Friday, July 31, 2009

si lunch bag gap warna pink bintang..bintang.. luv..luv..

semalam balik keje singgah midvalley looking for my fren's wedding this coming saturday. i was so upset coz, i dont have any idea what to give her since that she said she dont want anything that particular to electrical appliances. kalau tak senang saya bagi dia iron ke, kettle ke, slow cooker ke...ni pening dah ni...sambil jejalan vogue, lalu depan gap kids, masuk tengok-tengok jumpa lunch bag ni so cute, cantik dan cun lak, boleh bawa bottle susu, sekeping pampers + small towel & tissue wipes. setakat pegi dekat-dekat je boleh bawak ni deknon. lain cari lain dapat.


front


back

then, baru lah cari barang tuk member ni. beli frame gambo. tak snap lak. lupa.

jangan lupa..jangan lupa...

jangan lupa kekawan malam ini, nur kasih @ tv3, 9.00 pm


Thursday, July 30, 2009

cinta sama tunic

yang ini saya suka. seksi oooooooo

yang ini pun cantik ceria je kan.


kaler ijau ni pun cantik kan, model ini pun cantik

baby pun ada tunic tau...cantik kan..
yang ini cashmere tunic, cantik kan...
all piccas are from google.

mana nak cari? british india, east india, sommerset bay pun ada. jaspal pun ada.
marilah sama-sama memakai tunic.

icha dan bitbit putih...

hari ini hari yang ke 4 icha saya di jb. sehari 5-6 kali saya call mak tanya keadaan anak dara saya di sana. alhamdulilah tidak meragam or merengek, saya tinggalkan bekalan baju buat dia di kala hendak tido. gusar hati kenangkan dia nanti. kata mak, dia asyik berjalan 1 rumah, cuma tangga je tak pandai nak daki, kalau dah pandai sure keje naik ke tingkat atas je. alahai, dah pandai jalan anak omak tu. tapi syukur 1st step dia adalah bersama saya & babahnya, jadi kami dapat rakamkan dia pandai jalan. tapi sekarang mak kata dia dah laju menyusur segenap sudut di rumah. di rumah ada seekor rabbit putih besar belaan adik saya bernama BitBit. bile bangun pagi je sebut BitBit, bukan mama, bukan baba, tapi BitBit... tiada lain yang disebut sekarang ini hanya lah BitBit. pantang nampak pintu grill terbuka pasti nak keluar sambil sebut BitBit. BitBit juga yg ko ingat.
now her fav word is BitBit. nak masuk dalam diary agar dia dapat tengok kembali apa perkataan yang menjadi kegemaran dia. oo i miss her like crazeeee...

at 5 months

cat & raya

saya tak tahu lah kalau kamu semua merasa bagaimana saya rasa kan....ish..ayat pun dah merepek ni..pangg sekali

begini, ofis saya lately ni sedang dibaikpulih or upgrade. so most of the buildings and even the doors are being upgraded. so kelmarin, pintu di bilik air floor saya telah di cat. bile saya bau cat, mesti saya teringat kan hari raya. y? sebab mak saya suka rumah di cat setiap kali menjelang raya. katanya, dia suka tengok dinding kaler lain setiap kali raya. kalau tak cat dinding pun, mesti ada benda nak dicat, gate lah, grill lah, pintu lah, itu ini ...mesti ada...abah mmg dah faham benor perangai mak, ikutkan aje. apa motif pun tak tau! so almost setiap tahun lah kirenya rumah mak saya akan bertukar kaler, dah cam sumpah sumpit gamaknya. 2-3 hari ni jadi syahdu tak tentu pasal lah, teringat zaman kecil muda remaja masa time nak raya, cat lah umah, gate, pintu bagai lah kami adik beradik ni. so tahun ini, saya lum tanya mak saya apa warna dia nak sapu kat dinding! hubby kata sib baik saya tak ikut perangai mak saya suka cat umah tiap kali nak raya. selamat i! ''wink''

Wednesday, July 29, 2009

ajal maut ketentuan dari NYA

pagi ni suasana kampus agak suram. kenapa? semalam seorg profesor meninggal dunia di dalam biliknya. yang menyedihkan beliau meninggal seorang diri tanpa ahli keluarga di sisi. yang malangnya tiada siapa pun perasan dia telah menghembuskan nafasnya terakhir keseorangan di biliknya. memang kebiasaan profesor ini kalau waktu lunch hour, dia akan tutup lampu dan pintu biliknya untuk berehat atau sembahyang. jadi staf-staf kat fakulti tu dah faham sangat style dia. so diaorang pun pikir prof nak berehat. jam 4.00 petang, arwah sempat memberikan beberapa tugas kepada staf dia. masuk bilik semula, bilik masih bergelap hingga lah masuk magrib, tiada siapa tahu atau perasan samada dia dah balik or masih di biliknya. sebab, jam 7.00 menantu dia datang cari arwah, tapi security kata arwah dah balik, tapi disebabkan kereta arwah masih di situ, menantu musykil so security bawa dia naik ke bilik dia. bile buka pintu bilik, arwah dah kaku di tempat duduk nya, fail-fail berselerak jatuh termasuk ganggang telefon. dikatakan arwah mengalami serangan jantung. badannya dah sejuk.....
ketika menaip ni saya dah sebak. sebab minggu lepas arwah datang ke bilik saya utk memberikan buku hasil penulisannya, berborak mengenai fridge magnet yang saya kumpul kan dan dilekatkan di cpu saya, bercerita tentang pengalaman arwah ketika melancong...kemudian saya jumpa arwah lagi di cafe dan arwah mahu membayar makanan saya, tapi ditolak sebab telah dibayar terdahulu...oh....sesungguh ajal & maut hanya ALLAH yang tahu.
ajal adalah ketentuan dari ALLAH, mati itu pasti.

Al-Fatihah buat Prof Madya Dr Alias bin Mohd Yatim
Moga di cucuri rahmat ke atas rohnya dan digolongkan di kalangan orang beriman. Amin.

Monday, July 27, 2009

huhuhu


saya dah mula rindu budak kecik ni selepas keluar dari tmn rumah mak saya...mata saya dah bergenang ayak mata, hidung saya dah kembang kuncup tahan sebak...

mama miss u so much laling...cayang mama...busyuk mama..uhuhu

Wednesday, July 22, 2009

rindu..serindu...rindunya

sila baca tajuk itu seperti menyanyi ala-ala kumpulan scoin
hujung minggu ini my darling icha akan dipos ke jb sebab me sibuk dgn final exam bulan 8 ini...iya hamba ini sedang melanjutkan pelajarannya. hubby pula terlalu sibuk dgn keje-kejenya. kasihan anakku terpaksa dipos ke rumah neneknya di jb selama 3 minggu, 1st time ok berpisah dgn dia...uhuhu...hubby kata u ok ke tak jumpa dia for 3 weeks...3 weeks ok bukan 3 hari.... sedih ni sebab dah terasa akan kerinduan. apa boleh buat nak, mama kena amik juga exam ini, cepatlah mama abis belajar nanti boleh kite sama-sama tengok cd Baby Bright ini.

pic from google

mak saya berjanji akan menjaga icha sepenuh hati. dan dia amat gembira bile saya memberitahu agar icha dipos ke jb buat sementara waktu dan mak saya dah juga ayah saya begitu girang riang ria menanti kehadiran cucunya ini. uhuhuhuu....tapi mak & pak dia ni yg tak sanggup. tengok lah tu dia dah melambai kegembiraan nak balik umah nenek dia, kerana ada sepupu-sepupunya yang akan menceriakan hari-hari nya...dan juga dapat pegi baskin robin dgn cik yana yang memang berbesar hati turut hendak menjaganya...uhuhuhu...



saya akan kerinduan dengan wajahnya yg suka mengembungkan pipinya bile dia didudukan di car seat nyer.



dan ini juga gambar dia sedang melambaikan tangannya bile berada di pangkuan neneknya....uhuhuhu....


oooo tidak....boleh kah saya menhadapinya..........uhuhuhuhuhu nape bile study je ada exam, kalau setakat submit assingment/thesis je tak boleh ke pastu terus masuk sem baru...

photo of me...


its me at my desk...taken by my office's photographer and it was candid

Quote of the day

nak share quote menarik hari ini yg appear di googlemail saya setiap pagi....



i believe in the dollar. Everything i earn i spend. - joan crawford

Monday, July 20, 2009

sengal..mengal

sengalnye rasa hari ini. mengantuk kerana pulun tengok dvd dgn hubby mlm tadi hingga ke pukul 12.30 malam. hari ini rasa ngantuk teramat sangat, mungkin saya berpuasa. orang lain mungkin pulun habis puasa bulan rejab, bulan mulia ALLAH ini, saya baru terhegeh-hegeh ada balance 3 hari di bulan rejab, moga dipermudahkan lah.

itu je saya nak tulis aka taip...ngantuk sangat ni, kalau sorongkan bantal ni, mata memang tutup terlena....

Wednesday, July 15, 2009

vacuum cleaner vs romba



pics from google

entry ini dlm blog cetot & ms lola telah dibangkitkan. tetiba rasa kepingin pula. sebelum ini setakat bersihkan rumah pakai vacuum cleaner electrolux icute yang telah dihadiakan oleh pejabat saya sebagai hadiah perkahwinan, aci tak kalau saya minta ofis beli vacuum, kan lagi mudah tak lah HR pening paler nak beli apa kan. setelah 4 tahun menggunakannya, memang banyak betul jasa vacuum tu....terjumpa lak irobot romba ni ..menarik sungguh. cetot kata dlm rm2k..kalau dpt beli kat us, sure lagi murah kan. mudahnya hidup sekarang ni. pasni makin kembang lah bahagian bawah badan saya ini, bile dah ada cik romba ni kan. sure pas ni ICHA tidak lagi takut dengan bunyi vacuum lagi.

Tuesday, July 14, 2009

My Sunshine



You Are My Sunshine

You are my sunshine, my only sunshine.
You make me happy when skies are grey.
You'll never know dear, how much I love you.
Please don't take my sunshine away.

The other night dear, as I lay sleeping,
I dreamt I held you in my arms.
When I awoke dear, I was mistaken,
So I hung my head down and cried.

You are my sunshine, my only sunshine.
You make me happy when skies are grey.
You'll never know dear, how much I love you.
Please don't take my sunshine away.






p/s : mama & baba love you so much.....

Makan kat mana?

pernah tak bile nak kuar makan si suami akan bertanya, NAK MAKAN KAT MANA, then kite akan jawab tak tau lah or kat mana-mana je lah. lagi sekali si suami tanya NAK MAKAN APA, kite akan jawab tak tau lah or entah lah. kemudian si suami ni akan pergi ke tempat makan yang dirasanya sesuai or makanan kat situ tekak si suami kata sedap dan memang tiada tandingan tapi bile si isteri ni makan, terus tekak tak boleh terima, tak sedap, tempat kotor lah, bnyk kucing lah, tukang masak lambat lah, pelayan tak cekap lah...bla..bla..bla....pernah tak melalui suasana ini?? mesti pernah kan.....pagi tadi dengar di radio mix.fm and the topic was so interesting. kenapa perempuan kalau nak pegi makan tak leh nak decide....mostly the answer will be 'tak tau lah', 'tak kisahlah', kat mana-mana pun boleh', apa-apa aje lah'....dan sewaktu dengannya.

me & hubby selalu berhadapan dengan situasi begini....kesian dia. sib baik bini dia yang tersayang, agaknya kalau adik-adik dia je ke, mau dah kena herdik kan. sabar jelah. always happened when we at the mall or nak cari warung-warung yang menyajikan makanan ala-ala hotel warung 5 bintang mesti tak boleh nak decide. end up kiteorg akan pergi ke tempat makan yg sememangnya pilihan yang salah, sama ada food dia tak sedap or mahal dan tak setanding dengan harga dan tempat nye (warung especially). kesian hubby kekadang tu bile dia dah bawa tempat yg dirasakan sesuai, ada je yg tak kena kat mata saya ini, padahal sebelum nak kuar tu dia dah pesan, nanti jgn komplen pula sebab tak kisah kan nak makan kat mana. so hubby akan bawa ke tempat yang dia rasa sedap dan selesa khas buat si isteri. tapi yang saya ni memang jenis isteri tak bersyukur ada je tak kena...teruk betul lah ko ni cikayu....heheheheehheh. kesan dari kes-kes yang terdahulu, dia telah menyerahkan keputusan untuk makan di mana kepada saya. pecah kepala mak nyah, nak pikir kan tempat makan, terus rasa taubat tak moh nak pilih-pilih. tapi kalau tak memilih nanti tak berbaloi juga kan. mak redha je lah asalkan tempat bersih, tak banyak lalat, makan sedap dan bersih.......

Monday, July 13, 2009

blank, black, blur

1. dalam hidup ini, kalau kita dah set satu goal untuk dicapai tapi tidak dapat dicapai atau musnah sekelip mata selepas beberapa usaha telah dilakukan dengan sepenuh hati, haruskah kita menyesali atas kegagalan itu?
jawapannya TIDAK
mungkin ada hikmahnya yang lebih besar untuk kita di kemudian hari.

2. kalau kita ketinggalan kapal terbang untuk ke destinasi atau tempat yang telah kita rancangakan berbulan-bulan atau bertahun-tahun, adakah kita akan rasa terkilan, sedih, kecewa? jawapannya iya...memang akan rasa terkilan tetapi mungkin ada hikmahnya, mungkin kapal terbang tu tak bagus, mungkin akan terhempas ke (nauzubillah) atau mungkin tempat yang bakal dituju itu akan ada riot, ribut petir atau apa-apa aje yang kita manusia tidak mengetahuinya.

oleh itu bersabar lah, redha kan segalanya....

apa ni cikayu entry beremosi ni.....tajuk takde kena mengena...sebenarnya takde cite/modal nak kelentong korang pepagi ini. tapi ada cerita di sebalik 2 senario tu. yg pertama, memang terjadi dalam hidup saya baru-baru ini. yang kedua tu, malam tadi mimpi ketinggalan flight nak pegi mana entah lah...dlm mimpi tu saya sorang je yg tertinggal. pastu semua org dalam kapal terbang tu ketawakan saya, hampehssss. kemudian pagi ni, colleague saya cita boss dia tak dpt pegi india sebab visa tak lulus, tapi boss dia redha dan telah mengatakan ada hikmahnya (begitu tenang boss dia menerima keadaan sebegitu, walaupun melibatkan perjanjian yg bernilai tersangatlah tinggi)

kesimpulannya....jadilah manusia yang bersabar & redha...

Friday, July 10, 2009

Nur Kasih...

sib baik baca blog yati mlm ni ada cite nur kasih. last week je saya tak tengok. suka tgk watak nur amina & mak kepada aidil & adam. motherly, soft, caring...cam mak-mak kita. rindu lak kat mak...uhuhuhuhuhuhu. anyway last week saya tak tengok, tido kan icha, makanya tertido lah sekali kan. faham-faham je lah ye. so jgn lupa NUR KASIH, TV3 @ 9.oo pm

daaaaaaaaaaaa

Belanga..oh..belanga

arini lunch jauh sikit. kat belanga terletak di lg, the gardens. ada nasi dagang, nasi kerabu, mee udang, asam laksa, laksam, satay...macam-macam lagi lah. kuih pun macam-macam juga. menu saya nasi kerabu dgn daging bakar + air barli suam. daging bakar dia sedap. sepinggan nasi kerabu daging bakar, rm 11.90, kalau dengan 1/4 ayam percik sama juga harga nyer. asam laksa rm 8.90. desert sago gula melaka harga rm 2.50. mango juice rm 5.90. apa hal nya rajin letak harga sekali ni...dah cam jalan-jalan cari melaka lah kaedahnya. tapi untuk panduan u all semua yg terasa-rasa nak pegi makan kat situ ke. untuk harga menu yg lain minta maaf mak tak hafal sebab itu yg kiteorg makan tadi. dek kerana terlalu lapo sbb tak sempat nak bekpes, so tak sempat lah nak amik gambar......to rozie & nor, awat you tak ingatkan i tadi suh amik gambar??
kalau tak tau kat mana tempatnye dan macam mana foodnya, you all boleh kelik kat link ini untuk lebih lanjut...daaaaaaaaaaaaa

Thursday, July 9, 2009

jom masuk...

skrg ni shell tgh anjurkan peraduan ni, RM30,000 beb. so those yg guna shell marilah sama-sama amik peluang ini. senang je just fill up ur car with just min RM30, then you can enter the contest. soalan pun mudah amattttt....pejam mata sebelah je dah boleh jawab. mana tau terkena kali ini kan....rezeki jgn ditolak...
daaaaaaaa

Wednesday, July 8, 2009

RM 7.50 VS RM 50

ada apa dgn tajuk entry saya kali ni? meh sini nak cite...sabtu, 4 julai 2009, pagi yg indah, kami anak beranak bersiap-siap, mana lagi, nak ke klcc lah...sbb weekend tu baru start mega sale 2009. pastu nak gi isetan member sale. mmg teruja dgn discount-discount yg menarik plus as a member additional 10%. mana lah mak tak teruja. dari kul 10.30 am sampai 2.30 pm berlegar2, cuci mata dan memberikan kerosakan kepada wallet kami di klcc. setelah nafsu serakah shopping dipuaskan, maka kami pun nak balik. ni yg suspend ni, pegi autopay machine, klcc charge RM 13.50 tapi dpt 2 hrs free from isetan so just bayar rm 7.50 je. then settle, jalan ke arah kereta dgn gumbiranye kami 3 beranak. sambil membuat ulasan tentang pembelian kami pada hari itu.

masukkan icha kat car seat-checked
masuk stroller dlm bonet-checked.
masukkan belian dlm bonet-checked.

tetiba.............me : yang u ada tiket dgn u kan..
hubby : haa..eh tak lah, bukan ke u yg pegang tadi. i tak amik apa2 pun.
me : eh u ni bior betul...(sambil selongkar handgbag, dlm ati ah..sudah ilang ke?)

almost 1 hr okie...kiteorg kat situ. yg kesiannye my hubby pegi balik tpt autopay tu, cari merata kat situ, while i'm searching in/outside the car, took out the stroller, cari dlm bonet, bawah kete, dlm kete, segala tempat...pstu yg kesiaanye, my hubby selongkar tong sampah...which was full with human's spits...yerksssssss....kesian hubby. finally, we assumed that i forgot to take the ticket from the machine, i just collect the balance. apa lah yg aku fikir, mmg tak patut betul. what a careless..stupido i am.....and finally we have to pay

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


RM50 FOR THE DAMN TICKET.


omg, boleh beli baju lagi sehelai ok, jusco, the mall even the mines pun charge RM20 for the lost ticket. i nyer case management kata lost ticket tak leh nak buat appeal or nego....... tapi hubby so patience, takde marah2 dgn isteri dia yg careless dan yg sewaktu dengannye..huhuhuhuhuhuhu....seumur idup tak pernah pegi mall, bayar parking then lupa nak amik balik ticket tu...cam tak masuk akal, apa yg saya pikirkan masa tu pun tak tau lah. sepanjang dlm kete, i rasa cam tak percaya i could do that. after a few moment in silent, hubby ckp, sayang, kalau lah u jumpa tiket tu dlm beg u ke or kat mana-manalah, please jgn ckp kat i ok, u buang lah terus, jgn tunjuk kat i ok....hehaahhhahah....terus i ketawa terbahak2....sumpah i tak buat lagi cam gitu....hehehe....

so ladies out there, make sure u amik parking ticket tu pas bayar ok, jgn jadi cam i....kalau RM20 tu ok lagi lah...ni RM50....hubby kata, after dia bayar tu ada lagi sorang chinese guy muka cam bengang je..... sabo jelah. daripada RM7.50 terus jadi total : RM57.50 tuk parking di klcc. sekian....sampai sekarang i masih lagi tak percaya......uhuhuhuhu kayo lah ko klcc.

Tuesday, July 7, 2009

spiderman vs spidergirl

SPIDERMAN



presenting to you spidergirl in the making...

watch out


Monday, July 6, 2009

MALAS

saya rasa malas sangat nak update blog lately ni. hari-hari sukaria di melaka pun saya lum update dan juga gambar-gambarnya. malas sungguh. segala benda nak buat pun terasa malas sangat. nampak sangat memang pemalas. nak upload gambar dari kamera pun terasa malas sangat. makan je tak malas sebab lapo.

cuba anda kira berapa bnyk perkataan malas....jgn malas-malas, kira lah. *wink*