Wednesday, January 11, 2012

Lagi pasal Icha...

Hadap kan je lah yea, cite pasal Icha. Takde benda lain aku nak cite. Ini pun blog aku kan. Iye lah, nanti dia dah besar, dia boleh baca journal ini.. journal lah sangat kann!! Carca merba dah blog ni.


Semalam tak sempat nak amik Icha as promised. Jem giler. Geram tul aku. Sampai rumah dah 7.15. Keluar off kul 5.50. Entah apa yg jem agaknye. Hubby dah amik Icha. Buka pintu, bagi salam, dia dah menerpa. Alhamdulilah, selamat aku balik rumah jumpa hubby & Icha lagi. Syukur, Ya Allah.


Belek-belek mata dia, dah kurang kemerahan tu. Lega.. tak sempat nak snap gambar. Dah tak larat dah. Janji dia sihat! Tanya-tanya dia, apa bikin kat school & nursery arini. As usual, she's saying the same thing, main & makan. Tanya-tanya dia, sape nama Teacher, siapa kawan baru Icha. Dia kata dia takde kawan. HAAA!!! Mak panik. Kenapa takde kawan, dia kata kawan-kawan boring. OMG!! Bertenang Ayu.


I went upstairs, take a shower, solat and mengaji sikit. Icha pun dah ada kat bilik dia. Main dgn toys dia. I amik colouring book dan ajak dia borak-borak & kaler-kaler buku. Sambil-sambil tu tanya how's school and makan apa tadi. Dia cite, ada budak kat nursery nak amik air dia. Icha minta air kat teacher, tapi ada budak nak amik air dia. Then, tanya apa Icha buat, bile ada kawan nak amik air Icha. Icha tendang dia.... Nak fengsann aku dengar dia explain. Ichaaa, jangan tendang kawan. Kesian dia. Icha jawab, kesian Icha nak minum air tapi dia amik air Icha.


Tolong..tolong... apa aku nak jawab ini. Mak tolong aku mak oii...cucu mak ini.



Adakah Icha bersikap over defensive? Adakah terlalu banyak tengok Ultraman? Adakah sebab dia tidak pernah ada suasana sharing, tak tahu apa itu share, tak faham apa itu share? All this while, semuanya adalah kepunyaan dia sahaja? Memang, dia x suka share. Bukan tak ajar sharing, bukan tak ajar dia semua tu. Tapi sebab selama ini, kalau kat rumah, memang dia main sorang-sorang, so tak pernah lah dia nak share dengan sape-sape pun. Kalau share pun dgn kiteorg je yang ada dlm rumah tu. Kalau dia nak main dgn jiran pun, sebab dia dah kenal.  Dia tak suka, kalau ada orang amik toys dia or anything yang dia sedang pegang or tengah main. Memang menjerit nak keluar anak tekak lah.  Salah kami ke? uhuhhuhu....

2 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

huhuhu...lasak jugak Icha ni. Ery pun mcm Icha, toys apa semua x mau share, event dgn abg dia sendiri. tp abg dia ok, nak aja sharing

CiKaYu said...

Joy,

heheheh... tu lah pasal. malu i.

Post a Comment