Sunday, February 28, 2010

pencarian carpet

dah 2 hari cari carpet untuk ganti carpet lama di rumah ini. dah 4 tahun usianya. hadiah dari mak saya semasa berpindah masuk ke rumah baru selepas kahwin. so usia perkahwinan saya dah 4 tahun, jadi carpet tu dah 4 tahun lah. dah tiba masa saya nak ganti yang baru, ikut taste saya, of course. err...tq mak bagi 2 carpet.

semalam pegi macy, tak banyak choices. ready made curtain lak jadi perhatian. cun-cun babe...thn lepas raya tak tukar curtain, baru sekali saya beli & tempah curtain. selama ini pun mak yang supply....tu pun curtain dia yg tak nak, dia bagi saya. ok, saya memang anak yang baik....atau mintah ehsan bagi curtain sebab tak nak budget buat curtain...ahhaha...tq mak.

sib baik ada hubby,... carpet yang, carpet! bukan curtain, bukan curtain! susahnya nak memnuhi nafsu wanita ini. ada disc 10% untuk member. tapi saya bukan member. budak SA tu kata, akak beli lebih RM200 automatik jadi member. terus dapat 10%. menarik kan. bagi wanita ini memang menarik, tapi bagi si lelaki tidak menarik. 10% tu berapa sangat lah yang. u nak beli carpet bukan curtain. iye..iye...itu lah arguement suami isteri di MACY bersaksikan anak perempuan yang tengah seronok lari sana sini.

jadi saya tetapkan diri dan hati nak beli carpet je. menarik kan corak-corak ini. mana boleh dapat ye? jln masjid india org kata banyak, kedai-kedai pakistan kat situ, tapi hubby tak berkenan langsung nak ke arah situ. jusco pun ada juga, tapi tak leh lah ada sesi tawar menawar di situ. dah sah-sah fixed price kan. kalau pegi ikea? pun sama, harga tidak boleh tawar menawar juga. mak saya suka pegi kedai pakistan kat jln masjid india. best katanya. kalau lah saya duduk dengan mak, tak payah pikir nak tukar carpet kan......








all pictures from google

0 comments:

Post a Comment