Wednesday, January 12, 2011

Mata Lalat vs Mata Lebah

This morning, I was late to work. At 7.30am I left home and in my head keep saying, matilah aku lambat, jalan sure jem tak hengat ni'.

I was late and I keep visualize the bad traffic and of course for sure, I'll be late. I switch on the radio as usual. Every morning I listen to Hot.Fm, my fav radio station. But when I switched on the radio, Ikim.fm was on air instead of Hot.fm. I'm not sure when I changed the station. Tapi ada hikmah yang I dapat. Nak share dengan u'olls. Tapi minta maaf ye jika interpretasinya tidak dapat difahami atau salah. Yang baik dari Allah swt., yg buruk tu dari saya sendiri.

Program pagi tu ialah motivasi. Not sure the specific name of the program. Tapi tajuk nya 'Mata Lalat vs Mata Lebah'. Pernah tak kamu terpikir akan perbezaan mata lalat & mata lebah. Apa yang ada pada mata lalat & mata lebah ni yea....

Actually dalam hidup kita ini, kita akan jadi samada mata lalat atau mata lebah. Terserah kepada pilihan kita.

Habitat lalat ini di kawasan pembuangan sampah. Lebah pula di kawasan taman bunga atau di kawasan yang berharum wangi, bersih, cantik dan indah. Lalat akan berkeliaran di kawasan pembuangan sampah yang busuk dan kotor. Maka, apabila lalat hinggap di makanan kita, apa akan jadi? Mungkin kita akan sakit sebab lalat bawa bakteria dari kawasan pembuangan sampah.

Lebah pula, sukakan kecantikan, keindahan, keharuman, kesegaran. Lebah tidak akan hinggap di permukaan yang buruk, busuk dan kotor. Walaupun lebah berterbangan di kawasan yang kotor, lebah tetap akan mencari permukaan atau bunga atau daun yang cantik, bersih dan harum. Lebah mencari madu yang beri banyak kebaikkan kepada manusia terutama kesihatan.

Jika lalat dan lebah ini berterbangan di atas kawasan pembuangan sampah, mata lalat akan tertumpu di kawasan yang kotor dan busuk dan buruk. Manakala, lebah pula walaupun berterbangan di atas kawasan pembuangan sampah, tetapi tetap mencari-cari benda yang cantik, harum, wangi dan indah kan.

Nampak tak perbezaan lalat dan lebah? Tak faham juga?

Manusia ini ada yang bermata lalat atau lebah. Jika kita melihat sesuatu itu dari perspektif mata lalat, maka tanggapan kita dan pemerhatian akan sentiasa buruk. Perkara ini dikaitkan dengan kehidupan seharian. Jika kita lebih suka melihat atau memikirkan sesuatu itu buruk, maka kebaikannya kita tidak akan dapat sampai bila-bila. Contoh, jika kita nampak 2 org staff office duduk bersembang, kita lihat mereka sedang mengumpat atau curi tulang atau malas nak kerja, asyik berborak je. Sedangkan mungkin mereka baru saja selesaikan tugasan mereka atau mereka sedang berbincang hal kerja. Kalau kita pilih kawan yang tidak baik, mempengaruhi kepada perkara-perkara negatif, maka sikap kita juga akan negatif, pemikiran juga menjurus kepada negatif. Sama juga jika kita hendak melakukan sesuatu, kita asyik fikir negatif, maka tak menjadi lah apa yang kita lakukan.

Kalau manusia memilih mata lebah, yang melihat setiap benda atau perkara indah, wangi, harum dan cantik maka apa yang kita buat akan mendapat balasan kebaikan. Contoh, jika kita memilih untuk berkawan dengan orang yang baik dan sentiasa positif, pada masa yang sama kita mendapat kebaikkannya juga kerana kita memilih untuk menjadi baik. Kita menilai setiap perspektif juga dengan penilaian yang baik-baik sahaja. Contoh jika kita hendak berniaga, kita dah tanam dalam fikiran kita, bahawa kita akan berjaya. Kita sentiasa fikir positif dan baik-baik. Maka, perniagaan itu akan berjaya dan berjalan lancar.

Kesimpulannya, dalam kehidupan ini, kalau kita memilih untuk melihat kehidupan ini dengan mata lalat, maka kebaikannya tidak akan kita dapat sampai bila-bila, kita akan hidup dalam penglihatan lalat yang sentiasa nampak keburukan. Tiada kebaikan yang kita akan dapat disebaliknya. Hati kita juga akan diselaputi dengan wasangka.

Kalau kita pilih untuk melihat setiap sudut kehidupan ini dengan mata lebah, kita hidup dalam keadaan yang baik, indah, menarik, harum dan wangi. Hati juga akan sentiasa bersangka baik. Perspektif hidup kita pun akan berubah menjadi lebih positif dan kebaikan akan sentiasa memihak kepada kita.

Perumpamaan ini bagi saya amat simbolik. Terserah lah kepada individu untuk melihat dari mata lalat atau mata lebah.

Selamat beramal.

2 comments:

noreed said...

semoga diri kita memperolehi mata lalat tu :)

CiKaYu said...

noreed,
dear, mata lebah lagi better...

Post a Comment