nanti lah tunggu masuk awal tahun. and my blog anniversary also just around the corner.....

dah hampir setahun rupanya saya berblogging.

Tuesday, December 15, 2009

wishlist or keinginan

bulan disember memang best setiap tahun bagi saya sebab birthday & anniversary. dan lagi best year end sale atau yes. cam dalam radio si laki sebut yes..yes. si suami kata cam kena sampuk perkataan yes. seronok sangat sebab boleh shopping dengan potongan harga yang best-best. tapi barangan yang dibeli tu bukannlah dari kalangan high-end or designer line tapi cukuplah sekasar keinginan puaskan hawa nafsu. banyak wishlist yang ingin di'delete' kan dari senarai tapi kalau delete mesti ada angka wishlist tu bertambah...memang dasar tak pernah puas. salahkan dunia fashion yang semakin menyeronokkan dengan pelbagai hidangan baju, kasut, makeup, handbag dan aksesori yang menarik. masuk saje kedai diva, mata dah pusing-pusing cam lolipop. masuk charles & keith, terpegun tengok wedges dan stiletto yang killer. masuk mng, zara, jaspal aduhai badan tergedik masuk fitting room. boleh jadi gile ok. ada duit dgn takde duit je.....tu lah hawa nafsu saya.

wishlist saya panjang sangat......tapi banyak yang memerlukan modal yg tinggi. macam-macam ada. mungkin 1 hari ada rezeki atau my 'power of will' will realize my wish, someday.

kenapa tak minta dari suami saje? suami memang boleh bagi, tapi mungkin tidak, biarlah saya milikinya dari hasil pendapatan saya sendiri. saya akan rasa lebih kepuasannya. lalu depan chanel, tods, fendi dan prada, aduhai memanggil saje. sabar ye, rezeki belum ada lagi.

saje je ngomel-ngomel di petang hari.....daaaaaa

bila si dia tiada lagi...bagaimana seterusnya

aduhai...tajuk ala-ala novel gitu...just want to share something in this lovely morning.

semalam got the news my mother's cousin just passed away yesterday morning. not really a close cousin to mak, but i do know him and the last time we met was at my sister's wedding. tak ralat sangat coz, sempat sembang-sembang dgn arwah & wife. unfortunately, mak tak dpt ziarah coz ada di sini for a couple of days which is at my place. muda lagi, baru 37 i guess...tu yg mak cakap. ada 5 org anak age from 5-15 yrs old. wife tak keje. cause of death, sebab darah tinggi. dah coma about 3 days. tu pun disedari oleh isteri arwah sebab tido terlalu lama sebelum dimasukkan ke hospital. kemudian, disahkan meninggal dalam coma. tamparan hebat kan kepada isteri dan anak-anaknya. he was the sole breadwinner in the house. sumber pendapatan dari arwah sahaja. gosh..i cant imagine how hard it will be.

tetiba...saya terbayangkan situasi saya di tempat isteri arwah. katakan lah saya bekerja, mungkin soal wang tidak jadi masalah. suami ada insurans, ada lah sumber-sumber yang lain yg mungkin boleh membantu kehidupan nanti. tapi bagaimana kehidupan saya & anak kelak dari segi hal-hal zahir dan batin. bagaimana saya nak besarkan anak, bagaimana saya nak hadapi beberapa situasi yang memerlukan perhatian suami dalam hal-hal rumahtangga atau dengan siapa saya harus mengadu jika saya ada masalah di pejabat atau lain-lain. especially dari suami. gosh...i dont want to think. ada kawan pernah beritahu, walaupun si dia masih hidup, kite harus menyediakan diri untuk apa-apa jua kemungkinan dari sekarang. mulanya rasa cam entah apa-apa dia ni cakap cam itu, tapi ketika ini, terdetik dalam hati doa moga dipanjangkan jodoh untuk hadapi apa-apa jua dugaan.

am speechless





Monday, December 14, 2009

hari minggu yang lalu....

......... menyambut harijadi saya dan anniversary kami yg ke 4 tahun...walaupun tiada candle lite dinner, cukuplah setakat masa yang dihabiskan bersama suami tercinta. sekadar tengok new moon dan makan-makan saja, kemudian mencari hadiah harijadi yang suami tercinta tak sempat nak beli sorok-sorok dari saya. akhirnya tawaf 1 midvalley hingga lah terpikir, saya perlukan sehelai jeans yang baru. kemudian, tension bnyk takde size. sabar lah ya diri, cepat-cepat lah kurus agar boleh masuk balik size 29 (jadilah realistik ok nak masuk size 27 konon).


kemudian, hari sabtu, seharian di rumah menjaga tuan puteri saya kerana suami tiada menghadiri sukan paralimpik di kelana jaya. menjadi organizer majlis haruslah bertungkus lumus kan. makan, tido dan main je lah saya dgn tuan puteri danisha.


hari ahad, jam 12 terpacak lah saya di hentian serdang menjemput akak & mak saya dari jb kerana menemani akak yg ada course di bangi. terus zaassss ke midvalley untuk tujuan makan. sebenarnya nak makan saja, tapi telah terjebak di beberapa kedai yang kami tinggalkan jejak dengan duit-duit kami...uhuhuuhu.....tanpa ada kokongan dari para lelaki, makan lebur lah duit-duit kami di kedai-kedai tersebut. apa boleh buat, sape suruh buat year end sale......tengok apa dah jadi.

dari jam 1.30 hingga 7.30 di midvalley & the garden saje. i was so happy spending a precious time wit my mother & sister, we were having fun, citcat, gossiping, sharing a joke, laughing at each other's funny action that we made during our outing and furthermore, my daughter also enjoying the time with her nenek & mak ngah. more happy coz my sis bought me 2 glam flat shoes from tomai @ the gardens and black & white blouse from east india co. from my mother. luv u so much. mulanya nak mascara bobbi brown, tapi bile mak shows me 1 blouse cantik, tak pikir panjang. i wish both of you could stay more few days. wednesday dah nak balik. so sad lah! uhuhuhuhuhu....... dah lama tak shopping together cam gitu. yg penting, masa yg di habiskan bersama.

ok ladies, how bout ur weekend...mesti syok kan!!

Monday, December 7, 2009

tarikh harijadi dan anniversary

lusa, 9/12/2009 anniversary me & en. nik yg ke 4 tahun dan 11/12/2009 birthday saya yang ke 31. selang sehari je. en. nik kata, jimat duit beli hadiah. hampeh tul.....entah macam mana boleh pilih tarikh dekat. masa kawin tahun 2005, 9/12 jatuh hari jumaat, afdal orang kata amik hari penghulu segala hari. kemudian majlis resepsi kesokan hari iaitu sabtu. so malam pertama saya (malu gitu...) sambut sekali dgn harijadi, en. nik kata 'hadiah istimewa'...jangan pikir songsang ye....hadiah istimewa bergelar isteri tau.

later, setelah beberapa tahun melayar bahtera, hadiah menjadi kurang 1. maksudnya en. nik buat sekali pakej 2 dlm 1 lah. kalau boleh saya nak turn the clok untuk asingkan tarikh nikah dan harijadi. boleh dapat hadiah lebih kan. konon-konon nak sentimental value, pilih lah tarikh dekat-dekat....pastu nyesal.
namun, en. nik memahami diri dan hati isterinya ini, tetap bagi 2 hadiah, walaupun tahun lepas dia buat pakej 2 dlm 1.

apa-apa pun i tetap cinta u...



u all bagaimana? ada cerita unik!!