Tuesday, May 11, 2010

Bila hati gembira tepuk tangan...

Lately ni, i had a gloomy week. Yup, May bulan emotional saya. Kite cite happy-happy pas ni ok.


Last week, hari Ahad, which is it was a Mother's Day. My dear hubby took us to KLCC for a lunch. The original plan, nak stay umah, I'll cook for them. Nak try buat ayam percik, dah marinade ayam semua bagai. Tetiba, my hubby kata, tak payah masaklah, kite keluar. Masak petang lah. No fancy restaurant, just Manhattan Fish Market, requested by me. Teringin nk makan Seafood Creamy Pasta. Plan to go Aquaria, bile perut dah kenyang, malas pula nak jalan ke sana. So, we took detour to Toys R Us. Danisha was so excited. Sampai confuse nak pilih toys. Kelakar. Tengok gelagat dia nak pilih toys pun dah menghiburkan hati kami. Lebih 2 jam lebih di situ. Nak pilih toys punya pasal, sampai kiteorg pun naik pening....as long as she is happy, we were fine to spend more times in Toys R Us. Finally, beli Learning Toolbench and colouring book yang washable. Bagus, dah kaler, leh cuci balik, kaler semula. Jimat kedekut duit mama nak beli colouring book banyak-banyak...



*beria-ia baca instruction*


Then, its mama time pula. Jalan-jalan, then teringin pula nak masuk this boutique. No plan to buy any handbag that day. Tapi dah ter'jodoh' nak buat camner, I redha je lah. Thank you dear.



Its Ladies Large Web Hobo. Mulanya nak beli yang Large Jolie Tote, remember my last posting. tapi terbekenan yang ini pula. Memang besar. Nowadays, whenever I want to buy a handbag, its does not a matter of how I carry the bag, but can i campak 1 or 2 pampers inside, does it reachable, does the space big enough to put in baby tissue, or some toys, book or sehelai napkin, boleh buat lenjan tak, sebab senang nak angkut terus, tak yah nak sibuk tukar-tukar beg kalau nak outing weekend lah, memang makan masa nak transfer anak-anak syarikat (refer to my all stuff from another h/bag) semua masuk dalam HQ baru.


Kalau dulu, yes, mesti nak tengok sesuai ke dgn function nak atttend, ada tak baju yang match, ala-ala datinwannabe gitu, nak isi barang setakat wallet, keys, makeup bag yg comel jadilah kan. Kalau bawa beg tu tak nampak gedabak ke, bla..bla..and the criterias goes on....Tu dulu, masa single-mingle. Sekarang dah ada si kecik tu, so kena pikir dia pula pilih mana yang bercirikan senang cite, hand luggage lah...hahaahah..... sbb banyak benda nak kena isi, tisu berpek-pek, tuala kecik, bib anak dara, wallet hubby pun kadang-kadang dia tumpang juga. Tu belum 2 handphones dia tu. Nampak gaya kena cari Bag Organiser macam Ladyloveleisure pula pas ni....


So overall, saya suka dgn bag ini, spacious. Harga? Not bad for this designer's handbag. Nak beli bukan selalu, so I was making a wise choice. Am eyeing for Sukey Large.....tgk si Gulliana Rancic pakai cun pula. Tengok live, memang cun banget, maybe my next acquisiton, maybe??







Nothing can make one woman happy, except her new handbag and new shoes.

What makes a wife worry.....

Lately ni, our friend, ermayum berada dalam beberapa situasi yang mendukacitakan. I'm so sorry dear. I hope you and family are fine and our prayers are always with you and family.


Saya teringat masa single mingle, kalau boleh saya tak mau ada boyfriend yang naik motor. Saya ada satu trauma sikit dengan motor, sebab pernah jatuh motor masa kat rumah nenek, kakak saya yang bawa. Oleh itu, saya pastikan yang saya tidak mempunyai boyfriend atau husband yang suka naik motor. Namun, apa yang kite benci itulah yang kita dapatkan... Dah jodohkan, dapat pula boyfriend suka motor. Redha je lah. Husband is a big fan of motorbike. Masa saya kenal dia, dia naik motor Kawasaki Cyclone 150 macam dlm gambar bawah ini. Sebiji kaler, sama. Masa tu memang takut tul mak nak naik nyah, serious. Tapi saya hanya naik motor tu sekali je, first & last. Dating naik kereta. Tak kuasa nak naik, takut.





Tapi bile dah kawin, nak tak nak saya kenalah naik sekali sekala sebab nak tunjukkan kasih sayang seorg isteri dan sokongan pada hubby. Tapi bukan motor Kawasaki tu. Motor Modenas, motor yang dia bawa untuk ke office. Pastu, hubby beli motor Scooter Elegan sebab lebih selesa and sesuai untuk jalan jauh. Lama-lama, terpaksalah redha jelah. Dah hubby minat motor, so, saya pun lama-lama tak lah takut sangat nak naik motor, mungkin hubby handle it with care and of course, i feel safe with him.

His office located at Kajang, so he will use highway Bt. 9 Cheras to Kajang everyday. And those who are staying around Kajang will know the situation every morning and after 5pm, the highway will be crowded with cars. Masing-masing rushing to go home or to work. Memang sibuk.

When I read ermayum's story bout how his husband met with an accident and how his brother-in-law passed away, my whole body shivering coz this is what I dont want to think. I really dont want this thing happened to my hubby and me. I always remind him, always take care of yourself and remember me & Danisha. Your daughter still need you. I need you. Kemalangan tidak boleh dibau, kalau nak jadi, jadilah kan. kun-fayakun.


But, ALLAH ada rahsia-NYA. Last 2 year, he met with an accident. Alhamdulilah it was not so serious. He got an invitation from Modenas to follow convoy with them in conjunction of MOTOGP 2008 that was held in Sepang. So, he was so excited to join the convoy but I said NO. But he convinced me that, insya;allah nothing will happened, the Marshall and Police were there to ascort them to Sepang. Finally, I say Yes. That time Danisha was only 4 months old.
Later, after 3 hours, he came home and that time, I didn't notice any different on him. I served him a drink and asking him how the trip goes.....he replied to me, 'I accident tadi, jatuh motor'.....I was like.......haaa...accident, jatuh motor. teruk tak? Can u imagine if anything happened to him while I'm still a new mother of 4 months old baby?...nauzubillah and thank ALLAH, that was a last time he joined the convoy. Look at his condition, memang tak nampak apa-apa kecederaan pun. Tapi dia cakap, dada rasa sakit & senak, perut rasa sakit. I quickly asked him to go to the clinic. Doc cakap takde apa, just lembam-lembam sikit je. 2 hari MC tak pegi keje. Katanya, ada motor lain jatuh terkena motor dia then ikut jatuh juga. Bergolek-golek katanya. Kadang-kadang bukan salah kita, tapi disebabkan faktor lain, like, org terlanggar sikit, tayar pancit lah, macam-macam lagi.....Bila dia bangun, memang tak rasa sakit, cek seluruh badan, dia kata takde apa2. So, dia continue the convoy, since motor dia pun elok tak de apa2 masalah. Yang herannya tu, dia boleh teruskan perjalanan and tengok MOTOGP sampai setengah acara tu. Tu yang buat I tak faham, he didnt dare to call me. Dia kata takut saya marah dan tak nak kasi risau. Dan dia sendiri cakap, itu adalah kali pertama dan terakhir dia menyertai acara cam gini. Thank God.


Everytime when I'm driving, saya selalu takut terlanggar motor, sebab saya akan terkenangkan hubby pun bawa motor ke tempat keje. Kalau jadi apa2 pada mereka, macam mana dengan keluarga mereka........saya selalu terfikirkan benda-benda cam gini. Kalau yang mat-mat rempit tu, saya no comment. Itu memang selalu mendatangkan kemarahan saya. Keadaan ini yang membimbangkan saya. Setiap hari. Especially, kalau dia perlu ke kawasan yang agak jauh, I'll ensure that he will call me or I call him. Banyak kali saya witness accident yang melibatkan motor. Setiap kali berlaku depan mata, hati tak henti-henti doa agar tidak berlaku pada hubby.


Sekarang ni, hubby ada hati nak tukar motor. Tapi dia dah minat, nak buat camner, ni jelah yang buat dia rasa freedom, tenang, rilex and puas. As a dearly wife, saya sokong tak sepenuh jiwa. Bebaru ni sibuk call Naza asking for the price of Naza Blades 250. Hangin 1 badan aku. Dah minat nak buat camner. Now, eyeing for this Kawasaki 650 for RM37,000++ pula, motor idaman katanya...................sakit hati katanya asyik vroom..vroom kat telinga dia setiap kali lalu. Sabau je lah.


all pics are googled


** to my friend, erma, I hope your hubby will recover soon....

Monday, May 10, 2010

I won the contest

....from Honeylanz's blog. I was so excited. When I open your blog Has, terus terkejut terpapar namaku disitu, kekeke. Thanx yea Has.





All of sudden, eager to enter any contest from other bloggers too. Now, Cetot-Outlet is having the Funniest Baby Face Contest. Dont you wanna give a try? I believe you must have a thousand collection of your cutest & funniest baby face. Come on, join the contest and whose know you are the winner.....

Friday, May 7, 2010

Kotak Hitam

Kotak hitam ini telah menjadi milik saya, with an open arms....sob...sob..sob!



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*











*Thank you darl...you make my day*








Thursday, May 6, 2010

Ibu Kau Ratu Hatiku...




This week is Mother's Week. On 10th Mei is Mother's Day, officially. I can't go back to my hometown, JB or Terengganu at my hubby's side. I got to be here in KL, for some reasons. My sis called from JB asking whether we are going back to JB to celebrate Mother's Day, unfortunately, NO, my dear, and its really makes me sad. It's ok. I can celebrate Mother's Day here, with my 2 precious, hubby & Icha.

But, I miss my mother. I call her 'Mak', my mother-in-law, I call her 'Ma'. I miss both of them. I miss their cook especially 'sambal goreng jawa' which is my favourite. Mak akan selalu masak bile saya balik JB. Bawa bekal sekali utk balik KL.

*ni mak saya dengan adik saya dan danisha. masa ni danisha baru 3 bulan....tembamnye anak aku*

Saya sungguh cemburu dgn adik beradik saya yang lain. Semua tinggal berdekatan dengan rumah mak saya. Bila-bila saja boleh ke rumah mak dan makan masakan mak. Kadang-kadang keluar shopping dgn mak. Mak saya sangat suka shopping....dan setiap apa yang dibeli memang akan menjadi kesukaan saya dan adik-adik perempuan saya. Mak seorang yang sabar, penyayang, pengasih, sentiasa bercakap lembut, tak macam anak dia yang sedang taip entry ni. Kasar nya ya rabbi. Cakap cam nak pecah speaker tekak. Tapi tidak mak. Mak pasti akan menegur, jangan cakap meninggikan suara. Nasihat yang sentiasa bersulam doa dan peringatan untuk di masa hadapan. Mak has the strongest influence on us. Sentiasa mengucapkan syukur setiap rezeki yang ada. Bibir mak tak pernah lekang dari melafazkan 'Alhamdulillah'........ Mak juga boleh jadi kawan. Kami akan bercakap macam2 topik. Kalau dulu masa single, boleh cite pasal cinta, pasal hal rumahtangga. Macam-macam lagi. Mak jadikan kami selesa bercakap dengan dia sebagai kawan baik. Mak memang best lah!! Kalau saya balik, memang macam2 hal kami borak dan adik-adik saya pun berebut nak borak sama. Padahal, saya call mak hari-hari. Memang tak cukup-cukup cerita nak borak. Kasihnya mak membawa ke syurga... I miss you mak...

* ni gambar masa akad nikah saya, saya pelukcium mak saya, masa ni pas baca akadjanji depan mak, sedih seh*

Pengorbanan mak tak terkira nilainya, pernah dia sanggup datang ke KL selama 3 bulan untuk menjaga Danisha yang saya baru lahirkan. Kerana tak sanggup berpisah dan kasihan melihat Danisha yang masih bayi, sangguh dia datang tinggal bersama saya selama 3 bulan untuk menjaga Danisha. Masa yang saya habiskan bersama dia, tidak saya sia-siakan. Habis bermanja saya dengan dia, minta masak itu-ini. Mmg kejam kan, suruh mak masak itu ini,she does it with biggest smile. Teluang tu dtg bukan selalu. Lagipun, mak kasihan kan saya, sebab setelah kehilangan anak kami pertama, jadi mak tawarkan diri nak jaga Danisha sementara. Saya sayang mak...terima kasih mak. Sib baik abah sporting, tapi kesian juga, makan pakai tak terjaga pula, kena buat sendiri. Sorry abah.



I wish I could turn back the clock and stay near close to my mother. Kerana kerja, saya terpaksa pindah ke KL, nak buat camner, rezeki di sini. Lagipun hubby kerja di sini, sebagai isteri tempatnya di sisi suami. Nak kata saya anak mak, sukahati lah. I dont want to take for granted of her attention, her bebelan, teguran, even dia marah sekalipun. Saya terima dan saya suka ditegur or dimarahi oleh mak saya. Tak dapat saya bayangkan bagaimana dia pergi dulu meninggalkan saya dan keluarga. Oooo...tidak! Adilkah saya kalau saya kata, biarlah saya pergi dulu sebelum dia??? Nak hadapi hari-hari mendatang tanpa mak? Saya tak boleh bayangkan. Saya jenis tidak sanggup kehilangan orang yang tersayang....dan telah terjadi kepada diri saya, 3 tahun yang lalu saya kehilangan anak saya. Dan jika saya kehilangan lagi.....oooo...tidak dapat dibayangkan keadaannya. Mungkin saya agak selfish...pang sekali kang baru tahu. ALLAH saja yang tahu bila datangnya ajal dan maut. Saya redha. I'll get more upset if i read on the headlines if son/daughter can be so biadab with their own parents, I'll get emotional easily. Tak tentu pasal naik hangin.


Bila dah jadi ibu, baru saya faham bagaimana perasaan sebagai seorang ibu. Bagaimana beratnya tanggungjawab menjaga anak-anak untuk membentuk menjadi seorang yang berguna. Besarnya pengorbanan sebagai seorang ibu. Maaf mak, saya tidak dapat balik, insya'allah bulan Jun ni saya balik ye mak....mak jgn lupa masak 'sambal goreng jawa' yea..



To all Mothers, I wish you a Happy Mother's Day, you are gorgeous and fantastic mother in the world. Nothing can replace your love..

Luv u ladies......




*pics are googled

Wednesday, May 5, 2010

Hari ini Danish 3 Tahun

Hari ini, 5/5/2010, genap Danish berusia 3 tahun. Selamat Hari Jadi Danish.

Siapa Danish? Danish abang kepada Danisha. Lahir pada 5/5/2007 di HUKM, jam 8.30 pm. Danish menghembuskan nafasnya pada 6/5/2007 jam 9.30 pagi di wad NICU, HUKM. Sekarang ni dia bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras.




Sepanjang seminggu yang lepas, hanya ALLAh saja yang tahu perasaan kecamuk dan kedinginan yang saya rasa bile mengenangkan tarikh lahir dan hari kematiannya bakal tiba. Doa dan bacaan al-fatihah saja yang boleh saya kirimkan kepada dia. Itu saje yang saya mampu lakukan sebagai seorang ibu dan hamba-NYA. Tapi setiap hari saya dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kematian/pembuangan bayi. Lagi sayu hati bile kenangkan Danish.



Saya lahirkan dia tak cukup bulan due to GBS and PPROM...you may click here and here for more information. Mengandungkan dia sahaja cukup indah buat saya, walaupun saya terpaksa bedridden selama 4 bulan kerana puncanya, air ketuban saya pecah pada minggu 16. Sepatutnya, membran akan tertutup kembali secara natural, tapi nasib saya tidak baik, membran setiap hari mengalirkan air ketuban. Kandungan saya mengalami kekeringan air ketuban, which is the most crucial part in pregnancy so that your fetus can grow without any problem, which is in my case it was not. Danish disahkan menghadapi masalah otak, jantung, kidney, pembesaran yang mungkin akan terencat dan macam-macam lagi. Mungkin bayi mati dalam kandungan atau sebaik saja dilahirkan.
Bagai berpusing dunia, bagai tidak berpijak dibumi yang nyata, bagai nak gugur jantung dan hati saya. Benarkah doktor? Dia bayi pertama saya. Tak mungkin.....



Hubby beri pilihan, samada menangisi setiap hari mengenangkan keadaanya kelak atau enjoy every single moment during my pregnancy while he is still in my womb. I choose to enjoy every single moment with him eventhough I've to face so much pain due to all the multiple injection that i took to stronger the womb and for my fetal development. Keluar masuk hospital selama 4 bulan. 4 bulan tu juga saya tidak bekerja. Pasrah. Allah saje yang tahu keadaannya. Saya diberi pilihan untuk mengugurkan kandungan atau meneruskannya, pada usia kandungan 16 minggu, dia dah sempurna menjadi manusia. Maka, saya memilih untuk meneruskan kandungan saya sehinggalah Danish dilahirkan. Mana tahu harapan masih ada.....



5/5/2007, jam 8.30pm, dia dilahirkan saya tidak dapat memengang dia, atau mendengar dia menangis. Doc terus masukkan baby dlm invetilator kerana baby mengalami masalah pernafasan. Allah saje yang tahu perasaan saya ketika itu....pengalaman pertama menjadi ibu tidak langsung saya kecapi.


6/5/2007, jam 6.00 pagi, nurse kejutkan saya untuk bangun dan berjumpa baby.Nurse bawa saya ke NICU.......YA ALLAH sayunya hati saya. lihat dia dalam ventilator dgn segala tiub, wayar, mesin segala ada di tubuh sekecil itu. Doc terangkan apa yang ada ditubuh dia, langsung saya tidak dengar, masa tu saya rasa berada diawangan, terasa tiada org lain disitu, hanya saya dan Danish.... hanya saya dan Danish saja. Apa yang saya dengar hanyalah, 'Puan, saya tidak dapat beri apa-apa harapan, anak puan dah kritikal, harap bersabar ya'. Bagai langit jatuh menghempap saya, lantai yang dipijak tidak lagi saya rasai. Namun, di awal lagi, sebelum kelahiran, Doc dah brief saya & hubby keadaan baby kelak, saya redha, sangka saya, saya dah bersedia terima hakikat, tapi bile face the real situation, i even cant feel myself. Allah Maha Kuasa....Allah Maha Besar...Allah Maha Pengasih. Itu saja yang mampu kuatkan saya.



Apakah perasaan seorang ibu, apabila bayinya dilahirkan tapi hanya dapat memangku dan memeluk bayi bila dia sudah tidak bernafas lagi? Tidak tergambar perasaan, tidak terluah kata-kata, tidak langsung terasa darah di dalam badan, hati mula rasa kosong, jiwa mula rasa sepi. I'm speechless. Bayi saya diserahkan kepangkuan saya dalam keadaan suci bersih, seperti bayi sedang tidur. Hakikatnya, dia tidur selama-lamanya. Itulah pertama dan terakhir saya memangku, memeluk dan mencium dia. Itu lah kali pertama dan terakhir saya & hubby menatap wajah dia. Memengang jari-jari kecil, mengucup dahi halusnya. Mengusap helaian rambut Danish yang lembut, mengulas bibir dia yang merah........ Itu lah saat-saat manis saya dan suami bersama Danish. Sekejap saja. ALLAH lebih sayangkan dia. Duggan yang saya terima ketika mengandungkan dan melahirkan anak yang pertama memang takkan dpt dilupakan sampai bila-bila. Dialah permata pertama kami.



Dugaan ketika dalam berpantang amat hebat. Berpantang dengan tidak kehadiran bayi bersama, memang hebat kekecewaan yang dirasai. Sunyi dengan tidak kehadiran tangisan bayi, susu melimpah-limpah keluar, buang cam gitu je. Suami tiada di sisi, kerana kursus 2 minggu. Saya keseorangan walaupun ditemani ahli keluarga, tapi tidak sama kesunyian tanpa anak di sisi. Hari-hari menangis. Hari-hari meratapi pemergiannya. Memang tidak elok. Siapa lah saya nak melawan takdir Ilahi. Siapalah saya untuk kata, diri ku kuat utk hadapinya. Hampir meroyan dibuatnya. Hampir berputus asa jadinya. Hampir musnahkan rumahtangga saya...


Esok, 6/5/2010, genap 3 tahun Danish, meninggalkan dunia ini, tinggalkan saya & hubby, tinggalkan adiknya, Danisha yang semakin nakal. Maka sempurnalah keluarga saya dengan kelahiran sepasang anak yang menjadi permata hati kami. Bagaimana rupa Danish yea? Saya selalu bayangkan rupa Danish dlm version boy bile lihat Icha. Bila saya lihat Icha, i think i can see Danish instead of her.





Danish, mama selalu ingat Danish, walaupun Icha ada di sisi mama & baba, Danish tetap ada di hati mama. Danish tetap No. 1 mama. Danish tetap precious mama. Now, Icha suka dengar lagu Twinkle Lil' Star. Ingat kan, lagu yang mama selalu nyanyi utk Danish. Doakan mama & baba dapat jumpa Danish kelak. Mama selalu bayangkan rupa Danish.......Selamat Hari Jadi Danish.....Tunggu mama & baba di pintu syurga.

Monday, May 3, 2010

Ke mana kami pergi....

...hujung minggu yang lepas?


Sabtu, 1 Mei...Labor Day,


Ke Homedec di KLCC. 1st time pegi, so do not know what to expect...hubby dah pernah pergi, so basically dia tahu apa yang ada di sana. Ramai manusia, maklumlah Labour Day, so reramai lah tuju ke sana. Tujuan ke sana, nak survey quotation for kitchen kabinet, wardrobe, and any other things for our house-to-move-in-soon. Lama lagi, actually, next year in June, insya'allah. Kami just survey saja apa yang patut, dan at least tahulah apa yang perlu dibuat before nak masuk rumah. Its not we dont have any experience at all, masa memula masuk rumah yang sekarang kami tinggal pun, just pasang kitchen kabinet, grill, cat dinding.............itu je. Simple sangat. Takde plaster ceiling pun. Takde deco-deco pun. So this time, rumah baru nanti, teringin juga lah nak pasang plaster ceiling dan nak deco-deco sikit lah. Banyak lah yang menarik, especially electrical item. Pastu terjebak beli Pore Cleanser, Panasonic, harga RM179.00... dah lama nak beli. Sebab saya tak suka remove black/whitehead guna yg typical batang besi. Lagi satu sebab, masa nak gi buat facial sangatlah limited ok. Sebulan sekali pun susah. Jadinya, mana sempat buat lah kat rumah. Tapi, secara tak professionalnya, memang lah tak puas hati kan. So, nak cantik punya pasal, maka terjebak lah beli bendalah ni. Belum kesempatan guna lagi. So akan digunakan weekend ni dan full review akan dimaklumkan kelak. Kannnn...benda yang takde dalam list, beli. Ni lah pompuan cam saya ni. Tak disiplin langsung kalau membeli. Janji happy...



So, sepanjang lawatan ke Homedec adalah a few things yang telah kami dapat kumpulkan, brochure, quotation dan macam-macam lagi. Tinggal nak finalize je, yang penting ikut budget kami. Berasap juga telinga tengok budget keseluruhan nak pindah rumah ni. Berbeza betul masuk rumah kecik ke rumah besar.


Last but not least, hubby beli bantal Getha....satu untuk dia, Baby's pillow untuk danisha. Boleh tahan mahal juga bantal Getha ni tapi disebabkan hubby ada neck problem nak tak nak dia kena beli. The next morning he comment, best lah, bangun tak rasa sebam kepala. Saya cakap, pyscho je kot, sbb beli mahal kan. Dia kata, eh tak lah, mmg bangun rasa leher ok je. Ok dear, i hope it will satisfied your purchase. But for Danisha, dia tak suka pula, nak tido cari bantal biasa juga. Tak pelah nak, boleh bagi kan bakal adik awak nanti, insya'allah. Amin.




Ahad, 2 Mei....


Petang Ahad, ke Midvalley, tujuan ke sana nak cari ini,




.......tapi tak berkenan pula di Toys'R Us. Yang ada lebih kepada umur 3-4 yrs. Tujuannya agar dia tidak mengapa-apakan notebook usang kami. Pantang nampak kami guna, mula lah dia yang sibuk, cam dia yang banyak keje pula. So end up, tak beli apa-apa pun untuk Danisha. Nanti cari yang lain ye sayang.....sib baik dia tidak merajuk, mood ok, cool & relax pula masa tu. lega kami. tapi muka boring lah kan.





Solat magrib, cari beg deuter hubby di jusco, dah jumpa terus amik snack di SweetChat pastu balik....tapi before that, kelengkapan dirisendiri yang dibeli oleh hubby harus ada,....thank you ye sayang...




sekian.....