Monday, February 28, 2011

Please understand!



I have millions of words to say,
but I refuse to say, even in a simple words.
But, all I can say that I am too tired.
Please, listen to my heart and please understand.



Wednesday, February 23, 2011

I love Wednesday! (WW 6)

Friday, February 18, 2011

Hati ada sinang sikit

Just nak share something.... kalau refer to my previous entries banyak cakap pasal hal-hal jiwa kacau kan. Kali ini ada sikiiiitt lain.

Semalam dapat surat, tertera kat situ Pusat Pungutan Zakat. Tak sempat nak buka pun. So pagi ni, baru dpt baca and dapat payment statement. Mungkin to you, benda gini pun nak cite ke, ala nak minimize bayo tax lah tu sbb tu bayor zakat pendapatan. Betul. Memang nak elak tax...haa terang lagi bersuluh pengakuan... (",) Tapi to me, tgk statement tu hati rasa cam lain sangat. Rasa bersyukur, rasa kerdil nya diri. Rasa, besarnya dosa-dosa aku selama ini. Rasa, cam masih tak cukup lagi amal jariah yg aku buat kat dunia tuk bekalan. Hanya ini je ke yang aku mampu buat?....walhal, lebih dari dari itu pun boleh sebenarnya, tapi dari langsung tiada kan, baik ada walau pun sedikit. ..............


Sebab nya dalam statement tu ada tulis :

'Semoga Allah Ta'ala membalas dengan sebaik-baik balasan pada apa yang kamu keluarkan dan limpahkan berkat pada harta kamu yang masih tinggal'.

Dan, dalam kekalutan menghadapi kekusutan duniawi, saya merasa sedikit ketenangan untuk hari ini, di hari Jumaat, penghulu segala hari.

Semoga, kita dilimpahkan keberkatan dari Allah swt dan moga tidak putus-putus amal jariah kita di dunia ini. Amin.

Anda dah buat??




p/s : penulis sedang beremosi.

Thursday, February 17, 2011

Lakaran Impian

Dahsyat betul tajuk. Cam tajuk novel. Tajuk gempaq, tapi isi ala-ala mini novel budak darjah 5, mana nak laku. Hehehehhe...

2-3 hari ini, hidup mmg cam tak terurus sangat. Org kata, ups & downs its normal and we bear with it untill we die. Its truth. Apa jua kesenangan yang kita rasa pasti akan rasa kejatuhan satu hari nanti.

Saya bukanlah ahli falsafah atau cerdik pandai, malah bukan lah pula, orang yang cukup di dada ilmu segunung, malah sebesar zarah ilmu yang dikandung blm tentu ada. Tapi saya sanggup belajar dan menerima apa jua ilmu yang datang, yang benar dan lurus saja ye.......

Saya dibesarkan dengan 'jualan kuih'. Mak niaga kuih muih untuk sarapan pagi masa saya kecik lagi. Untuk menyara kehidupan dan bantu abah yg jadi org gomen masa tu. Adik beradik ramai, 7 org, saya anak ke-3. Kami adik beradik tlh dididik tlg mak & abah buat kuih. Masa tu buat kuih karipap, kuih ketayap, kuih bakar jagung, ubi or pandan, keria, donut, kuih boom (ala yg ada inti kelapa & disalut dgn bijan), macam-macam lagi kuih. Setiap pagi, siap2 dgn uniform sekolah, terus tlg mak susun kuih dlm tupperware atau bekas besar tu. Kadang-kadang goreng karipap kat dapur. Dah siap pakai baju sekolah ni, apa lagi lah baju ni berpeluh lah sbb kat dapur. Baru lah blh pegi sekolah.

Balik sekolah, buat homework, tlg mak apa2 yg patut dan tlg buat karipap. Sekali mak buat karipap dlm beratus-ratus juga. Alhamdulilah, dgn rezeki yg ada tu lah mak & abah sara kami 7 beradik sampai masing-masing masuk uni, dan berdiri dgn kaki sendiri (maknanye dh keje lah n kawin). Pengalaman kerja saya? Masa tunggu SPM, keje kat warung makcik, jadi tukang amik order, lap meja, basuh pinggan mangkuk, jual kuih, ala-ala waitress...macam-macamlah. Masa tu mmg sikit pun tak memilih kerja. Takdenya nak keja jadi salesgirl kat butik - jadi minah warung je pas SPM. uhuhuhuhu. yg penting rezeki halal.

The point is.............. bila dah kerja makan gaji ni, terdetik dalam diri untuk mencuba berniaga or involve dlm apa2 business. Kenapa tak guna kan ilmu niaga yang makcik & parents saya ajor. Walaupun hanya jual kuih, tapi dgn hasil jual kuih tu lah dapat menyara 7 beradik ni. Sebab itu saya jual Corset Premium Beautiful. Atas tunjuk ajar Salha, walaupun perbezaan umur yg ketara, tapi dia sanggup bimbing saya. Dan saya sanggup dibimbing sebab saya nak jadi cam Salha. Jadi CDM di usia yang muda dengan pendapatan yang tak pernah saya bayangkan. Dia cuma seorang surirumah saje. Memang kagum dengan pendirian dan kredibliti dia. Formulanye, ikut cara pemimpin buat. Copycat je tak susah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Impian saya? Nak belikan mak saya sebidang tanah yang dia boleh buat apa saje yang dia nak di tanah tersebut. Nak buat rumah, nak bercucuk tanam ke apa ke......ikut suka mak. Mak tlg doakan saya yea....agar impian saya tercapai. Bukan tuk org lain, tapi utk mak. Walaupun mak tak nak, walaupun mak ada semuanya.....tapi saya nak juga bagi kat mak. Banyak lagi impian yang di lakar, tapi biarlah rahsia...kang bagitahu dah tak surprise lak. sshhhhhhhhhhhhhh

Wednesday, February 16, 2011

Cranky Mood

Yes...I'm not in the good mood. I have this kind of mixed feeling. To me this is a cranky mood. Ngalahkan budak kecik. Danisha pun boleh ejek mama dia yg tetiba nak ada feeling-feeling cranky kan.

Well, blog being left without updated. Bz with something that I'd created myself. Bukan yang tak berfaedah yea.. tapi business PREMIUM BEAUTIFUL yang semakin mencanak-canak ni. Alhamdulilah, syukur rezeki dari ALLAH dan doa dari ibu bapa ku. Suami yang sentiasa beri galakan dan pertolongan.

Apa yg merunsingkan ini, macam-macam. Hal-hal renovation rumah yang telah menyebabkan budget kami mencecah ke paras sesak nafas sampai tak cukup-cukup nafas. Iye. Renovation rumah boleh menyebabkan segala-galanya sesak. Banyak kesilapan yang kami buat. Yang aku rasa cam nak hantuk paler kat dinding bertalu-talu. Darah memancut sampai tak leh nak tampung pun dah terlambat. Menangis ayak mata darah pun takde guna. EH! Lupa lah arini Rabu, sepatutnya ada Wordless Wednesday. MAAF tuan punya blog jiwa celaru, fikiran serabut, jiwa kacau. Tak dapat nak sediakan gambar yg melambangkan WW ni untuk tatapan dan menjamu mata-mata kamu sekalian. Di rumah berantakan dengan barang-barang yang hendak dipacking dan disorting dan dibuang. TOLONG! I need help. I need my mom. I need her to sorting all the things one by one. Iye, saya memang tak pandai nak sorting barang mana nak buang and mana nak simpan. Am I a hoarder? My husband said yes, you are my dear! Tidakkkk. Saya cuma ada rasa sayang je nak buang, walaupun saya mmg tetap akan buang nye satu hari nanti. Biasa arr pompuan, feeling cam nanti nak pakai lah, eh, sayang lah.... tu yg buat barang banyak. Kasut-kasut telah di sorting untuk dijual, ada yg baru pakai sekali je. Pastu dah tak nak daa...ada org nak beli ke? Dan yang bestnyeeeee....lesen kete dah mati 9hb Feb lepas. Dha merata-merata aku pegi. Esok baru nak renew. Mudah-mudahan takde apa-apa lah.

Tu belum masuk lagi hal orang nak sewa umah kami nanti. Hubby nak jual coz dia x nak srabut otak jaga 2 umah, walaupun hakikatnya ku sangat sayang umah itu. Before kawin, hubby dah beli, ngam-ngam dah kawin, umah pun siap, terus masuk. Dah 5 tahun bermaustatin di situ. Sayang, banyak kenangan. Di umah tu lah ku mengandungkan Danish dan di situ lah ku mengandungkan Danisha.

Legaaaaaaaaaa lah pula dah keluar kat sini. Bagus tul lah blog therapy ni. At least beban dah keluar...ok nak balik!

Wednesday, February 9, 2011

Wordless Wednesday (5)