Sunday, January 8, 2012

Pasal Icha

Dah 4 hari Icha di nursery dan 2 hari di kindy. Baru ada masa nak cite hal dia kat kindy & daycare centre.

So far nampak dia cam ok jee. Cumaa saya yang tak happy tengok dia di nursery. Kesiann sangat budak-budak yang duduk kat nursery tu. Hati ni rasa direntap-rentap jee bile tengok Icha and the kids kumpul ramai-ramai tengok tv yang digantung kat atas dinding. Ada yang melanguk kat gate tunggu parents masing-masing datang, ada juga yang main-main sendiri. Mana yang parents dtg awal, terus muka budak-budak tu jadi happy. Tak sanggup agaknye duduk lama-lama kat nursery. Ni lah first time Icha kat nursery, all this while taken care by Ummi the babysitter. Tapi Ummi pun dah nak berenti jaga Icha and dia nak berniaga kantin dengan makcik dia pula. Lagipun, kat area rumah Ummi pun xde nearest kindy. So, banyak benda berkait-kait jadi terpaksalah Icha duduk nursery. Terdongak-dongak kepala budak ini nak tengok TV. Masa mula-mula tu terpikir juga nape paler budak-budak ni mendongak tinggi benor... 2nd day tu baru lah tahu yang ada TV rupanya. Tapi nape tinggi sangat. Not to blame the principal, maybe for safety purpose kot. Sedapkan hati ini.

Dan kesian Icha, baru 4 hari duduk nursery dah sakit mata, infection doc ckp. Mata putih belah kanan merah. Sebelah saje. Badan dia pun cam kejap panas, kejap tak. Mula-mula takde obvious sangat, tapi dah nampak dia cam lain sangat. Muka cam layu sikit. Tapi active tetap terkinje-kinjee sana sini. Jumaat malam tu, baru lah obvious sangat. Pukul 12 am pegi Klinik Az-Zaharah, Bangi. Doc cakap eyes infection je mayb sebab dia panas dalam. Takde demam, tapi badan cam hangat-hangat. Ni lah yang paling-paling merisaukan saya. Tak boleh tido dibuatnya. I wish I could do something better than this. Sabar ye Icha. Mama & baba will do something on this.

Bile tanya makan apa, buat apa, Icha cam malas nak jawab. Asyik tukar topic. Bile tanya makan apa, nasi goreng, mee goreng.. tnya buat apa kat nursery, dia kata main jee.

First day school on 5th Jan, saya & hubby hantar dia. Saya yg excited. Berdebar-debar, I am freakin nervous. Mcm-mcm pikir.


Dalam kerete nak pegi school..Dah besar rupanya awak ni ya Icha. Mcm mama baru mengandungkan awak je.  Nasib baik Icha tak meragam nak bangun pagi pegi sekolah. Cuak juga lah kalau dia buat hal, merengek or nangis tak nak bangun. W/pun tidur lmbat malam tu. 


Sampai-sampai je, semua dah beratur. Alamak we all lambat ke.... tapi rasa sampai 8.15am. Sebab Teacher kat situ kata pukul 8.15am. Sib baik ada parents yg antar anak diaorg pun lagi lambat dari we all. Semua orang pandang depan, dia je boleh senget, kepala je pandang depan. Masa ini, ada assembly, nyanyi lagu Negaraku, baca Ikrar, baca doa. Teringat kat zaman sekolah dulu..

Minggu ini takde belajar. Just orientasi je. Belajar main-main jeee. First day je Teacher dah ajar nak buat kek or kuih?? Is it relevant on the first day of school? Hubby kata, kan playschool, so sukahati lah Teacher nak buat apa kan....

Pergh...nasib baik Icha tak nangis. Memang sangatlah cuak. Kecut perut juga, sebab ada 2-3 budak yang nangis. Melarat-larat. Takut juga if Icha pun ikut sekali marhaban nangis sama-sama. Alhamdulilah dia ok jee.Lebih kurang setengah jam we all kat situ, hubby ajak balik. Biar dia sesuaikan diri kat situ. Dlm pukul 12pm, diaorg ni pun balik, tapi Icha naik van ke nursery pula. Under 1 company juga dgn the kindy ni. So transit pun tak lah jauh sangat. Dlm van ada sorang teacher to supervised the kids dlm Van. Luckily my neighbour ada hantar anak same, dia BBM kata Icha dah naik van. Lega..

Pukul 5.00 pm we all amik Icha balik. Ajak dia pegi pasar malam, happy betul. Tanya dia ok tak... dia just cakap ok jee. Alahai anak mama.

1 comments:

Ermayum said...

happy schooling Ichaaaaaaaaaaaaaaa

Post a Comment