Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Pantry Magic

Asyik cite pasal Icha je kan lately ni. Muak pula orang kan. Kasi mama ketenangan sikit. Lets cite benda yang mama sangat suka. Friday before new year, pegi kedai ini. Berzaman juga plan nak pegi, tapi plan-plan tetap lah plan perginye idak lagi. So, impromptu sahaja, pegi lah Friday afternoon tu. Siap amik halfday. Lagipun opis kosong sebab ramai amik coti ujung tahun kan. Boss pun tarak...yeehaa!


Taarraaa....sape sangka aku akan pergi kedai ni kan. Hubby pun tak sangka bila cite dengan dia. 


Tapi harga, boleh tahan lah juga. So siapa yang biasa beli kitchen tools ni sure boleh buat comparison harga dengan kedai lain, yang maybe boleh dapat lebih murah or pilihan lagin. To me, tak biasa dengan beli-beli tools ni semua, bile nampak menarik jee, terus rasa nak beli. Tapi as advised by my fren, do a survey first, then decide. Tapi masa we all pegi tu, banyak cam dah stock takde sebab baru lepas Christmas, agaknya orang beli untuk prepare to celebrate Christmas kan. Ramekin yang warna hijau 3 biji tu harga RM15. Saya beli 2 biji. 


Macam-macam ada. Err...itu apple hiasan semata-mata. 


That's my 'partner in crime' tapi dia baik sikit sebab dia memang cuti pun. Busy looking for a silicone. I tell you kan, silicone bakeware sangat lah heaven. Macam-macam bentuk. Sangat suka. Tidak balik dengan tangan kosong yea. Beli lah satu set silicone bakeware set. Tapi lupa nak hamek gambo. Anti kalau nak buat kek baru lah nunjuk yee. 


 Kitchen towel and apron


Ramekins. Sangat-sangat comel. Harga according to sizes. The smallest size is RM31 if I'm not mistaken. But the colours so nice... 



 Ok..itu saje. Beli, tak tahu bile nak guna. Semangat kena membara kan. Berangan tu tetap..berangan kan free!

Till then folks!

Monday, January 9, 2012

Fabulous Sunday, Marvelous Food


Thank you for having us. You know who you are... I am grateful for the precious time that we had spent, accompany by a delicious food and loads of laughter. 

Monday, January 3, 2011

Bumbu Desa

Kalau buat entry dalam blog pasal makanan, actually ada kebaikannya, sebab boleh bagi idea nak makan kat mana kan....pastu sambil baca tu tersedak-sedak telan air liur kan...pastu text your hubby/boyfriend/bff to set a date semata-mata nak makan ke tempat2 yang dihajati.


**Entry ini bukan berbayar yea...saja suka-suka share dgn you all.


Untuk tahun 2010, I had been to this restaurant twice in the same month. Mana tak gemuk kan......this place called 'Bumbu Desa' the restaurant that served authentic Indonesian dishes. Cam juga restoran House of Sundanese cuma, they served Sudanesse Food kan. Setakat ini ada 2 cawangan di KL, KLCC & The Curve. I prefer KLCC nye ambience compare to The Curve. Seronok banget deh, makan di sini. For more info you can visit BUMBUDESA


Kalau you all pegi, jangan lupa order Avocado juice memang best, takde pula gambo. Sedap banget. You all boleh pilih menu through the menu book or you pegi kat counter and pilih mana-mana yang berkena di hati. I boleh recommend Gado-gado, Cumi goreng, bukan cumi jelly manis yea....cumi tu sotong, kangkong goreng, sambal udangnya sungguh delicious..ikan talapia tu u boleh pilih nak masak camner.....


Nak pilih menu dari counter pun boleh. All foods are 1/2 cook, so once you confirmed the order, then diarog akan masak or preheat je, i think.

From left : gado-gado, sambal udang
Below : Nasi putih & ayam bakar


Menarik kan nasi letak dalam belanga gini.....ni kire anak periuk kot. Kalau kat pasar malam, korang perasan tak gerai yang jual mee soup kan guna periuk jenis ni. Nanti buat kenduri or open house, guna je lah periuk ni isi nasi. Entah benda aku bebel tu agaknye....

Ada macam-macam jenis nasi, tapi yg menarik ada nasi liwet bukan nasi liwat yea. Nasi ni dihidangkan dengan ikan bilis & ikan kering. Tapi tak tergamak pula aku nak mengorder nya. Makan dgn nasi putih biasa je.



The price ikut serving. If you all makan ramai-ramai, boleh share-share. 1st time dtg we spend 300++ for 7 pax dengan lauk lebih dari 7 jenis. So kireorg makan dlm RM50 per person lah. Then 2nd time, 5 jenis lauk, around RM100++ not bad huh. Dapat jadi member lagi, next time datang dapat 20% disc. Boleh datang lagi. Memang sangat mengenyangkan. Yang penting hati happy kan. You can bring your family ke sini. Sebab makanan situ sikit lebih kurang je dengan masakan melayu.

So enjoy!

Wednesday, September 29, 2010

Kesian badan

Keje, orang, anak-anak, traffic jam, takde duit, kecewa dan banyak lagi, all that factors can lead you to stress, tension, bored, depression, hopeless and all the negative vibes that can put you at the lowest level of motivation. What would you do if you are in that level? If you're asking me, my answer is FOOD. memang mengoda iman tgk icecream ni..yummy.


sedap pula tgk ayam golek ni...

MAKAN lah solution yang paling murah dan mujarab which is, membuatkan badan semakin tembam cam nak meletup kan. Dalam paler otak macam-macam makanan nak makan nak hilangkan stress, ice-cream, frozen yogurt, cake, chocolate, anything with high sugar can put you at the calmness level. For me, yes its works. Memang best. Saya boleh hilang segala masalah. Walaupun bukan hilang, tapi cuma lupa sebentar. At least, diri berada dalam keadaan stabil, relax, berada di alam nyata, berpijak di bumi yang nyata...tidaklah kepala tu tingtong pikir masalah tak habis-habis, tak solve lagi. Betul tak kawan-kawan.



Tapi, makanan juga boleh buat kita stress juga sebab bila kita sedar yang kita dah GEMUK

Masa tu baru nak nyesal kan. Bila stress, sedap je melantak kan. Tak hengat dunia. Tak hengat org keliling, cam dunia tu ko yang punya kan. Bila dah rasa skirt or baju kurung tu dah ketat metat, baru nak salahkan diri sendiri tak beringat. Masa tu lah baru rasa diri dah tak cun & langsing cam Nasha Aziz, dah tak vogue cam Ziana Zain, masa tu lah dah rasa cam hubby dah tak sayang sebab dah gemuk kan. Pastu bile drive along the highway, nampak banner & bunting ads slimming centre dari London Weight or Slimming Sanctuary (name a few) tu tengok orang-orang dah kurus canik melentik, masa tu ko lagi tension kan. Pastu otak dah biasa train ingat makanan, terus korang ingat makanan, camner nak kurus kalau cam gitu (cakap dari pengalaman diri, ehheheh).

Oleh itu, apa kata if you all stress, saya cakap masa di ofis yea. You all akan cari makanan kan nak hilangkan stress, apa kata you all cari buah-buahan untuk melayan nafsu craving you all tu.

Cam saya ni....baru pas makan buah kiwi. (Perasan tul lah minah ni)



saya malas nak kopek, saya korek je.

Sekian, salam kiwi dari cikayu!

Friday, August 13, 2010

Beli ke masak?

Salam Ramadha wahai pembaca blog ini (kalau ada yang singgah dan baca......)

Dah masuk 3 hari berpuasa. Insya'allah mudah-mudahan mendapat keberkatan Allah s.w.t puasa yang kita jalani.

Kamu semua masak ke beli untuk berbuka? Dah 3 hari berpuasa, ini lah tajuk utama perbualan kat ofis, kat FB pun sama. Takde tajuk lain, masak ke beli? Dah 2 hari puasa, saya beli je. Baru 2 hari berpuasa, tu pun sakit paler pikir nak berbuka apa. Sampai hubby pegi bazaar lain, saya pegi bazaar lain. Adil kan, sebab dia sampai tak tahu nak berbuka apa, dan saya pun tak tahu nak makan apa. Kata sepakat kena ada deknon.....hasilnya, masing2 g cari makanan sendiri. Senang kan, mati kalau mak saya tahu. Sampai sahur esok pagi tak abis bebel agaknya.

Time bulan Ramadhan lah yang paling syok kan sebab boleh menjamu mata dengan Bazaar or Param k dengan lauk pauk mengancam tekak dan selera kan. Saya lak lum start lagi masak...Aura masak tu lum datang-datang lagi. Tengoklah weekend ni tetiba naik antu nk masak kan...tinggal kt umah tu pun berdua je....


seksi lak tengok ayam golek ni...

kuih yang mengancam.....ko pilih je lah jah..ko nak yang mana, 3 biji RM1.
gambar semua saya google je

tak leh letak gambo banyak-banyak kan ada yang campak monitor ke longkang nanti.....haaiipp jgn marah, nanti batal pose.


Thursday, July 22, 2010

Cik Ciku Manis


Saya suka buah ciku...anda suka? Selalunya, lepas makan tengahari, pasti kite cari buah tembikai ke, betik ke, mangga ke kan yang di jual di cafe or kantin kan....hari ini saya lunch di Jln Belamy, pas makan ikan bakar & sotong bakar, saya beli ciku, sebungkus RM3, 5 biji, ni sebiji saya dah makan....erm..boleh tahan gak lah hargenya...sib baik manis.

Cerita pasal ciku ini, teringat saya 9 tahun yang lepas, saya pernah bercuti ke Kepala Batas, Kedah, rumah kawan baik saya semasa di kolej. Berjalan-jalan tengok tempat orang. Nak jadikan cerita, depan umah kawan saya ini ada pokok ciku. Tengah berbuah ranum masa tu, rendang je pokoknya. Kawan saya offer petik buah ciku, ku apa lagi lah, tanpa segan silu. Tak pernah tengok pokok ciku, jakun betul. Manisnya, masya'allah. Sedap pula tu. Fresh pluck from the tree k....takde pula gambo. Mesti korang ingat saya kelentong kan...nasiblah...memang takde gambo. Saya siap panjat lagi pokok ciku ini. Kelentong lagi budak ini, Iye betul, sure korang kata saya kelentong lagi....takpelah. Memang saya cakap benar. Pergh, 1st time tu panjat pokok kat rumah orang. Mak tahu ni, sure dah kena ketis peha ini. Anak dara panjat pokok ciku....Seronok....setiap kali saya makan ciku, pasti saya teringat kawan saya nun di Kedah tu, sib baik tak jatuh pokok.



How are you kak idasked, how's ur baby boy? miss u lah .....

Wednesday, July 14, 2010

Finally, I cook......Tuna Spaghetti & Mushroom

Setelah periuk kuali belanga di gantung cantik je di dinding dapur, akhirnya saya berjaya masak Tuna Spaghetti & Mushroom mlm tadi. Gigih mak nyah..... Balik dari Gym, kul 8pm on the dot dah terpacak kat dapur. Hanya amik masa 20 minit je. Main campak-campak je, tu pun daun basil & oregano takde, yang ada cuma oregano ground je. Boleh lah, asal ada rasa. Semua barang mentah dah ada, bawang pun dah di blend siap, terima kasih hubby kerana buat stock bawang blend, i luv u lah...


Takde parmesan cheese. Lupa nak beli. Just a simple dish. Seronok sesekali dapat masak, especially bile tengok hubby bertambah. Mak kata, masaklah dengan kasih sayang....fuyoo..ayat tak leh tahan. Danisha, mood kureng pula malam tu nak makan, buat kecah aje...selalunya dia lah yg paling suka tuna spaghetti ni....

Malam ni nak masak apa??

Tuesday, June 8, 2010

Orang kata ko gemuk, ko marah

Hari ni tekak nak makan ni semua.....saya tak pregnant, err...belum lagi. Orang kata ko gemok nanti ko marah, ko kecik ati, pastu ko tension cakap depan cermin, menci tengok lemak yang nak jadi penghuni tetap.......

perggh..heaven tul dpt pekena rootbeer sekarang ni......





all pics googles

Tuesday, May 18, 2010

Camner nak K ni....

Camner nak KURUS ni. Semalam makan meatballs @ ikea. Ni pun sebab kawan belanja. Camner nak tolak.......rezeki babe. Bak kata org tua-tua, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Syukur alhamdulilah. Abis lak tu makan, tinggal sebiji tu je. Dah maksimum. Mana taknya, member gi beli sampai 10 biji, tak tertelan dek tekak. Tapi sedap punya pasal, makan je lah. gemuk kang bengang pula. Cian lak kalau terbuang, makanan tak elok dibuang-buang. Itu pesan mak saya.



Monday, May 17, 2010

Perrggghhh....camner tak K

Kalau KNV selalu menghidangkan makanan yang kadang-kadang buat saya terliuq...especially homemade. Memang takkan toleh kiri kanan punya. Tapi apa boleh buat, mak kita jauh, kita nak masak, aduhai tunggu lah weekend, tu pun belum tentu ada kat umah. Lunch hr tadi merayap kat The Mall, cari toothpaste anak dara. Pegi Cinnabon kat 1st Floor, beli Blueberry Rolls. Tapi lupa nk makan bile sampai ofis. Jadinya, minum petang saya lah dengan Hot Chocolate konon......, mamak panggil Milo O panas je.






Monday, January 4, 2010

sejak kemunculan dia...

sejak kehadiran dia,

saya belum lagi terasa hendak mendapatkan si dia
saya belum lagi teruja untuk memiliki si dia
saya belum lagi tertarik untuk menghabiskan masa bersama si dia

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

tetapi hari ini saya tidak sabar untuk menikmati si dia sepuas-puasnya........



























mungkin saya tidak pilih ayam, (dengan kiutnye cakap pilih seperti zahnita) saya akan pilih daging

tak sabar kul 5.30 pm, punah diet mak nyah..

pic goggle

Tuesday, August 25, 2009

day 4 puasa

alhamdulilah, dipanjangkan umur masuk hari ke-4 puasa. semalam masak char kuew tiow ala-ala cikayu. mabeles. 1st time buat. campak-campak apa yang patut, kelentang kelentung...siap lah. hubby buat air roselle, me teh o limau suam. meletup ok. walaupun simple, takde kuih muih terhidang, just desert green apple, we all rasa syukur rezeki yang ada. so far lum lagi jejak kan kaki ke bazaar ramahdhan. this year me & hubby are trying to save more money and keep our body slim yang membuak-buak segala lemak ini, biasa tau nak tonjol kan diri juga buat ketat baju je.
anyway, me & hubby berazam to eat more home cook food despiteof all the tempting food yang ada kat bazaar ramadhan ni. mencabar iman tau.
hari ini nak masak apa pula? kebab kot!

Tuesday, July 14, 2009

Makan kat mana?

pernah tak bile nak kuar makan si suami akan bertanya, NAK MAKAN KAT MANA, then kite akan jawab tak tau lah or kat mana-mana je lah. lagi sekali si suami tanya NAK MAKAN APA, kite akan jawab tak tau lah or entah lah. kemudian si suami ni akan pergi ke tempat makan yang dirasanya sesuai or makanan kat situ tekak si suami kata sedap dan memang tiada tandingan tapi bile si isteri ni makan, terus tekak tak boleh terima, tak sedap, tempat kotor lah, bnyk kucing lah, tukang masak lambat lah, pelayan tak cekap lah...bla..bla..bla....pernah tak melalui suasana ini?? mesti pernah kan.....pagi tadi dengar di radio mix.fm and the topic was so interesting. kenapa perempuan kalau nak pegi makan tak leh nak decide....mostly the answer will be 'tak tau lah', 'tak kisahlah', kat mana-mana pun boleh', apa-apa aje lah'....dan sewaktu dengannya.

me & hubby selalu berhadapan dengan situasi begini....kesian dia. sib baik bini dia yang tersayang, agaknya kalau adik-adik dia je ke, mau dah kena herdik kan. sabar jelah. always happened when we at the mall or nak cari warung-warung yang menyajikan makanan ala-ala hotel warung 5 bintang mesti tak boleh nak decide. end up kiteorg akan pergi ke tempat makan yg sememangnya pilihan yang salah, sama ada food dia tak sedap or mahal dan tak setanding dengan harga dan tempat nye (warung especially). kesian hubby kekadang tu bile dia dah bawa tempat yg dirasakan sesuai, ada je yg tak kena kat mata saya ini, padahal sebelum nak kuar tu dia dah pesan, nanti jgn komplen pula sebab tak kisah kan nak makan kat mana. so hubby akan bawa ke tempat yang dia rasa sedap dan selesa khas buat si isteri. tapi yang saya ni memang jenis isteri tak bersyukur ada je tak kena...teruk betul lah ko ni cikayu....heheheheehheh. kesan dari kes-kes yang terdahulu, dia telah menyerahkan keputusan untuk makan di mana kepada saya. pecah kepala mak nyah, nak pikir kan tempat makan, terus rasa taubat tak moh nak pilih-pilih. tapi kalau tak memilih nanti tak berbaloi juga kan. mak redha je lah asalkan tempat bersih, tak banyak lalat, makan sedap dan bersih.......

Thursday, June 18, 2009

hari terakhir...

tajuk cam gempak......
alhamdulilah, ari ni last ganti pose...pastu masuk rejab dah boleh pose sunat, insya'allah diizinkan ALLAH. apa nak bersantap ptg ni....panas2 gini minum ABC special sedap ni...i paling suka ABC kat food court sogo tu, tpt lain takde yg sebest kat situ.....mabeles betul. dgn aiskrim vanilla nyer...mabeles lah....main course? memandangkan tgh mengawal pemakanan beli kebab melewati ok gak...lite2 je tu. nak paste gambo? maleh lah nak letak gambo, buat terliur sendiri lak, tak leh keje nanti...pegi blog hopping semua cite pasal makan...sabar...sabar...

Tuesday, June 16, 2009

menu buka pose..

menu apa tuk berbuka ari ni ek? blur lah...tapi kalau berbuka minum air bandung ni best gak......

main course buka dgn beriani gam ni, fuyoooooo terangkat beb....eh..eh...mee rebus pun best juga lah....


apa kata mee bandung...


pic credit to pak gugu(google ler...)

tidakkkkkkkk....tu semua khayalan saja....
saya tidak dibenarkan berbuka dgn menu2 itu....hampa tul...sbb saya sedang percubaan menurunkan berat badan sambil menjaga kesihatan...uhuhuhuhuhu............smlm berbuka pun makan beehoon sup + sekeping pau + air susu sahaja.
ari ni?? biskut kering gamaknye..

Monday, June 15, 2009

hawa nafsu..

ari ni saya pose...ada 4 hari lagi...sedap tul ikan bakar tu ek?
sotong tu pun cam sedap je kan....yg sandwiches tu pun npk best....ni lah dikatakan hawa nafsu haloba....aiyo...apa mau makan..