Monday, August 24, 2009

kemalasan di bulan ramadhan

saya rasa malas sangat hari ini, ditambah pula dengan boss yang sedang bercuti 2 hari. maaf boss, saya kemalasan hari ini. ofis sunyi sepi lagi hari ini sebab lum ramai masuk dari bercuti di kampung sambut puasa di tambah pula dengan cuti sekolah. seronok nyer jadi cikgu. tutup sekolah, cuti lama. adik ipar saya seorang guru di Sabah. sesungguhnya dia sedang berseronok-ronok di KT. semalam call saya beritahu dia dah beli brooch di pasar philipines dan saya boleh dpt melihatnya minggu hadapan ketika dia transit di kl nanti, itu pun kalau saya tak balik kampung hubby di KT. aduhai...mencabar ni berpuasa dan travel jauh...cam tak pernah buat..sengal tul lah saya ini. tapi hari ini saya rasa malas tahap gaban lah...pang sekali muka ini baru sedar nak buat keje bertimbun boss tinggalkan. petang ini kerja-kerja ini kena hantar kat rumah dia. iya, bile boss saya cuti, kerja-kerja tidak bercuti ye, tapi kena hantar ke rumah dia. bagus kan boss saya tu, sungguh berhemah...ooo..ya, dia baru saja dianugerahkan Profesor Emeritus dari sebuah universiti yang dahulunya dia pernah menjadi naib canselor. saya bangga menjadi org suruhan kanan boss, ayat bodek..hahahaha

4 comments:

CaMaRPuTiH said...

bestnyer jadi org suruhan seorang prof emeritus! tingin gak... mcm hebat jekan...

cikayu said...

camarputih,
alhamdulilah, banyak perkara baru yang saya belajar dalam pekerjaan saya. belajar dari seorang economist banyak membantu dalam kehidupan seharian.

Nurhayati said...

kalau bos cuti mmg secara automatik jadi malas jua.. kekadang bos ada pun malas gak hihihi

CiKaYu said...

nurhayati,
ye betul....

Post a Comment