Thursday, August 27, 2009

Al-Fatihah-Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh



Salam semua, saya ingin maklumkan, YBhg Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah kembali ke Rahmahtullah di dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur. beliau meninggal ketika tidur. Allahyarham akan dikebumikan di Sg Kantan, Kajang. Jenazah beliau dijangka tiba dari Singapura pada pagi ini. Bersama-sama lah kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN.

begitu besar sumbangan beliau dari pelbagai bidang. adalah satu kebanggaan apabila beliau telah dilantik menjadi senator di kalangan OKU pertama. tugas arwah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Twintech tidak menghalang beliau untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Orang Kurang Upaya (OKU). hilangnya sebuah permata.

Al-Fatihah






6 comments:

camarputih said...

al-fatihah. saya pun baru dpt berita pg ni tp x jelas sebab kematian beliau. mekasih for the info.

perginya seorang pejuang OKU...

old student twintech said...

Beliau banyak berjasa dalam penubuhan IUCTT. Sewaktu belajar dulu selalu naik lift bersama beliau, ia merupakan satu kenangan. Al-Fatihah.

Fzlna said...

al-fatihah n tq for this info

New Student said...

Al-Fatihah

Safiaa's Batik Collection said...

‘Ingatkan dia tidur’

KAJANG: “Arwah mengadu letih dan lenguh ketika di lapangan terbang lagi. Sewaktu dalam penerbangan, dia meminta saya memicit badannya. Sangkaan saya dia tidur kerana keletihan tetapi rupa-rupanya dia sudah tiada,” kata isteri Allahyarham Senator Profesor Datuk Dr Ismail Salleh, Datin Hasnah Wahab, 51. (Harian Metro,28 August 2009)

Nurhayati said...

alFatihah.
Takziah buat arwah sekeluarga.

Post a Comment