Afternoon peeps!
Story mory arini berkisar pencarian nursery untuk Danisha.
Dah pindah selama 2 bulan. Masih lagi berulang alik hantar ke rumah babysitter, Umi di Cheras. Perjalanan dari Saujana Impian ke Cheras dlm 15 minit. Itu kalau tak jam mengarut, tak terserempak dengan parents sibuk nak anto anak-anak pegi sekolah. Itu kalau tak hujan, kereta-kereta dipandu perlahan. Tempoh 15 minit untuk tempoh perjalanan yang clear. Tapi bukan aku yang hantar pun, Hubby yang tiap-tiap pagi hantar-amik Danisha sebab dia keje kat Jalan Reko, tak jauh mana pun. Dia masuk keje pun kul 8.30 am. Sempat nak hantar Danisha.
Hubby & aku mula pikir nak hantar Danisha pegi nursery di kawasan rumah. Dekat dengan rumah. Mengurangkan risiko di atas perjalanan pegi dan balik, katanya. Alasan aku, nak perpare new environment untuk Danisha bila dia enroll kindergarten nanti. To develop confidence level, self-esteem and to meet new friends. Jumpa new girls kat nurser. At least, know how to play with dolls. Sebab sekarang ni Danisha asyik main dgn boys je sebab anak-anak Umi pun semua boys kan. Main dgn kiteorg pun agak kasar. Yang dia kenal Ben-10, Superman, Spiderman, Ultarama....kalau pegi Toy's R us takde lain yang dia nak, melainkan mainan org jantan. Puas tunjuk dia Barbie lah, mainan budak-budak pompuan, harem dia mahu nya. Kalau pegi kedai buku, buku-buku stickers Spiderman, Batman tak kiralah asal kan ada bunyi -Man kat belakang tu, yang itu lah yang dia nak.
So we have decided to search for a nearest nursery for Danisha. Tapi berat hati nak hantar dia ke nursery. Sebab, Umi sangat-sangat sayang pada Danisha, puas hati Umi jaga Danisha, macam anak sendiri. Sangat-sangat rugi kalau aku menggunakan khidmat Umi sepenuhnya, sebab Umi hanya jaga Danisha sorang je. Dengan anak polis jiran sebelah Umi, tapi itu pun jarang benor ada. Dari Danisha umur 6 bulan sampai nak masuk 3 tahun, Umi jaga. Baju-baju Danisha, Umi basuhkan. Ya Allah, sayang betul aku kat Umi ni. Mak aku bila tahu hal ini, dia suh aku beranak ramai-ramai suh Umi jaga. Bukan senang nak cari orang cam Umi ni. Alahai omak aku ni, belum rezeki, memang nak sangat-sangat, kalau boleh nak sekarang, apa daya aku mak oiii....Allah lum izinkan lagi.
Dilema nya sekarang haruskah aku hantar Danisha sekarang atau terus masukkan dia ke tadika je nanti masa umur dia 4 tahun, which is next year. Hubby, tak kisah. Dia boleh manage, maklumlah anak kesayangan kan... Bila fikirkan balik kebaikan, elok hantar Danisha sekarang, at least dia tak culture shock dengan environment ramai budak-budak ni. Sebab notice Danisha agak reserve orang nya kalau dia bertemu dengan budak sama age dengan dia, yang dia tak pernah jumpa. Danisha begitu protective orangnye...she would not allow stranger to get close to her, which is to me is good as she's being very careful on someone she just met. Kesian juga tengok Danisha cam takde kawan, balik-balik yang disebutnya Apis, Akil, Aiman, Ipit...anak-anak Umi. Itu je lah yang disebut ari-ari bile tanya main apa kat umah Umi. Satu lagi aku rasa was-was sebenarnya. Anak-anak Umi pun bukan kecil-kecil lagi, umur 5 tahun paling kecik, yang lain sekolah rendah. Rasa seriau, seram, bimbang pun ada. Depan kita, memang lah tunjuk baik kan. Nau'zubillah, minta jauh lah jadi apa-apa. Umi cuma ada anak pompuan sorang je. Tu pun dah Form 5, of course lah buat hal sendiri. Nak SPM pun budak tu, sure sibuk.
Ni baru kalut ada anak sorang. Belum 2-3 orang lagi......
1 comments:
mykids duk rmh bbsitter. dah lama dari 2004 lg...
Post a Comment