Wednesday, July 29, 2009

ajal maut ketentuan dari NYA

pagi ni suasana kampus agak suram. kenapa? semalam seorg profesor meninggal dunia di dalam biliknya. yang menyedihkan beliau meninggal seorang diri tanpa ahli keluarga di sisi. yang malangnya tiada siapa pun perasan dia telah menghembuskan nafasnya terakhir keseorangan di biliknya. memang kebiasaan profesor ini kalau waktu lunch hour, dia akan tutup lampu dan pintu biliknya untuk berehat atau sembahyang. jadi staf-staf kat fakulti tu dah faham sangat style dia. so diaorang pun pikir prof nak berehat. jam 4.00 petang, arwah sempat memberikan beberapa tugas kepada staf dia. masuk bilik semula, bilik masih bergelap hingga lah masuk magrib, tiada siapa tahu atau perasan samada dia dah balik or masih di biliknya. sebab, jam 7.00 menantu dia datang cari arwah, tapi security kata arwah dah balik, tapi disebabkan kereta arwah masih di situ, menantu musykil so security bawa dia naik ke bilik dia. bile buka pintu bilik, arwah dah kaku di tempat duduk nya, fail-fail berselerak jatuh termasuk ganggang telefon. dikatakan arwah mengalami serangan jantung. badannya dah sejuk.....
ketika menaip ni saya dah sebak. sebab minggu lepas arwah datang ke bilik saya utk memberikan buku hasil penulisannya, berborak mengenai fridge magnet yang saya kumpul kan dan dilekatkan di cpu saya, bercerita tentang pengalaman arwah ketika melancong...kemudian saya jumpa arwah lagi di cafe dan arwah mahu membayar makanan saya, tapi ditolak sebab telah dibayar terdahulu...oh....sesungguh ajal & maut hanya ALLAH yang tahu.
ajal adalah ketentuan dari ALLAH, mati itu pasti.

Al-Fatihah buat Prof Madya Dr Alias bin Mohd Yatim
Moga di cucuri rahmat ke atas rohnya dan digolongkan di kalangan orang beriman. Amin.

10 comments:

Unknown said...

sungguh tragicc huhu

C.e.t.O.t said...

huhuhu aku pon terkejot smlm maghrib cj call.. huhuu.

cysev3n said...

al-fatihah..

mmg tersentap kalau benda terjadi tiba².. macam arwah yasmin ahmad, dia sempat lagi reply komen kat blog dia around 8pm+.. sehari sebelum dia jatuh kat TV3.. and now, she's gone..

CiKaYu said...

hanis,
semoga kite pengakhiran kita nanti bersama keluarga tersayang,

cetot,
syam, fbm yg call aku

cik yan,
skrg ni apa saja boleh terjadi. hanya ALLAH saje yg tahu.

Unknown said...

Innalillah... Takziah kepada keluarga Prof.

I-sya said...

al-fatihah... sedikit pilu membaca kepergiannya..
pagi yg dingin dan tenang ini pun saya terima berita kematian ibu seorang sahabat baik...

CiKaYu said...

razali,
al-fatihah. tq.

camarputih
al-fatihah. takziah buat sahabat.

Mummy Dasy said...

al-fatihah untuk arwah semoga ditempatkan dikalangan orang beriman..

Suzie said...

pernah terjadi kawan tp berlainan pejabat meninggal di bilik sorg2,dia still muda baru awal 30an n sbb sakit jantung juga...so bila baca teringat kat arwah kak nani.Al-Fatihah utk mereka.

CiKaYu said...

mummy dasy
Amin

Suzie
al-fatihah.

Post a Comment