Showing posts with label new house. Show all posts
Showing posts with label new house. Show all posts

Monday, May 3, 2010

Ke mana kami pergi....

...hujung minggu yang lepas?


Sabtu, 1 Mei...Labor Day,


Ke Homedec di KLCC. 1st time pegi, so do not know what to expect...hubby dah pernah pergi, so basically dia tahu apa yang ada di sana. Ramai manusia, maklumlah Labour Day, so reramai lah tuju ke sana. Tujuan ke sana, nak survey quotation for kitchen kabinet, wardrobe, and any other things for our house-to-move-in-soon. Lama lagi, actually, next year in June, insya'allah. Kami just survey saja apa yang patut, dan at least tahulah apa yang perlu dibuat before nak masuk rumah. Its not we dont have any experience at all, masa memula masuk rumah yang sekarang kami tinggal pun, just pasang kitchen kabinet, grill, cat dinding.............itu je. Simple sangat. Takde plaster ceiling pun. Takde deco-deco pun. So this time, rumah baru nanti, teringin juga lah nak pasang plaster ceiling dan nak deco-deco sikit lah. Banyak lah yang menarik, especially electrical item. Pastu terjebak beli Pore Cleanser, Panasonic, harga RM179.00... dah lama nak beli. Sebab saya tak suka remove black/whitehead guna yg typical batang besi. Lagi satu sebab, masa nak gi buat facial sangatlah limited ok. Sebulan sekali pun susah. Jadinya, mana sempat buat lah kat rumah. Tapi, secara tak professionalnya, memang lah tak puas hati kan. So, nak cantik punya pasal, maka terjebak lah beli bendalah ni. Belum kesempatan guna lagi. So akan digunakan weekend ni dan full review akan dimaklumkan kelak. Kannnn...benda yang takde dalam list, beli. Ni lah pompuan cam saya ni. Tak disiplin langsung kalau membeli. Janji happy...



So, sepanjang lawatan ke Homedec adalah a few things yang telah kami dapat kumpulkan, brochure, quotation dan macam-macam lagi. Tinggal nak finalize je, yang penting ikut budget kami. Berasap juga telinga tengok budget keseluruhan nak pindah rumah ni. Berbeza betul masuk rumah kecik ke rumah besar.


Last but not least, hubby beli bantal Getha....satu untuk dia, Baby's pillow untuk danisha. Boleh tahan mahal juga bantal Getha ni tapi disebabkan hubby ada neck problem nak tak nak dia kena beli. The next morning he comment, best lah, bangun tak rasa sebam kepala. Saya cakap, pyscho je kot, sbb beli mahal kan. Dia kata, eh tak lah, mmg bangun rasa leher ok je. Ok dear, i hope it will satisfied your purchase. But for Danisha, dia tak suka pula, nak tido cari bantal biasa juga. Tak pelah nak, boleh bagi kan bakal adik awak nanti, insya'allah. Amin.




Ahad, 2 Mei....


Petang Ahad, ke Midvalley, tujuan ke sana nak cari ini,




.......tapi tak berkenan pula di Toys'R Us. Yang ada lebih kepada umur 3-4 yrs. Tujuannya agar dia tidak mengapa-apakan notebook usang kami. Pantang nampak kami guna, mula lah dia yang sibuk, cam dia yang banyak keje pula. So end up, tak beli apa-apa pun untuk Danisha. Nanti cari yang lain ye sayang.....sib baik dia tidak merajuk, mood ok, cool & relax pula masa tu. lega kami. tapi muka boring lah kan.





Solat magrib, cari beg deuter hubby di jusco, dah jumpa terus amik snack di SweetChat pastu balik....tapi before that, kelengkapan dirisendiri yang dibeli oleh hubby harus ada,....thank you ye sayang...




sekian.....

Monday, April 5, 2010

Sofa ooo sofa...

Semalam, Ahad (4/4), hubby ajak pegi cari sofa. Tujuan cari sofa bukan nak mengganti sofa yang ada kat rumah, tapi nak cari sofa untuk rumah baru kami....pasal rumah nanti i cerita ok. Tapi skrg nak cite pasal sofa. Semalam 2 kedai je kiteorg pegi jengah. Lorenzo, Jusco Balakong & in-Home Design di Bdr Tun Hussein Onn. Kedua-dua kedai ni memang ada sofa yang menarik mata, hati, jiwa, bontot (sebab nak duduk kan) dan duit dalam poket kami ini. Hubby mmg suka sofa di in-Home, tapi saya suka di Lorenzo.

Bezanya, design dia Lorenzo lebih classy + modern + elegance...sungguh menepati citarasa saya. Tapi full leather, and of course costnya juga 'classy' ok. Di in-Home, design tak lah sangat menepati citarasa, tapi waduh, bontot amat suka sekali.. Rasa terbuai-buai mimpi di alam Alice in Wonderland bile melabuhkan punggungnya. Hubby suka sangat. Harga? Lebih murah, (takde lah murah sangat dari lorenzo, beberapa ratus je bezanya) tapi 1/2 leather. Siap hubby baring-baring atas sofa tu, terus dia dah jatuh cinta. But, I kinda dont like the design. Terlalu biasa, simple and cam boring pula. Walaupun boleh tukar warna kulit, bila mata tengok tak terus turun ke hati, buat camner sekalipun tetap kata tak suka kan. Dalam memilih sofa ni, memang ada sedikit tiada persamaan between us. Ada je tak kena. Tapi, what I love most my hubby, finally dia akan mengalah jua...yippiee....Luv u dear. But, we haven't decided yet, which sofa menjadi pilihan hati. Masih lagi di tahap survey.....I do have some preferences here.....please ada sesiapa yang tahu mana saya boleh mencari design seakan-akan sofa-sofa ini.... i came across to this website semua design dalam web ni cantik banget. harga, berdentum murah ok, of course lah bukan M'sia. overc. mmg murah lah deknon.

dramatic kan kalau saya letak kaler ini. tapi saya suka.....

biarpun cam lari konsep kemodenan, tapi saya mungkin tetap akan beli sofa ini kelak, sebab saya suka keklasikan bentuknya...ko ni macam-macam lah, kejap nak moden, kejap nak klasik....

elegan kan sofa ini, and i love the colour too..design, sama cam kaler merah tu. cantik lak aku tengok sofa merah tu.
yang ini sweet sangat. ada lining hitam. cantik....i rasa cam sehelai dress yang menawan. ada banyak kaler tau..

yang ini, saya suka pattern & colour. apa juga small pillow boleh masuk. saya dah bayangkan warna merah & hitam. menawan kan. suka lah...

yang ini, classy yet elegant...
yang ni mmg modern yet sophisticated. sofa yang kat lorenzo tu lebih kurang design ini. tapi full leather.

Full leather maksudnya, setiap perincian, adalah disarung dengan kulit, tiada campuran PVC atau material lain. Manakalan Half-leather, lebih murah, sebab hanya bahagian tempat duduk dan armrest sahaja leather, yang lain-lain tu adalah campuran dengan PVC. Sebab itu lebih murah.

mana satu pilihan anda? anda suka yang mana?