Thursday, August 27, 2009

Al-Fatihah-Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh



Salam semua, saya ingin maklumkan, YBhg Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah kembali ke Rahmahtullah di dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur. beliau meninggal ketika tidur. Allahyarham akan dikebumikan di Sg Kantan, Kajang. Jenazah beliau dijangka tiba dari Singapura pada pagi ini. Bersama-sama lah kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN.

begitu besar sumbangan beliau dari pelbagai bidang. adalah satu kebanggaan apabila beliau telah dilantik menjadi senator di kalangan OKU pertama. tugas arwah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Twintech tidak menghalang beliau untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Orang Kurang Upaya (OKU). hilangnya sebuah permata.

Al-Fatihah






Tuesday, August 25, 2009

kemaruk

ini lah jadinya bile dah kemaruk + sengal. ini adalah entry saya ke-6. entah apa angin/mood datang nak buat entry terbanyak hari ini.

marc anthony and my baby you

sejak saya dengar dvrplayer ini, almost everyday era keluarkan lagu marc anthony. and i notice the song will came out around 2.00-2.30 pm. memang dah ada schedule gamaknya hari-hari keluar lagu apa dan time kul berapa. i think so lah..now sambil taip lagu tu tengah berkemundang. apa-apa pun saya tak jemu lagu ini. sesungguhnya mengingatkan saya pada buat hati pengarang jantung mama...i luv you my baby!



as i look into your eyes
i see all the reasons why
my life's worth a thousand skies
you're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
know you'll never be alone
[chorus:]
my baby you
are the reason i could fly
and 'cause of you
i don't have to wonder why
baby you
there's no more just getting by
you're the reason i feel so alive
though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground
[repeat chorus]
i will soothe you if you fall
i'll be right there if you call
you're my greatest love of all
[repeat chorus]
arianna i feel so alive

tantiknya..

saya suka balerina/flat shoes. tapi saya fancy kepada high heels juga, sangat sexy. saya memang jenis tak tahan pakai heels lebih dari 3 inci. rasa cam nak jatuh, gayat pun ada. rasa cam badan bongkok pun ada. so hanya sampai setakat 2 inci je berani. lebih 1/2 inci, bergantung kepada ketebalan tapak heels itu.
however, i dedicate this entry to ballerinaflat shoes













allpicturesfromgoogle




my new item..

last week saya pergi JJ Balakong dengan niat untuk membeli cleansing wipe simple as my makeup remover di ofis. tapi terpandang the face shop. baru buka agaknya di sini. so gatal kaki pegi lah masuk. browsing around, then one malay girl approached with a smile. she was very nice ok, sampai saya terbeli this item. herb day cleansing tissue, 70 pieces. harga sale rm21.90. kalau tak silap lah. harga asal tak ingat, maaflah saya ni cepat tul lupa tang harga ini. compare dengan simple yang ada 25 sheets sahaja untuk harga rm15.90, so berbaloi lah beli yang ini. ada 2 jenis packaging, 70 sheets dan 20 sheets, sorry tak ingat harga. saya gunakan tissue type mudah untuk saya di pejabat sebelum solat. lagipun it made from herb. product ini dari korea cam the skin food and elianto. tapi not bad, saya suka bau herb, tissuenye lembut dan mudah untuk bersihkan water-proof mascara, eyeliner dan packaging pun menarik plus, jimat duit. kenapa tak guna yang liquid saje? ooo sebab saya tak suka nak tenyeh2 kat cotton dan lap, i prefer tissue type, easy, save time, efficient dan senang di simpan di dalam beg sembahyang. anyway, plus-minus cost untuk membeli yang liquid + cotton, tak save cost juga kan. tengah2 recession, kenalah jimat cermat.
marilah mencuba!

day 4 puasa

alhamdulilah, dipanjangkan umur masuk hari ke-4 puasa. semalam masak char kuew tiow ala-ala cikayu. mabeles. 1st time buat. campak-campak apa yang patut, kelentang kelentung...siap lah. hubby buat air roselle, me teh o limau suam. meletup ok. walaupun simple, takde kuih muih terhidang, just desert green apple, we all rasa syukur rezeki yang ada. so far lum lagi jejak kan kaki ke bazaar ramahdhan. this year me & hubby are trying to save more money and keep our body slim yang membuak-buak segala lemak ini, biasa tau nak tonjol kan diri juga buat ketat baju je.
anyway, me & hubby berazam to eat more home cook food despiteof all the tempting food yang ada kat bazaar ramadhan ni. mencabar iman tau.
hari ini nak masak apa pula? kebab kot!

tergedik-gedik tak sabar

tau tak dah berapa lama saya tak pakai kebaya...i can say that almost 2 years lah. geram ok. lama betul all my kebaya tersimpan dalam closet menyembunyikan diri merajuk, kesian. bukan tak nak pakai, tapi kalau perut ini flat ala-ala maya karin, punggung ni montok ala-ala akak ziana zain or j-lo lain lah cerita kan, almost semua kain aku buat kebaya kan. tapi ini badan cam aduhai, sedih lah nak cite ok, kena tengok sendiri baru tahu nape i sedih. so, finally after doing some research about this product and asking around, that's it, apa nak jadi, jadilah i bought this thing. nak invest PB, tak mampu pula and not at this moment. si sara barkley ini invent this product untuk diri dia sebenarnya, then, why not share it will all women in the world kan. tengah tunggu sampai dari us ke kl ini. tak sabar rasanya, dan yg bestnya i got cheaper price through my dear fren yang ada niece di us. lagi lah happy. so, tunggu lah ye kalau dah sampai nanti, harus ku maklumkan kepada semua kawan-kawan di alam maya ini, hopefully dapatlah merasa pakai kebaya. hahahahah...
















Monday, August 24, 2009

kemalasan di bulan ramadhan

saya rasa malas sangat hari ini, ditambah pula dengan boss yang sedang bercuti 2 hari. maaf boss, saya kemalasan hari ini. ofis sunyi sepi lagi hari ini sebab lum ramai masuk dari bercuti di kampung sambut puasa di tambah pula dengan cuti sekolah. seronok nyer jadi cikgu. tutup sekolah, cuti lama. adik ipar saya seorang guru di Sabah. sesungguhnya dia sedang berseronok-ronok di KT. semalam call saya beritahu dia dah beli brooch di pasar philipines dan saya boleh dpt melihatnya minggu hadapan ketika dia transit di kl nanti, itu pun kalau saya tak balik kampung hubby di KT. aduhai...mencabar ni berpuasa dan travel jauh...cam tak pernah buat..sengal tul lah saya ini. tapi hari ini saya rasa malas tahap gaban lah...pang sekali muka ini baru sedar nak buat keje bertimbun boss tinggalkan. petang ini kerja-kerja ini kena hantar kat rumah dia. iya, bile boss saya cuti, kerja-kerja tidak bercuti ye, tapi kena hantar ke rumah dia. bagus kan boss saya tu, sungguh berhemah...ooo..ya, dia baru saja dianugerahkan Profesor Emeritus dari sebuah universiti yang dahulunya dia pernah menjadi naib canselor. saya bangga menjadi org suruhan kanan boss, ayat bodek..hahahaha

Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi..

Asalammualaikum,

saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, ramadhan. semoga ALLAH memberkati ibadah kite di bulan mulia ini. saya mohon seribu kemaafan andai ada khilaf dan kesilapan yang tidak disedari...


syahdu lak ucapan ini. apa-apa pun jangan lupa nur kasih malam ini...



p/s : malam ini sahur nestum and oat. plan menguruskan diri sudah bermula.

Personal recommendations still the most trusted!. are you agree?

This morning, i read one interesting article from Malaysian Reserve dated 28th July, 2009. TNC, the survey company, has conducted The Nielsen Global Online Consumer Survey of over 25,000 Internet consumers from 50 countries, showed that 9 in every 10 internet consumers worldwide (90%) trust recommendations from people they know, while 7 in every 10 (70%) trust consumer opinions posted online......well, can see you how the internet/mouth-to-mouth does to our life/community?

jgn ckp org lain, cite pasal saya lah ye...saya memang senang terpengaruh dengan personal experience i.e from my family and frens. bagi saya bagus pada diaorg, memang baguslah pada saya. sebab mereka telah menggunakkannya dan saya percaya pada testimonial mereka. yang kedua, saya juga mudah terpengaruh dengan blogger. sama juga alasan saya mereka telah menggunakannya. however, different people, different view. anda bagaimana pula?

Thursday, August 20, 2009

duduk umah je diam-diam




weekend ni hubby dah pesan no outing due to h1n1. baik, saya menurut perintah. apa aktiviti nak buat ye di rumah ini. oo..hubby dah plan nak beli dvd bnyk2 tengok lah sampai muntah 2 hari di rumah. ok, kami dah shortlisted kan a few movies to watch...

kelakar tak cite ini?? will ferrel reminds me of blades of glory...hopefully gempak kan isi perut kami nanti.

nak tgk awal & heliza berlakon, sure cute kan...

oh...i luv u lah abg johnny depp

oo..i heard this movie gempaqs.....

oo...dah bnyk lagiiiiiii...... itu pun kalau pengedar tegar kami ada stock original. dan utk icha, kami akan mengatur pelbagai aktiviti yang seronok bersama. harap-harap dia tak kebosanan dgn kami nanti.





Wednesday, August 19, 2009

checklist hari raya...

ini entry melampau saya pada hari ini. checklist begini memang saya buat tiap-tiap tahun semenjak 4 tahun lalu, masa tu dah bergelar isteri. both me & hubby ada big family especially hubby's side. adik beradik ramai & masih study lagi, so perbelanjaan tu kena dirancang dan dibuat awal-awal untuk elakkan sebarang masalah. so memang tiap-tiap tahun kami akan buat list & budget begini. bukan apa senang nak buat budget nanti. this year paling sibuk coz after raya, kenduri adik saya pula menyusul di singapore, harus simpan duit shopping di sana. at least after during ramadhan & raya dapat lah berjimat cermat. who knows, kalau ada emergency kan. beringat sebelum terkena. how about you? dah prepare list for ramadhan & raya nanti??

1. baju raya icha, me & hubby - dah siap.
2. kuih raya - dah ode.
3. duit minyak & tol - dah siap dalam envelope.
4. duit raya - tunggu bonus
5. hadiah raya tuk both family - almost done
6. kasut raya icha - pending
7. my shoe - pending
8. hubby's shirts - pending
9. cat rumah - pending
10. tukar langsir - not this year

anda bagaimana...

kadang-kadang saya ada banyak perkara ingin ditulis di sini, tapi tak terbuat. tatkala hendak memulakan curahan, blank, blur, entah apa-apa dlm paler otak ni. tetiba, eh baju lum jemur lah, eh air dah masak ke lum tadi, nak ambil baju dari dobi, alamak nak keluarkan ayam tuk direbus lah, dan lagi, dan lagi....terus tutup lappy, buat lah benda yg diingat dlm paler otak. amazing kan kite as a wife and mother. ALLAH kurniakan wanita pelbagai keistimewaan. tenaga yang tidah pernah berkurangan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, dan juga pekerja, malah sebagai hamba ALLAH untuk beribadah. syukur tidak terkira di atas keberkatan dan kesejahteraan yang dikurniakan.

saya jenis sensitif dengan perkara-perkara yang melibatkan penderitaan wanita atau anak-anak kecil. cepat sungguh hati terguris...boleh terbawa-bawa, hingga hubby kata hormon emosi terlebih kuat.. wat to do ur dearly wife ni sensitif org nya. dah memang lumrah hati seorang wanita cepat terguris, terasa hati, cepat kasihan, cepat cair, yang boleh menangis tak pasal-pasal pun ada juga. hati wanita lembut. hati wanita penyayang. tapi bile dikhianati sepanjang hidup akan terus terpendam dlm hati. menjadikan pendendam, pembenci. itu lah hati wanita. anda bagaimana?

Monday, August 17, 2009

dia sudah kembali..

dia sudah kembali ke pangkuan saya semalam. bergegas saya pulang ke jb last thursday untuk bertemu si dia... plan nak balik jumaat tetapi mak call bagitau nenek tak sihat sangat, perlu dijenguk dan dialah satu-satunye nenek yang masa lagi ada bersama kami, mudah-mudahan dia sihat dan kuat untuk menyambut ramadhan akan datang....apa yang penting si dia telah kembali ke pangkuan kami...siapa dia ?? dialah 'sweetheart' saya...

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


tapi, bile masuk rumah je, dia cam blur. agaknye tgk umah nape lah sunyi sepi berbanding rumah di jb, ada nenek, ada atok, ada aunties, cousins dan ada BITBIT....hubby kata, kesian pula dia...terpinga-pinga. malam tadi tido awal pula, kul 9pm dah tido, tak sempat nak main bergurau senda dengan dia, penat agaknye. then, tepat jam 10.30 dia bangun nak bergurau senda pula dgn kami yg dah mengantuk sangat....mak kata jadual dia tido jam 11.00pm. pagi ni mata laki bini dah cam anak beruang panda......