Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Apa-apa ajelah yea....

Saya dah jadi malas nak bercerita di blog ini, selalu pergi MukaBuku untuk bersosial dan melawat blog kawan-kawan. Gosh, i miss to merepek kat blog ini. Selain mengemukkan diri dan membesarkan bahagian-bahagian badan yang tertentu, kerja-kerja di opis dan juga di rumah, mengekang masa saya untuk bersenang lenang di blog ini. Kasihan blog ini, diabaikan.

Selepas bercuti raya, start keje pastu attending open house sampai 1 hari 3-5 rumah nak kena pegi. Kalau tak pegi nanti, tuan rumah kecik hati pula dah beria-ia ajak suh datang. Pasni nak kena workout betul-betul, kesian badan. Oh! saya ada bantuan Premium Beautiful, of course, tapi saya nak capai juga berat yang bukanlah berat idaman, tapi at least angka yang agak kecik. Kena pulun habis-habisan ini.

Blog kekawan banyak cite pasal hari raya, baju raya, gambar raya....berwarna-warni, cantik-cantik pula tu. You all memang fabulous lah!!! This year, entah kenapa tak banyak gambar raya. Tak hengat langsung nak hambik. Sikit je. Gambar dengan my parents pun takde.....boleh tak? Hubby kata, dah sibuk makan, borak-borak mana nak hengat amik gambar. Apalagi kat dalam blog ini, malasnye nak upload. Pemalas betul lah aku ni...

Apa-apa pun we had fun, dalam perjalanab balik JB pula, stop over kat Holiday Villa Cherating for 1 night je. So dapatlah Danisha mandimanda kat pool hotel petang tu, walaupun kiteorg sampai dah lewat around 6.00 pm baru check-in. Nice place and peace.baru check in. si kecik & hubby tgh inspect bilik luar dalam haaa....tengok.



dah penat buat inspection, dua beranak ni mandi manda, pastu suh mak dia jadi tukang amik gambar.

The next day, sambung perjalanan balik JB.

Tahun ini warna raya kami, purple. Lepas itu, baru saya perasan, sepanjang minggu pertama raya itu, saya banyak pakai kaler purple, secara tak sengaja sebenarnya.

Itu aja cerita saya, bosankan. Takpelah, saya enjoy pula hari ini. ahahhaha....saya menutup cerita hari ini dengan
*
*
*
*
*
*
(tak larat nak buat cam LVerde buat banyak, bukan ada surprise pun)



flat shoes Carlo Rino (ala-ala cam Ferragmao kan) warna purple & baju kurung chiffon warna purple juga. Outfit saya di pejabat semalam.

Tu je...salam purple dari cikayu!! (dah mengong agaknye)

Wednesday, September 15, 2010

Raya mode, makan. Raya mode, makan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua bloggers yang dikasihi dan disayangi. Minta maaf tak sempat nak melebarkan ucapan ke setiap blog. Rasa amat terkilan tidak dapat singgah satu-satu untuk tinggalkan ucapan Raya. Ampun maaf. Baru sekarang kesempatan ada untuk buka blog ini. Nak update pun tak tercapai dek tangan. Semoga ceria menyambut lebaran. Berhati-hati ketika dalam perjalanan melawat sanak saudara. Semoga selamat tiba dan ceria beraya.

Seronok di hari raya ini, dapat berkumpul dengan family dan jumpa kawan-kawan kan. Yang paling best ialah MAKAN...dan MAKAN...dan MAKAN. Itulah yang saya buat setiap kali beraya. Rezeki dah terhidang, kang kecik hati tuan rumah pula kan. I had a blast Hari Raya both, at my MIL place and at MOM. Makan nasi minyak and nasi berempah di MIL side. Yummy betul. Di JB pula makan rendang ketupat and the best is LAKSA Johor lah babe...apa lagi, makan dengan tangan sambil menjilat jari jemari.....perggh...tu yg sodap.

Well, malam ni, Syawal ke-6 pula makan lagi di rumah my SIL. Semalam di rumah adik, buat western pula. Ok lah, selera sikit asyik mengadap rendang, ayam merah & ketupat kan.

Bulan pose ilang berkilo-kilo, dah raya, tambah berkilo-kilo lagi. Tapi ada Premium Beautiful, ok saje. Semua tercontrol. Cun dan maintain saje badan.

Ok peeps, go to go. Thats all for now, to be continued.

Salam Lebaran dari saya....

Tuesday, September 7, 2010

Hati rasa pedih, Perut rasa kecut, Jiwa meronta

SEBAB .............................tak sabar nak balik cuti. Yea..yea...yea...

Hari Raya mood is everywhere, my dear. Don't you feel it. With the raya songs everywhere. One of my favorite is from Saloma. Love that song so much. Seronok tak terkira.

How's your raya preparation...dlm FB semua cite pasal raya, blog pun sama. As for me, I go for a simple preparation as I can for Hari Raya. Yang paling excited nak balik beraya, tak kiralah rumah my in-law kat Terengganu or JB ke, to me, excitednyea sama je.


Bag dah siap packing sejak hari Sabtu lagi. Caya tak?? Tinggal nak campak masuk dalam kereta je malam ni. Yes peeps, I'm leaving tonite. According to hubby, maybe we depart before sahur around 3-4 am. That's normal to us. Everytime, hubby's turn, we all akan depart within that hour. Senang, tak banyak kereta, the road is clear, and furthermore, the toll is free. Yipppeeee.........jimat budget raya. Ha..ha..ha


We all akan stay di KT sampai raya ke-3, then balik JB pula. Tapi we will stay 1 nite kat Holiday Villa Cherating. The next day baru depart balik JB. Hubby nak rest dulu and having more quality time with me & Danisha. I luv u so much dear...............


Rumah, malam ini nak kemas apa2 yang patut, malam tadi dah settle lipat kain baju. So hari ini nak vacuum & mop lantai, buka cadar katil, apa lagi yea???? Takde apa2 yang yang baru kat rumah tu. Semua yang lama, except langsir je, tu pun baru buat 3 months before Puasa, consider langsir raya ke??? Sebab, we all akan move in to our new crib tak lama lagi. So, this year last beraya di rumah sekarang...alamak sedih pula rasa.

Lupa nk cite kat u all guys.............about my RAYA SHOES tu....I tak dapat pun cari. Pegi juga alamanda, tapi takde yang menarik hati, terus hati pun jadi tawar. Aldo ada yg berkenan tapi hubby tak approved sebab heels 3" babe.......mmg sah-sah tak boleh. Never mind. I boleh cari after Raya. Takkan nak guling-guling lak kan. Kalahkan Danisha je...hehehe


Apa lagi yea nak packing sebelum balik ni. Kuih Muih tuk in-law (checked), baju-bajuan (checked), duit raya (checked), Danisha's luggage (checked, so far dia punya paling banyak), first-aid (not yet), rasanye semua dah settle. How bout you guys....dah settle packing & kemas rumah?? Mrs. JON, jgn lupa pasang langsir, kemas rumah...u jangan panic pula yea nak raya ni...


Thursday, September 2, 2010

Ni pasal kasut punya cerita

Selepas buat CITE pasal ini, terus jari jemari ku sms hubby...

Me : Yang, boleh tak beli kasut raya?

Hubby : Boleh. Jm cari kt alamanda.

Me : (Hati dah berbunga-bunga riang ni) U pay yea...

Hubby : Boleh, if within budget

Me : Berapa budget u (dah berdebar dah ni)

Hubby : Rahsia..gi dulu le tengok.

Me : Nanti i trpilih yang ovr budget camner?? Nanti I trsuka yg over camner

Hubby : Dia tak reply pun..............


Knowing hubby, if dah RAHSIA, memang dia tetap rahsia kan. Alamanda ada kedai apa yea????

Apa lagi yang tak lengkap? Baju raya dah siap, duit raya dah siap....

Lama tak masuk sini, bersawang, berhabuk. MALAS sebenarnye!!

Memang takde masa nak jengah (alasan je tu). Banyak benda nak cerita, tapi bile nak start taip terus blank, pengsan terus ide pastu terus dah basi story-mory kalau nak update.

Sekarang ni, sana sini, sibuk cite pasal persiapan raya. Memanglah raya dah nak dekat, just around the corner, ada yang dah siap-siap cuti, ada juga yang mendirikan masjid di raya pertama. Percaya tak? Saya dah dapat pun invitation, pelik kan. Insya'allah ada kesempatan saya hadir yea. Ada yang dah siap kemas luggage, tinggal nak angkut masuk dalam kereta je. Ngalahkan anak-anak seronok nak balik kg beraya. Yang best, dapat balik kampung. This year, my hubby's turn, Terengganu. Then, 1 night stay in Kuantan, baru zaassss balik JB. Looking forward the trip. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Everything completed already, my dear? List dah checked ke? Mine, not too much to prepare this year. Here goes the list :

1. baju raya, 3 of us - checked
2. cookies for both mil & mak - checked, umah sendiri, ilek, takde, none....aku bagi kerepek jelah ye.
3. duit raya - checked
4. anto kereta service - this saturday
5. kemas rumah - this saturday
6. kasut raya?? - perlu ke, tak perlu, perlu ke tak perlu, (yang, i nak beli kasut raya boleh tak?).....errggggg
7. apa lagi yea??..........


Macam mana you all yea, apa lagi yang you all buat/prepare before balik kg beraya atau nak sediakan for raya ini...

Friday, October 16, 2009

makan sana, makan situ, makan sini, makan sinun

saturday & sunday ada 2-3 lagi invitation open house, dan ada juga kata kenduri doa selamat. kena pergi ke??? berdasarkan tapisan kami suami isteri telah dishortlistedkan. tak boleh pergi semua kerana lokasi berjauhan belaka, maaf lah tuan rumah bukan tidak sudi, tapi kalau sempat kami akan hadirkan diri. geng tilam saya a.k.a suami pun ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan jua

badan ini makin mencanak-canak naik lah ye!!



pics google

Tuesday, October 13, 2009

BILA........

perut kenyang, tepuk tangan...
perut kenyang, suka hati...

bile perut rasa kenyang, hati gembira, bile perut kenyang, tepuk tangan...



ofis buat open house...ada kambing golek, satay, nasi beriani, tauhu bakar (johor style), abc, macam-macam ada

makanya, mata cam ada gam........baru pas solat, segar sikit muka.

dan..................berat badan pasti mencanak-canak naik dengan gembiranya...tak moh tepuk tangan....menciiiiiii tau!

Tuesday, October 6, 2009

makan-makan

last saturday attend my bestfren doa selamat aka open house at kajang. my dear fren, rozie has bought a new house next to her mother's house. senangnyeeeee...best betul. lucky her. so some pics during the day. tapiiiiiiii...i was so maluuuuuu coz danisha buat perangai dia yang sangatlah sopan itu. actually tak cukup tido plus dia nak baba dia. that day, her baba was working and can't join us so just me & danisha. so penat ok, she is so lasak now; furthermore...dia nak pegi kat baba orang lain..aiyo...aiyo malu sungguh mak tau!....tak percaya, ni ada pic....
malu mama nak oi...anak-anak dia tengok je baba dia dukung awak tau danisha. in real life, memang danisha will go to her baba for cuddle and lullaby. kalaupun ngantuk sangat dia takkan buat peel sangat....kalau takde baba, dia pegi lah kat saya tuk tido or kalau nampak ada budak kecik main, she will join. entah kenapa haritu, langsung tak nak main with other kids. nak juga-juga dengan baba orang. aduhai....i stay only for 45 mins tak sanggup tengok kerenah anak sendiri. my hubby pun tak percaya that dansiha will behave like that. sungguh-sungguh tak percaya.sampai nangis-nangis nak dekat baba orang tu......
with rozie, my besfren aka partner-in-crime.......like ur new house rozie...

with my opismate aka gang

with the kids...

then malam tu my 2 besfrens since uni datang bersama family.....dengan skill memasak yang begitu tahap cipan...makanye hanya spagetti goreng and satay kajang saje yang tersedia. nak masak lebih-lebih nanti tak sedap nak kasi orang makan, kalau tak pun nanti masuk toilet kuar toilet kang.....


dapat amik gambar ini je....yang lain tak sempat coz dah borak & other some pics tu lighting settings tak cantik...i like this pic..cute. danisha & my fren;s son.

Wednesday, September 30, 2009

sabtu dan ahad

sabtu : kelas dah start balik after 1 month cuti semester. tinggal 3 sem lagi nak abis...pastu yahooooo.....

tapi...ada tapinya... kelas start at 12.30 - 6.00 pm. encik nik ada keje pula pagi itu, icha takde sape jaga, jawabnye tak pegi lah kelas. at 2.30pm kena pegi kajang, my bestfren, rozie, ada open house cum doa selamat, so me & icha je yang pegi. after magrib, 2 families, will come over to my place for beraya, they are my besfren since uni. menu : malas nak pikir, satay kajang + spagetti goreng and kuih muih. end plan for saturday.

sunday : beraya

1 located at setiawangsa, another 1 at damansara, the rest i'm not sure yet. tu pun kalau larat. coz me & encik nik tak berapa gemar balik lewat kalau keluar on sunday, sok dah nak keje. letih ooo....nak simpan tenaga untuk hari isnin.

kite hanya mampu merancang, hanya ALLAH yang tentukan....mudah-mudahan dipermudahkan dan lancar perancangan yang diaturkan. AMIN.

Tuesday, September 22, 2009

bagaimana raya anda?

***salam aidilfitri***
alhamdulilah, kita dipertemukan lagi dengan syawal yang mulia ini. raya pertama, kedua & ketiga anda bagaimana? alhamdulilah, kami sekeluarga menyambutnya dengan sederhana, yang penting dapat jumpa keluarga dan orang-orang yang tersayang....
dan yang palinggggggggggggggg pentingggggggggggggggg!!!!!!!!!
'
'
'
'
'
'
'
'
''
tiada adegan keluar masuk tandas...hahahaha. especially mr hubby..bravo...tiada lah kejadian, berebut pil chiketaun.
dan yang paling tak bestnye....lemak naik balik....uhuhuhuhuhuhuhuh
my fren once said, to gain back the weight before ramadhan only took 1 day. 1st raya je dah pulun ketupat lah, rendang, sayur lodeh, sambal goreng, sambal kacang, ayam merah, laksa johor....bla..bla.. the menu goes on...yea..yea..yea
bile dah timbang, sendiri mau ingat lah kan...
so my dear frens, enjoy your holidays and have a pleasant day....

Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya....


......kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin....

....semoga ceria menyambut syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan...

packing - mempacking

rentetan dari entry mrs noba almost 80% dah siap packing. malam ini tinggal 20% je .

1. masukkan charger handphone & camera dalam beg - ini kalau tertinggal ini, mau rasa cam nak hentak paler kat dinding pastu rasa cam nak jatuhkan diri golek-golek kat tangga umah mak .

2. botol susu, berus botol, susu dan magic cup - yang ini tak patut tinggal, kalau tinggal mmg tak patut.....mmg tak patut (tak moh kutuk diri sendiri..heheh)

3. toiletteries - ada 3 beg - saya punya, hubby punya & icha punya. icha punya je lagi besar dari kami laki bini.

3. biskut-biskut raya utk mak - ini kalau tertinggal ini, kenduri kuih kami 3 beranak selama sebulan raya.

4. duit raya - ni pun kalau tertinggal, memang tak patut. buat loan dgn abah dulu boleh??

5. brooch & butang baju raya suami - yang ini kalau takde ada penyelamat. pinjam akak or mak & abah punya. selamat lagi.

6. last sekali, tarik cadar katil, nak buka sarung bantal, nak sapu & mop umah, nak tutup gas, cek tetingkap semua, kunci grill, lipat kain baju yang dah basuh malam tadi dan lain-lain - yang ini buat berjemaah bersama-sama suami tercinta. kalau buat sorang-sorang mau pengsan saya. alamatnye masuk kereta, lum start enjin boleh membuta terus ini. maaf lah ayang, tak dapat nak teman manja-manja dalam perjalanan.



ok...itu aje list saya. anda bagaimana?






Wednesday, September 16, 2009

perkara yang paling malas nak buat..

.......ialah basuh baju baru yang dibeli especially baju ICHA. dah lah dia punya paling banyak. membeli sesuka hati, seronok je. nak mencuci ni lah yg paling malas ok. lagi 2 hari nak kemas2 balik johor. apa pula 2 hari, tinggal sehari je. malam ini nak kena cuci dah, sok mlm nak kemas beg. sempat ke nak kering kalau cuci malam ini. tu lah semalam tak nak cuci, ikut kan sangat mata ini nak membuta. kalau tak smlm dah settle semua. rasa cam nak balik sekarang je. dah lah cuaca lembab je lately ini.

satu lagi kes...hubby nyer baju melayu beli dah siap, so memang kena lah alter. lengan panjang, seluar pun labuh. baru pagi tadi dia kata kalau hantar alter boleh siap tak esok. kenapa lah baru bagitau darling oiiiiiii....saya pun terlupa. hopefully dapatlah siap esok.

mood raya dah mari..

mood ari ini mood nak raya. so keje-keje semua di pandang sebelah mata sahaja. dah tak pikir langsung nak siap kan keje bertimbun ini. tapi saya kena siapkan keje-keje ini sebelum mula bercuti hari jumaat ini. .....hubby pesan kena kuar umah before 7am sbb nak dpt disc. so nak lagi jimat, plan you journey to get this discount.

PLUS OFFERS ADDITIONAL DISCOUNTS FOR 6 DAYS DURING OFF-PEAK HOURS THIS HARI RAYA

The motoring public can expect more goodies this Hari Raya.

Class 1 highway users traveling at off-peak hours on 16, 17, 18, 22, 24 and 25 September will be able to enjoy a cumulative toll discount of almost 20 percent when they exit the PLUS and ELITE highways between 12:00 midnight until 7:00 am.

The additional 10 percent discount is given on top of the existing 10 percent discount enjoyed by Class 1 vehicles on both expressways everyday during off peak hours.

According to PLUS Expressways Chief Operating Officer, Nik Airina Nik Jaffar, “This discount which is part of the PLUS Travel Incentive program, is in line with the Minister of Works, Dato’ Shaziman Hj Abu Mansor’s call to highway concessionaires to offer incentives to highway users especially during the festive peak travel period.

“For example, a one-way journey from the Jalan Duta Toll Plaza (Kuala Lumpur) to the Juru Toll Plaza (Penang) will only cost RM35.00 if users exit the PLUS highway between 12 midnight and 7 am compared to RM43.30 during normal periods.”

Motorists are also encouraged to use the PLUSMiles Touch ‘n Go card for a smoother journey at toll plazas and to enjoy various benefits such as toll rebates, discounts and privileges at participating merchant

Monday, September 14, 2009

dah nak raya??

apa weekend buat.....

jangan tak caya saya laki bini cat rumah dari pukul 10am sampai kul 7 pm. icha tinggal kat babysitter nanti dia yg cat umah. malam lepas buka melepak laki bini. cat 1 rumah. tapi yang bestnye bau cat umah kami bau epal hijau, rasa cam nak makan je. best betul, rasa cam nak cat bilik tido, bilik air, dapur sekali lah...laki cakap jangan nak mengada. tak amik gambo pun before & after cat, sbb mandur dah bising, takut tak boleh siap sebelum buka. sudahnye tepat jam 7 pm siap semua, amik icha, singgah bazaar, beli lah apa yang patut, dah tutup dah gerai. buka lah ala kadar 3 beranak.

semalam pegi alamanda nak cari barang-barang lain. sudahnye baju anak & laki dapat. masuk aldo, takde lak berkenan, clarks? ramainye manusia. guess? takde lak berkenan, tinggi melangit semua. sudahnye balik je lah.

rasa sekejap je ramadhan nak nak abis. sediy lak. tahun ni tarawikh lingkup. sebab ada boss kecik kat rumah. dapat 1 malam je. alahai apa nak nak jadi. tadarus pun boleh dikira. kat opis ni pun sempatlah 2-3 kali baca yassin before solat zuhur. insya'allah bile boss kecik tu dah matang sikit, pinjam ayat jua , insya'allah dapat dirikan tarawikh. berjumpa lagi kah tahun hadapan ramadhan penuh berkah ini? insya'allah. moga dipanjang kan umur. segala ketentuan ALLAH adalah rahsia, manusia mampu merancang dan berdoa.

persiapan raya ala kadar....theme colour 3 beranak, merah uuuuuu...bak kata mrs noba, bnyk ong. insya'allah. sekarang ni pun dah malas nak buat keje. mood raya dah ada sikit. tak sabar nak balik jb. jumpa familia, dan juga membelek persiapan barang-barang hantaran adik saya yang akan bernikah sebulan selepas raya nanti...julie, akak nak tengok handbag gucci mu itu,...
kat rumah saya takde ayam itik kambing nak jumpa. banyak kucing jalanan dan arnab belaan adik saya yang sungguh malas sekali. oh ye, menikmati kek lapis betawi mak saya yang paling sedap. makanye, bertambahlah berat badan ku ini.

terngiang-ngiang lagu arwah sudirman, balik kampung..

Friday, September 11, 2009

seriau

lately ni dengar lagu raya rasa seriau lak....nak kata excited nak sambut raya tak de lah juga. biasa-biasa je. tapi bile dj asyik cakap, lagi berapa hari nak raya, pastu dgr lagu raya, seriau rasa...siap debar-debar lagi tu....

Wednesday, August 19, 2009

checklist hari raya...

ini entry melampau saya pada hari ini. checklist begini memang saya buat tiap-tiap tahun semenjak 4 tahun lalu, masa tu dah bergelar isteri. both me & hubby ada big family especially hubby's side. adik beradik ramai & masih study lagi, so perbelanjaan tu kena dirancang dan dibuat awal-awal untuk elakkan sebarang masalah. so memang tiap-tiap tahun kami akan buat list & budget begini. bukan apa senang nak buat budget nanti. this year paling sibuk coz after raya, kenduri adik saya pula menyusul di singapore, harus simpan duit shopping di sana. at least after during ramadhan & raya dapat lah berjimat cermat. who knows, kalau ada emergency kan. beringat sebelum terkena. how about you? dah prepare list for ramadhan & raya nanti??

1. baju raya icha, me & hubby - dah siap.
2. kuih raya - dah ode.
3. duit minyak & tol - dah siap dalam envelope.
4. duit raya - tunggu bonus
5. hadiah raya tuk both family - almost done
6. kasut raya icha - pending
7. my shoe - pending
8. hubby's shirts - pending
9. cat rumah - pending
10. tukar langsir - not this year