Tuesday, March 30, 2010

Viral Infection

Around my office i can see most staff is having flu and running nose...some complaint that they have this kind of fever like sakit-sakit sendi, urat rasa tegang, badan rasa lesu...macam-macam. And the bad thing is me and hubby are having it too. Doc kata viral infection. Tengah musim sekarang ini. Lagi kesian, Danisha also having a bad cough and running nose, alhamdulilah not too heavy. Dah amik antibiotic. Semalam her nanny said, 6 kali muntah-muntah......tapi balik rumah malam, active Ya Rabbi. I nak tonton So You Think You Can Dance, tidak dalam keadaan yang senang hati ikut menari sekali, sebaliknya saya menonton dia menari ala-ala samba. Hari ini call nanny, she is doing fine. Makan 3 kali hari ini (setakat jam 2.00pm) , main cma biasa... Kalau dia dah sihat, boleh lah mama shopping groceries kat Care4 malam ni.

Nowadays, the weather is not so intolerable. Kesian anak-anak kecil yang mudah dijangkiti.... Sekarang ni hujan bagai tidak memberikan signal rasa nak hujan, hujan lah iye. Hukum Alam. Manusia terima dan syukur sahaja. Amin.

Susahnya kalau makan di luar

Memadangkan saya ini memang 'teramat' rajin nak memasak, oleh itu selalu lah sangat kami 3 beranak makan di luar. Tapi bukan selalu ye...cuma hari-hari pelepasan je. Since Danisha dah besar ni, memang agak kerap pula kami melawat dan menabur duit di restoran, gerai atau warung yang sering dikunjungi menyediakan menu makanan yang menarik dan sedap di tekak kami.

Tapi sejak kebelakangan ini, Danisha memang tidak akan duduk diam dalam kerusi khas dia tu. Duduk pun untuk tempoh tidak kurang dari 10minit. Aksi-aksi menarik dia memang menakutkan kami. Nak berdiri lah, keluar 1 kaki dah, macam-macam. Untuk menamatkan kerenah dia tu, angkat lah keluar duduk atas kerusi. Kali ini, tak nak duduk atas kerusi dia round 1 kedai nak jadi supervisor. Dari 1 meja ke 1 meja dia nak pergi, bertegur sapa dan mungkin jadi Quality Control untuk restoran tu kot. Yang jadi mangsa, baba dia lah nak kejar dia ke sana ke mari. Alahai anak, menguji kesabaran. Habis semua customer kat situ dia tegur, tak pasal, dapat coklat lah, gula-gula lah. Malu mak deknon..... Habis je makan, bawa dia keluar, wash her hand and talk to her like an adult. Tapi Danisha just 21 bulan so, mungkin dia tak faham kan, tapi bila banyak kali saya buat begitu, without scodling her of course, I will talked to her like an adult tapi penuh lah kasih sayang... i would not angkat tangan and pinch her ke, apa lagi nak tepok kaki dia. at least pok manja kat bontot dia yg comel tu..... Saya cakap pada dia, tidak elok buat begitu, jangan buat mama & baba marah or susah hati. Jangan nakal-nakal. Makan elok-elok, kalau makan elok-elok mama & baba makin sayang Danisha, ......something like that...ok make sense gak dia tak faham apa-apa, but at least, bile saya selalu cakap pada Danisha selalu, dan dia tahu perbuatannya adalah salah. Alhamdulilah, ada juga nampak perubahannya.....how bout you? how you control your children.......mind to share yours??

Wednesday, March 24, 2010

Finally dia bersuara jua

Remember my posting pasal danisha belum pandai cakap..ok click sini untuk mengimbas kembali cerita tak pandai cakap.

last week, di satu malam ketika hanya saya & danisha sahaja di rumah, she came to me and say, 'umi bukok'....lagi sekali dia cakap 'umi bukok' ...haaa...terngangga aku jap. dia suruh buka coklat. saya tanya dia lagi untuk mengesahkan ayat yang keluar dari mulut comey nye itu....dia pandang muka saya, cam nak kata, faham ke tidak ni orang suh buka cokelat ni. dia sebut lagi 'umi bukok'. saya sungguh happy sekali tapi dia sebut bukok instead of buka mmg sah loghat Terengganu yang dia sebut. to be exact, her father is Terengganu and I from Johor, so East meet South.

dalam kegembiraan tu saya lupa nak record suara cute dia sebut bukok. saya mmg rasa cute sangat kalau ada budak-budak kecik bercakap dlm loghat pantai timur. rasa kagum. tu belum dengar yang speaking utara tu....rasa cam cute sangat lah. bile cerita kat baba dia, tak percaya, sampai la ni dia dah tak sebut lagi perkataan bukok tu walaupun dah pancing dia dengan coklat dan benda2 lain juga.

tu je milestone danisha at this moment....


Apa perkara pertama yang...

Kamu buat dahulu pagi ini bile tiba di workstation kamu...

a) Check email

b) Tengok FB

c) Baca Blog

d) Buat panggilan telefon

e) Marah orang (errr...special case kot)

Monday, March 22, 2010

MODE : PASSIVE

saya masih lagi dalam mood pasif, mood bosan, mood malas.....maka tiada entry menarik pun hari ini. sibuk dengan kerja. oo ya...final exam is just around the corner masih lagi belum start mengkaji nota-nota yang ada. komen-komen tutor pun masih belum amik port nak betulkan. malas..malas.. tapi hari ini lepas kerja saya nak pegi midvalley. nak cari kasut yang perlu saya pakai hari sabtu ni. ooo ye...dress saya dah dapat. murah je. tapi saya buat sikit tranformation. tunggu ye...

KESIMPULAN : MALAS SUNGGUH HARI INI....

Wednesday, March 17, 2010

Faces of my ICHA

SAYA TENGAH SANGGAP....no idea. jadi saya letak lah pengarang jantung hati beta.























Tuesday, March 16, 2010

eh..eh..sama lah....bosannya

iye, saya sungguh membosankan. tengok tu, gambar profile saya di facebook dgn blog sama. boring!! tapi ada saya kisah? sukahati saya lah

huahuahuahuahahauha

nak cari baju...nak cari baju

27hb ada dinner....theme kaler merah & hitam. aduhai mak, mana nak cari. time is running out...serious takde masa dek non nak cari. baru abis mid-term exam. stress tak abis lagi ni, soon, final just around the corner, but at least ada lah time nk study. coz scheduled in April. still got the time. the dinner...dinner ni...next week. tak cari lagi baju. weekend ni tak sempat. in-laws dtg rumah pula. my sis-in-law bertandang side kat subang. mak panik.....

ok..slowly...take a deep breath. jgn mengelupur ok. just a few kind of dresses or plus the blouse yang menarik hati saya.


saya harap-harap lah dapat jumpa blouse cam ini kaler merah or black. boleh lah saya tambah chunky beads on it. nampak glam kan. match with black skirt. pastu clutch warna gold...walalalala..

saya suka this cutting and also the layer....kalau pakai inner hitam menarik ke?
this is so gorgeous kan...dah cam nak pegi ballroom dinner lak. over lak. marah akak-akak glam nanti


from 3 dresses...i'll pick the 3rd, gorgeous kan...

ni apa kes lak nak pakai cam gini....kalau masqurade party mungkin saya leh consider lah kan...

yang ini short dress. saya rasa tak sesuai, tapi cuma suka tengok cutting.. kalau labuh kan cantik, cam jubah. pastu pakai tudung lip-lap warna merah. match with gold clutch. nice kan...












adohai mak...............mana nak cari ini, kat variante, envee, karen millen, warehouse, hajab?? mungkin kah ada? honestly, i have limited budget, not more than RM 500....sebab dinner ini meraikan teman-teman yang akan naik pentas terima anugerah....mine will be on 17 April...jeng...jeng....tunggu saje transformasi saya nanti.....petang ni nak pergi garden or midvalley...sempat ke nk cabut..

Thursday, March 11, 2010

Mata tak tahan......

pagi tadi bangun jam 3.45 am, iye PAGI.....sebab 'alarm clock' saya kejut nak minta susu. danisha ialah alarm clock saya sejak menjak ini. bangun minta susu, jadi saya pun akan bangun buat susu pastu duk mengadap buku. weekend ni mak exam mid-term dek non. takut. 3 subject nk cover. this year is my final year. insya;allah finish in september. final semester. ingat nak buat lumpsum bulan 5, tapi takut drop lak pointer mak yg cukup-cukup sikit nak lepas kan dean list. mampu ka?? should reward myself after this.....sape nak bagi reward kat i? diri sendiri lah, tapi sayang, andai u baca entry ni, please refer to my dream handbag tu.......

pagi ni mengantuk tersangat....kalau lah boleh letak lidi kat eyelid ni....lama dah ku buat.. (sib baik boss tarak, gi obersea)

Wednesday, March 10, 2010

Siti Nurhaliza dan Rozi

Lunch hour tadi saya cuci mata di MV. setiba di depan kedai DIVA, terpandang Siti Nurhaliza dan akak iparnya berserta 2-3 org bodyguard kot. saya dan kawan memandang mereka dengan masing-masing berkata,

cantiknya Rozi

saya tahu kawan saya rasa begitu sebab kami saling meluahkan pendapat yang Rozi lagi cantik dari Siti Nurhaliza. maaf ye kepada peminat Siti Nurhaliza, saya dan kawan sejujurnya berpendapat begitu.

Tuesday, March 9, 2010

Anak Lembut Hati....

pagi ini dengar al-zikrah di radio KL.FM, frekuensi 97.2 dari jam 6.45 - 7.00 am. dari dulu lagi mmg saya ikuti program ini. banyak benda saya belajar dari dengar zikrah ni setiap pagi, pengisian untuk jiwa dan rohani saya.

ustaz fauzi beritahu, bacalah surah Thaha, dari surah 1 -5, dibaca dan ditiupkan lah pada air putih. kemudian air tu diberi minum atau dicampur didalam susu atau di dalam makanan yang kite beri pada anak-anak kite. dengan niat, lembutkan lah hati anak ku ini, agar dia berlembut hati selalu dengan ibubapa.

surah Iqra, bagus dibaca untuk anak-anak yang kurang berminat belajar atau kurang minat nak pegi sekolah. Itu lah surah yang ALLAH turunkan kepada Rasullualah s.a.w ketika Rasullualah hendak menerima wahyu pertama di Gua Ira'. besar maknanya kan surah itu kerana permulaan erti ayat itu adalah 'bacalah....'

buat masa ini, tu saja yang dapat dikongsikan......nanti ada maklumat lain, boleh saya sampaikan disini. saya jadikan blog sebagai journal hidup saya. agar dapat manfaat tuk semua yang membaca......

ayat tak leh tahan..dahsyat cam nak ceramah.

kesabaran

SABAR...sejak menjak ni memang banyak perkara berlaku menguji tahap kesabaran saya sebagai seorang pekerja, pelajar, isteri dan seorang ibu dan yang terbaru sebagai seorang usahawan. semuanya ujian & dugaan itu datang serentak. memang haru biru dibuatnya. semua benda hendak di kejar, end up, kekecewaan pula yang dapat. memang kena sabar. magic word tu, ialah sabar. kadang-kadang sampai tak sabar dibuatnya. iman tetap di dada, maka sabar mesti boleh dicapai. insya'allah. mungkin ini kesusahan yang saya tempuh dulu sebelum saya dapat capai kemanisan.

Thursday, March 4, 2010

APA!!!...dah setahun lebih tak pandai cakap lagi.....


danisha is going to 2yrs old in JUNE. so kire-kire nya budak baya dia, mesti ada dah yang pandai cakap kan. tapi different dengan danisha. dia masih lagi cakap german, kadang-kadang arab, kadang-kadang bahasa kenya, kadang-kadang saya & hubby tak faham langsung. what to expect from her? she's just 21 months....come on lah. tu kata my family. tapi bagi saya, saya risau akan perkembangan dia...different child, different personality and attitude. orang sekeliling banyak bertanya, ada yang anak dh umur 1 1/2 thn, dah lancar pertuturan, danisha lum pandai cakap lagi? lambatnya dia cakap, anak i dah lancar cakap...jelas ...bla..bla..bla........oooo rasa stress juga...tapi apa nak bimbang, asal dia sihat, perkembangannya selaras dengan umur dan kanak-kanak sebayanya, alhamdulilah. dia juga peka dengan apa yang diajar. lets see apa perkataan yang dia tahu setakat ini,

* nak (clearly)
* susu (clearly)
* umi (bbsitter dia bahasakan diri umi, and she can't call me mama, instead call me umi)
* atok (danisha juga akan panggil nenek atok, nenek dia membara je, which is, she's my mother)
* finish (clearly)
* adik (clearly)
* no. 1 & 2 je (3, 4,5 dan seterusnya ilang ke laut)
* amin (clearly, selalunya bile abis baca al-fatihah atau doa-doa before tido)
* nanak (sebenarnya tak nak)
* no (sambil goyang telunjuk jari mcm iklan sabun lux tu)
* apa tu (clearly)
* cha (instead danisha)
*
lego (clearly)
* bird and cat (ada sikit pelat)


yang kesiannya, my hubby frust sebab danisha still can't call him baba....kadang-kadang cam dengar dia panggil, tapi bile dengar balik, makan ati je lah baba dia. i dah boleh terima dia sebut umi instead of mama. redha je lah. itu je yang dia sebut-sebut bile nampak saya. ajar mama pun tetap sebut umi....

apa pun, saya patut berbangga dengan apa saja perkembangan danisha. mummy always know the best for her children and always give her unlimited support and love to her precious.....saya tak sabar nak dengan dia bercakap walaupun org kata, kalau dah pandai cakap, tak terlayan, i'm looking forward that moment...rindu pula kat si kecik ni.

Wednesday, March 3, 2010

terbuku di hati

dalam hati ni rasa berat je. cam ada yang terbuku tak dapat dikeluarkan. mungkin lagi berat dari jumlah berat sebuah buku seperti encyclopedia.... just ALLAH knows what it is. saya hanya boleh bersabar.

Tuesday, March 2, 2010

bile dah kemaruk...

hari ini dah 4 kali posting (termasuk yang ini)...ni lah bile dah kemaruk nak buat posting. pastu posting yang ini entah apa nak cite. saje je, suka ati lahkan, blog sendiri

suka..sukey...jackie..si gucci

suka sukey jackie si gucci............cam rhyme lak. saya suka kan beg yang besar boleh campak semua mak nenek dalam beg. tak payah pikir apa2 yang tak bawa, kalau boleh nak angkut satu rumah. pompuan...pompuan....






pics : google

kental tak ....


kental tak kaki anak dara saya? 1st time jejak pasir di tepi pantai teluk ketapang di terengganu. balik rumah nekma masa cuti CNY. kaki ini lah yang selalu saya gigit hari-hari. geram.......

aduhai perut...

adakah ada menghadapi masalah constipation, perut mulas-mula, badan rasa tak best sebab toxic tak keluar-luar lagi? apakah penyelesaiannya?

saya minum prune juice ni dah 2 malam. pekatnye............ ya, rabbi. tak tertelan rasa tekak ni. my hubby bagi cadangan campur ribena. bergelodak perut...amik ko....baru 2 hari minum, alhamdulilah ok. penderitaan berakhir, tak yah pegi klinik amik ubat or pegi farmasi. beli prune juice je dah cukup or kalau ada kurma pun bagus. mudah kan, beli kat carrefour harga rm10.99 je.

bnyk lagi faedah yang baik tuk badan kite dapat dari juice ni. especially kulit lah, mana tau dapat kulit gebu mulus cam camelia kan. mata yang bersinar-sinar kan.

saya lebih suka minum dari makan buahnye sebab pasti berzaman nak abis. dari membazir tak makan sampai ke expired date, lebih baik minum juice je. sebab liquid easily absorb dalam badan. bagi kat anak-anak kita pun bagus.

ibu-ibu, sila dapatkan di supermarket berdekatan...


Monday, March 1, 2010

mirror..mirror on the wall..



MIRROR...MIRROR ON THE WALL!!...WHO IS THE FAIREST FAIR OF ALL?!!

my hubby kata : ikut perangai mama lah ni, pantang jumpa cermin.

salah i ke yang??