Thursday, January 19, 2012

Wanna be my baby?

Sexy tau budak-budak WonderGirls ni, dah lah slim melim. Menci tau!


Tapi, I like the song, and their dancing. But, a bit similar to Beyonce (Single Ladies)... dont you think? 

Cari lah kat youtube video Beyonce ye.. malas mak nak paste kat sini.



Friday, January 13, 2012

Fa, la, la, la, la,

Its Friday, dah nak balik baru nak Hoorayy!!

Sikit cite pasal Icha, dah 4 malam ni tido batuk-batuk sampai termuntah. Kesian pula. Hubby lah yang sanggup susah payah berjaga bawa Icha masuk toilet. Kesian Icha, Kesian hubby. Kesian mama, mata dah jadi panda ni. Sekarang, ubat klinik tak jalan, cuba bagi lemon + madu khaula. Minta-minta, dengan izin Allah cepatlah dia baik. Kesian dia, lepas satu-satu. Terkejut agaknya dia duduk dlm suasana yang ramai. For sure, tak semua kids or babies fit kan, mesti ada yang selsema, batuk, demam. Huhuhu... be strong ye dear. I wish I can do better than this.


This afternoon before I had my lunch, my colleague sms me whether I want Garret or not. Kebetulan dia ada di KLCC. Cecepat reply nak caramel. Danisha suka sangat Garret. Tapi dia batuk. Kesian pula. Takkan mama & baba nak makan berdua pula kan. Skrg tengah cut sugar intake. Tapi Garret?? Nak tolak ke? Rezeki ni.

Apa plan weekend you all yea? I plan to bake some cookies or cake. Dah beli silicone dari Pantry Magic, baru guna buat buttercake. Belum ready nak cite pasal buttercake yang melimpah ruah tu...huhuhuh. Kalau letak gambar kat sini, sure korang gelak guling. Tak sanggup. Tapi disebabkan Danisha & hubby suka betul buttercake, nak perasah skill lagi. Sebab senang banget!!

Till then folks!



p/s Layan Garrett tengok movie pun syok juga kan...

Wednesday, January 11, 2012

WW : 01/12

Verangan kan free... Lady Dior, sangat mengancam kan! Come to mama, babeh...


Pantry Magic

Asyik cite pasal Icha je kan lately ni. Muak pula orang kan. Kasi mama ketenangan sikit. Lets cite benda yang mama sangat suka. Friday before new year, pegi kedai ini. Berzaman juga plan nak pegi, tapi plan-plan tetap lah plan perginye idak lagi. So, impromptu sahaja, pegi lah Friday afternoon tu. Siap amik halfday. Lagipun opis kosong sebab ramai amik coti ujung tahun kan. Boss pun tarak...yeehaa!


Taarraaa....sape sangka aku akan pergi kedai ni kan. Hubby pun tak sangka bila cite dengan dia. 


Tapi harga, boleh tahan lah juga. So siapa yang biasa beli kitchen tools ni sure boleh buat comparison harga dengan kedai lain, yang maybe boleh dapat lebih murah or pilihan lagin. To me, tak biasa dengan beli-beli tools ni semua, bile nampak menarik jee, terus rasa nak beli. Tapi as advised by my fren, do a survey first, then decide. Tapi masa we all pegi tu, banyak cam dah stock takde sebab baru lepas Christmas, agaknya orang beli untuk prepare to celebrate Christmas kan. Ramekin yang warna hijau 3 biji tu harga RM15. Saya beli 2 biji. 


Macam-macam ada. Err...itu apple hiasan semata-mata. 


That's my 'partner in crime' tapi dia baik sikit sebab dia memang cuti pun. Busy looking for a silicone. I tell you kan, silicone bakeware sangat lah heaven. Macam-macam bentuk. Sangat suka. Tidak balik dengan tangan kosong yea. Beli lah satu set silicone bakeware set. Tapi lupa nak hamek gambo. Anti kalau nak buat kek baru lah nunjuk yee. 


 Kitchen towel and apron


Ramekins. Sangat-sangat comel. Harga according to sizes. The smallest size is RM31 if I'm not mistaken. But the colours so nice... 



 Ok..itu saje. Beli, tak tahu bile nak guna. Semangat kena membara kan. Berangan tu tetap..berangan kan free!

Till then folks!

Lagi pasal Icha...

Hadap kan je lah yea, cite pasal Icha. Takde benda lain aku nak cite. Ini pun blog aku kan. Iye lah, nanti dia dah besar, dia boleh baca journal ini.. journal lah sangat kann!! Carca merba dah blog ni.


Semalam tak sempat nak amik Icha as promised. Jem giler. Geram tul aku. Sampai rumah dah 7.15. Keluar off kul 5.50. Entah apa yg jem agaknye. Hubby dah amik Icha. Buka pintu, bagi salam, dia dah menerpa. Alhamdulilah, selamat aku balik rumah jumpa hubby & Icha lagi. Syukur, Ya Allah.


Belek-belek mata dia, dah kurang kemerahan tu. Lega.. tak sempat nak snap gambar. Dah tak larat dah. Janji dia sihat! Tanya-tanya dia, apa bikin kat school & nursery arini. As usual, she's saying the same thing, main & makan. Tanya-tanya dia, sape nama Teacher, siapa kawan baru Icha. Dia kata dia takde kawan. HAAA!!! Mak panik. Kenapa takde kawan, dia kata kawan-kawan boring. OMG!! Bertenang Ayu.


I went upstairs, take a shower, solat and mengaji sikit. Icha pun dah ada kat bilik dia. Main dgn toys dia. I amik colouring book dan ajak dia borak-borak & kaler-kaler buku. Sambil-sambil tu tanya how's school and makan apa tadi. Dia cite, ada budak kat nursery nak amik air dia. Icha minta air kat teacher, tapi ada budak nak amik air dia. Then, tanya apa Icha buat, bile ada kawan nak amik air Icha. Icha tendang dia.... Nak fengsann aku dengar dia explain. Ichaaa, jangan tendang kawan. Kesian dia. Icha jawab, kesian Icha nak minum air tapi dia amik air Icha.


Tolong..tolong... apa aku nak jawab ini. Mak tolong aku mak oii...cucu mak ini.



Adakah Icha bersikap over defensive? Adakah terlalu banyak tengok Ultraman? Adakah sebab dia tidak pernah ada suasana sharing, tak tahu apa itu share, tak faham apa itu share? All this while, semuanya adalah kepunyaan dia sahaja? Memang, dia x suka share. Bukan tak ajar sharing, bukan tak ajar dia semua tu. Tapi sebab selama ini, kalau kat rumah, memang dia main sorang-sorang, so tak pernah lah dia nak share dengan sape-sape pun. Kalau share pun dgn kiteorg je yang ada dlm rumah tu. Kalau dia nak main dgn jiran pun, sebab dia dah kenal.  Dia tak suka, kalau ada orang amik toys dia or anything yang dia sedang pegang or tengah main. Memang menjerit nak keluar anak tekak lah.  Salah kami ke? uhuhhuhu....

Tuesday, January 10, 2012

Pasal Icha lagii

Day 4 at school and day 6 at nursery.

I am not saying that everything went smoothly. I am not expecting that Danisha will be fit and healthy during her stay in nursery and school. But, it's too early this would be happening. I mean, in a first week of school & at nursery? She's still having mild fever, running nose, swelling and red eyes... Semalam 2nd visit to klinik, tapi doc cakap, the swelling eyes were getting better. But now, she's started to cough  pulak. Aduhai... ni lah dugaan agaknye kan. Sabar lah yea mama.

Tak nak kejadian semalam berulang, maka, hubby decided to get Danisha done kat rumah je. So this  morning, dia uruskan Danisha and akan hantar terus ke sekolah instead nursery. Kalau tak jadi kejadian mcm semalam, kalau tidak terpaksa lah aku mandikan & siapkan Danisha kat nursery. Lencun mama sebelum pegi keje. Menangis, meronta tak nak duduk kat nursery, nak ikut mama. Aduhai... Call hubby around 8.30, dia as usual selalu cool je.. kata dah siap semua, pakej makan ubat sekali. Dah hantar ke sekolah terus. Tq dear!! You are my hero..errr our hero! Semalam Doc advise bagi makan ubat pagi and buat eye drop, sebab kat nursery tak boleh buat eye drop, nanti Danisha tak nak cooperate lagi susah.

Tak sabar nak balik fetch dia. I hope, she's getting better and better. Cepat sembuh ye Danisha. Mama susah hati... Icha doakan mama & baba murah rezeki, so mama boleh berenti keje and jaga Icha full time.. kan best!!!

Monday, January 9, 2012

Fabulous Sunday, Marvelous Food


Thank you for having us. You know who you are... I am grateful for the precious time that we had spent, accompany by a delicious food and loads of laughter. 

Serabut Monday

Ni bukan lagi Monday Blues or Black Monday, dah serabut sangat ni.

Nervous tau pepagi ni, last week tak kelam kabut sebab cuti uruskan Icha. So bnyk ample time to organize everything. Tapi pagi ni memang havoc betul. I thought everything has done accordingly, baju dah iron, bags dah siapkan, every single things. Tinggal baju nak pakai, bag nak angkut je.

So this morning we had an early wake up. By time 6.30am, dah siap nak loading bag etc dlm kete, 6.50am time to go. Icha still tido. Angkat masuk dalam kete, sampai je nursery, dia dah bangun, masuk je nursery, mula lah pe'el dia. Melalak meraung tak nak pegi nursery, tak nak jadi good girl tak nak jadi princess, tak nak jadi supergirl. Segala-galanya tak nak. Nak ikut aku. Nak ikut mama. Hubby kata, dah tinggalkan dia, nanti dia elok lah sebab nampak we all depan mata dia. So we left.

We all patah balik rumah, sebab hari ini nak naik motor. Hubby nak try hantar naik motor dari rumah. Nak budget timing. Tak sedap hati, I minta hubby singgah nursery sebab nak hantar ubat Icha. Bila sampai je, dia duduk kat tgh2 living hall tu sorang-sorang, sobbing. Aduhai anak mama!! Bikin hati mama sedih! I angkat dia, mandikan dia. Pujuk dia. Tak nak pegi sekolah. Dah 2 hari dia kat rumah, naik sedap lah tu. Tengah siapkan dia, still Icha merengek-rengek. Sampai nametag dia entah tercicir kat mana. Cekal kan hati wahai mama. Kalau ikutkan hati tadi memang nak peluk je dia, pujuk dia, jangan nangis. Huhuhuhu....Ya Allah lindungi anak ku!


Icha, I know you are brilliant, smart, kind-heart, and very good girl. U know Allah love a good girl like you. Mama & baba are always by your side no matter what. You are my precious and my sun. You are everything to me. Mama & Baba always pray for you. We love you!


Sampai opis jam 8.10am, yang kesiannya hubby lah. Nak patah balik ke Kajang. Dia kata takpelah, family more important. Kesian you, dear. Masuk je opis, tengok ada bungkusan. 2 hari tak masuk opis, so tak tau ada parcel. At least, bersinar-sinar lah mata ku ini di pagi Isnin...*wink*

Sunday, January 8, 2012

Pasal Sabtu

Tajuk memang straight forward. Malas nak pikir. Penuh betul jadual. Takde lah sangat yang awesome pun!!

Hari Sabtu, 11am, jumpa Dentist Icha kat Dr Tooth, Dataran 32, PJ. Best dental clinic ini. Doctor pun baik sangat. Kalau lah time aku dulu doc best, klinik best...tak kisah nak datang klinik. We all ada bad experience with my dentist, my husband too. So we all, nekad, cari klinik yang memang kids friendly habiss lah, senang nak handle kids. Sib baik, my colleagues recommend klinik ni kan we all. Cuma jauh dari rumah. Takpe we all sanggup, asalkan, Icha tak trauma cam kiteorg ni masa kecik-kecik dulu..
Ni waiting area. 

 Dr Priya & the staff. Cantik kan Dr ni. Sangat-sangat lembut, friendly, baik sangat.. Cara dia approach budak pun lain sangat. Dia buat budak comfortable and rasa save. 


 Ni Reception counter. Cun kan, tak cam klinik gigi. More info you may click jee. Icha dapat sticker sebab bagi full cooperation kat Doc. 


Pas settle hal Icha, hubby tnya balik rumah ke?? Balik kot!! Tapi terus teringat kan pasal orang beli corningware, corelle yang terbakar kat gudang. Hubby cakap, bior lah terbakar pun, nape u nak pegi tempat tu, kalau dah terbakar, tak hancur kee. Tapi tempat nyee jauh kat Teluk Pulai, Klang. Sib baik lah hubby kata ok nak pegi. Memang jauh, call kawan tnya direction. Sebab dia dah pegi bnyk kali. Memang murah sangat-sangat sebab gudang simpan corelle, corningware, pyrex tu semua tebakar. Satu corningware size 2L boleh dapat seketul RM30, kalau yang size 1L baru RM15. Cam tak caya kan?? Vision, pyrex  pun ada. Tapi tak complete dgn tutup sebab, dah pecah-pecah. Barang-barang ni semua dari gudang simpan terbakar. Jadi tak banyak brg yang selamat. Tapi at least, kalau pandai cari memang boleh dapat yang takde cacat cela nya. So kedai ni dia ambik stok-stok tu semua letak kat kedai dia. Mcm kedai junkyard. Seriously memang tempat tu memang sangatlah buruk.Nama kedai pun takde. Tak terpkir pun tempat tu boleh jadi cam jualan gudang. Bersepah-sepah corningware, pyrex, vision, berdebu, buruk, berpasir....

 Ni contohnya... sebelum dicuci. Buruk kan.. Hitam-hitam tu melekat-lekat. Memang kotor gilee kena rendam dulu, tapi bile pas cuci jeee..
*Ting*



Tadaaa...bersih kan?? Saya beli 12 keping piring kuih corelle Kobe, 2 biji Corningware size 700ml (depan, kanan), size 2L, vision 2L, size 1L & 1.5L total = RM130 je. Tapi ada satu yang dah pecah bile sampai rumah.Please noted yee, cara packaging takde bungkus elok-eloknyee kedai tu. Huhuhu, size 1L harga RM15. Takpe lah bukan 100++. Tapi takde tutup lah, dah bnayak pecah-pecah dan sumpit. Nak cari pun dah malas. Tapiiii, dah complete dah set aku, setiap size ada 2 biji.... kotor pun kotor lah... bile dah bersihkan. Fuyooo....nyesal tak beli lebih-lebih... Hubby & Icha tunggu dlm kete. Hubby bagi masa 30 minit jeee. Apa lagi..memang bersungguh-sungguh lah cari.


Jauh-jauh datang, memang worth it. Tapi hubby kata modal tol & minyak tak include lagi. Tadi pegi Jusco, tengok sebiji-sebiji pun dah kos 100++ - 200++ each items. Masa beli kat Langkawi 3 biji Corningware pun dah cecah 300++. Nyesal pun tak beli xtra set. Huhuhuh... Tak amik gambor pula tempat tu. Tapi yang kelakar tu, jumpa sorang blogger yang rumah dia dekat sungguh dengan kedai tu. Dia pun tak tahu apa yang kedai tu jua sampai ramai org dtg. Maid dia lah bagitahu, sebab jiran sebelah rumah bagitahu. Maid dia yang suruh pegi kat kedai tu juga. Apa lagi lah sama-sama pilih... My blogger fren ni cakap, actually kedai tu pun memang selalu buat junkyard sale. Ada sekali tu buat jualan perabot jati yang reject. Tapi still in good condition. Mcm-mcm rupanya kedai tu jual. Dah 2 minggu kedai tu jual, my fren ni langsung tak amik endah....rugiinyee kan.

That's all folks my life on Saturday. Hope you had a great weekend!

Pasal Icha

Dah 4 hari Icha di nursery dan 2 hari di kindy. Baru ada masa nak cite hal dia kat kindy & daycare centre.

So far nampak dia cam ok jee. Cumaa saya yang tak happy tengok dia di nursery. Kesiann sangat budak-budak yang duduk kat nursery tu. Hati ni rasa direntap-rentap jee bile tengok Icha and the kids kumpul ramai-ramai tengok tv yang digantung kat atas dinding. Ada yang melanguk kat gate tunggu parents masing-masing datang, ada juga yang main-main sendiri. Mana yang parents dtg awal, terus muka budak-budak tu jadi happy. Tak sanggup agaknye duduk lama-lama kat nursery. Ni lah first time Icha kat nursery, all this while taken care by Ummi the babysitter. Tapi Ummi pun dah nak berenti jaga Icha and dia nak berniaga kantin dengan makcik dia pula. Lagipun, kat area rumah Ummi pun xde nearest kindy. So, banyak benda berkait-kait jadi terpaksalah Icha duduk nursery. Terdongak-dongak kepala budak ini nak tengok TV. Masa mula-mula tu terpikir juga nape paler budak-budak ni mendongak tinggi benor... 2nd day tu baru lah tahu yang ada TV rupanya. Tapi nape tinggi sangat. Not to blame the principal, maybe for safety purpose kot. Sedapkan hati ini.

Dan kesian Icha, baru 4 hari duduk nursery dah sakit mata, infection doc ckp. Mata putih belah kanan merah. Sebelah saje. Badan dia pun cam kejap panas, kejap tak. Mula-mula takde obvious sangat, tapi dah nampak dia cam lain sangat. Muka cam layu sikit. Tapi active tetap terkinje-kinjee sana sini. Jumaat malam tu, baru lah obvious sangat. Pukul 12 am pegi Klinik Az-Zaharah, Bangi. Doc cakap eyes infection je mayb sebab dia panas dalam. Takde demam, tapi badan cam hangat-hangat. Ni lah yang paling-paling merisaukan saya. Tak boleh tido dibuatnya. I wish I could do something better than this. Sabar ye Icha. Mama & baba will do something on this.

Bile tanya makan apa, buat apa, Icha cam malas nak jawab. Asyik tukar topic. Bile tanya makan apa, nasi goreng, mee goreng.. tnya buat apa kat nursery, dia kata main jee.

First day school on 5th Jan, saya & hubby hantar dia. Saya yg excited. Berdebar-debar, I am freakin nervous. Mcm-mcm pikir.


Dalam kerete nak pegi school..Dah besar rupanya awak ni ya Icha. Mcm mama baru mengandungkan awak je.  Nasib baik Icha tak meragam nak bangun pagi pegi sekolah. Cuak juga lah kalau dia buat hal, merengek or nangis tak nak bangun. W/pun tidur lmbat malam tu. 


Sampai-sampai je, semua dah beratur. Alamak we all lambat ke.... tapi rasa sampai 8.15am. Sebab Teacher kat situ kata pukul 8.15am. Sib baik ada parents yg antar anak diaorg pun lagi lambat dari we all. Semua orang pandang depan, dia je boleh senget, kepala je pandang depan. Masa ini, ada assembly, nyanyi lagu Negaraku, baca Ikrar, baca doa. Teringat kat zaman sekolah dulu..

Minggu ini takde belajar. Just orientasi je. Belajar main-main jeee. First day je Teacher dah ajar nak buat kek or kuih?? Is it relevant on the first day of school? Hubby kata, kan playschool, so sukahati lah Teacher nak buat apa kan....

Pergh...nasib baik Icha tak nangis. Memang sangatlah cuak. Kecut perut juga, sebab ada 2-3 budak yang nangis. Melarat-larat. Takut juga if Icha pun ikut sekali marhaban nangis sama-sama. Alhamdulilah dia ok jee.Lebih kurang setengah jam we all kat situ, hubby ajak balik. Biar dia sesuaikan diri kat situ. Dlm pukul 12pm, diaorg ni pun balik, tapi Icha naik van ke nursery pula. Under 1 company juga dgn the kindy ni. So transit pun tak lah jauh sangat. Dlm van ada sorang teacher to supervised the kids dlm Van. Luckily my neighbour ada hantar anak same, dia BBM kata Icha dah naik van. Lega..

Pukul 5.00 pm we all amik Icha balik. Ajak dia pegi pasar malam, happy betul. Tanya dia ok tak... dia just cakap ok jee. Alahai anak mama.

Tuesday, January 3, 2012

Ooucchh....the time has come!

Happy New Year to all of you... 3hb baru nk wish. Not to late than never kan.. May all your 2011 resolutions  has been fulfilled and year 2012 may brings prosperous, joy, good health and happiness to you and your family. 




Weekend sangat seronok & penat. Seronok sebab spend the whole weekend with my loves. Penat mengemas rumah dan buat 5S kat file-file dan beli bookrack baru tuk letak semua file-file. Dah cam opis. Dan sebenarnye 3 hari cuti tak cukup utk buat semua tu. Seriously, penat giler!!!!. Semalam rasa nak muntah tengok. Sebab, mengemas kotak-kotak yang belum dibuka sejak pindah bulan Februari. I said to my husband, i want everything settled before new year or, I will throw or bakar the kotak-kotak. Kenapa lelaki susah sangat nak settlekan barang diaorg sendiri yea?? Most of the boxes were belongs to him. Macam-macam file, buku... since his Uni time, keje lama, mcm-mcm lah. Alhamdulilah, everything was done accordingly. 


Lets move on to Icha. Today its her first day at Daycare. I'm freakin nevessss. Allah je yang tahu. Keadaan yang paling saya tak suka ialah hantar Danisha ke Daycare. Akhirnya, masa terakhir dia bersama Umi, (babysitter) has finally came. Sedihhnyee... Saya sedih sebab Umi sangat baik. Sangat sayang Danisha. Sangat cermat menjaga Danisha. Tak banyak ragam babysitter saya tu. Sangat ikhlas menjaga Danisha. Dia jiran rumah lama saya. Walaupun dia dah pindah, dah saya pun dah berpindah, tetap hantar ke rumah dia. 


Hari ini hubby hantar and I am at work. Menciiii...menciiii kena datang keje hari ini. Apa boleh buat, mencari rezeki di bumi Allah ini. Dulu masa dengan babysitter, Umi, jaga dia seorang sahaja. Rasa ngeri sebab teringat kejadian masa Danisha 4 bulan pernah duduk kat Nursery. Baru 2 bulan, macam-macam hal jadi. Yang tak boleh dilupakan sampai Danisha masuk hospital for 11 days which caused her to undergo several examination that involved several department i.e ENT, Surgeon... she's just 4 month. I dont want to tell further or to reminiscing the incident.  So now, saya cuma berharap dan berdoa, Allah lindungi Danisha. I dont have any choice, I dont have maid, my parents and family in JB. Me & hubby are working. Now, I wish that I am fulltime housewife. The only Kindy and Daycare which required no transit far from each other. Hanya selang beberapa rumah saja. Dibandingkan dengan kindy & daycare yang perlukan transit jauh dari tempat masing-masing. Insya'allah, Allah kan ada. Malam tadi kemaskan barang-barang Danisha... pukul 11.30 message my fren Cetot, tnya apa lagi barang-barang yang perlu dibawa ke Daycare.



err...buruknya tulisan aku. kena beli labelwriter lah. tulis pakai permanent marker je.




even her panties pun aku tulis nama


++++++++


Update : Just called hubby, everything ok. Mula-mula dia nmpak awkward. Tapi bile caretaker pujuk, baru dia ok. maybe sebab nampak ramai kawan-kawan. Danisha suka ramai kawan. YA Allah permudahkan lah semuanya. Tak sabar nak balikkk. Icha, mama rindu Icha.