Sunday, February 28, 2010

pencarian carpet

dah 2 hari cari carpet untuk ganti carpet lama di rumah ini. dah 4 tahun usianya. hadiah dari mak saya semasa berpindah masuk ke rumah baru selepas kahwin. so usia perkahwinan saya dah 4 tahun, jadi carpet tu dah 4 tahun lah. dah tiba masa saya nak ganti yang baru, ikut taste saya, of course. err...tq mak bagi 2 carpet.

semalam pegi macy, tak banyak choices. ready made curtain lak jadi perhatian. cun-cun babe...thn lepas raya tak tukar curtain, baru sekali saya beli & tempah curtain. selama ini pun mak yang supply....tu pun curtain dia yg tak nak, dia bagi saya. ok, saya memang anak yang baik....atau mintah ehsan bagi curtain sebab tak nak budget buat curtain...ahhaha...tq mak.

sib baik ada hubby,... carpet yang, carpet! bukan curtain, bukan curtain! susahnya nak memnuhi nafsu wanita ini. ada disc 10% untuk member. tapi saya bukan member. budak SA tu kata, akak beli lebih RM200 automatik jadi member. terus dapat 10%. menarik kan. bagi wanita ini memang menarik, tapi bagi si lelaki tidak menarik. 10% tu berapa sangat lah yang. u nak beli carpet bukan curtain. iye..iye...itu lah arguement suami isteri di MACY bersaksikan anak perempuan yang tengah seronok lari sana sini.

jadi saya tetapkan diri dan hati nak beli carpet je. menarik kan corak-corak ini. mana boleh dapat ye? jln masjid india org kata banyak, kedai-kedai pakistan kat situ, tapi hubby tak berkenan langsung nak ke arah situ. jusco pun ada juga, tapi tak leh lah ada sesi tawar menawar di situ. dah sah-sah fixed price kan. kalau pegi ikea? pun sama, harga tidak boleh tawar menawar juga. mak saya suka pegi kedai pakistan kat jln masjid india. best katanya. kalau lah saya duduk dengan mak, tak payah pikir nak tukar carpet kan......








all pictures from google

Thursday, February 25, 2010

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

Tajuk tak leh tahan.......buat gempak je. Bersawang-sawangan dah blog ni. Lama tak jengah. Cut the bebelan....ada apa dengan tajuk itu??

saje je nak muhasabah diri sambil ajak pembaca untuk bersama-sama dengan saya bermuhasabah diri. ada beberapa peristiwa both, good and bad happened to me. saya anggap ujian dan dugaan ALLAH.

Alhamdulilah, sejak melangkah kaki ke BIZ ini, semua benda jadi 'mudah'. 'Mudah' dari segi keyakinan diri, memperbaiki kelemahan diri, kepercayaan dan jati diri. kenapa mudah ye? sebab sebelum ini saya anggap 'susah' semua PERKARA. contoh : susah lah nak buat extra income dengan masa terhad, dengan kelas kena hadir, assignment bertimbun, keje di opis tak pernah surut, sentiasa ada dan susah nak bahagi masa untuk family dan diri sendiri. macam mana nak develop BIZ ni, saya tak tau, saya tak pandai. susah lah...pendek kata semua susah lah. kalau nak buat BIZ tahukah anda, bila kite berada di dalam suasana 'terhad' begini, automatically kite mula membahagikan masa untuk tugas-tugas yang telah direncanakan itu? iye, jawapannya iye. saya telah berjaya melakukannya. saya berjaya melalui semua itu dengan lebih bersemangat. dugaan dan badai datang bergolek langgar gedebuk pada saya, penghinaan yang saya terima sejak melangkah masuk dalam bulatan BIZ ini buat saya lebih tercabar untuk buktikan siapa CIKAYU.....waduhhhhhh poyo je......tapi tu lah kenyataan.

saya suka tengok orang sekeliling saya gembira dan senang hati dengan apa yg mereka miliki. saya pun nak juga keselesaan dan kesenangan itu, jadi saya berusaha. tak kiralah apa badai, todak nak langgar singapura saya tapi insya'allah, dengan keberkatan ALLAH saya cuba atasi juga. bukan senang nak senang beb, bukan susah nak susah.

luahan hati di tengahari sebelum masuk lunch..........apa-apa aje!! (sorry cikyan pinjam phrase u lak)


Friday, February 19, 2010

anda mahu ini di tengah-tengah bulan....



my face is smiling...........new handbag please!!




ladyayu78@gmail.com
013-2206010

Thursday, February 11, 2010

cuti yang panjang ini

cuti yang panjang ini, ala cuma 4 hari je pun, balik kg hubby kat terengganu. risau saya, danisha still lum elok dari batuk dia. pula tu, dia ni tak suka minum air putih. puas dah pujuk minum air putih, mengaruk betul kalau saya paksa dia minum juga. anak sorang ni suka minum manis je. apa-apa pun, saya tetap bertegas minum air putih juga at least 2 cawan sehari, walaupun sampai baju dia lencun kebasahan sebab bertegang-tegang dengan dia minum air putih. mak saya sampai kata, terbalik anak kot, anak akak saya kuat minum air putih dan saya sendiri kuat minum air putih, akak saya pula tak berapa gemar minum air putih, samalah dengan danisha. keje lebih sikit ler kalau nak suh danisha minum air putih.

cuaca di terengganu kala ini panas. tengok kat webtsite MET no rain!! aduhai mencabar ni, cuaca panas dan humid. tak pelah, perhaps danisha will be fine before going back to terengganu, kesian nek ma dah lama tak jumpa danisha. good girl k.

tapi yang paling best..............dapatlah saya makan ini
nasi minyak di rusila (pic google)

my mil cook..yummy..rindu (pic google)


makan ini di seberang takir@airport (pic google)

nak melawat kedai-kedai di pasar payang..

main layang-layang di pantai batu burok




berehat nikmati lautan ciptaan ALLAH......

Monday, February 8, 2010

baru je cakap...

baru je buat posting pasal danisha batuk.........dia batuk dan muntah juga. uhuhuhuhu....kesian anak mama.

saya tak suka dengar dia batuk

as a mommy........kalau boleh tak nak tengok anak dalam kesakitan, even dia demam sekalipun. danisha dah lama tak kena apa2 demam or batuk..or whatever yg berkaitan dengan sickness. a few weeks ago, me and hubby kena sore throat dan batuk. mine, quite bad. and now, danisha pula terkena tempiasnya. dah pelbagai prevention we used to avoid danisha terkena demam or batuk. tapi semalam, what we worried most, happened. malam tadi je, dia dah muntah 2 kali sebab batuk. pukul 5am baru dia dapat tido. and really killing me tengok dia batuk-batuk dalam tido. i wish that i have a power to cure her on the spot. saya tak suka dengar dia batuk....buat saya sedih. macam mana saya nak tarik semua sakit-sakit danisha agar saya saja yang tanggung. ALLAH berikan lah sakit anakku kepada aku sahaja....

danisha, cepat baik ye sayang....mama luv u..

Friday, February 5, 2010

nak pergi tak?

macam menarik kan...yuk pegi ibu-ibu..

sana, sini, sinun

err...2-3 hari ni berbloghopping, boleh tahan ramai mommies tgh preggy. asal buka blog je, owner tengah hitung hari, asal buka blog je, owner tengah dalam pantang, asal buka blog je owner baru balik checkup maternity. alhamdulilah, semua cite best pasal pregnancy, dan semoga all mommies dikurniakan anak yang sempurna, sihat dan soleh-solehah. tatkala itu, tetiba rindu pula nak pregnant semula + rasa sakit nak bersalin tu yang memang tak boleh nak lupa. gosh...i miss the moment.

dah tatkala itu juga, saya terasa mual-mual seperti dalam trimester yang pertama hadapi morning sickness, bile heartburn muncul di pagi-pagi hari, rasa pening-pening lalat, dan rasa nak pitam-pitam ala-ala blackout kejap.............adakah?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tak mungkin, tengah bendera jepun!!!!


Hati-hati berbunga riang bila...

hari ini hari JUMAAT!! .................indah bukan bila tiba hari jumaat? saya suka. bile tiba jumaat, saya akan berkira-kira apakah rancangan kami di hujung minggu. tapi, minggu ni tak syok, sabtu saya ada kelas from 12 - 4 pm. chinta hati tanya, still nak pegi kelas ke batuk-batuk ni? kena pergi sebab your sayang ini bengap account. uhuhuhu......masih lagi mencari finanical report yang sesuai dijadikan bahan untuk assingment. tolong saya sesiapa yang terror account. saya memang bengap, bingup accounts dan matematik. danisha, please pandai maths ye sayang..............

jam 5pm ada jemputan house warming dan doa kesyukuran di alam sari, bangi....tak tau sempat pegi ke tak. padahal ukm dgn alam sari tu dah dekat, tapi kena balik rumah, mandi dulu, fetch danisha & chinta hati baru pegi. malas pula nak pusing-pusing.....tengok lah dulu..

ahad, chinta hati dah bagitau, dia ada keje di hulu langat.....katanya dia kena take over keje di PJ mungkin di bulan ini. so kena abiskan keje-keje dia hulu langat dulu. tak tau betul ke tak? kalau betul, mungkin jaranglah saya berjumpa dengan dia nanti. bukan jauh pun..lain lah kena transfer out of country yang beribu-ribu batu jauhnya. dont want to imagine yet....

tak menarik kan......yang penting ahad nak unpack bag sejak balik penang, tak kemas lagi. saya tak suka packing & unpack....tak suka... danisha cepat besar tolong mama ok.. nampak cam bad mama pula kan...

ok lah tu je nak cite...

Thursday, February 4, 2010

heaven-nya

selama ini saya pegi kerja dengan memandu kereta. setiap hari pegi dan balik sangkut je dalam jem. sungguh tidak disukai oleh saya.

tapi.......................dek kerana kesihatan tidak memberangsangkan, encik suami volunteer nak hantar ke ofis. dah 2 hari chenta hati hantar. the best part is saya baring kat belakang tido. heaven kan. padahal boleh transfer car seat kat belakang, tapi nak juga baring kat belakang. heavennya, pas hantar danisha ke rumah umi, sambung tido pastu, tau-tau je dah sampai ofis.

heaven-nya

Tuan rumah tidak sihat

tuan rumah batuk-batuk di tambah ulcer di lidah....bukan di lelangit or bibir or gusi yang selalu kena, tapi di lidah. balik dari penang terus kena. maybe cuaca di penang terlalu panas...maka temp badan terus naik? relevan kah? mak telan air putih berkoyan-koyan dah....letak oral aid kat ulcer, numb sekejap, boleh lah nak telan makanan, bile numb tu dah surut, aduhai peritnya. letak bonjela, sama sekali mak tak suka, nak kumur air garam, pun mak tak suka, sudahnya letak je lah oral aid tu, minta-minta tiada kesan. sib baik boss outstation...lega sikit.