Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

No Idea

Bebelan hari ini tak tahu nak cita apa. Seriously, i have no idea at all.


*pic google*


Just me, lately, i was in a fragile state. i feel vulnerable. I dont know y. The longer i think about it, the more I feel sad. Probably what happend is not planned as we wanted. ALLAH maha mengetahui. I just hope for a blessing from ALLAH. I pray hard for ALLAH to granted me with what I'am waiting for. I always say to myself that, the time has not come yet, bersabarlah yea.

Saya pernah berbincang dengan seseorang yang arif mengenai hal ini. Bile kita berada di dalam keadaan yang murung, sedih atau kecewa. Itu adalah mainan perasaan dan syaitan suka dan gembira melihat anak-anak ADAM & HAWA berada dalam keadaan sebegini kerana mudah bagi syaitan untuk membisikan hasutan-hasutan untuk menyesatkan manusia yang boleh membinasakan manusia itu sendiri yang sanggup bertindak bodoh. Janganlah sesekali tewas di tangan syaitan, bila terasa diri berkeadaan sedih, cecepat beristigfar dan ingat ALLAH. Dengan ingat terhadap ALLAH, syaitan dan iblis akan terus menjadi marah dan pergi dari hati kita yang sedang murung dan sedih. Kekuatan diri dan iman seseorang itu adalah terletak di hatinya.

Kalau kita gagal mengawal 'hati' dan gagal untuk mengawal emosi, tu yang banyak bunuh diri dan buat perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH s.w.t. Dorongan dari kata-kata orang lain yang berbaur hasutan atau kejian juga punca kerosakan diri. Manusia memang ada bermacam perangai. Dengar kata hati, nak dengar yang baik atau buruk. Kalau nak dengar yang buruk,mendengar fitnah manusia, maka rosak dan binasalah diri kan. Sebagai kawan atau keluarga, sanggupkah melihat teman itu merana dan rosak?? Ada yang sanggup biarkan teman itu binasa kan. Sampai ati ....

Di dalam doa harian selepas solat, adalah digalakkan berdoa agak hati dipelihara dari kegelapan dan kemurungan. Dipelihara hati dari menjadi hitam akibat dengki dan iri hati. Dipeliharalah hati agar sentiasa terang, ikhlas dan tenang.

Saya bukan bijak pandai, tapi itu adalah hasil dari pembelajaran dan pengetahuanyang saya ingin kongsi di sini. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan dan sentiada dalam keredhaan ALLAH.

Wednesday, January 13, 2010

APAKAH??

bukan mudah nak buat keputusan ini, tapi kalau hati dah sepakat dengan jiwa, minda dah kata YA. keputusan tetap perlu di ambil. tidak mudah bagi saya. dengan kata-kata negatif dari orang SEKELILING, kadang-kadang buat hati was-was, kaki rasa bergetar, tangan rasa mengeletar. tapi saya pasti rezeki ada di mana-mana dan rezeki itu milik ALLAH. cuma hati dan jiwa sahaja yang perlu ada kekuatan DAN keberkatan ALLAH adalah paling penting.
semoga berjaya!

Tuesday, September 15, 2009

bayar lah dulu

bulan ini i bet semua company mesti bagi gaji awal. mana-mana company yang bermurah hati tu akan bagi sekali bonus hari raya. bertuahnya badan. mana yang takde bonus tu cam company saya ini, for the 1st time ever, tak bagi bonus hari raya, katanye nak tukar trend, nak bagi masa nak buka sekolah nanti. keciwa hati. takpelah belanja untuk anak sekolah lagi penting.
ringan sikit beban untuk belanja buka sekolah nanti.

hari ini gaji dah masuk. so apa lagi bayarlah hutang piutang sebelum raya. nanti terover spend. sape yang susah. diri sendiri susah juga.

Thursday, September 10, 2009

apasal jadi macam ini

sejak menjak ini, after sahur, mesti nak sambung tido balik, 10 min pun jadi lah. sejak awal ramadhan, saya memang tidak makan nasi langsung or amik yg berat-berat, just a water or kurma will do. sometimes just a juice or cereal. pastu buat lah benda lain, sama ada baca buku or kemas umah sikit sementara tunggu nak masuk subuh.
tapi lately ni lepas sahur, tengok jam, ada lagi 3o minit tuk siap2 keje, mesti sambung tido dulu, geram pula tengok boss kecik kat umah sedap je tido berselimut atas katil, tak boleh jadi ni, kena join gak boss kecik itu tido, sapa lagi icha lah.......adalah elok bertadarus ke kan, siap2 tunggu subuh di atas sejadah ke kan...memang loghat betul lah pe'el ni lately ni. dah nak akhir-akhir ni lah jadi pemalas sistem badan ini, patutnya di akhir ramadhan ni lah kite bersemangat dan berebut-rebut mencari keredhaan ALLAH s.w.t. insya'allah bersama-samalah kita menjadikan Ramadhan yang paling terbaik di dalam hidup kita.
ustazah dah mai dah.....




picture : google lah apa lagi..


p/s : buka apa hari ini??

Wednesday, August 19, 2009

anda bagaimana...

kadang-kadang saya ada banyak perkara ingin ditulis di sini, tapi tak terbuat. tatkala hendak memulakan curahan, blank, blur, entah apa-apa dlm paler otak ni. tetiba, eh baju lum jemur lah, eh air dah masak ke lum tadi, nak ambil baju dari dobi, alamak nak keluarkan ayam tuk direbus lah, dan lagi, dan lagi....terus tutup lappy, buat lah benda yg diingat dlm paler otak. amazing kan kite as a wife and mother. ALLAH kurniakan wanita pelbagai keistimewaan. tenaga yang tidah pernah berkurangan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, dan juga pekerja, malah sebagai hamba ALLAH untuk beribadah. syukur tidak terkira di atas keberkatan dan kesejahteraan yang dikurniakan.

saya jenis sensitif dengan perkara-perkara yang melibatkan penderitaan wanita atau anak-anak kecil. cepat sungguh hati terguris...boleh terbawa-bawa, hingga hubby kata hormon emosi terlebih kuat.. wat to do ur dearly wife ni sensitif org nya. dah memang lumrah hati seorang wanita cepat terguris, terasa hati, cepat kasihan, cepat cair, yang boleh menangis tak pasal-pasal pun ada juga. hati wanita lembut. hati wanita penyayang. tapi bile dikhianati sepanjang hidup akan terus terpendam dlm hati. menjadikan pendendam, pembenci. itu lah hati wanita. anda bagaimana?

Wednesday, July 29, 2009

ajal maut ketentuan dari NYA

pagi ni suasana kampus agak suram. kenapa? semalam seorg profesor meninggal dunia di dalam biliknya. yang menyedihkan beliau meninggal seorang diri tanpa ahli keluarga di sisi. yang malangnya tiada siapa pun perasan dia telah menghembuskan nafasnya terakhir keseorangan di biliknya. memang kebiasaan profesor ini kalau waktu lunch hour, dia akan tutup lampu dan pintu biliknya untuk berehat atau sembahyang. jadi staf-staf kat fakulti tu dah faham sangat style dia. so diaorang pun pikir prof nak berehat. jam 4.00 petang, arwah sempat memberikan beberapa tugas kepada staf dia. masuk bilik semula, bilik masih bergelap hingga lah masuk magrib, tiada siapa tahu atau perasan samada dia dah balik or masih di biliknya. sebab, jam 7.00 menantu dia datang cari arwah, tapi security kata arwah dah balik, tapi disebabkan kereta arwah masih di situ, menantu musykil so security bawa dia naik ke bilik dia. bile buka pintu bilik, arwah dah kaku di tempat duduk nya, fail-fail berselerak jatuh termasuk ganggang telefon. dikatakan arwah mengalami serangan jantung. badannya dah sejuk.....
ketika menaip ni saya dah sebak. sebab minggu lepas arwah datang ke bilik saya utk memberikan buku hasil penulisannya, berborak mengenai fridge magnet yang saya kumpul kan dan dilekatkan di cpu saya, bercerita tentang pengalaman arwah ketika melancong...kemudian saya jumpa arwah lagi di cafe dan arwah mahu membayar makanan saya, tapi ditolak sebab telah dibayar terdahulu...oh....sesungguh ajal & maut hanya ALLAH yang tahu.
ajal adalah ketentuan dari ALLAH, mati itu pasti.

Al-Fatihah buat Prof Madya Dr Alias bin Mohd Yatim
Moga di cucuri rahmat ke atas rohnya dan digolongkan di kalangan orang beriman. Amin.

Wednesday, July 22, 2009

photo of me...


its me at my desk...taken by my office's photographer and it was candid

Monday, July 13, 2009

blank, black, blur

1. dalam hidup ini, kalau kita dah set satu goal untuk dicapai tapi tidak dapat dicapai atau musnah sekelip mata selepas beberapa usaha telah dilakukan dengan sepenuh hati, haruskah kita menyesali atas kegagalan itu?
jawapannya TIDAK
mungkin ada hikmahnya yang lebih besar untuk kita di kemudian hari.

2. kalau kita ketinggalan kapal terbang untuk ke destinasi atau tempat yang telah kita rancangakan berbulan-bulan atau bertahun-tahun, adakah kita akan rasa terkilan, sedih, kecewa? jawapannya iya...memang akan rasa terkilan tetapi mungkin ada hikmahnya, mungkin kapal terbang tu tak bagus, mungkin akan terhempas ke (nauzubillah) atau mungkin tempat yang bakal dituju itu akan ada riot, ribut petir atau apa-apa aje yang kita manusia tidak mengetahuinya.

oleh itu bersabar lah, redha kan segalanya....

apa ni cikayu entry beremosi ni.....tajuk takde kena mengena...sebenarnya takde cite/modal nak kelentong korang pepagi ini. tapi ada cerita di sebalik 2 senario tu. yg pertama, memang terjadi dalam hidup saya baru-baru ini. yang kedua tu, malam tadi mimpi ketinggalan flight nak pegi mana entah lah...dlm mimpi tu saya sorang je yg tertinggal. pastu semua org dalam kapal terbang tu ketawakan saya, hampehssss. kemudian pagi ni, colleague saya cita boss dia tak dpt pegi india sebab visa tak lulus, tapi boss dia redha dan telah mengatakan ada hikmahnya (begitu tenang boss dia menerima keadaan sebegitu, walaupun melibatkan perjanjian yg bernilai tersangatlah tinggi)

kesimpulannya....jadilah manusia yang bersabar & redha...

Friday, July 10, 2009

Nur Kasih...

sib baik baca blog yati mlm ni ada cite nur kasih. last week je saya tak tengok. suka tgk watak nur amina & mak kepada aidil & adam. motherly, soft, caring...cam mak-mak kita. rindu lak kat mak...uhuhuhuhuhuhu. anyway last week saya tak tengok, tido kan icha, makanya tertido lah sekali kan. faham-faham je lah ye. so jgn lupa NUR KASIH, TV3 @ 9.oo pm

daaaaaaaaaaaa

Monday, July 6, 2009

MALAS

saya rasa malas sangat nak update blog lately ni. hari-hari sukaria di melaka pun saya lum update dan juga gambar-gambarnya. malas sungguh. segala benda nak buat pun terasa malas sangat. nampak sangat memang pemalas. nak upload gambar dari kamera pun terasa malas sangat. makan je tak malas sebab lapo.

cuba anda kira berapa bnyk perkataan malas....jgn malas-malas, kira lah. *wink*

Saturday, June 27, 2009

berpergian...

hari ini, esok dan lusa saya akan berada di bekas tanah jajahan portugis
....meredah jalan raya mencari ikan bakar dan asam pedas terhebat di negeri hang tuah itu
...bukan itu sahaja saya pastikan kaki menjejak ke jonker walk melihat keindahan jualan yang dikatakan meriah dan murah.
tapi....
pagi ini pukul 3.45 am dah bangun...percaya tak, saya sendiri pun tak percaya.... bukan sebab excited...tapi sebab bag tak pack lagi, baju sebakul tak basuh lagi, dapur tak berkemas..............mak kalau nak gi memana walaupun tinggalkan umah 2 malam je mmg tak sah tak kemas umah....tak syok ooo...kalau kite balik umah after kepenatan berpergian sure masuk umah mata nak kena sedap tgk umah kemas je.....pasti masuk je kete...terus aku membuta ni...icha kan ku letakkan di kerusi co-pilot..ko layan lah baba bawa kete ye, mama nak bayar utang bangun kul 3.45 am...agaknye anak aku pasti jawab, sapa suruh bangun pagi sangat mama...
adios........

Wednesday, June 24, 2009

ada ke patut.........

kejadian ini terjadi pada petang tadi dlm kul 6.00pm di jln sg besi. ujan tgh lebat & kete tgh banyak almaklum org baru balik keje. tgh layan blues dlm kete sambil dgr radio ( tak hengat lagu apa) tetiba ada teksi nak cantas kete aku......terperanjat gile dan spontan tekan hon....mmg semangkuk, eh rasa lebih semangkuk lah menyumpah teksi tu....u all guys nk tau apa jadi, teksi tu berhenti tgh2 jln raya tu yg tgh sesak & ujan, bukak tingkap pintu, kuarkan paler, boleh tak menunjukkan isyarat lucah?? bukan middle finger tau, yg satu lagi tu, pastu yg bestnye kelakar pun ada, entah apa dia bebel aku pun tak tau, yg saya nampak, dia terjerit2 sambil tunjuk isyarat lucah tu. yg saya dlm kete, just tgk sambil tunjuk isyarat 'jalan lah'.....tak leh nak explain lah...korang bayangkan lah sendiri. apa saya rasa masa tu?? saya tak rasa takut lak, tapi ada sikit nervous, mungkin sebab dia ada dlm kereta kot. imagine kalau masa tu bukan dlm keadaan jam & tk bnyk kete...mau mak pecut blah. amik no plate kereta for further reference. mmg tak patut tul mamat tu buat cam gitu...dah salah sendiri, tak bagi signal langsung. tau2 nak hemtam org....sorry ye if ada sedara mara, sepupu sepapat ke, ipar duai ke yg ada kena mengena dgn taxi ni, pengalaman saya lah kan, most taxi drivers tak de kesopanan & kesusilaan. tak bagi signal, suka overtake sesuka hati, macam2 lagi lah....tu xperience saya, tiada kena mengena dgn sesiapa pun.....ampun maaf ye.

Tuesday, June 16, 2009

keguguran

bile baca entry Ms Lola, teringat my niece (my sis's doter). nama dia anis izzati, baru 7 tahun, ayah dia adalah perokok tapi tak heavy, satu hari, ketika saya, mak budak ni and ayah dia sedang breakfast di rumah saya (kejadian ini berlaku 2 minggu lepas, ketika mereka bercuti di rumah saya).

anis : mak, apa makna keguguran?

akak saya : keguguran? (tersedak jap, tgh makan nasi lemak. dia tak bagi makna, tapi akak saya bagi contoh ayat...konfiden je bile jawab) bile musim hujan, buah mangga itu jatuh keguguran (abis konfiden jawab tu)

kemudian dia dtg kembali, menunjukkan kotak rokok yg ada gambar2 menakutkan kesan akibat menghisap rokok, keguguran bayi, jantung berlubang...macam-macam lagi lah. kalau u all ada pernah nampak lah kotak rokok, hari tu adalah 1st time saya tgk kotak rokok tu brand dunhil rasanye kot. dgn pertanyaan ......

anis : cam dlm gambar kat kotak ni ke mak?

akak saya terus tergamam, abg ipar saya dah ketawa...saya pun bagi lah sedas....jawab jgn tak jawab...

moral of the story, kanak-kanak sungguh mulus hati mereka......

Friday, June 12, 2009

terasa naked??

ha...ha...jgn pikir lain lak tgk tajuk tu....arini kelam kabut ala2 tazmania, hasilnya lupa nak pakai cincin...terasa jari jemari ku yg runcing gemuk ini kebo*gelan.

thank god is friday..."ho..ho.."

Thursday, June 11, 2009

kemalasan..

pernah tak rasa malas tahap dewa sampai nak jawab phone pun tak larat? pernah tak rasa malas sampai nak senyum kat kawan, tea lady, despatch, client pun rasa malas...tapi senyum pada boss exceptional penting tuk appraisal akhir tahu, kena buat muka manis walaupun kena marah...(harus pura2 ni) aduhai apalah virus ni menyerang hari ini tatkala bnyk benda haru dibereskan.....saya tahu kenapa...sbb hari ini boss cuti....sbb tu malas...dari pagi bloghopping je...seronoknye hari ini....

Wednesday, June 10, 2009

Lucky Draw

Saya sunguh bertuah pada 06/06/2009. Dlm hidup saya baru 2 kali mendapat cabutan bertuah. Bertuah sungguh saya ini..Pertama kali dpt rice cooker family day gak tu pun tahun 2005 kot...kali kedua tahun ini, dari family day juga...ok lah tu dek non, dari takde kan..apa hadiahnye? 2 day 1 night stay in Berjaya Hotel. ok lah tu sape nak bagi kan. ...walaupun setakat kat KL je. tak sampai pun 20 min dari rumah kat situ...sekangkang kera je
ini juga bersempena harijadi my girl, Icha yg setahun..ho.ho.ho...rezeki kau lah anak. Amin. saya tak beri apa2 hadiah pun pada Icha, tapi babah dia hadiahkan sekalung rantai emas & loket huruf D, for Danisha. kesian Icha, no candle, no cake, no ballons, no party for her...kiteorg terlalu bz, tak sempat nak plan for her birthday, then my husbad kata kite pegi lunch je lah kat chilies, the next day. maybe birthday dia yg ke 2 or 3 kot, insya'allah....sabar ye sayang...

apasalah malas gile ari ni..