Recently, I've changed my beauty regime from rojak brand kepada 1 brand yang tetap. Rasanya kulit muka ni dah agak tua sebelum waktunya disebabkan penggunaan produk yang bercampur-campur. Iye lah, nak wat camner, diri sering tergoda dgn godaan di TV dan diri pun tak sedor diri yang kat TV model semua cantik tahap goddess. Yang kalau kasi markah tu semua dapat 10++ nak bandingkan aku yang mungkin dapat -10? Kejam u'oll ye.
Dah sebulan pakai Clarins New White Plus HP. My main concerns are, anti-aging & whitening. My skin type is combination, oily at T-Zone. Memang boleh goreng telur nya oily. The price range is from RM 90 - RM300. Which is to me, ok lah. Compare dengan Sk-2 yang harga melambung-lambung sekarang ni, asyik naik je. Dah cam tahap level LV, asyik naik je. Tapi Sk-2 Essence tu mmg bagus yea. Itu je yang saya maintain.
Ok, ini barang-barang yang saya beli. SA bagi bag, cam tote bag boleh isi telekung. Tapi tak amik gambar penuh pula. Saya tak beli full range. Sebab masih ada moisturizer, cleaner and toner di rumah.
Brightening Peel.
- best sangat, rasa sejuk dan nyaman je
- guna setiap malam, peeling secara perlahan. lembut je kat kulit.
- guna before toner.
- kikis daki-daki & sel mati yang dah berkarat tu
- kalau ada daki kat leher or ketiak, boleh guna juga.
SA tu ajor. sebab masa dia pregnanti dia guna kat leher.
- my favourite.
- harga? lupa.
Exfoliator aka Scrub
- sangat-sangat best. bau yang harum.
- plant based 100%
- bile pas pakai tu rasa kulit bersih je. suci murni gitu.
- guna seminggu sekali
- harga? maaf saya lupa.
Serum
- yang ini, sangat-sangat lah saya suka.
- 100% plant, bau harum.
- pakai waktu malam selepas guna Brightening Peel
- fungsinya, mencerahkan kulit, menghalang pigmentasi baru, memudarkan pigmentasi sedia ada, meratakan warna kulit, macam-macamlah fungsinya.
- harga? RM230 ( eh betul kot).
Itu je yang saya beli, tapi SA baik hati tu, bagi saya sample size 30ml full range termasuk cleanser, toner, sunblock..semuanya lah. Seronok saya.Yang bestttttt, saya dapat voucher worth RM228 facial treatment ok. Kalau tak, memang tak dapatlah. Hari itu aku buat muka selebet, muka kesian, merayu kasi lah free, kalau tak kena top-up barang lain nak dapatkan voucher tu. Aku ayat baik SA cina tu. Akhirnya, dia kasi free je. So semalam (Selasa), buat facial treatment kat Metrojaya, Midvalley.
Belum mula lagi. Amik gambo dulu. Dalam bilik treatment. Kecik & sempoi je. Tak secantik kat SK- 2 kat Isetan, The Gardens. Baru nak siap-siap buka baju.
Sukacite dimaklumkan ye, mereka menggunakan 100% tangan, tiada mesin. Selama 1 jam 20 minit muka ku disental oleh Beautician. This was my first time, facial without steaming and korek keluar black/whitehead yea. Kan dah bagitahu 100% tangan. Takda pula dia picit-picit black/whitehead keluar guna pencungkil yang selalu salon or spa buat kan. Serious this time takde!!. Tak suka tau, sakit kena korek dgn besi tu. Dah lah tak suka steamer tu. Diaorg guna specific product yang buka pores and tanggalkan white/blackhead naturally, beautician just guna kapas nak keluarkan. 100% Clarins guna produk yang concentrate keperluan kulit. Tapi aku cuma add-up buat Eye Treatment, RM88 je.
Sebelum mula, ada sessi regangkan otot dan urat. Tak delah massage betul-betul kan, just a very light massage kat kaki, tangan and bahu. Sangat-sangat best. Sebabnya, nak prepare badan kita lebih relax dan tenang. Clarins focus on comfort and relax. Tapi memang best. Sangat-sangat best. Dinasihatkan datang lah on time or awal 5 minit sebelum session start sbb, kalau dtng awal or on time, memang diaorg akan start with relaxing moment cam light massage tu at least 5 - 6 min lah. Jadi lah kan. Aku rasa kan 20 minit dah nak abis tu baru aku tersedar kot, rasanya aku tertido kot. Jangan berdengkur sudahlah ya..
All product for facial sangat lain yang dijual, sbb Elaine cakap, yg tuk treatment tu semua concentrate and more intensive product and can see the result immediately, which is betul sangat. Nampak bezanya. Takdelah terus muka aku berubah jadi Rozita Che Wan kan, mustahil sangat lah tu kan.....at least dapat rasa the difference. Ku sudah jatuh hati dengan Clarins!
8 comments:
best kan?? I love Clarins too.. dh jd pengguna setia almost 7 years dh kot.. :-)
zulaikha,
i dah jatuh cinta lah....7 years? u memang loyal customer lah..
bestnyer... lama giler tak memanjakan diri buat facial bagai.. yati dari dulu lagi guna Dermalogica.. kulit sesangatla sensitif.. dulu masa muda eceh skang pun muda..jerawat mencanak2 kat muka wat party sangat teruk okeh.. mcm2 try.. akhirnya Dermalogica paling sesuai..
nk komen ni dulu. lawa baju ;)
ok..now i guna clinique... pernah pakai memacam.. skII pun pernah.. sekali aja beli set nye..pastu taubat..hahahhaa
I pun loyal jugak dengan clarins! Dah almost 10 years pakai! Tapi sekarang almost a year berpaling ke 'Chanel' and love it to the max! Tak nafikan clarins mmg best!!
best eh? aku da pening nak pakai ape.. jeragat dah berleluasa,,dah mcm orang tua dah mukeku ini.. huc huc....
mesti lawa kulit ayu nanti heheh rasa nak try la brighter peel tu
saya baru nak try clarins ni..kalo buat skin analysis free ke ek?
Post a Comment